Tak berani saya nak kata Felda sudah bankrap. Kok disaman saya, mana ada wang mahu lantik sang peguam membela saya. Ha ha.
Khamis lalu saya tidur di Felda Serting Hilir 7, Jempol, Negeri Sembilan. Ladang kelapa sawit di sini sudah mencecah usia 30 tahun tetapi belum ada tanda-tanda akan ditanam semula. Biasanya apabila genap 25 tahun, maka Felda akan memulakan kerja-kerja tanaman semula. Kali ini tak nampak tanda-tanda nak memulakannya.
Duit tanam semula ini bukan wang Felda sebenarnya kerana setiap pemilik akan menabung setiap bulan untuk kos tanaman semula apabila sampai masanya. Dikatakan sejumlah RM 17,000 telah dikumpulkan untuk tujuan tersebut. Tetapi mengapa Felda selaku penyimpan wang tersebut tidak mengeluarkan semula wang tersebut untuk proses tanaman semula. Ini bukan sahaja dilihat Felda sudah bankrap tetapi sudah TIDAK AMANAH dengan wang yang disimpan oleh para peneroka.
Yang pelik, para peneroka tidak melihat ini sebagai kegagalan BN yang mentadbir Felda tetapi hanya sekadar kelemahan pegawai Felda sahaja. Maka selamatlah BN. Entah bila para peneroka mahu melihat isu pentadbiran ini sebagai isu politik. Bukankah lembaga pengarah Felda itu dilantik oleh kuasa politik?
Kita mahu orang macam Suhaimi Said di Felda Seting Hilir 7!!!!
No comments:
Post a Comment