Pendakwah kristian bukan sahaja menyampaikan dakwahnya sahaja tetapi dilengkapi dana untuk membantu golongan fakir miskin atau yang menghadapi kesulitan kewangan untuk dibantu. Mereka dikatakan lebih "mesra alam" dengan manusia yang meminta, walaupun kemungkinan menghadapi risko ditipu oleh pihak yang berpura-pura susah. Sesiapa yang mengadu susah, akan segera diberi bantuan makan dan dihantar terus ke rumah tanpa soal selidik awal. Untuk bantuan seterusnya, barulah pihak tersebut membuat siasatan lanjut untuk membantu atau tidak. Inilah pengalaman seorang kenalan saya yang berugama Islam di Singapura.
Apabila saya berkawan dengan kumpulan OKU dan pesakit buah pinggang yang memohon bantuan kewangan dari Pejabat Zakat di salah sebuah negeri di negara ini, lain pula kesahnya. Golongan ini terasa semacam tidak mahu dilayan atau semacam dianggap satu 'bebanan" kepada pihak yang bertanggung jawab menguruskan wang zakat itu. Malah mereka mengatakan, jika tidak kerana tidak ada wang, maka mereka tidak ingin berulang di pejabat zakat memohon bantuan.
Islam ugama "rahmat" dan "kasih sayang" tetapi slogan ini lebih diamalkan oleh sang pendakwah kristian. Moga sikap pihak pengurus di pejabat Zakat berubah ke arah lebih mesra dan bersifat simpatism!!!!
Ya, orang miskin dan kurang upaya, lebih mudah berkecil hati.
No comments:
Post a Comment