Orang politik kena cerdik, kena peka, dan dan kena respon kepada persekitaran. Jangan buat "degil' sahaja kepada perubahan persekitaran.
Mengikut prosidur, Pas Kawasan akan mengangkat nama bakal calon ke Pas Negeri dan Pas Pusat. Jika di peringkat kawasan pun sudah ada lebih lima nama yang dicadangkan sebagai calon bersama dengan nama calon lama, ianya membayangkan calon lama sudah tidak menjadi pilihan utama lagi oleh majoriti ahli parti. Kena faham bahasa isyarat ini.
Jika jentera pilihan raya pun masih tidak ghairah bergerak sehingga kini yang telah berada diperingkat akhir pembubaran parlimen, lantaran protes dengan pencalonan calon lama sebagai calon pilihan raya, maka empunya tuboh wajar menarik diri dicalonkan sebagai calon. Kena faham bahasa isyarat.
Apabila akar umbi telah menunjuk bahasa protes terhadap calon lama, tentunya akar umbi sedar kepentingan calon alternatif yang lain pula. Malah jika ahli akar umbi sampai ke tahap tidak mahu memberi kerjasama kepada jentera pilihan raya, sang bakal calon kena "menarik diri" segera sebagai calon. Janganlah sampai menunggu keputusan Pas Pusat kerana keputusan Pas Pusat hanya akan dibuat menjelang hari penamaan calon dan ini dikira sudah terlalu lewat.
Anggota parti masih "beradab", tidak menyebut kekurangan dan kelemahan seseorang. Mereka hanya mencadangkan nama lain sebagai alternatif. Itulah bahasa isyarat orang tak mahu kita dah sebagai calon....Jika mereka menyebut satu persatu kelemahan dan kekurangan kita, payah kita dibuatnya. Ha ha.
Posisi kita sebagai pemimpin parti di kawasan tidak sama dengan posisi kita sebagai calon pilihan raya. Pemimpin parti dipilih oleh anggota parti sahaja. Tetapi calon pilihan raya dipilih orang ramai (pengundi). Apabila pengundi memilih calon, maka mereka menggunakan pelbagai ukuran sebagai asas pemilihan. Latarbelakang akademik, pengalaman kerjaya, karektor personaliti, hubungan dengan masyarakat dan lain-lain akan diambil kira. Setakat menjadi pemimpin parti belum dianggap sebagai pilihan utama para pengundi. Kini, para pengundi peka dengan taraf pendidikan orang yang mereka pilih sebagai calon. Walau pun taraf pendidikan bukan menjamin prestasi seseorang ADUN atau MP, tetapi itulah asas pertama yang dinilai oleh para pengundi. Namun tetap ada pengundi "fanatik" yang akan mengundi calon parti mereka sendiri walau siapa pun calon partinya.....
Tak payahlah saya mengatakan menjadi calon pilihan raya bukanlah sebagai matlamat kita berada di dalam parti tetapi itulah kadang-kadangnya yang berlaku - seolah-olah menjadi calon sebagai hidup atau mati kita dalam parti, sehingga kita gagal memahami bahasa isyarat di sekeliling kita. Rupa-rupanya payah nak jadi Hanipa Maidin, tak hairan nak jadi calon pun. Fasal itu dia "lanyak" semua orang. Penyakit "tak mahu berundur" walaupun sudah tidak popular memang penyakit orang politik. Kekadang penyakit akan diubat dengan memotong mana-mana satu organ dari tubuh kita. Janganlah sampai ke tahap itu. Woooo.
Fahamilah bahasa isyarat!!!!!
No comments:
Post a Comment