ROMPIN – Bekas pelawak dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman atau Mohd
Hakim Lokman tidak menolak kemungkinan menjadi calon Pas pada pilihan
raya umum (PRU) akan datang sekiranya diarahkan pucuk pimpinan tertinggi
parti itu untuk berbuat demikian. Bagaimanapun, Bob berkata,
pemilihannya sebagai calon PRU itu bersyarat di mana beliau hanya akan
bertanding jika Pas ketandusan calon di sesuatu kawasan hingga
memaksanya memikul amanah tersebut.
Menurutnya, keputusan itu
selaras dengan tuntutan fardu kifayah yang meminta perkara wajib
dilakukan sebahagian masyarakat untuk menjaga kepentingan Umat
Islam."Dalam hukum memang macam itu. Kalau sudah tiada orang, saya
sanggup jadi calon kerana ia adalah satu kewajipan perlu dilaksanakan,"
katanya kepada Sinar Harian semasa Ceramah Umum di Markas Pas Kampung
Mentara.
Bob berkata, beliau yakin kepimpinan Pas mempunyai lebih
ramai calon layak berbanding dirinya yang terlalu kerdil dan belum
layak menjadi calon parti itu."Saya dapati Pas mempunyai ramai pemimpin
layak untuk diketengahkan menjadi calon PRU. Biarlah mereka dicalonkan
kerana mereka lebih sesuai dan berkelayakan," katanya.
Ditanya
pandangannya mengenai sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR)
sebelum menjelangnya PRU13, Bob yakin terdapat peningkatan ketara
pengundi menyokong parti itu.Menurutnya, PR diramal berjaya menawan
beberapa negeri lagi berdasarkan trend pengundi masa kini yang inginkan
perubahan politik dalam negara."Kalau tidak menang semua pun, kami tak
akan kalah semua.
Saya lihat politik hari ini jauh berbeza
berbanding dahulu. Sejak saya tiba di Pahang,Johor dan tempat
majoritinya Barisan Nasional (BN), sudah ada petanda betapa ramainya
penyokong PR di negeri-negeri tersebut," katanya.
SH
No comments:
Post a Comment