Dalam keadaan rakyat Mesir sedang rancak menuntut perubahan, tiba-tiba Sheikhul Azhar meminta rakyatnya berhenti dari demontrasi. Potong stim betul. Apabila ada seorang ulamak buat kerja membela pemimpim yang korup, maka umum akan memandang sinis kepada ulama yang lain pula. Malah dikhuatiri, Islam akan dipandang sering bersekongkol dengan kezaliman.
Teringat pula kesah selepas PRU 12 pada Mac 2008 lalu, apabila Umno sudah hilang kuasa di Perak dan Selangor, maka muncul le seorang "ulama" yang berusaha menyelamatkan Umno dengan mengajak Pas tidur sebantal dengan Umno yang selama ini ditelanjangkan oleh Pas dengan pelbagai kebejatannya sepanjang memerintah negara ini. Maka Melompat-lompatlah seorang dua pemimpin Pas nak berpeluk dengan Umno. Alahai, ulama juga yang terpegun dengan idea itu. Kekadang naik risau kita dengan apa yang dipanggil dengan ulamak ini. Woooo.
No comments:
Post a Comment