Monday, June 11, 2012

BUKAN FGVH SAHAJA


Apabila sesuatu syarikat disenaraikan di Bursa Saham, maka sahamnya  bebas dijual beli  oleh seiapa pun. Rakyat Malaysia atau rakyat asing  bebas membelinya. Tak kira Islam atau bukan Islam. Tak kira Yahudi atau bukan Yahudi. Siapa ada wang boleh membelinya. Yang tak ada wang, duduk diam sudahlah. Ha ha.

Sebelum FGVH pun, banyak syarikat milik kerajaan yang telah disenaraikan di Bursa Saham.  TNB, Telekom, Pos Malaysia, Malaysia Airport, MAS, dan Bernas  adalah antara syarikat milik kerajaan yang telah disenaraikan.  Tujuan kerajaan menyenaraikan syarikat ini ialah untuk memeriahkan Bursa Saham Malaysia.  Nak tunjuk bahawa Bursa Saham Malaysia adalah amat  besar sekali  dan sama taraf dengan Bursa Saham negara lain.
Penyenaraian juga merupakan  salah satu strategi menarik pelabur asing masuk  ke negara ini. Dalam amalan sistem kapitalis, lagi banyak pelabur asing masuk negara ini, maka lagi majulah negara ini. Kemasukan pelabur asing akan menambah  edaran tunai di dalam negara.  Maka akan ternampaklah  hebatnya  kenaikan reserve di dalam Bank-Bank di Malaysia, seolah-olah wang yang ada dalam Bank itu milik rakyat Malaysia  sendiri.  Wooooo.

Menentang penyenaraian FGVH  kerana  ianya bakal dimiliki oleh orang atau syarikat asing  adalah tidak relevan sama sekali. Kalau tak dijemput mereka membeli saham FGVH  sekarang pun, mereka boleh membelinya   selepas disenaraikan nanti. Semua saham yang diperuntukkan kepada rakyat Malaysia melalui  "pink form" dan  "blue form", akan dijual sebaik sahaja  ia  disenaraikan   kerana mereka mahu untung segera!!! Woooo.  Jika kita menentang penyenaraian FGVH kerana ianya  bakal dimiliki oleh orang asing, maka kita juga kena menentang penyenaraian semua syarikat kerajaan  yang lain juga!!!!!

Malaysia menganut mazhab ekonomi kapitalis.  Malaysia bukan pengamal ekonomi sosialis yang mahu memilik negarakan syarikat asing. Sebaliknya, Malaysia bersedia menjual syarikat sendiri   di pasaran bebas. Kalau boleh negara Malaysia pun akan disenaraikan  juga  di Bursa Saham  Ha ha.  
Kini pemimpin dan rakyat Malaysia amat suka jika  harta (syarikat) dalam  negara ini diperdagangkan di Bursa Saham.  Semangat nasionalisme  dalam ekonomi sudah lama terhakis dalam  negara ini. Hanya geng PSM sahaja yang masih  menyebut soal memliknegarakan khazanah negara.  Malah Pakatan Rakyat pun amat berbangga jika berjaya menarik   pelabur asing masuk ke negara ini. Wooo.

No comments: