Pada 13 Februari, Sabtu lalu, saya bersama-sama dengan Radhi Hashim - YDP Pas Bukit Bintang, Cikgu Ishak Surin -YDP Pas Batu dan Tarmizi Mohd Jam - Pengarang Berita Harakah melawat bekas anggota Regimen ke 10 di Perkampongan Chulaborn, Shukirin, Thailand.
Kami berkesenpatan beramah mesra dengan Pak Abdullah CD, bekas Ketua Umum Regimen ke 10 beserta dangan Pak Anas, Pak Yaakob, Pak Hatta dan Pak Hassan.
Walaupun saya telah membaca beberapa buah tangan buku Pak Abdullah CD beserta dengan lain-lain bekas anggota Regimen ke 10, terasa lain sekali apabila mendengar terus hikayat perjuangan mereka selama hampir 41 tahun secara bergerila di sempadan negara Malaysia/Thialand.
Tak dapat saya bayangkan kehidupan mereka bermusafir selama 41 tahun, tanpa kehidupan berkeluarga yang sempurna dan jauh sekali merasai kehidupan bermasyarakat serta berlibur. Selalu kita mendengar ayat keluar di jalan Allah selama 4 bulan tetapi mereka ini keluar selama 40 tahun!!!!
Dengan bersama Cikgu Ishak bekas tokoh kiri yang kini berumur lebih 70 tahun, sudah tentu kesah lama perjuangan golongan kiri dalam menuntut kemerdekaan pada era awal 50an tersurat dengan lancarnya bersekali dengan Pak Abdullah CD. Bagi saya yang mula serius mengkaji sejarah awal perjuangan kemerdekaan tanah air ketika di Tingkatan Enam pada 1977/1978, dapat membayangkan betapa jerih payahnya perjuangan golongan kiri ini dalam menuntut kemerdekaan.
Bak kata Ibrahim Chik, salah seorang anggota Regimen ke 10 dalam buku memoirnya - Jika kami tidak berjuang dari dalam hutan secara gerila, maka British tidak akan teringin memberi kemerdekaan secara mudah kepada Perikatan.
Kini, usia Pak Abdullah CD 88 tahun. Beliau telah merakamkan sejarah perjuangannya melalui banyak bukunya.
Lega perasaan saya apabila dapat bersama Cikgu Ishak Surin berjumpa Pak Abdullah CD. Bagi saya Cikgu Ishak adalah baki golongan kiri tanah air pada awal kemerdekaan yang kini aktif dalam Pas. Beliau adalah rujukan hidup tentang sejarah awal kemerdekaan tanah air. Slogan yang selalu disebutnya ialah "Palu Arit". Ketika di Shukirin, barulah saya dapat penjelasan apa itu "palu arit" sebenarnya. Wooo.
Apabila mengenangkan ramai pejuang Islam yang "gugur" dalam perjuangan dek tawaran pangkat dan jawatan, maka terlintas di hati saya - apakah rahsia kekuatan golongan kiri ini yang istiqamah dalam perjuangannya. Mereka tak kenal pun konsep tarbiah, amal jamaei, walak, tsiqah dan entah apa lagi. Golongan Islam baru sahaja diumpankan dengan ayat 'perpaduan Melayu" - dah mula terpesona dengan Umno/BN. Bak kata Penarik Beca - maaf cakaplah ya. Woooo
Cerita lanjut di sini dan di sini.
Apabila mengenangkan ramai pejuang Islam yang "gugur" dalam perjuangan dek tawaran pangkat dan jawatan, maka terlintas di hati saya - apakah rahsia kekuatan golongan kiri ini yang istiqamah dalam perjuangannya. Mereka tak kenal pun konsep tarbiah, amal jamaei, walak, tsiqah dan entah apa lagi. Golongan Islam baru sahaja diumpankan dengan ayat 'perpaduan Melayu" - dah mula terpesona dengan Umno/BN. Bak kata Penarik Beca - maaf cakaplah ya. Woooo
Cerita lanjut di sini dan di sini.
No comments:
Post a Comment