Friday, April 22, 2011

TERINGAT SAT FADHIL NOR

Ada masa teringat Allahyarham Ustaz Fadhil Nor, bekas Presiden Pas. Banyak sisi yang dikupas oleh ramai orang terhadap beliau  secara peribadi dan kepimpinannya  dalam politik. 

Hari ini saya  hendak berkongsi pengalaman saya   mengikut kuliah tafsirnya di pagi Jumaat di Bangunan Pas Alor Star pada tahun  1983 hingga 1986.  Ada kelainan dalam tafsirnya. Setiap tafsirnya, beliau merujuk dari pelbagai kitab tafisr yang lain  dan di sebutkan nama kitabnya. Seperti ceramahnya, kuliah tafsirnya juga disampaikan secara perlahan, berhati-hati,  serius dan sesekali  disulam dengan contoh yang mencuitkan hati. Malah  beliau sempat  mengaitkan kuliah tafsirnya dengan  pelbagai  peristiwa semasa  Maka  kita sentiasa menanti apakah yang akan diungkapkan  oleh beliau satu persatu.

Salah satu  perwatakan  menarik  Allahyarham Ustaz Fadhil  ialah ketika  berjalan kaki. Beliau akan berjalan secara perlahan-lahan sambil memandang kiri dan kanan. Ini menyebankan beliau  boleh menyapa sesiapa yang beliau kenal atau orang lain pula  yang menyapa beliau.  Jangan hairan, jika beliau  hendak ke restauran, maka akan diajaknya kita makan atau minum bersama. Tak payah kita membuka cerita kerana maklomlah takkan kita nak memberi taklimat politik kepadanya. Beliau sendiri akan membuka kesah-kesah serius dan lucu dalam politik.

Apabila kita rapat dengan beliau, maka dia tahu siapa kawan rapat kita. Malah dia tahu apa nama gelaran sahabat kita. Ha ha. Kalau dia berjumpa sahabat ketat Mat Sabu di Alor Star, maka beliau pun akan bertanya "mana Imam". Maksudnya ialah mana Mat Sabulah tu. Ustaz Fadhil tau nama jolokan  Mohamad Sabu  di kalangan  sahabat-sababat  rapatnya. Ustaz Fadhil  tau Mohamad Sabu amat  minat dengan politk Iran tetapi tak pernah melemparkan tuduhan syiah kepadanya. Malah jika nak ceramah besar di Kedah, maka beliau sendiri yang talipon Mohamad Sabu untuk mengajak ceramah bersama.   Kalau Ustaz Fadil Nor  jumpa Mat Zain Janggut di Markaz Tarbiah, maka dia pun bertanya mana "Bakak Hak"   alias Penarik  Beca dan jika beliau berjumpa Bakak Hak dahulu, maka beliau bertanya dimana  Mat Zain Janggut pulak.  Maka kedua-dua Bakak Hak dan Mat Zain terasa  betapa Ustaz Fadhil Nor teringat dengan depa semua. Woooo

Ringkas cerita, ramai orang dapat "bermanja"  dengan Ustaz Fadhil Nor ketika beliau Presiden Pas.

No comments: