Sunday, January 10, 2010

MELAYU TETAP SETIA

Orang Melayu dimajukan dengan pendidikan. Dalam sibuk kerajaan menaja F1, baget untuk pendidikan dikurangkan. Sudah heboh satu negara, penghuni asrama sekolah tak diberi makan pada cuti hujung minggu - Sabtu/Ahad atau Jumaat/Sabtu. Dahulu, kes Sekolah aliran agama yang ditarik bantuan oleh kerajaan, tetapi kini semua sekolah merasa penarikan baget itu. Barulah guru-guru Sekolah bantuan kerjaan merasa betapa peritnya Sekolah aliran agama yang mengalami penarikan bantuan kerajaan satu masa dahulu.

Manakala itu para guru akan kepanasan di Bilik Guru kerana air cond tak boleh digunakan sepanjang masa pejabat. Memadailah dengan beberapa jam sahaja.

Apabila kerajaan menghadkan pengambilan mata pelajaran SPM, yang kuat menentangnya ialah MIC, barulah kerajaan mendengarnya. Tetapi kalau orang Melayu yang menentang kes PPSMI dan kes makan asrama ini, sudah pasti kerajaan buat tak tahu aja. BN tahu Melayu tetap setia dengannya....

1 comment:

orangkampung said...

Salam,

1. Rasa nya kegawatan ekonomi masih belum di atasi lagi.

2. Bajet terpaksa di potong, projek terpaksa di buat, harapan nya ekonomi pulih semula.

3. Isu nya mengapa di lakukan secara selektif.

4. Dulu bajet di potong atas sekolah agama, sekarang sekolah sekolah bantuan kerajaan, itu pun di negeri pemerintahan Pakatan.

5. Projek pula yang nak dilaksanakan jika menguntungkan kroni, kalau tidak , mungkin buat, tapi lambat lagi.

6. Dah nasib anak tiri.