Thursday, January 14, 2010

EKSTRIM MELAYU BAKAR GEREJA?

Apakah boleh kita tafsirkan kes pembakaran gereja adalah reaksi terhadap kemenangan PR dalam PRU ke 12 lalu oleh segelintir Melayu ekstrim. Selepas 2 tahun PR berkuasa di sebahagian negeri, pihak ini merasakan betapa peritnya selepas hilang kuasa. Nak mengamuk macam peristiwa 13 Mei dah terlewat pula.

Apabila timbulnya isu gereja, maka mereka mengambil kesempatan menunjukkan tindakbalas kepada golongan bukan Melayu yang majoritinya menyokong PR. Harapan mereka supaya golongan ini tidak berani bersama PR lagi.

Bagi golongan yang sentiasa mendapat faedah terus dari "kuasa", memang boleh gila dibuatnya jika hilang kuasa. Tak percaya tanyalah Ariffahmi di Kelantan tu.


1 comment:

orangkampung said...

Salam,

Rasa nya ada perkara yang perlu di perjelaskan.

Isu nama "Allah" digunakan oleh orang bukan Islam adakah di larang dalam Al Quran?

Isu nama "Allah" digunakan oleh orang bukan Islam adakah di larang dalam Perlembagaan?

Jika betul, yang mana perlu di ikut, Al Quran atau Perlembagaan?

Jika salah, yang mana perlu di ubah, Al Quran atau Perlembagaan?

Kerajaan dah bagi pendirian.

Majlis Fatwa cam mana ya?