Sunday, February 20, 2011

REVOLUSI RAKYAT

Penentangan kepada sang pemerintah adalah kerana rakyatnya kehilangan sumber untuk hidup. Keperluaan utama hidup ialah makan dan tempat tinggal. Tak kiralah samada sistem ekonomi Islam atau sekular, isu keperluan asas adalah merupakan subjek utama dalam penyelesaiaan ekonominya.

Peranan kerajaan, tak kiralah sistem apa yang diamalkan, mesti melihat keperluan asas rakyat diselesaiakan. Tumpuan utama perbelanjaan negara ialah menyelesaikan masalah asas rakyat - makanan, tenpat tinggal, pendidikan  dan  kesihatan. Jika kerajaan berbelanja berbilion untuk "orang atasan, orang asing, dan orang feudal'  sahaja dengan mengabaikan keperluan asas rakyat, tunggulah masanya revolusi rakyat akan muncul jua...

Panggilan perut menyebabkan seorang itu akan gila sehingga sanggup membunuh.

No comments: