Tuesday, November 24, 2009

RAJA RAJA MELAYU MAKSUM

Pemimpin politik Melayu samada Pas, Umno dan sebahagiannya PKR tak berani menegur Raja-Raja Melayu jika Raja-Raja Melayu membazir, minum arak, membolot tanah balak, pelindung syarikat judi, serta membolot pelbagai hasil negeri seperti mana yang didedahkan oleh Raja Petra baru-baru ini.

Raja-Raja Melayu maksum macam Nabi juga ke?

Malah pemimpin politik Melayu syok dengan pelbagai anugerah gelaran dari Raja-Raja Melayu. Ada aktivis Pas berbangga sangat jika pemimpinnya dianugerah Datuk, macamlah Datuk tu meningkatkan darjah perjuangan sang penerimannya.

Orang Melayu terperasan kuasa politik Melayu masih bergantung kepada Raja Raja Melayu walhal negara ini adalah negara demokrasi- siapa majoriti dia berkuasa.

Amalan sesat orang Melayu ialah bersatulah atas nama Melayu walaupun bersatu dengan sang peminum arak, pengamal riba, pembolot wang rakyat, sang rasuah, pemalas dan 1001 mungkar; hanya demi Melayu.


2 comments:

kedaung said...

isu ini aku setuju sangat, sepatutnya yang mungkar ditegah,tak kira siapa pun.
adusss poning kopalo!

indraputra80 said...

Quote"Ada aktivis Pas berbangga sangat jika pemimpinnya dianugerah Datuk,"Unquote

Maaf teman berkata,Tanggapan sedemikian hanya ada pada orang yang senantiasa berburuk sangka.

Di sebabkan.

Kelemahan diri nya(Fizikal).

Kurang pengatahuan dan ilmu di dada.

Kurang pergaulan atau bergaul dgn mereka mereka yang kecewa/putus asa/dan senantiasa menyalahkan diri nya atas kegagalan yang menimpa.

Orang berilmu tapi tidak beramal dgn nya.

Orang dlm ketegori nie akan melihat apa jua kelebihan pada orang lain saolah olah tidak kene pada tempt nya.,.

Sahingga senyum org.di anggap menyindir nya.,ketawa orang di sangka menghina nya.,diam orang di sangka sombong pada nya.

Pendek kata semua tak kena .

Ubah sikap ,buka minda,

Klu benar die bangga(Sombong) biar die dgn Allah S.W.T yg.membalas nya.

Dan yakin lah setiap apa yang berlaku sudah di tulis dalam laufulmakhfuz kita.

Hak kita berusaha dan berdoa.

Jgn maree!!