Thursday, February 24, 2011

ISLAM VS LIBERAL: BN UNTUNG

Ada dua kumpulan terpenting dalam negara ini yang sama-sama menentang BN.

Pertama,  golongan yang dilihat liberal tetapi serius  dalam usaha-usaha menentang rasuah, tuntutan  hak asasi, hak demokrasi dan kebebasan  media.

Kedua, golongan agama  yang  menyerang BN   atas  isu-isu berkaitan  moral,  arak dan  judi. Isu-isu  utama  seperti rasuah, tuntutan hak demokrasi dan kebebasan  media kurang di fokuskan  oleh kumpulan ini (atau tak reti?) Tindakan kumpulan ini kurang disenangi oleh kumpulan liberal.

Kekadang BN boleh selamat kerana adanya dua aliran  yang berbeza ini kerana kedua-dua kumpulan ini curiga antara satu sama lain dan menyebabkan undi protes  terhadap  BN tidak solid.
Tak hairanlah jika kumpula liberal  ini  belum bersedia  sepenuhnya  menerima Pas sebagai pengganti Umno.  Bagi mereka Pas dan Umno sedang berebut "siapakah yang lebih Islam" di dunia ini. Woooo.


No comments: