Belum tentu orang yang selalu bagi kuliah ugama dan bersyarah di luar parlimen, mampu menjadi Ahli Parlimen yang baik atau terbaik. Tak sama apabila berhujah di parlimen dengan bercakap di luar parlimen.
Parti kena menampilkan ramai bakal Ahli Parllimen yang "berbisa" supaya parti kita dihormati dan disegani pihak lawan dan kawan. Rasa kecewa juga apabila Ahli Parlimen dari parti sendiri hanya hadir ke parlimen setakat memenuhi korum dan bawa balik elaun sahaja. Ha ha.
Orang bawah bersusah payah memenangkan calun partinya ke palimen tetapi apabila ke Parlimen menjadi malaikat bisu pula.
Tambah sedih lagi, jika masuk penggal kedua di parlimen pun, prestasinya macam tu juga. Alahai. Kalau setakat nak dapat pencen sahaja, tak payahlah mewakili parti. Sedarlah diri oi.
No comments:
Post a Comment