Saturday, November 22, 2014

AHLI PAS BERKASTA

Di kalangan Pas ada mengatakan selagi pemimpin tidak melanggar perintah Allah dan Rasul, maka kita tidak wajar menukar pemimpin.

Tetapi rasanya perkara itu hanya terpakai apabila pemimpinnya dari jenis Ustaz   sahaja.

Jika bukan Ustaz, mereka boleh tukar tanpa alasan pun. 

Tak hairanlah jika nak tukar Hj Hadi - depa guna ayat selagi tak langgar perintah Allah, maka wajib kekalkan Hj Hadi sebagai Presiden Pas.

Tetapi jika nak tukar Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden, tak pula guna ayat tersebut. Woooo


Wednesday, November 19, 2014

CAKAP MAHU BIJAKLAH BIB

Pemimpin politik tak bpleh berterusan membuat kenyataan yang dilihat tidak bijak.

 Jika sekali  membuat kenyataan  kurang bijak,  orang ramai  tak nampak atau boleh dimaafkan.

Tetapi jika selalu sangat membuat kenyataan yang  tak masuk rel, orang ramai akan mengatakan dikau tak layak jadi orng politik  dah...

Dulu  ada Zainudin Maidin.

Kini ada Hasan Malik dan Ahmad Maslan

Mpga moga Presiden Pas tak masuk kumpulan tersebut...

Thursday, October 30, 2014

MSU KOLOT

Agak agaknya kalau Pas perintah Malaysia,  apa yang  ahli Pas tak boleh buat  ya  ???

Sekarang, belum perintah,  Majlis Syura Ulama Pas  arahkan Ahli Pas  tak boleh join Pasma.

Kolot betul MSU Pas???????????


Thursday, October 23, 2014

APA MACAM YG BERTELANJANG DI ....

Bosan dan menyampah dengan cerita anjing.

Yang pasti haram ialah ahli sukan yang bertelanjang di kolam renang dan  di pentas jimrama.

Apa kata Majlis Fatwa Kebangsaan.




Monday, October 6, 2014

MENANTI BAJET AZMIN

Azmin berpeluang membentang bajet 2015  Negeri Selangor.  

Moga  belanja pembangunan akan merakyat   ke seluruh negeri Selangor  pada 2015, KIta akan tahu apabila membaca Lapuran Audit 2016

Bajey 2014 yang sedia ada hendaklah dihabiskan segera khususnya  kepada  keperluan yang mendesak. 

Sebagai aktivis parti, Azmin sepatutnya tidak ada masalah mendengar rayuan rakyat dan bersedia berjumpa  rakyat 24 jam. Mpga perangai bangsawan Khalid Ibrahim tidak diulangi lagi.

Buktikanlah dikau mampu mengurus Selangor. Jika tidak  rakyat akan hampa....

Sunday, September 28, 2014

CIKGU BAD DAN AZMIN BERDAMAILAH

Akhirnya Azmin Ali jadi MB.  Selain dikhuatiri beliau akan berperangai macam pimpinan Umno, Azmin layak sebagai MB. Ha ha.

Sebagai penggerak awal reformasi dan pendokong utama Anwar, Azmin adalah calon yang paling sesuai.  Jika Cikgu Badrol tak ngam dengan Azmin, cubalah belajar bekerjasama.dengan  Azmin. Ha ha. Cikgu Badrol pun pejuang politik yang baik. Kita  mahu kedua dua tokoh ini terus berperanan dengan hebat untuk terus melawan Umno/BN.  Rakyat juga akan rugi jika mereka sabotaj mensabotaj satu sama lain.  Cukuplah geng Ustaz muda  buat kat Mat Sabu dalam Pas. Woooo.

Azmin mepuunyai cukup masa sebelum PRU akan datang untuk berbuat sesuatu yang baik di dalam kerajaan negeri Selangor.

Selamat bekerja Azmin!!!

Monday, September 22, 2014

TUAH AZMIN ALI

Azmin Ali bakal dinobatkan sebagai MB Selangor.

Jika PKR tak setuju, maka PKR bakal lenyap dibumi Selangor. Takkan dua kali mahu buang MB sendiri.

Woooo.

Moga Pas puas hati kerana bukan Wab Azizah jadi MB. Terselamatlah penyokong Waz Azizah dari bakaran api neraka kerana menyokong calon wanita sebagai MB.   Ha ha.

DAP kena ikut apa pimpinan PKR  kata.  Tunggu esok ya.

Wooo

Selamat berehat Khalid Ibrahim.  Anda ada banyak masa dengan cucu.

Ada rombakan exco?   Jangan gaduh lagi ya.....





Thursday, September 11, 2014

Umno syok tak terkata

Kes MB Selangor  belum selesai lagi.  Tak nampak apakah percaturan Sultan Selangor.  Tetapi yang jelas:

PKR dan Pas tak sekata  dalam mencalonkan siapa MB

Pimpinan PKR bersatu sikap terhadap cadangan Wan  Azizah sebagai MB

Presiden Pas tidak sekata dengan pimpinan lain dalam Jawatan Kuasa Pas Pusat

Ahli  bawahan Pas dan PKR berperang dalam dunia maya.

Pas bergaduh antara satu satu sama lain kerana sikap Hj Hadi.

Hj Hadi berlindung melalui Majlis Syura Ulama. Ha ha

Ternampak ramai pimpinan Pas tak faham perlembagaan parti

Adakah perpaduan PR masih utuh lagi?

Umno syok tak terkata.

Wooooooooo




Saturday, September 6, 2014

JIKA MB DARI PAS

Jika Sultan melantik Adun Pas sebagai MB Selangor, maka pelbagai  senario  bakal berlaku:

Apakah 2 Adun Pas  yang menyokong Wan Azizah  sebelum ini   masih kekal menyokong  Wan Azizah? Jika ya, maka kedua-dua mereka boleh diambil tindakan   kerana kes kali ini lebih jelas tidak menyokong parti. 
Umno dan Pas, wajib setuju kepada MB Pas kerana menjunjong titah perintah Sultan. Ha ha.

Apakah PKR dan DAP akan akur dengan lantikan Sultan terhadap MB Pas yang baru? 

Jika DAP dan PKR pun akur  dengan lantikan Sultan, tamatlah cerita MB Selangor

Tetapi jika DAP dan PKR tidak setuju  MB baru Pas,  krisis  akan terus berlaku.  Sultan ada alasan  yang kukoh untuk membubarkan DUN Selangor.

Yang bakal puteh mata, Adun yang tak cukup edah perkhidmatran untuk layak mendapat pencen. Wooooo.


Thursday, August 28, 2014

PAS - PKR: MASIH ADAKAH CINTA KASIHMU?

Bola masih lagi di kaki Sultan Selangor.

Belum ditendang ke mana mana.

Tetapi yang ternampak  pemain di tengah padang semakin bercelaru.

Kok ada yang tendang ke pintu gol sendiri.

Jangan sampai penonton di luar padang kena jaringkan gol pula,

Apa khabar Pas/

Apa khbar PKR.

Masihkah dikau  bersatu hati memadu cinta.

Atau dikau sudah teringin kekasih lain.

Wooooooooooooo

Tuesday, August 19, 2014

BOLA DI KAKI SULTAN

Kemelut politik Selangor di fasa penghujung.

Bola kini di kaki Sultan Selangor.

Adakah baginda mahu bubar DUN atau melantik MB baru?

Isu ini mudah diselesai jika Khalid letak  jawatan dengan segera atau Pas setuju mengganti Khalid  tanpa mengambil masa yang panjang.

Alahai politik. Banyak yang merajuk. Kena dipujuk-pujuk.  Maklomlah nasib orang bermadu.

Wooooooooo


Tuesday, August 12, 2014

PAS PARTI SIMPATI

Pas memang memuliki sifat kasihan  atau bersimpati   kepada mangsa politik. Ha ha.

Pada 1959 -  Pas bagi laluan kepada On Jaafar bertanding atas Parti Negara di Kuala Terengganu. On Jaafar menang dan Pas dapat perintah Terengganu.

Pada 1959 -  Pas menerima Khatijah Sidek, bekas Ketua Wanita  Umno yang keluar Umno kerana Umno tak beri peluang kepada wanita untuk bertanding dalam pilihan raya.  Maka Pas meletakkan Khatijah  Sidek  bertanding di parlimen Dungun.  Khatijah menang.

Pada 1990 - Bergabung dengan Semangat 46 yang berpecah dari Umno. Berjaya tawan Kelantan

1999 - Bergabung dengan parti Anwar - Keadilan - dalam BA - berjaya tawan Terengganu.

2014 - Adakah Pas  akan simpati dengan Khalid ????

17 hb akan mengesahkannya...Wooooooooooooo

Monday, August 11, 2014

PAS YG LEMBAB

PKR dan DAP sudah membuat keputusan bersetuju menggugurkan Khalid sebagai MB.

Umno, pembangkang di Dun Selangor pun sudah menyokong Khalid sebagai MB.

Pas hanya memutuskan sikapnya pada 17 hb Ogos.

Dewan Di Raja Selangor lagi cepat -  mengekalkan Khalid sebagai MB, tanpa mendapat pandangan anggota parti dalam  PR.

Yang pasti Pas adalah parti yang lembab......

Yang memerintah  Selangor kini ialah  parti minoriti - Bebas plus Umno.

Woooooooooo


Thursday, August 7, 2014

MINUM TEH PUAS PUAS SEBELUM 10 OGOS

Jumaat

Sabtu

Ahad

Gol!!!!

Tahulah nasib Khalid

Tahulah nasib PR.

Jom kita minum teh puas-puas sementara menunggu Ahad. 10 Ogos

Wooooooooooooooo

Monday, August 4, 2014

JANGAN HAIRAN JIKA PAS KELUAR PR

Isu MB  Selangor bukan sekadar krisis dalaman PKR tetapi sekaligus akan menjadi krisis PR.

Jangan hairan jika  tiba-tiba Pas akan mengkaji kedudukannya dalam PR.  Isu MB akan menjadi penyebab  atau pencetus  utama  untuk  Pas tinggalkan PR.

Sebahagian pimpinan atasan Pas sudah lama tak berkenan dengan DAP dan Anwar.  Tetapi belum cukup kuat menarik Pas untuk keluar dari PR>

Kertas kerja Tahaluf Siasi yang dibentang selepas PRU 2008, lebih cenderung   kearah mengajak PAS keluar dari PR. 

Rakyat kena bersedia perasaan dan jiwa jika Pas keluar dari PR.

Pujukan dan perang saikologi Umno berjaya Memelayukan  jiwa dan fikiran  sebahagian pimpinan atasan Pas. Siapakah mereka???

Mari kita berdoa agar Pas setia dengan PR!!!!



Thursday, July 24, 2014

PR TOLAK KHALID

Bab tukar MB Khalid, semua parti dalam PR telah bersetuju 100%.  Hakikatnya Khalid sudah hilang sokongan dan kepercayaan dari PR itu sendiri. Sebab apa, hanya pimpinan PR sahaja yang tahu.

Tetapi bab siapa yang ganti Khalid semacam tiada pemuafakatan lagi.

Jika Wan Azizah, Hj Hadi macam tak berapa setuju, walaupun Hj Hadi ada dalil untuk menyokong calon perempuan jadi MB.  Ha ha. Bab dalil setuju atau tak setuju, ulama dalam Pas memang pakar katanya...

Jika  Azmin Ali, nama ini tidak disenangi ramai orang dalam PKR dan Pas juga.

Pilihan lain, MB dari wakil Paslah nampaknya.  Woooo





Tuesday, July 22, 2014

MISTERI AIDIL FITRI

Sah sudah nama pengganti MB Khalid.

Apakah Khalid sukarela meletak jawatan nanti?

Masih misteri menjelang Aidil Fitri.



Monday, July 21, 2014

TUKAR NAKHODA - JANGAN KAPAL KARAM YAA

Tukar  Nakhoda Kapal.

Apa kesannya?

Untung jika dapat nakhoda lebih baik.

Kecewa jika dapat nakhoda   yang  kurang baik   dari nakhoda lama

Namun,  jangan  sesekali   nakhoda dan bekas nakhoda bergaduh sakan selepas ini.

Pasti tongkang yang pecah. Negeri  juga  yang karam.

Wooooooooooo.



Friday, July 18, 2014

Mewah Berbuka: Jurang Ekonomi Ummat Islam

Antara isu utama ekonomi ialah menghapuskan jurang  ekonomi  antara  rakyat.  Banyak indikator untuk melihat  jurang ekonomi itu.

Tetapi di dalam bulan Ramadhan ini, kita boleh melihat jurang ekonomi melalui adegan berbuka puasa.  Ada makan di hotel mewah dengan buffet  RM 80 seorang dengan layanan dendangan nasyid islami. 

Ada yang berbuka puasa di masijid dengan bubur lambuk dan nasi dengan kos tak sampai RM 10 seorang. 

Ada yang berbuka di rumah, tak tahu apa menuunya.

Yang pasti berdasarkan lawatan rakan-rakan kita yang membuat program ziarah  ke golongan yang bernasib malang, jurang dan nasib ummat Islam Malaysia masih tak tahu di mana silapnya....


Sunday, July 13, 2014

KHALID UNTUNG: PAS DIAM DIAM

Lawan Pas adalah Umno. Pas tahu, Pas tak mampu mengalahkan Umno tanpa bantuan PKR dan DAP.  Anwar diterima umum sebagai  PM jika PR memerintah. Tetapi diam diam Pas bukanlah suka sangat Anwar itu, tetapi terpaksa diam diam sahaja. Ha ha. Banyak yang PKR buat, Pas tak setuju tapi diam diam sahaja. 

Kini, PKR nak tukar MB. Pas pun tak tunjuk minat nak sokong sama. Pas tetap diam diam.

Mazhab Pas adalah diam diam. Wooooo.