Friday, January 1, 2010

2010: PR LAKUKANLAH DENGAN TERBAIK

Syarat pertama Pakatan Rakyat menang pada PRU 13 ialah kebolehan kerajaan Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor menunjukkan prestasi yang terbaik dalam urus tadbir, bersifat pro-rakyat, bebas dari rasuah, nepotism dan kronism dalam pentadbirannya.

Adun dan MP PR juga hendaklah rajin dan peka dengan masalah semasa rakyat.

Suasana dan hubungan antara parti PR hendaklah aman dari sebarang pertikaian antara satu sama lain. Rakyat mahu gabungan yang harmoni. Jika belum memerintah pun dah gaduh-gaduh, siapa yang akan percaya untuk memerintah Malaysia.

Pihak berkuasa Tempatan merupakan imej hadapan kerajaan negeri. Maka cara tadbir PBT di bawah pentadbiran kerajaan negeri hendaklah cemerlang dengan tidak menyusahkan rakyat. Urusan kebersihan, keindahan, kemudahan awam, parking hendaklah diurus dengan cekap dan bijak.

2 comments:

AFRAR YUNUS said...

salam
PBT wajib dikawal dan diletakkan di bawah seliaan. ramai pengundi menuding jari ke arah mereka dan pastinya tembakan akan dihalakan kepada kerajaan negeri.

Kamal said...

Kalau PR nak kekal mudah je..buat kerja dan jgn byk ckp khususnya hal-hal yg berhubung kait dengan dan agama sesuatu kaum. PKR jgn wat masalah. Skang ni PAS plak yg npk kalut. DAP ok jer. Pdemimpin PR jagn ghairah sgt berckp dgn media perdana. Puak ni kita cakap kambing kuar kat TV akan jadi rimau....