Thursday, December 31, 2009

MOHAMAD SABU DI FELDA BUKIT ROKAN, NS

Mohamad Sabu akan menyampaikan ceramah di Felda Bukit Rokan (Pkt 6), Gemencheh, pada 18 hb Januari 2010, Isnin, jam 9 malam.

Turut sama ialah YB Repah, V Verappan dan TPJ 1, Pas NS, Ustaz Zakaria Khalim.

Dun Gemencheh menjadi sasaran PR pada PRU 13 nanti.

Datanglah beramai-ramai kerana Mohamad Sabu baru kembali dari Lubnan, Iraq dan Syria.

RAKYAT BAYAR DAHULU

Zaman free dah berlalu. Mulai 2010 setiap sekolah membayar sendiri setiap bil letrik, air dan talipon.

Rakyat didahulukan, bayarlah segalanya dahulu. Wooo.



Tuesday, December 29, 2009

PRINSIP ATAU WANG

PR lawan BN kerana prinsip atau wang?

Idris Jusoh and geng lawan Ahmad Said di Terengganu kerana prinsip atau wang?

Kerajaan Pas Kelantan sedang berkocak dek Ariffahmi, Nik Amalina, SU Politik, SU Akhbar , Husham kerana prinsip atau wang?

Nak UG atau PR kerana prinsip atau wang?

Jawablah sendiri.

Yang pasti jet hilang kerana wang. Wooooo.

Monday, December 28, 2009

DEMI PARTI HALAL JUA?

Apabila BN atau PR memerintah sesuatu negeri, mulalah terdengarlah cerita mencari wang untuk kepentingan parti masing-masing.

Maka adalah kesah seseorang yang memohon tanah balak beribu hektar. Janji asal wang balak untuk parti. Lepas tu habuk pun tarak.

Jika betul ada amalan pemberian balak untuk kepentingan parti, adakah ianya halal ya Ustaz, ya ulamak, ya sheikh?

Friday, December 25, 2009

FULUS YA SHEIKH

Tak kiralah samada pemimpin BN ke pemimpin PR ke, jika kecenderungannya ialah mengumpul kekayaan melalui koroni atau kolusinya, maka rakyat ramai tak akan mendapat faedah dari kepimpinannya.

Perhatikan sungguh-sungguh gaya hidup pemimpin negara dan pemimpin negeri, jika gaya hidupnya melampau dari sumber pendapatannya, mesti ada penyelewengan, rasuah dan ketidakadilan yang dilakukan pemimpin ini.

Rakyat kena peka. Jangan konon kita nak berbaik sangka, tetapi membiarkan depa meranap harta negara dan negeri.

Demi habuan, musuh yang menjahanam masjid pun depa sokong la ni. Atau buat tak tau aja. Jihad dah tak ada. Yang ada fulus ya sheikhhhh.

Ulama ke, pemuda ke, hizbullah ke - apa gelaran pun; bab harta benda akan menghilangkan idealisma perjuangan adanya....



Wednesday, December 23, 2009

ADUN PAS KENYANG

Sidang Dun Terengganu panas kali ini. Tapi sidangnya panas bukan dek kerana perbahasan dari Adun Pas tetapi dari Adun Umno sendiri.

Apa dah jadi dengan Adun Pas. Dah kekenyangan ke?

Politik jihad dah jadi politik wang agaknya....

Tuesday, December 22, 2009

BILA TUA TIADA IDEALISMA

Ahli politik ketika muda penuh dengan idealisma. Prinsip dan kebenaran sentiasa membara di dada.

Ahli politik ketika dah tua, mulalah memikirkan kuasa, harta, dan kepentingan anak dan cucunya...

Mana-mana ahli politik yang dah tua tetapi sudah tak mampu bertahan dengan idealisma perjuangan, eloklah berhenti. Kalau tidak, kita akan dengar pelbagai kenyataan dan tindakan politik yang caca marba.

Kalau dulu perjuangan ala hizbullah. Kini lebih mirip hizbulmal. Waduh-waduh.

AKAUN RAHSIA

Umno ada akaun rahsia menyimpan wang rasuah berjuta. Bukan senang nak buktikan. Tetapi apabila pilihan raya, wang itu keluar dengan mudah. Ia disalurkan sehingga keperingkat cawangan untuk belanja pilihan raya.

Apakah Pas, PKR dan DAP juga ada wang di akaun rahsia? Jika sesuatu parti ada wang di akaun rahsia, pasti wang itu wang rasuah. Jika tak rasuah, apa yang perlu dirahsiakan. Kalau harta parti hanya diketahui oleh seorang dua pimpinan parti, ada sesuatu yang tak kena.

Amat malang bagi parti yang berjuang menentang rasuah, mengamalkan rasuah!!!!!

Monday, December 21, 2009

PAS UMNO BERBEZA PENDAPAT?

Konvensyen Pakatan Rakyat nampaknya semacam berjaya pada Sabtu lalu.

Besarlah harapan kita agar tidak ada mana-mana pemimpin Pas bermain mata dengan Umno lagi.

Apabila ada cerita perjumpaan dengan Ku Li, mulalah syak wasangka muncul. Apabila akhbar Sinaran melaporkan kenyataan TG Hj Hadi - Pas Umno hanya berbeza pendapat sahaja; maka kita pun mula semak perut.

Apa sebenarnya?

Kalau setakat berbeza pendapat - tak payahlah berjuang dalam Pas lagi...

Pening pening kita di bawah ini...

REFORMASI ZAKAT

Siapakah pelindung dan penguat Islam di negara ini? Sultan atau Raja selaku ketua ugama atau kita perlukan sebuah institusi lain yang mungkin kita namakan sebagai Majlis Tertinggi Ulama. Nampak sangat slownya institusi zakat ini.

Saya belum merasakan istitusi zakat berperanan sepertinya selaras dengan keperluan zaman. Apakah isu kemiskinan, pendidikan dan dakwah mampu digarap oleh institusi zakat masa kini.

Institusi zakat zaman BN dan PR lebih kurang sama saja. Dimanakah perubahannya. Siapakah penghalang perubahan?

Saturday, December 19, 2009

SEKITAR LAWATAN KE KAMPONG PERDAMAIAN

Pada 14 hb Disember kami melawat Kg Perdamaian Shukirin, di Sekatan Thailand yang menempatkan bekas anggota Regimen ke 10, penentang penjajah British. Rombongan diketuai oleh Hj Mohamad Sabu.


Sokongpr dan Penjual Ubat di hadapan rumah Pak Abdullah CD.









Pak Awang Idris sedang berucap mengesahkan perjuangan Regimen ke 10.















Sebahagian anggota rombongan kami bersama beberapa orang bekas pejuang Regomen ke 10.













Hj Mohamad Sabu menyampaikan cenderamata kepada Pak Abdullah CD












Sokongpr bersama Pak Abdullah CD












Sokongpr bersama Ibu Suryani, isteri Pak Abdullah CD












Dari kiri - Aziz Ahamad (Kuantan), Pak Yaakob (PA Pak Abdullah CD), Tsaari (orang kanan Mohamad Sabu) dan Sokongpr.











Group Temerloh bergambar dengan Pak Abdullah CD.












Group Kedah bersama Pak Abdullah CD.

Thursday, December 17, 2009

PILIHAN KETIGA

Era kecemerlangan Islam di zaman Rasulullah saw diteruskan oleh zaman 4 sahabat. Kualiti pembangunan manusia mulai merosot di era Saidina Usman dengan amalan nepotism dan kronism.

Begitu juga di zaman Umaiyah dan Abbasiyah serta di akhir khilafah Islamiah di Turki pada awal 1920an. Kesah pemerintah yang berdasarkan sistem raja mula dicemari dengan amalan pembaziran, hidup bermewah dan maksiat.

Revolusi Islam Iran juga dicemari apabila ada pimpinan utamanya yang mula hidup mewah dan memonopoli perniagaan.

Dan kini adakah kerajaan Kelantan masih lagi kekal dengan tema membangun bersama Islam atau mula diresapi dengan hidup mewah dan monopoli projek oleh orang tertentu sahaja. Minumlah kopi di Kota Darul Naim, maka terdengarlah pelbagai cerita yang tak sanggup kita dengar....

Jangan sesekali pimpinan Kelantan tak sedar bahwa rakyat akan tahu apa yang mereka buat.

Apakah kita mahu pilihan ketiga selain BN dan PR?

Tuesday, December 15, 2009

WAHAI ANAK JAGALAH NAMA BAIK AYAHMU

Orang ramai bukan sahaja melihat MB yang bersih dan hidup sederhana, tetapi sekaligus melihat isteri, anak dan menantunya.

Jika anak MB dilihat hidup mewah, orang ramai tertanya-tanya.

Jika anak MB buka perniagaan yang modalnya berjuta, orang ramai tertanya-tanya.

Jika anak MB sibuk bertanya ehwal pentadbiran kerajaan ayahnya, orang ramai akan mula menyampah.

Wahai anak, jagalah nama baik ayahmu sebagai MB .....




Thursday, December 10, 2009

PROSIDUR BIASA AJA

Tuan Ariffahmi,

Kalau tak hendak berhenti segera, cutilah segera.

Tuan Guru Nik Aziz,

Jika Ariffahmi tak hendak cuti, majikan kena bayar gaji CEO sebagai ganti notis berhenti kerja. Itu amalan korporat. Ini jawatan CEO bukan staf bawahan. Itu etika dan budaya korporat apabila CEO diminta berhenti. CEO hanya perlu buat laporan serah tugas., bukan nak buat kerja lagi. Mana kerja yang tak siap, orang lain boleh sambung.

Tak tahulah kalau Pas ada budaya korporat lain.

Apa yang Mahfuz cakap, itu hanya prosidur biasa sahaja, bukan memandai-mandai. Ada benar juga kata TG Hj Hadi, penasihat TG Nik Aziz tak bercakap benar dan tak memberi syor terbaik. Atau orang parti keliling TG hanya berdiam diri. Atau orang keliling TG sentiasa menyokong apa sahaja TG buat tanpa sebarang koreksi.

Jika kes UG, TG Nik Aziz beribu peratus saya sokong. Bab Ariffahmi saya tak sokong walau 1 peratus sejak mula Ariffahmi dilantik sebagai CEO. Mengelak fiitnah lagi bagus dari hujah menyokong melantiknya sebagai CEO.

Wednesday, December 9, 2009

TUAN IBRAHIM JAGA PAHANG AJA LE

Tuan Ibrahim Tuan Man kata Mahfuz orang luar apabila Mahfuz meminta Ariffahmi berhenti segera sebagai CEO PBMK. Kalau majikan lain, depa akan bayar gaji pengganti notis supaya CEO tu berhenti serta merta.

Mahfuz tu Naib Presiden Pas macam Tuan Ibrahim juga. Dia layak memberi pandangan bukan sahaja kepada pemeritahan Umno/BN tetapi juga kepada pemerintahan Pas Kelantan. Kalau Adnan Yaakob buat tak betul di Pahang, bukan Tuan Ibrahim sahaja boleh tegur tetapi Mahfuz pun boleh tegur. Kalau Uztaz Azizan buat tak betul di Kedah, Tuan Ibrahim pun boleh tegur, kalau Mahfuz tak menegurnya.

Janganlah ada anggapan apabila Pas buat tak betul, ada aja dalil tak boleh tegur. Kalau Umno buat salah sedap aja dibalun. Ha ha.

Jangan asobiyah lokal pulak!!!!

Saya dah naik menyampah apabila mendengar orang ugama dalam Pas mencari hujah tidak boleh menegur pemimpinnya secara terbuka. Kalau dengan Umno, boleh aja.

Tuesday, December 8, 2009

AKHBAR MELAYU LAHIRKAN KAKI JUDI

Nampak geli geleman apabila melihat media berbahasa Melayu memperjuangan kepentingan Melayu dan Islam. Malangnya akhbar mereka penuh dengan keputusan judi 4D dan bermacam judi lagi.

Inilah Melayu abad 21 yang mahu dilahirkan oleh akhbar Melayu ini - KAKI JUDI.

Akhbar Melayu mencari income tambahan dengan iklan judi. Dah tak ada idea menambah pendapatan kecuali dengan perbuatan haram agaknya.

Sunday, December 6, 2009

DOA LAWAN DOA

Jika doa TG Nik Aziz tak betul, lawanlah dengan doa juga.

Apasal mahu bisisng-bising.

Sebenarnya kita selalu berdoa secara diam-diam - musnahkanlah sang zalim dan sang pengainaya di muka bumi ini. Kalau sesiapa tak zalim, janganlah khuatir, insyaallah tak kena.

Bak kata TG NIk Aziz, orang kafir yang dizalimi pun Allah perkenankan doanya.

Doa jangan tak doa bib. Tak kena caj pun jika berdoa. Namun doa tak semestinya terkabul di dunia ini. Kalau tak, lama dah Amerika dan Israel jahanam dek kejahatannya di Palestin.

Friday, December 4, 2009

PI JAHANAM DENGAN TAULIAH

Bila pula Islam berkembang dek tauliah.

Bila pula Islam kuat dengan pendakwah bertauliah.

Bila pula Islam berkembang kerana JAINS

Islam datang ke Tanah Melayu tanpa tauliah.

Islam di Eropah lebih maju, berdikari dan kuat tanpa tauliah dan Jabatan Agama.

Pi jahanam dengan tauliah!!!!!!

Wednesday, December 2, 2009

HIMPUNAN BODEK?

Daripada buat himpunan raksasa menyokong TGNA, lebih baik baik buat seminar rakyat memperkasakan kerajaan negeri supaya kerajaan negeri diurus dengan lebih kreatif, inovatif, bersih dan merakyat.

Kita mahu Kelantan yang bersih dan dilihat bersih. Tak mau ada gosip sana gosip sini....

Kita mahu agihan rezki yang menyeluruh, bukan mengkayakan seorang dua sahaja....

Tak payahlah buat kerja membodek macam Umno tu.


Tuesday, December 1, 2009

PROJEK OH PROJEK

Sebentar tadi saya berjumpa dengan kawan lama yang bertugas di sebuah Jabatan Kerajaan yang banyak buat projek jalan raya untuk rakyat.

Saya terus membuat tuduhan " Bagi menteri BN, yang utama ialah siapa akan dapat tender projek, bukannya siapakah sasaran manafaat projek itu". Beliau setuju 100%.

Bila Menteri baru masuk ke sesuatu kementerian, maka kontraktor yang dapat projek pun akan bertukar juga. Maklomlah masing-masing ada hantu raya yang dibelanya...

APA FASAL MAU TUKAR

Apa fasal BTN mahu tukar silibus programnya? Mampuslah Melayu macam ini.

Kita mahu pegawai kerajaan berjiwa Melayu bukan Malaysia, Jika jiwa Malaysia, nanti Cina naik tocang oi. Kita mahu Melayu jadi tuan lah..

KAH KAH KAH KAH KAH

Sunday, November 29, 2009

APA KATA MAT BTN

Dalam satu kursus BTN, maka penceramah BTN pun memaparkan kedudukan orang Melayu dalam bidang profesional yang masih ketinggalan berbanding dengan orang bukan Melayu. "Sebab itulah kita kena menyokong Umno memerintah negara ini lagi," kata Mat BTN tu.

Apa punya bangang Mat BTN ni. Kalau sudah setengah abad pun Melayu masih ketinggalan, itu maknanya UMNO terlalu gagal dan lemah dalam meningkatkan martabat Melayu di negara ini. Maka eloklah diganti dengan parti lain...

Cakap dengan bebudak boleh le...

Saturday, November 28, 2009

AJARAN SESAT MELAYU

Ada segelintir orang Melayu menerima ahli pilitik Melayu yang rasuah kerana dapat juga merasa duit habuan dari sang perasuah tu. "Yang salahnya jika tak pernah menghulur kat kita," katanya.

Melayu jenis ini tak pernah sedar bahwa duit rasuah tu haram. Daging babi tak sanggup makan. Tetapi duit sang rasuah sedap dibalunnya.

Melayu oh Melayu.

Friday, November 27, 2009

AJARAN SESAT BTN - 1

Antara ajaran sesat BTN ialah:

"jahat-jahat pemimpin Umno, depa tu Melayu dan tetap tolong Melayu. Maka kita kena sokong Umno"


"sebaik mana pun Cina, depa tetap anti Melayu dan tak akan tolong Melayu"

Betapa asobiyyah dan racistnya BTN. Kononlah BN membina perpaduan tetapi depa ada satu Jabatan khas untuk menyuburkan kebencian perkauman Melayu-Cina.

Kalau dulu Melayu Umno yang sahaja percaya ajaran sesat ini tetapi kini ada "uztaz-ustaz" celup Pas pun termakan idea itu. Poorah.

Thursday, November 26, 2009

PAS BANYAK KERJA SEKARANG

Kalau anda Setiausaha Agung sesebuah parti dan sibuk atau banyak beban kerja, maka carilah penolong yang tak sibuk. Kalau lantik penolong yang sibuk dengan mentadbir kerajaan negeri,, apa yang kita nak harapkan tenaganya. Jika nak idea, memadai talipon aja.

Tetapi jika melantik seseorang itu kerana untuk tolong cari duit parti, lantiklah orang tu sebagai Bendahari.

Tetapi jika nak lantik seseorang kerana nak memberi persaingan kuasa kepada orang lain, ini politik jahat namanya.

Begitulah pandangan tepi jalan yang saya dengar apabila Pas melantik seorang lagi Penolong Setia Usaha Agung. Kini Pas ada 2 orang Penolong Setia Usha.

Wednesday, November 25, 2009

SIAPA SELEPAS NIK AZIZ

Mutakhir ini ada cerita siapa pengganti TG Nik Aziz sebagai MB Kelantan. Ada yang minta TG Nik Aziz namakan.

Dalam Pas, kuasa mencadangkan nama sebagai MB ialah Pas Pusat.

Jangan banyak ceritalah oi.

Tuesday, November 24, 2009

RAJA RAJA MELAYU MAKSUM

Pemimpin politik Melayu samada Pas, Umno dan sebahagiannya PKR tak berani menegur Raja-Raja Melayu jika Raja-Raja Melayu membazir, minum arak, membolot tanah balak, pelindung syarikat judi, serta membolot pelbagai hasil negeri seperti mana yang didedahkan oleh Raja Petra baru-baru ini.

Raja-Raja Melayu maksum macam Nabi juga ke?

Malah pemimpin politik Melayu syok dengan pelbagai anugerah gelaran dari Raja-Raja Melayu. Ada aktivis Pas berbangga sangat jika pemimpinnya dianugerah Datuk, macamlah Datuk tu meningkatkan darjah perjuangan sang penerimannya.

Orang Melayu terperasan kuasa politik Melayu masih bergantung kepada Raja Raja Melayu walhal negara ini adalah negara demokrasi- siapa majoriti dia berkuasa.

Amalan sesat orang Melayu ialah bersatulah atas nama Melayu walaupun bersatu dengan sang peminum arak, pengamal riba, pembolot wang rakyat, sang rasuah, pemalas dan 1001 mungkar; hanya demi Melayu.


Monday, November 23, 2009

SIAPA BERKORBAN ?

Kerajaan PR Selangor dan Kedah sudah mengagih-agih lembu untuk korban. Antara penyumbang lembu ialah anak syarikat negeri.

Soalanya yang berkorban ini siapa. Orang ke syarikat?

Entahlah. Jika syarikat untung kena keluar zakat, memang kita tahu. Tetapi tak pernah pula saya dengar hukum syarikat diwajibkan berkorban.

Tolong jawab bib.....

ASSOBIYAH PARTI

Kerajaan PR samada di Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor hendaklah membuktikan sebagai sebuah kerajaan yang bersih dan prihatin kepada rakyat. Anggota parti samada Pas, PKR dan DAP hendaklah menjadi penegur kepada pimpinan kerajaan negeri jika didapati ada sesuatu yang tidak betul. Kita yang menegur ini bukannya musuh dalam selimut atau mahu mengambil alih jawatan mereka kerana kita mahu mereka memerintah secara yang terbaik.

Rakyat awam hanya akan menyokong dan terus menyokong kerajaan yang bersih sahaja. Harapnya jangan ada anggota parti yang berfahaman asobiyyah - yang tetap membela pimpinannya walaupun berbuat salah kerana mereka satu parti/kumpulan yang sama. Ingatlah, pemimpin yang peka dengan pandangan rakyat, akan disanjungi dan disayangi. Rakyat menyampah dengan Mahathir kerana dia terlalu degil mendengar pandangan rakyat dan rakyat meluat dengan Pak Lah kerana dia terlebih tidur!!!

Marilah kita mendokong kebenaran.

Saturday, November 21, 2009

AWANG OH AWANG

SATU PANDANGAN PALING BANGANG OLEH AWANG SELAMAT UTUSAN:

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

BANYAK pihak memperkatakan kesan daripada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin yang tidak membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal siasat saksi selepas waktu pejabat.

Awang tidak berhajat untuk mempersoalkan keputusan mahkamah itu. Cuma bagi Awang, penghakiman itu sudah pasti akan menyukarkan SPRM untuk menyelesaikan penyiasatan kes dalam tempoh yang boleh dijangkakan seperti sekarang.

Ia akan lebih dirasakan jika siasatan itu melibatkan kes-kes yang perlu disegerakan atau pelbagai sebab seperti kepentingan awam.

Jika masyarakat menganggap rasuah adalah satu jenayah yang berat dan perlu dihindarkan daripada menjadi budaya dalam masyarakat Malaysia, Awang berpendapat keutamaan dalam membanterasnya perlulah ada. Justeru kita tidak boleh melihat sesuatu kes rasuah yang disiasat itu dari perspektif hak asasi manusia semata-mata.

Awang lebih bimbang waktu soal siasat saksi SPRM itu akan menjadi kes yang akan dirujuk bagi kes-kes siasatan yang dikendalikan oleh agensi atau badan penguatkuasaan yang lain.

Jika itu berlaku, sudah tentu proses mengumpul bukti bagi sesuatu kes berdasarkan soal siasat saksi akan menjadi sukar.

Awang – Sekadar pandangan.

Friday, November 20, 2009

APA DIA PAS UNTUK SEMUA

Selepas PRU 12, Pas yang bersama PR perlu ada agenda bertindak secara jelas dan bertulis.

Dalam kontek negeri yang diperintah oleh Pas, tetapkan matlamat jangka pendeknya untuk diisi oleh pegawai awam dan ahli parti. Misi Pas hendaklah jelas supaya mudah dilaksanakan dan dinilai oleh rakyat.

Dalam kontek pusat, apakah misi Pas pula. Apakah nilai-nilai Islam yang perlu diterima oleh rakan-rakannya dalam PR supaya tak menjadi kecoh ketika mahu dilaksanakan nanti.

Pas untuk semua, satu satu slogan yang cukup baik dan wajar dinyatakan secara "operasinya" bagi memudahkan rakyat tahu apa yang ditawarkan.

Sejak 2004, saya tak nampak apakah "kelainanan" besar yang dibuat oleh kerajaan Pas Kelantan.



Thursday, November 19, 2009

MENGAGIH PELUANG

Agenda utama negara yang merdeka ialah membebaskan rakyatnya dari belenggu kemiskinan. Pembasmian kemiskinan memerlukan reformasi yang menyeluruh. Ada yang perlu diberi tanah. Ada yang perlu diberi pelajaran. Ada yang perlu diberi kemahiran. Ada yang perlu diberi peluang untuk satu tempoh yang manasabah. Ada yang perlu diimigrasikan tempat tinggalnya.

Setelah 50 tahun merdeka dengan acara pembentangan baget setiap tahun, cerita kemiskinan tegar masih wujud lagi. Apakah belanjawan untuk program pembasmian kemiskinan jauh dari mencukupi. Sepatutnya priorit belanjawan ialah membasmi kemiskinan. Jika pekerja asing yang datang ke sini lebih mewah dari rakyat kita, apakah erti kemerdekaan. Jika rakyat asing boleh mengusai perniagaan di Chow Kit Road, Jalan Masjid India dan Pasar Borong Selayang, dimanakah salahnya pengurusan kita.

Malah geng Pakistan sudah mampu menjadi sub kontraktor di ladang kelapa sawit di negara ini.

Bagaimana nak agihkan peluang ini kepada sang miskiin tegar, dalam keadaan negara kita ada pelbagai dana untuk membangun usahawan kecil dan besar.

Wednesday, November 18, 2009

ABDUL ARIFFFAHMI DIARAH BERHENTI

Menurut Kickdefella, TG Nik Aziz sudah arahkan menantunya Abdul Ariffahmi Bin Ab. Rahman berhenti sebagai CEO PMBK.

Jika benar ini satu tindakan gentleman oleh TG Nik Aziz. Syabas. Kalau menantunya layak, cemerlang dan hebat sekali pun, tak sepatutnya dilantik menjadi CEO dalam keadaan TG Nik Aziz sebagai Pengerusi PMBK.

Yang benar kita sokong. Yang silap kita tegur. Menerima teguran itulah pemimpin yang berjiwa besar. Harapnya semua pemimpin tak kira Umno ke Pas ke, bersikap begitu.

MAFIA JAGA PASIR

Menurut cerita di kedai kopi, projek pasir di Selangor dikuasai sang mafia. Kerajaan PR pun masih gagal mengutip 100% hasil pasir yang dianggar RM 200 juta. Hanya dapat 10% sahaja.

Demikianlah sang kapitalis sentiasa bergu dengan sang mafia. Kenapa kerajaan yang ada polis dan tentera tak digunakan untuk menghapuskan perompak siang hari ini.

Tuesday, November 17, 2009

TERIMA KASIH CHIN PENG : MAT SABU

Oleh: Lim Hong Siang - Merdeka Review

Sekali lagi, bekas Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu membuat kenyataan yang "menghebohkan", apabila mendakwa bahawa "orang Melayu perlu berterima kasih kepada Chin Peng" (Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya), dan mengakui bahawa "agama sebagai candu masyarakat (pada kurun ke-19)".

Kenyataan sedemikian sebenarnya tidak "janggal" dalam forum yang dianjurkan oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM). Tetapi, apabila kenyataan ini terkeluar dari mulut seorang pemimpin PAS, maka ia agak "membeliakkan mata" semua orang. Lebih-lebih lagi, apabila dihujahkan oleh penceramah yang popular dengan humornya, maka ia memberi kesan yang "menghiburkan".

"Agama sebagai candu"

Mat Sabu (gambar kiri) yang diundang sebagai ahli panel untuk perbincangan "Kuasa Ketiga?", dalam forum "Sistem Dua Parti di Malaysia: Suatu Analisa Kritikal" anjuran PSM pada 14 November itu, terpaksa memberi penjelasan apabila S.Arutchelvan, Setiausaha Agung PSM mendakwa bahawa Mat Sabu pernah menyetujui bahawa "agama itu candu masyarakat".

"Agama sebagai candu masyarakat. Persetujuan saya pada masa itu bersyarat, bukan secara umum. Memang kalau kita lihat, pada akhir tahun 1800 dan awal tahun 1900, kebangkitan industri di Eropah melahirkan jutawan-jutawan, kekayaan-kekayaan yang dimiliki beberapa orang, terutama sekali pemerintah Eropah, raja-raja dan sebagainya," jelas Mat Sabu.

"Untuk mempertahankan kuasa mereka, maka mereka menggunakan paderi-paderi untuk membawa orang miskin ke gereja, menyanyi lagu ketuhanan pada hari minggu. Kemudian, pada masa yang sama paderi-paderi ini menyokong pemerintah yang zalim, melintah darat..."

"Oleh itu, untuk membuat satu perubahan, maka kuasa paderi yang mencandukan rakyat itu perlu dibanteras dahulu. Itu persetujuan yang saya kata. Pandangan Karl Marx dengan keadaan pada waktu itu, kalau saya hidup, saya pun bersetuju dengan beliau!" Penjelasannya menggelakkan satu dewan.

Penyalahgunaan agama

Mat Sabu menyambung, "penyalahgunaan agama ini sentiasa berlaku. Saya sebagai orang Islam, saya tetap berpegang kepada ajaran Islam. Saya tetap mengatakan ajaran al-Quran itu begitu indah."

Beliau seterusnya memetik ayat daripada al-Quran sebagai contoh, "Apakah kamu tidak melihat orang yang mendustakan agama, membohongi ugama..."

"Di hujung ayat itu menyebut, celakalah orang yang sembahyang, orang yang tidak memberi makan kepada orang miskin, orang yang mengherdik anak yatim!"

Mat Sabu menjelaskan, "Ini al-Quran, iaitu satu pengajaran, bahawa walaupun kamu pergi ke masjid, bersembahyang dan sebagainya, tetapi tak peduli orang miskin, tak membantu anak yatim. Allah menyebut, celaka kamu!"

Jurang kaya-miskin paling ketara di negara Islam

Mat Sabu bukan sahaja terkenal sebagai penceramah, tetapi sering terlibat dalam demonstrasi, terutamanya ketika kenaikan harga minyak beberapa tahun yang lalu.

Beliau bersambung, "tetapi kamu lihat sekarang di dunia, di negara Islamlah kaya-miskin paling ketara. Kenapa jadi begitu?"

Mat Sabu kemudian mengambil contoh Pakistan, Indonesia, Bangladesh, malah di Mesir yang memperlihatkan betapa dahsyatnya perbezaan kaya-miskin di negara-negara tersebut, walaupun penuh dengan ustaz dan imam.

"Di Mesir....ribuan ustaz. (tapi) orang duduk di atas kubur, (sebanyak) tiga juta orang. Dia tunggu hari nak masuk kubur!"

"Agama itu indah, tetapi penyalahgunaan agama itu berlaku dari semasa ke semasa," simpulnya.

Angka itu untuk syok-sendiri

Mat Sabu juga mempertikaikan angka "kadar pertumbuhan" sebagai kayu ukur taraf hidup masyarakat. Beliau mendakwa bahawa kadar pertumbuhan yang tinggi di negara dunia ketiga tidak semestinya mencerminkan keadaan sebenar, kerana mereka yang berpendapatan 10 rupee sehari, mungkin hanya dapat 12 rupee biarpun angka pertumbuhan melonjak.

"Angka-angka yang dipamerkan kepada kita selalunya untuk kita syok sendiri, padahal jauh daripada keadilan sosial," seterusnya berkata bagaimana situasi masyarakat dunia ketiga seperti yang digambarkan dalam filem Slumdog Millionaire.

"Sebab itu, keadilan sosial ini mesti menjadi agenda semua pihak pada masa yang akan datang," tegasnya. Beliau berkongsi pandangannya bahawa perubahan pemikiran pada 8 Mac 2008, yang diibaratkan sebagai "tsunami politik", mungkin boleh menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional, tetapi belum cukup untuk melakukan reformasi sosial.

"Perubahan pemerintahan boleh, tetapi perubahan reformasi sosial jauh daripada boleh. Sebab kita lihat beberapa negeri Pakatan Rakyat ambil alih, tak berlaku reformasi sosial, hanya mengambil alih tempat. Tukar MB, tukar Exco, tukar wakil rakyat... (tapi) cara projek, cara kehidupan Menteri Besar, cara penguasaan harta...serupa!"

Beliau menambah, "bahkan kadang-kala menguatkan lagi status quo terutama sekali kuasa raja berperlembagaan, taat setia tak tentu hala sekarang ini!"

Setuju untuk menjatuhkan BN

"Sebab kita mahu berlaku perubahan, dan pada masa yang sama berlaku perubahan sosial. Ini yang paling penting!"

Walau bagaimanapun, Mat Sabu mengaku, "... saya setuju BN (di-)jatuhkan. Saya setuju. Sebab bila rakyat jatuhkan sebuah kerajaan yang menyeleweng, bila kerajaan baru naik, menyeleweng, mudah rakyat jatuhkan! Itu yang kita harapkan."

"Oleh itu, kalau Pakatan Rakyat naik memerintah, jangan berangan nak memerintah 50 tahun. Barangkali satu penggal pun payah, kerana rakyat sudah mula criticize..." Mat Sabu menyusuli dengan penghargaan kepada mereka yang mengkritik Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz, yang diheret ke dalam pertikaian tajaan ke Mekah. Sambil berseloroh Mat Sabu berkata, "bila ada tajaan, ada udang di sebalik mee..."

Perubahan pemikiran masyarakat Melayu

Ketika mengulas perubahan pemikiran dalam masyarakat Melayu, Mat Sabu berkata, "bila rakyat sudah buang satu kepercayaan karut, yang misalnya satu parti itu tidak boleh jatuh sampai bila-bila, ini perubahan yang kita alu-alukan."

"Memang nak ubah pemikiran rakyat cukup susah, tambahan pula di masyarakat orang Melayu. (Di masyarakat Melayu) Hang Tuah ditabalkan sebagai hero, Hang Tuah yang mengorbankan kekasihnya sendiri, diberikan kepada Raja, kemudian diberi sirih supaya lupa pada dirinya...ini hero."

Beliau sambung, "Ini bukan hero, ini binatang pondan. Sepatutnya kalau kita hero, tahi mata harimau lagi ku buang, itu pula kekasih... Inilah hero yang ditabalkan dalam masyarakat Melayu."

Untuk mengubah pemikiran masyarakat Melayu, Mat Sabu berpendapat bahawa sejarah perlu diperbetulkan, sama ada sejarah Hang Tuah mahupun sejarah kemerdekaaan.

Berterima kasih kepada Chin Peng

Beliau menceritakan pengalamannya ketika berceramah di sebuah masjid yang dihadiri pegawai tentera. "Di antaranya saya menyebut, kita berterima kasih kepada Chin Peng (gambar kiri) kerana membunuh Henry Gurney. Habis masjid tu saya nampak terkejut. Mat Sabu berterima kasih kepada Chin Peng?"

"Mereka tidak tahu Henry Gurney tu ialah polis British yang menyeksa rakyat Palestine, yang mula-mula membuat kampung baru di Palestine untuk menghimpunkan orang Arab, dan membawa Jews ke Palestine. Dengan itu, sebab jasanya di Palestine, dia dibawa ke Malaya," jelasnya.

"Dan Chin Peng bunuh orang seperti ini. Orang Melayu tidak tahu yang Henry Gurney ini pernah bertugas di Palestine!"

Beliau menyimpul, "sebab itulah hal sejarah, perjuangan rakyat penting diperbaharui. Sebab itu mereka amat amat takut Chin Peng kembali... bukan soal keganasan dan sebagainya, sebab kalau Chin Peng kembali, ceramah pertamanya, kalau boleh kita nak buat di Setiawan...Saya yakin lebih daripada setengah juta rakyat akan hadir!"

"Kita dalam perjuangan ini, kadang-kala tidak tercapai dalam masa hidup, akan disambung oleh generasi yang lain. Memanglah saudara nak idealis sosialis, saya nak Islam yang tulen. Tapi kita boleh berbincang, kita boleh bertemu, yang utama sekali mestilah ia berfungsi untuk kepentingan rakyat, bukan kepentingan elit."

Beliau sempat menyatakan ketidakpuasan beliau terhadap prestasi Pakatan Rakyat di beberapa negeri, dengan terus terang beliau berkata, "Di sudut struktur buang kepentingan elit tak banyak berubah. Hanya bertukar menteri besar, bertukar exco, tapi style kepimpinan tidak berubah!"

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Melayu.

SYED HUSIN SENATOR

Hari ini saya gembira kerana Syed Husin Ali dicalun oleh DUN Selangor sebagai senator.

Walaupun jawatan senator itu kurang "jantannya", namun hatiku sedikit terubat apabila mengenang perjuangannya yang panjang dan penuh ranjau.

Syed Husin pernah ditahan 7 tahun dalam ISA dan dibuang sebagai pensyarah di UM. Malah tak dinaikkan pangkat semasa dalam perkhidmatan.

Hidup Marhein!!!!!

Monday, November 16, 2009

APA PUNYA BENGAP DA

6 atau 7 tahun Anwar jadi Menteri Kewangan dahulu. Yang lantik beliau dari tahun ke tahun ialah Mahathir.

Top-top hari ini Mahathir kata Anwar tak reti ekonomi.

Pasal apa baru cakap hari ini? Kenapa biarkan Anwar jadi Menteri Kewangan sehingga 7 tahun. Apa punya bengap da...

Sunday, November 15, 2009

ELOKLAH BERHENTI

Walaupun pemerintahan 4 khalifah Islam pertama iaiatu Saidina Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali disebut sebagai Khulafarrasyidin oleh ahli sejarah Islam, namun pemerintahan Saidina Usman dikritik kerana adanya nepotisme dan kronisme.

TG Nik Aziz secara peribadi gagal melihat hal ini dan Pas Kelantan gagal mengawal TG Nik Aziz dari melantik menantunya sebagai CEO di PMBK.

Kalau Pak Lah, Pas kata macam-macam. Ini sendiri bikin, padanlah dikutuk oleh pelbagai pihak.

Ada kalanya musuh berkata benar mengenai diri kita. TG Nik Aziz kena arahkan menantunya berhenti atau CEO PMBK letaklah jawatan. Ini bukan soal persepsi tetapi PRINSIP.

Menuding pelbagai kesalahan Umno bukan caranya membela TG Nik Aziz dalam kes ini.

Saturday, November 14, 2009

TAK BOLEH TOK GURU

Oleh: Rozaid Ab Rahman


SECARA TRADISINYA orang Melayu sejak turun temurun telah diajar tentang tiga darjat penghormatan. Pertama kita diajar jangan menderhaka kepada Raja; kedua ibu-bapa dan ketiga tok guru.

Ini menjadikan situasi kita sangat sulit apatah lagi untuk menegur ketiga-tiga institusi ini sama ada secara terang mahupun tersirat.

Jadi apabila kita dapati tok guru yang kita semua sayangi seperti Tok Guru Nik Aziz Nik Mat bercakap tentang perkara-perkara yang pada pemikiran dan pemahaman kita sebagai sesuatu yang tidak kena, maka kita menjadi serba salah. Serba salah untuk menegur.

Apatah lagi tok guru seperti Nik Aziz yang memakai dua topi (mungkin dalam hal ini lebih sesuai dipanggil kopiah) iaitu satu sebagai tok guru dan satu lagi sebagai menteri besar.

Sebagai tok guru, Nik Aziz melihat dirinya hanya mengikut apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW apabila beliau melantik menantunya sebagai ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat kerajaan negeri di bawah Menteri Besar Yang Diperbadankan.

Nik Aziz dipetik sebagai berkata, sedangkan Nabi Muhammad lagi melantik menantu-menantunya ke jawatan dan kedudukan mentadbir negeri (Madinah), jadi beliau tidak nampak di mana salahnya beliau melantik menantunya menerajui sebuah anak syarikat negeri.

Wajarkah Nik Aziz membuat perbandingan demikian? Jika beliau melihat dirinya sebagai anbiya dan anbiya adalah pewaris nabi maka mungkin ada kewajaran kepada hujahnya, setidak-tidaknya begitulah pada pandangan beliau sendiri.

Tetapi pada ketika Nik Aziz berkata demikian, beliau sebenarnya memakai topi/kopiah yang mana satu? Topi atau kopiah tok guru kah atau menteri besar.

Melantik menantu sendiri menduduki kerusi eksekutif boleh dilihat sebagai satu keputusan yang tidak betul jika beliau berbuat demikian atas kapasiti seorang menteri besar.

Zaman dahulu mungkin orang tidak berapa kisah tetapi zaman sekarang orang memanggil perbuatan itu sebagai nepotisma.

Dan sedikit masa dahulu, parti-parti seperti PAS sendiri seringkali menyebut ini sebagai nepotisma. Tetapi apa agaknya istilah yang perlu digunapakai untuk kes menantu Nik Aziz ini.

Malah Nik Aziz telah memberi restu kepada menantunya itu untuk memecat seorang penyokong kuatnya sendiri yang juga merupakan seorang bloger popular yang beliau sendiri ambil bekerja di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Bloger tersebut yang bernama Syed Azidi@Kickdefella dipecat kerana disyaki terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membawa masuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke PMBK untuk menyiasat menantu tok guru.

Tapi tak apalah. Mungkin itu juga hak tok guru untuk melantik dan memecat siapa yang beliau rasa berhak.

Tapi bagaimana pula dengan soal menerima RM65,000 sebagai ‘hadiah’ untuk mengerjakan haji.

Tok Guru Nik Aziz atas kapasitinya sebagai tok guru merasakan apa salahnya orang hendak menghadiahkan beliau tiket serta belanja untuk mengerjakan ibadah yang menjadi rukun Islam yang keenam.

“Saya hendak mengerjakan ibadah...apa salahnya,” kata tok guru ketika mengajar di Dataran Ilmu di Kota Bharu Jumaat lalu di hadapan beratus pengikutnya. Semua diam mendengar dan mengangukkan kepala tanda setuju. Beliau tidak menganggap ia sebagai satu bentuk rasuah.

“Orang nak bawa saya pergi ke Mekah, kenapa saya nak tolak. Saya pergi ke Mekah, jarang belanja saya sendiri.

“Orang tolong bayar. Semua orang berebut (untuk membiaya saya ke Mekah),” kata beliau.

Tetapi minta maaf banyak-banyaklah kali ini tok guru. Dalam hal ini, memang tok guru salah. Dan kita kena tegur akan kesalahan tok guru kali ini. Bukannya mengiyakan apa yang beliau cakap.

Ya, akhirnya beliau telah membuat keputusan untuk tidak menerima ‘hadiah’ tersebut. Tetapi malangnya beliau menyalahkan pihak akhbar kerana membesar-besarkan isu ini sehingga membantut niatnya untuk mengerjakan ibadat yang dijadualkan pada 18 November ini.

Kesayangan kita kepada Tok Guru Nik Aziz telah mendorong sebahagian besar daripada kita ‘mengiyakan’ segala tindak tanduk beliau atau lupa hakikat bahawa beliau juga adalah menteri besar yang terikat dengan segala bentuk perintah serta peraturan am seorang anggota pentadbiran negeri.

Sebagai tok guru mungkin Nik Aziz merasakan tidak ada apa yang salah dengan menerima hadiah dalam bentuk mengerjakan amal ibadat.Malah Setiausaha PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim mencelah dengan berkata, ini cara penduduk Kelantan meraikan orang agama.

Tetapi semua orang kena ingat yang tok guru ada satu kopiah lagi iaitu kopiah menteri besar.

Sebagai menteri besar, tak boleh tok guru...tak boleh terima ganjaran berbentuk hadiah sedemikian. Sebagai Yang Amat Berhormat, tok guru boleh disabitkan menerima ‘suapan’ apatah lagi syarikat yang hendak menghadiahkan tok guru pakej mengerjakan haji itu adalah syarikat yang berkepentingan yang khabarnya mendapat kontrak perniagaan daripada kerajaan negeri.

Jadi tak boleh tok guru buat macam ni. Sebab tok guru juga adalah seorang menteri besar dan ketua pentadbir sebuah kerajaan negeri.

Tok Guru boleh disabitkan dengan kesalahan rasuah - sama ada rasuah moral atau rasuah kebendaan sekiranya SPRM masuk menyiasat dan mendapati seorang penjawat awam tidak boleh menerima apa jua bentuk habuan apatah lagi dalam bentuk wang ringgit dan perjalanan ke luar negara - tak kisahlah atas nama ibadat atau apa sekali pun.

Apa agaknya tok guru nak kata atau orang PAS nak kata kalau perdana menteri Malaysia mengaku buat perkara yang sama? Mungkin minta parlimen bentuk suruhanjaya siasatan diraja agaknya. Wallahualam.

Bala dedah ditawar RM5 juta

Sumber: Merdeka Review

Penyiasat Persendirian, Balasubramaniam a/l Perumal tampil dalam satu klip video untuk mendedahkan bahawa dirinya telah ditawarkan RM5 juta oleh seorang peniaga bernama Deepak, agar menarik balik akuan sumpahnya yang mengaitkan Najib Abdul Razak dengan kes pembunuhan Altantuya.

Klip video ini disiarkan dalam Malaysia Today hari ini, dengan sarikata yang menyatakan bahawa Deepak ialah pengarah (director) Carpet Raya, sebuah syarikat yang dilaporkan berpendapatan RM122 juta. Syarikat tersebut dikatakan mendaftarkan alamatnya di Dataran Palma Ampang, Selangor, sementara pejabatnya beralamat di Mahkota Taman Maluri.

Malah, sari kata yang terpampang dalam klip video ini cuba mengaitkan Deepak dengan Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri. Balasubramaniam mendakwa bahawa Deepak datang berjumpa dengannya, selepas dirinya mengumumkan akuan sumpah pertamanya pada 3 Julai 2008.

Menurut Balasubramaniam, Deepak mahu Balasubramaniam menarik balik akuan sumpahnya. Malah, Deepak suruh Balasubramaniam mengikutnya ke Putrajaya, namun tidak menyebut siapa yang mahu Balasubramaniam ke Putrajaya. Seterusnya, Deepak menawarkan RM 5 juta untuk Balasubramaniam supaya menarik balik akuan sumpahnya.

Balasubramaniam (gambar kanan) ialah penyiasat persendirian yang diupah oleh Abd Razak Baginda, tertuduh yang ketiga dalam kes pembunuhan seorang wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Balasubramaniam telah membuat akuan sumpah pada 1 Julai 2008, mendedahkannya kemudian pada 3 Julai, dengan kandungan yang menggemparkan apabila mengaitkan Timbalan PM ketika itu (PM sekarang), Najib Razak dengan Altantuya.

Walau bagaimanapun, Balasubramaniam membuat akuan bersumpahnya yang kedua pada 4 Julai 2008, secara dramatiknya menarik balik tujuh perkara dalam akuan sumpah pertama yang berhubung kait dengan Najib Razak. Apa yang lebih mengejutkan, Balasubramaniam telah hilang bersama keluarganya selepas itu.

Abdul Razak Baginda yang selama ini dilihat sebagai orang rapat Najib Razak, dituduh bersubahat dalam kes pembunuhan Altantuya. Walau bagaimanapun, beliau dibebaskan setelah didapati tidak bersalah oleh mahkamah pada 31 Oktober 2008.

Najib Razak, Perdana Menteri ke-6 dipertikaikan oleh pembangkang ketika membincangkan kes pembunuhan Altantuya. Walau bagaimanapun, beliau pernah bersumpah dan mendakwa dirinya tidak mengenali Altantuya. Isterinya, Rosmah Mansor, juga berkali-kali menafikan bahawa dirinya terlibat dalam kes ini, malah menganggap tuduhan tersebut berunsur fitnah.


MB oh MB

Ada MB haram

Ada MB dapat tajaan ke Mekah

Ada MB hantar wang RM 10 juta ke London

Ada MB kena saman RM 64 juta

Ada KM rasuah alias politik wang

Ada MB yang partinya tak suka

Ada KM yang dah berkurun

Eloklah semua MB ni berhenti....

Thursday, November 12, 2009

NAK PI BERSEMBANG TAK PAYAHLAH BISING

Pimpinan Pas diperingkat Pemuda dan Pusat boleh bertemu dengan tokoh akademik dan NGO untuk mendapat pandangan dan info politik secara informal tanpa heboh satu dunia.

Kita juga boleh mendapat pandangan sesiapa pun melalui program rasmi samada melalui seminar, konvensyen atau forum dan panggillah siapapun ahli panelnya walaupun dari komunis Russia. Jangan maki sang panelis sudahlah.

Kalau berjumpa secara informal, tak payahlah heboh-heboh sangat. Pi aje le, sembang di mana-mana pun.

Wednesday, November 11, 2009

LAPURAN AUDIT NEGARA

Setakat ini lapuran Ketua Audit Negara terhadap pengurusan kerajaan PR di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah adalah positif sekali.

Ini laporan oleh badan kerajaan yang berautoriti. Jika dibanding dengan komen Ketua Audit Negara terhadap kerajaan Melaka dan Negeri Sembilan yang banyak kelemahan dan kebocoran pengurusannya, maka rakyat sepatutya melakukan perubahan pada PRU 13 nanti.

Kita tunggu PRU 13...

Tuesday, November 10, 2009

BAIK PUNYA PAS

Pas ialah parti yang suka menolong orang yang dizalimi. Walaupun Anwar membalun Pas sejak 1982, tetapi pada 1999, Paslah yang paling kuat membela Anwar.

Walaupun Dr Asri berkempen untuk BN di PRK Permatang Pasir, tetapi kini Pas membela Dr Asri bukan main.

Tak hairanlah kalau Umno nak mampus dalam arena politik negara ini, Pas akan menyelamatkannya, walaupun Pas sendiri akan mati dek perbuatan itu. Sikit-sikit imbasan tu dah ada dah. Pasal gara-gara nak berbaik dengan Umno, kini Pas menubuhkan JK Displin untuk "bunuh membunuh" sesama sendiri. Walak ajalah dengan pemimpin ya sheikh....

Monday, November 9, 2009

ISU UTAMA GOLONGAN MUDA

Jika Pas mahu dikenali dikalangan generasi muda yang bakal mewarnai politik masa depan negara ini, Pas hendaklah menggarapi isu yang berkaitan dengan keperluan golongan muda.

Kesedaran islam kini sudah melampaui dari cerita mee dan kicap halal serta instrument kewangan Islam. Pas kena bekerjasama dengan para ahli akademik untuk mengkaji trend dan keperluan golongan muda. Kita khuatir Pas berbicara hal "langit" tetapi orang yang mendengarnya mahu cerita " bumi". Antara impian "langit" Pas dan kehendak" bumi" rakyat - Pas kena bijak mengimbangkannya.

Saturday, November 7, 2009

ORANG MUDA TAK KENAL PEMIMPIN PAS

PAS Tak Berupaya Jadi Parti Alternatif, Kata Pemerhati Politik

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- PAS tidak akan berupaya menjadi parti alternatif sekiranya tidak dapat menerima perlembagaan negara yang mengiktiraf masyarakat bukan Islam, kata pemerhati politik Prof Dr Abdul Aziz Bari.

"Ini satu perlembagaan yang kita kenal, kalau kita tak mahu akui maka kita tak boleh jadi parti alternatif, jadi jangan lompat (melenting dan mempersoalkan) bagaimana dengan Islam? Kena tumpu juga kepada bukan Islam dan fokus bagaimana nak menangi hati mereka," katanya.

Pensyarah undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu berkata demikian semasa membentangkan pandangan beliau pada seminar politik PAS di sini.

Beliau dan Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dari Universiti Malaya adalah dua pemerhati politik yang diundang PAS bagi memberi pandangan alternatif dalam usaha parti itu memperkasakan parti.

Abdul Aziz juga menyelar sikap PAS yang gemar menyalahkan Umno setiap kali berlaku sesuatu yang negatif terhadap parti itu.

PAS sebaliknya harus melihat ke dalam parti dan mencari jalan untuk membetulkan apa juga masalah yang timbul.

"PAS harus menjadi sebuah parti yang terbuka dan menjadi tumpuan rakyat adalah lumrah, jadi jangan lagi bermain cara lama, ada benda sikit salahkan Umno, ini tidak harus dilayan, kita harus fokus apa yang ada dalam parti," kata Abdul Aziz.

Dr Abu Hassan pula berkata PAS bermungkinan berdepan dengan masalah besar pada pilihan raya umum akan datang memandangkan kajian menunjukkan golongan muda mempunyai tanggapan negatif terhadap keupayaan kepimpinan parti sekarang.

Katanya kajian yang dijalankan beliau bagi menjangka keputusan pilihan raya umum ke-13 itu juga menunjukkan golongan muda tidak kenal dengan pemimpin-pemimpin PAS.

"Menurut survey (kaji selidik) itu yang mereka kenal cuma Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (bekas menteri besar Perak), Mohamad Sabu dan Datuk Seri Azizan Abdul Razak (Menteri Besar Kedah)," katanya.

Abu Hassan berkata kajian berkenaan turut meneliti laman-laman blog berunsur politik dan mendapati blog-blog yang sebelum ini menyokong PAS telah kembali menjadi 'atas pagar'.

"Kajian menunjukkan blog-blog sedemikian meningkat 213 peratus," katanya.

-- BERNAMA

Friday, November 6, 2009

SIAPA GANTI HJ HADI

Ada anggota Pas yang tak bersetuju Dr Aziz Bari memberi pandangan di dalam program seminar esok.

Tidak salah Dr Aziz memberi pandangan senario politik Malaysia dan mencadangkan apa yang patut Pas buat.

Namun soal apakah yang Pas patut buat sehingga terpaksa merubah pucuk pimpinan Pas, anggota Pas lebih layak menentukannya. Tetapi apakah anggota Pas kenal sungguh siapa yang sepatutnya ditukar.

Walaupun kita akui Hj Hadi ada beberapa kelemahan dan termakan beberapa idea "gila" dari rakan sekelilingnya, setakat ini belum muncul tokoh yang yang lebih baik darinya.


Wednesday, November 4, 2009

DR ASRI DAN JAIS

JAIS mengambil tindakan kepada Dr Asri kerana ada orang mengadu. Ini kelakar punya cerita. Katika Dr Asri berceramah dalam Astro, satu Selangor mendengarnya.

Mengapa JAIS tak pi kat studio Astro, menangkap Dr Asri.

Kekadang cerita ada tauliah atau tak ada tauliah ini lebih kepada cerita hasad dengki sahaja. Bak kata kekawan lain - hujah lawan hujah le. Paling kurang pun beramallah dengan apa yang yang kau belajar dan yakin. Lazimnya perkara furuk sahaja yang berbeza pendapat. lantak pilah. Yang wajib dan haram pun umat Islam Malaysia masih tak selesai lagi.

Tuesday, November 3, 2009

HASAN ALI BERDARAH BTN?

Kalau betullah Hasan Ali bercakap macam orang BTN semasa perjumpaan dengan Pemuda Pas Selangor, maka dia memang wajar keluar dari Pas atau Pas memecatnya.

Hujah BTN memang super asobiyah. Jika Hasan Ali yang bercakap sudah pasti diindahkan dengan ayat al quran dan hadis. Maka terpegunlah jika tidak dikoreksikan..

Tuan Ibrahim dengan AJKnya tentu ada hujah menyokong atau menentang hujah Hasan Ali. Jika bersetuju dengan hujah Hasan Ali, maka elok sangatlah Pas mengistiharkan keluar dari PR. Dan selepas itu jika Pas nak berpeluk dengan UMNO, saya akan joint parti lain pula. Ya hooooo.

Monday, November 2, 2009

UMNO TAK RETI JADI PEMBANGKANG

Umno tak reti jadi pembangkang kerana terlalu lama jadi kerajaan.

Umno masih gagal mendedahkan kelemahan dan penyelewengan Pakatan Rakyat.

Yang Umno pandai, membeli ADUN PR yang banyak masalah untuk mencukupkan bilangan kerusi DUN untuk jadi kerajaan. Dengan ini kerajaan yang bakal dibina oleh Umno ialah kerajaan yang ADUNnya lemah dan korup. Macam mana rakyat nak sokong cara macam ini?

Sunday, November 1, 2009

DILIHAT BERSIH

Zaman kalah, pemimpin Pas boleh pegang jawatan lama-lama.

Zaman menang, tempoh memegang jawatan eksekutif kena dihadkan. MB dan Exco setakat 2 penggal sudahlah. Kalau tidak, terdedah banyak ujian dan cabaran. Tak baik saya tuduh makan rasuah. Itu SPRM punya kerja.

Dengan gaya hidup, ada harta melampau, mampu bagi pinjam duit kepada orang beratus ribu, mampu tebus hutang orang berjuta, mampu membina bangunan parti tanpa wang derma , shoping sakan kat London - menimbulkan keraguan kita...

Kalau tak bersih, paling kurang mahu dilihat bersih. Nasiblah orang Pas sentiasa bersangka baik- "husnul zon ya sheikh". Woooo

Friday, October 30, 2009

WALAK AJA LE

Yang didakwa induvidu. Yang kena siasat Pas Negeri. Tinggi politik Pas sampai orang bawah payah nak faham.

Walak aja le....

Thursday, October 29, 2009

APABILA CINTA DIRAGUI

Kaki filem hindustan tentu tahu hal cinta. Ha ha.

Apabila seseorang itu sentiasa mengulangi "aku cinta pada mu", tandanya ada sesuatu yang diragui oleh kekasihnya. Maka terpaksalah diikrarkan semula cintanya itu.

Pas sekali lagi menegaskan cintanya tetap kepada Pakatan Rakyat sahaja. Hati Pas dah tertutup dengan Umno.

Harapnya jangan ada sang petualang dalaman yang merosakkan cinta ini lagi ya... Wooooo

Jika semua anggota Pas nak berkongsi kuasa dengan Umno - saya tak akan joint. Cukuplah pengkhianatan Umno terhadap kerajaan Kelantan sejak 1990, Terengganu pada 1999, dan kini di Perak dan Kedah. Umno mengkhianati demokrasi dan tidak menghormati perlembagaan negara. Memang Umno/BN tak bertamaddun dalam urus negara yang punya sistem demokrasi berperlembagaan yang jelas.

Kafir barat pun patuh dengan perlembagaan negara.

Wednesday, October 28, 2009

PAS KE MANA

Sepatutnya Pas kini bergerak bagaimana nak pastikan kerajaan yang ditadbirnya menjadi sebuah negeri contoh dalam semua aspek.

Tetapi kini seolah-oleh tak tau hala tujunya yang sebenar.

Harap malam ini akan clear segalanya.




Tuesday, October 27, 2009

ESOK PAS AMAN DAMAI

Insyaallah esok TG Nik Aziz dan TG Hj Hadi akan buat kenyataan Pas dalam aman damai jua adanya.

Orang tua mana reti gaduh-gaduh.

Yang selalu gaduh orang muda aja.

Carilah ganjaran akhirat di akhir kehidupan ini. Untuk dunia, pencen dah berlebih sangat. Pencen MBnya, MPnya dan Adunnya.

Yang kita risau ialah ahli politik muda yang masih mengejar jawatan eksekutif politik sehingga tertipu dengan janji-janji Umno yang akan memusnahkan Pas dari dalam. Perhatikan lagak dan gaya hidup mereka, maka kita akan tahu apa tujuan mereka berada dalam Pas. Ikhlasnya orang bawahan Pas menyebabkan mereka mudah ditipu oleh jenis pemimpin macam ini. Title ulama dan profesional kekadang mengkaburkan ahli Pas.

Monday, October 26, 2009

RESPON HARAKAH

Respon Harakah atas posting borak-borak di Jalan Pahang:

Merujuk kpd tulisan dalam blog sdra suka saya jelaskan bahawa yg di dakwa bayaran lewat itu ialah tuntutan perjalanan dan kerja luar pejabat. Tetapi ada juga sdra bandingkan dgn gaji lewat. Suka dimaklumkan bahawa setakat ini tidak pernah berlaku bayaran gaji yg lewat iaitu sehingga memasuki bulan yang akan datang utk kakitangan Harakah malahan pembayaran bonus sebulan gaji juga telah kita laksanakan baru-baru ini sebelum sambutan Aidilfitri.

Tentang tuntutan pula saya percaya semua yg pernah bekerja makan gaji akan faham bahawa memang proses kelulusan dan pembayaran tuntutan akan mengambil masa. Jabatan kerajaan dan syarikat2 semuanya perlu masa utk proses pembayaran tuntutan dan tak adillah Harakah di tuduh seolah2 Harakah saja yg berbuat begitu.

Untuk makluman , semua petugas Harakah yang ditugaskan untuk membuat kerja-kerja di luar daerah akan diberi “advance” terlebih dahulu bagi memudahkan urusan mereka ketika berada diluar daerah. Tuntutan ini juga biasanya akan dipohon sendiri oleh individu terbabit. Sekembalinya mereka nanti , segala tuntutan akan dikira semula berdasarkan perbelanjaan sebenar sebelum bayaran selebihnya dibayar jika perlu. Walaubagaimanapun ada kakitangan yang dengan “SENGAJA” telah ke luar daerah tanpa sebarang tugasan rasmi atau tanpa sebarang arahan dengan tiba-tiba ingin menuntut segala perbelanjaan yang telah didahulukan oleh individu terbabit. Ini adalah bercanggah dengan prinsip syarikat , oleh yang demikian proses bayaran memang akan mengambil masa yang lama memandangkan tuntutan tersebut bukanlah di atas urusan rasmi syarikat.

Untuk pengetahuan saudara juga , ada kakitangan yang lambat menghantar tuntutan mereka yang menyebabkan proses pembayaran juga menjadi lambat. Proses pembayaran memang mengambil masa yang agak lama juga kerana perlu diteliti setiap tuntutan tersebut kerana ingin memastikan setiap tuntutan itu benar-benar “genuine” Untuk makluman juga , pada tarikh kenyataan yang dibuat di dalam blog saudara itu , segala tuntutan bulan Ogos telah selesai dibayar dan ini amat bercanggah dengan tuduhan saudara itu.


PENGURUSAN HARAKAH

BN GAYAT PAS NAZAK

Diakhir ucapan Najib semasa pembentangan Baget jumaat lalu menyebut "dengan semangat Bagan Pinang"...

Nampak sungguh seolah-olah BN mendapat nafas baru untuk menyemarakkan perjuangannya seolah-olah BN berjaya merampas kerusi Bagan Pinang itu dari Pas. Pas pula jadi huru hara apabila kalah di Bagan Pinang, seolah-oleh Bagan Pinang itu kerusi atau kubu Pas selama ini.

Apabila ramai penulis membuat analisa keputusan di Bagan Pinang - ramai pula yang melenting kepanasan. Ha ha

Hebat sekali penangan Bagan Pinang rupa-rupanya. BN macamlah tak pernah menang dalam PRK sehingga begitu gayat sekali bila menang di sini dan Pas pula macamlah tak pernah kalah berkali-kali dalam PRK sehinggakan kalah kali ini macam dah nazak nak mati.

Begitulah politik...



Saturday, October 24, 2009

BORAK-BORAK DI JALAN PAHANG

Terkejut saya apabila terdengar tuntutan kerja luar oleh petugas Harakah di PRK Bukit Gantang belum dibayar oleh majikannya.

Begitu juga penyumbang berita ke Harakah Daily juga tak dapat bayaran sagu hati sejak bulan Ogos lalu.

Macam mana nak ada motivasi jika soal upah dilewat-lewatkan pembayarannya. Jika gaji anda lewat dibayar seminggu pun dah menjerit. Takkan cukup dengan makan ayat "sabar ya sheikh".

BAGET DAN RASUAH

Najib umumkan baget dengan memperkuatkan SPRM lagi.

Kita nak tengok siapakah yang akan kena tangkap dek SPRM. Jangan setakat kes ribu-ribu aja. Kita mahu kes ratus ribu, juta dan puluh juta.

Jangan pula sampai rakyat akan jadi penyiasat, pendakwa dan hakim kepada sang perasuah.

Banyak kes besar, jika pelakunya kroni UMNO/BN - SPRM buat tak tahu aja....

Friday, October 23, 2009

ANTARA ETIKA DAN AGAMA

Ahad lepas saya mengambil Hj Mohamad Sabu dari KL Sentral dan menghantarnya ke Markaz Tarbiah Pas Pusat.

Antara bualan kami, beliau mengeluh mencari jawapan mengapa orang barat dengan hanya mengamalkan etika mampu menolak amalan rasuah dan tegas mengambil tindakan kepada sang perasuah tetapi di negara ummat islam yang mengamalkan islam tetapi kes rasuah paling besar sekali. Dan yang peliknya umat Islam semcam merestui amalan rasuah.

Ya, etika yang diamalkan oleh barat tanpa asas dosa pahala, tanpa akhirat mampu mencegah amalan rasuah. Tetapi umat islam yang percaya kepada ugama, ada dosa pahala, ada akhirat - tak mampu membenteras rasuah.

Mengapa ya?

Thursday, October 22, 2009

ALAHAI USTAZ IDRIS

Ustaz Idris Ahmad mengamuk, menjawab dakwaan Dr Aziz Bari yang mengatakan pemimpin Pas pro Umno.

Wajar sekali Ustaz Idris marah kerana menuduh pemimpinnya pro umno. Tetapi jika benar bagaimana?.

Lemah sangatlah Ustaz Idris jika tak tahu ada pemimpin Pas yang berunding dalam gelap dengan Umno. Bukankah rahsia itu telah didedahkan dalam muktamar lalu oleh Ustaz Ahmad Awang.

Alahai pemimpin Pas...

Wednesday, October 21, 2009

RUMUSAN PAKAR FORENSIK

Baca di sini

Juga di sini.


Utusan tak melapurkannya atau belum melapurkannya lagi....

Tuesday, October 20, 2009

BERKORBAN APA JUA

Zaman Nabi, Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidina Ali - pemimpinnya zuhud, hidup tak bermewah, tak berharta dan paling penting berkorban habis untuk ummah/rakyat.

Kini, sang raja/sultan dan keluarga di raja, PM dan anggota kabinetnya - bagaimana?

Kekadang kita gunakan nama Islam mempertahankan satu institusi yang merugikan ummah itu sendiri. Ada negeri hampir bankrap dibuatnya. Ada negeri dilelong habis tanahnya. Demi Sultanku jua....

Saturday, October 17, 2009

PILIHAN RAYA: ANTARA TAKTIKAL DAN MOOD RAKYAT

Analisis kalah menang sesuatu pilihan raya merupakan satu akademik sebenarnya. Semua pendapat boleh diberikan selepas pilihan raya. Kalau kita membaca analisa yang dibuat oleh pasukan akademik dari Universiti tempatan dan pengkaji sains politik luar negara - ianya satu dapatan terhadap pemikiran dan tanggapan rakyat pada satu-satu fasa pemerintahan. Pilihan raya 1959, 1969, 1990, 2004 dan 2008 memberi beberapa keputusan pilihan raya yang enak diulas dari pelbagai sudut oleh ahli akademik.

Apabila berlaku perubahan mood rakyat - faktor taktikal sudah tidak relevan lagi. Parti yang tak ada cawangan di kawasan bertanding pun boleh menang. Calun tak ada SPM pun boleh menang. Calun yang tak reti bahasa Melayu pun boleh menang. Parti yang baru daftar sehari pun boleh menang. Menteri pun boleh kalah.

Dalam suasana biasa, faktor taktikal kembali penting. Ketika ini pelbagai faktor diambil kira hinggakan soal senyum calun pun diambil kira. Di PRK Kuala Terengganu, Wahid Endut mengatakan dia menang kerana banyak bersalam dengan orang Umno. Ha ha.

Membicarakan faktor taktikal inilah yang ramai ahli parti akan menuding antara satu sama lain dan pedih untuk mendengarnya.

Apa yang penting kita mendengar terlebih dahulu. Betul atau tidak kita analisa kemudian. Tak salah kita mendengar apa orang kata. Jika betul kita baiki. Dalam proses menganalisa, memang banyak tanggapan, persepsi dan mungkin ketahap tuduhan yang perlu kita lalui. Terbukalah untuk parti kita menjadi kuat. Yang kita bincang ialah ISU bukannya Orang. Tetapi dalam ISU ada 'orang' yang terpaksa disebut namanya.

Kita sebut kesah Saidina Umar yang ditegur oleh sang makmum ketika berkhutbah dan sang wanita yang tak setuju dengan mas kahwin - tetapi kita tak bersedia mendengar apabila berlaku kepada kita sendiri. Dunia blog, termasuk blog ini memberi izin kepada anda membuat komen dan memberi pendapat di 'comment'. Bebas. Jangan mencarut sudahlah...

Friday, October 16, 2009

RAJA PETRA DIHILANGKAN?

Raja Petra menghilangkan diri atau dihilangkan oleh sang misteri.

Tak mustahil Raja Petra dihilangkan.

Jika menghilangkan diri - takkan Polis gagal mengesannya kerana pelbagai cara boleh mengesannya.

Thursday, October 15, 2009

PASCA BAGAN PINANG - 2

Saya mendapat panggilan seorang veteran Pas Negeri Sembilan pagi ini. Beliau memberi pandangannya ke atas perjalanan PRK Bagan Pinang. Pada pemerhatian beliau jentera pilihan raya tidak didokong sepenuhnya oleh organisasi Pas di NS sendiri:

  • Jentera Pemuda Pas Negeri semacam tiada - Ketua Pemuda dan Timbalan Ketua Pemuda Negeri tidak berada di medan menggerakkan jentera pilihan raya. Kononnya Pemuda Negeri merajuk dan tidak mesra dengan PJ yang menjadi calun di Bagan Pinang.
  • Ketua Penerangan Negeri bergerak secara solo - bukan bersama jentera pilihan raya
  • YB Taufek, satu-satunya Adun Pas di NS tak diberi peranan penting untuk mewar-warkan peranan Pas dalam politik NS.
  • Cikgu Badrul dan jentera PKR pun tak diberi peluang yang luas untuk berkempen sehingga mereka terpaksa membuat program sendiri.
  • Walaupun pimpinan Pas Kawasan turun ke Bagan Pinang tetapi tidak membawa sekali ahli bawahan yang ramai untuk bergerak secara lebih efisyen lagi. Pimpinan kawasan banyak menghabiskan masa bermesyuarat hal ehwal pilihan raya dan tidak dapat membuat kerja asasi pilihan raya.
  • Jentera Pas Seremban tidak dapat bergerak secara baik kerana Pas Seremban ketiadaan pimpinan yang berautoriti akibat masih lagi di gantung.

Sang veteran Pas ini mengatakan kesatuan dan kekuatan jentera pilihan raya Negeri Sembilan itu menggambarkan kesatuan dan kekuatan Pas Negeri Sembilan. "Bukanlah kekuatan jentera Pas NS membolehkan kita menang, tetapi biarlah kita menunjukkan kerja yang bersungguh-sungguh dan puas hati walau pun kalah," katanya.

Saya hanya merakam keluhan orang bawah...

Wednesday, October 14, 2009

PASCA BAGAN PINANG

Saya dapat gambaran menyeluruh dan seimbang dari TPJ 1, Pas Negeri Sembilan, Ustaz Zakaria Khalim pada pagi tadi tentang PRK Bagan Pinang.

Rumusan beliau ialah:

  • Bagan Pinang ialah kubu Isa Samad walau apa pun dikatakan atas dirinya tidak memberi kesan.
  • Dengan jaminan undi pos akan berpihak kepada BN, maka BN mengugut pengundi India bahawa BN akan menang di Bagan Pinang dan jika kaum India tak mengundi BN, maka nasib kaum India tak akan dibela jika mengundi Pas. BN mempunyai tenaga kerja pilihan raya dikalangan kaum India tetapi Pas tidak ada. Ini satu kelebihan kepada BN
  • Asakan fizikal samseng BN berjaya menakutkan pekerja tempatan Pas untuk bekerja keras untuk Pas. Tenaga tempatan terlalu sedikit untuk membantu pekerja luar Pas. walaupun Pas ada 4 cawangan tetapi hanya ada 4 orang sahaja yang sepenuh masa bekerja di pilihanraya ini.
  • Tenaga penceramah dari kalangan tokoh besar Pas yang dikenali masyarakat TIDAK datang berceramah dan berkempen di Bagan Pinang. Timbalan Presiden pun hanya datang hari pertama dan hari akhir sahaja.
  • Prestasi Ahli Parlimen PKR di Teluk Kemang juga dibangkitkan oleh pengundi disini untuk tidak yakin memberi undi kepada calun Pas di DUN Bagan Pinang.
Pas bertuah dapat 600 undi pos kerana saya hanya menjangka Pas akan mendapat 10% dari jumlah undi pos atau 460 undi sahaja. Selain kelemahan sistem undi pos yang menakutkan tentera untuk undi PR, bukan semua anggota tentera sedar tentang kebobrokan BN.

Tuesday, October 13, 2009

KELUHAN VETERAN PAS

Kecuali seorang dua, kebanyakan MP dan Adun Pas gagal turun bekerja keras dalam siri kempen PRK di Bagan Pinang. Jika yang berelaun dan mendapat nikmat politik melalui Pas pun tak sanggup bekerja keras, bagaimana nak harapkan sukarelawan yang lain.

Demikianlah keluhan seorang veteran Pas yang saya dengar..

Monday, October 12, 2009

SANG RASUAH MENEBUS MARUAH

Akhirnya tokoh rasuah Umno Isa Samad menebus maruah Umno di PRK Bagan Pinang. Dengan peningkatan undi pos, undi India dan undi Melayu - sesungguhnya strategi Isa Samad menjadi.

Isu rasuah, integriti dan ketelusan sang pemimpin tak laku di Bagan Pinang. Rakyat di sini tak kesah produk baru dan sebaliknya suka dengan produk lama walaupun ada kesan kanser di dalamnya.

Seperti posting saya pada jumaat lalu, Umno, Melayu dan Rasuah takkan hilang di dunia.

Kepada calun Pas, cuba lagi. Halim Arshad pun bertanding 9 kali. Jika dia sihat, sepatutnya dia MB Kedah.

Saturday, October 10, 2009

ISA OH ISA

Menurut penyelidik sosi0-ekonomi - taraf pendididkan, ekonomi, demografi penduduk, gaya hidup, peranan media dan IT mempengaruhi pemikiran dan sikap pengundi.

Dalam Parlimen Teluk Kemang ada 3 Dun dan 2 darinya dimenangi oleh PR. Hanya Bagan Pinang yang masih kekal di tangan BN. Dan undi pos merupakan depositnya yang terbesar.

Pada PRU 2008, tanpa undi pos, Pas hanya kalah 420 undi sahaja. Bila dicampur dengan undi pos, Pas kalah 2200 undi. Maka apakah yang mahu dibuktikan oleh Pas dan BN dalam PRK Bagan Pinang kali ini? Bagi pemerhati politik dan pengkaji sains sosial amat berminat untuk mendapat rumusan berikut:

  • Apakah Isa Samad, calun yang pernah menjadi MB Negeri Sembilan selama 22 tahun dan disabitkan kes politik wang dalam Umno boleh menang dalam PRK ini. Apakah integriti berterusan seorang pemimpin yang menjadi calun pilihan atau pengundi boleh berkompromi dengan integriti ADUNnya.
  • Apakah anggota tentera yang sedang berkhidmat bersedia bebas dalam mencorakkan arus politik negara sepertimana rakan-rakan mereka yang telah pencen, yang kebanyakkannya pro PR. Banyak kerusi parlimen dalam negara ini ditentukan oleh undi pos tentera. Maka perubahan masa hadapan politik negara juga ditentukan oleh golongan ini. Bukan mudah BN menghapuskan undi pos kecuali satu lagi HIMPUNAN BERSIH SEJUTA ORANG dilakukan.

MESEJ utama PR dalam PRK Bagan Pinang ialah memilih ADUN yang bersih dan berintegriti. Isa Samad sebenarnya BELUM DI HUKUM. SPRM tidak pernah menyiasat dimana sumber kewangan yang diperolehi oleh Isa samad untuk merasuah perwakilan Umno pada 4 tahun lalu. Bukan sedikit wang dibelanjakan untuk merasuah perwakilan Umno - paling kurang pun RM 10 juta. Tak cukup gaji dan elaun MB dan Menteri untuk membayarnya....


Friday, October 9, 2009

MELAYU, UMNO DAN RASUAH

Benarkah orang Melayu tak kesah dengan dosa rasuah berbanding dengan dosa zina, minum arak dan berjudi?

Bak kata Dr M, bahawa orang Melayu bermentaliti subsidi dan suka menerima dari orang lain. Apakah ini ada kaitan dengan orang Melayu yang tak rasa bersalah menerima sogokan semasa kempen pilihan raya. Habuan katanya, bukannya rasuah. Kalau mereka juga menerima rasuah undi, maka pastilah mereka tak mampu menolak calun yang rasuah juga!!

Selalu saya mendengar bahwa pengundi yang pro Pas/PKR juga menerima wang sogokan dari calun BN tetapi mereka tetap menyokong Pas/PKR. Apakah mereka tak kira bersalah dengan penerimaan wang sogokan tersebut?

Di pejabat kerajaan, bukan tak ada kes sogokan meluluskan tender. Tetapi kakitangan kerajaan lain mengamalkan sikap tak menjaga tepi kain orang kononnya sehingga berleluasa amalan rasuah.

Apakah orang Cina dan India yang bukan Islam lebih peka dengan dosa rasuah berbanding dengan orang Melayu yang solat dan kuat solat sunatnya. Apakah erti solat mereka dengan dosa rasuah di sekeliling mereka? Jika Cina dan India yang tak muslim lebih sedar terhadap kesalahan rasuah, maka betullah kata Mohamad Sabu - Orang Melayu menerima Islam versi lain yang bukan Nabi Muhammad saw ajarkan!!!

Apakah Umno, Melayu dan rasuah takkan hilang didunia?

Thursday, October 8, 2009

MAHATHIR YANG CEMBURU

Baru keluar dari wad HKL petang tadi. Masih belum berupaya berkomunikasi dengan sahabat -sahabat Pas Tampin yang berkubu di Estet Sua Betong, Port Dickson. Katanya ada yang dah pandai berbahasa Tamil. Ha ha.

Bukan fokus saya untuk meramal siapa yang bakal menang di Bagan Pinang. Tetapi tertanya-tanya mengapa Dr M tak suka sangat Isa Samad jadi calun di sini. Saya tak fikir kerana kes rasuah Isa Samad kerana banyak kes yang Dr M semasa menjadi Presiden Umno, tidak tegas kepada anggotanya yang dilihat mengamalkan politik atau rasuah wang.

Sebenarnya Dr M ada sedikit penyakit cemburu. Jangan cuba kalahkan rekod peribadinya. Anwar tak disukainya kerana Anwar lebih popular dari beliau di dunia Arab dan Barat. Ku LI dicemburuinya kerana ramai yang menggelarkan Ku Li tokoh ekonomi Melayu yang mengasas Petronas dan Bank Bumiputra. Beliau membalun habis-habisan Pak Lah kerana Pak Lah menang besar pada 2004, mengalahkan rekod semua Presiden Umno, termasuk Dr M.

Dr M menjadi PM 22 tahun dan Isa Samad menjadi MB pun 22 tahun. Kok Isa menang dan membuat coming back sebagai MB di NS, tentulah rekod politiknya semacam melebehi Dr M, walaupun dengan hanya jawatan MB. Tu yang Dr M cemburukan Isa Samad.


Wednesday, September 30, 2009

HANYA 2000 ORANG SAHAJA ADA DALAM KEM

Menurut siasatan Pas, hanya ada 2,000 orang sahaja yang masih tinggal di kem tentera di Port Dickson untuk mengundi pos. Yang lainnya sudah berpindah ke kem lain di luar Port Dickson. Dalam keadaan pengundi dalam kem pun, SPR tidak dapat menjamin ketelusan undi, bagaimana yang di luar kem.

Undi Pos tak relevan lagi kerana kini tentera tidak bertugas luar di dalam hutan untuk memburu komunis seperti zaman 50 dan 60an dahulu. Kini, semuanya siap siaga dalam kem sahaja dan bila-bila masa boleh mengundi sekitar luar kem.


BERSIH hendaklah meneruskan perjuangan menghapuskan undi pos.

Monday, September 28, 2009

OH HASAN ALI

Saya tak percaya Pas Pusat akan ambil tindakan disiplin kepada Hasan Ali dalam isu SELCAT. Ada banyak kes yang lebih teruk dari itu, Pas Pusat tak buat apa-apa.

Dr Makmor Osman dari PPI janganlah dilayan kerana perangai beliau sejak kampus lagi merupakan seorang pembodek dan mencari jalan selamat dengan Umno/BN. Ini orang cari makan pada bebila masa aja. Banyak rahsianya diketahui oleh sahabat saya Dr Majezan yang tak patut saya dedahkan di sini kerana kita lebih nak lawan Umno/BN dari budak Dr Makmor ini.

Jika Pas tak menunjukkan sikapnya untuk melahirkan sebuah pengurusan yang bersih, telus, integriti, adil, bebas dari kecenderungan bangsa - Pas tang tu jugak leeee.

Sunday, September 27, 2009

JANGAN TUNJUK BODOH

Kononnya cara soal siasat anggota Selcat Selangor ke atas pegawai awam itu macam menghina mereka.

Untuk pengetahuan PJ Selangor serta pewala dan pesiqahnya - soal siasat oleh pendakwa dan peguam bela ke atas tertuduh di dalam mahkamah lagi hebat dari itu. Ada DSP yang kelu tak terjawab dan ada bekas PM tak mahu hadir mahkamah takut di hentam oleh sang peguam bela.

Jangan tak tau atau sengaja nak menunjukkan kebodohan diri dek semangat asobiyah dan terkhayal dengan sokongan munafik segelintir anggota perkhidmatan awam yang menjadi tali barut ahli politik regim BN yang lalu. Isu pokoknya ialah PENYELEWENGAN BN DAN PERSEKONGKOLAN PEGAWAI AWAM TERHADAP PENYELEWENGAN.

Alahai bila Hasan Ali dan Khir Toyo senada....

Friday, September 25, 2009

DR HASAN ALI PENGKAGUM PROFESIONAL

Dr Hasan Ali adalah pencinta golongan profesional. Dalam Pas beliaulah orangnya yang mewar-warkan bahawa Pas hebat dek adanya golongan profesional. Kepada beliau, golongan profesionallah sahaja yang telah meningkatkan martabat Pas segalanya, hinggakan apabila beliau tidak popular dalam pemilihan jawatan Naib Presiden satu masa dulu, beliau mengatakan perwakilan Pas anti golongan profesional. Bagi perwakilan Pas - penilaiannya berdasarkan prestasi seseorang tanpa mengira apa latarbelakangnya.

Hakikatnya ramai orang profesonal tak reti membaca isu politik dan mengurus organisasi politik(orpol). Ramai yang rendah prestasinya. Tak payah kita sebut nama mereka satu persatu. Tak padan dengan gelaran profesionalnya.

Selcat akan kuat atau berwibawa bukan kerana dek anggotanya yang profesional. Tetapi memadailah anggotanya itu pecinta kebenaran, pembenci penyelewengan dan memahami prosidur kewangan negeri. Ada yang profesional tetapi tak berjiwa "pejuang' pun. Malah ada yang otak beku tak tau mana satu prioriti dalam mendedahkan penyelewengan pentadbiran.

Kepada pegawai awam, belajarlah menjadi pentadbir yang yang menjunjung etika perkhidmatan awam. Jika tak mematuhi pimpinan negeri yang dipilih rakyat, sila bersedia menerima hukuman dari rakyat.

Jangan sampai terjadi revolusi rakyat sehingga semua perosak rakyat dimusnahkan melalui revolusi jalanan.

Kepada Datok Hasan Ali - buanglah sisa-sisa asobiyah Melayu dan kekagumannya dengan istilah profesional yang kosong itu.

Wednesday, September 23, 2009

SYABAS TEN CHANG KHIM

PR Selangor bertuah kerana memiliki Speaker bernama Ten Chang Khim, dari DAP yang mengetuai SELCAT.

Usaha-usaha yang dibuatnya membuktikan bahwa PR Selangor mahukan sebuah kerajaan yang bersih, telus, berintegriti dan mengikut peraturan dalam mengurus kewangan negeri.

Saya tak fikir jika ada tokoh dari PAS sanggup buat kerja macam itu di negeri yang depa perintah sendiri. Sebelum pilihanraya, katanya banyak yang mahu dibongkar. Tetapi sehingga kini, habuk pun tarak. Ketika 1999, terdengar suara itu di Terenggan dan 2008 pula di Kedah. Kita lupakan had lama tu dan pakat macam adik beradik....

Friday, September 18, 2009

BALIK KAMPUNG

Esok, Sabtu , saya balik kampung ke rumah mertua di Felda Bukit Rokan, Gemencheh, NS. Bawa ibu saya sekali. Syok juga sembang politik dengan kekawan di Felda dan kampung. Masih ada seorang dua sahabat sepersekolahan yang dijumpai. Namun ada juga tak bersedia sembang lama kerana tak mahu bercanggah idea. Maklomlah masih setia dengan Umno/BN. Ha ha.

Agenda besar selepas raya ialah ke Bagan Pinang. Menurut YB Salahudin yang baru balik bermesyuarat di PD, aktivis India sudah bersedia membantu PAS. Kami sama-sama hairan, yang bukan Melayu percaya dan menaruh harapan dengan Pas, tetapi yang Melayu masih bergantung harap kepada pohon reput Umno/BN itu. Agaknya orang Melayu suka dengan benda-benda mati dan yang nak mati kot. Ha ha.

Ok, Selamat Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin. Sahabatku Aqil Fitri dah balik dari Indon ke?


Thursday, September 17, 2009

BEBASKAN AL QUD

Jom ramai-ramai ke Himpunan Sambutan Hari Al Qud Sedunia di Masjid Jame Kg Baru, KL pada jumaat ini.

Bebaskan Baitul Muqaddis dari regim Zionis Yahudi.

Wednesday, September 16, 2009

TABUNG PINJAMAN MARA DAH HABIS

Menurut cerita yang tersebar tiada lagi peruntukan baru untuk pinjaman perniagaan dan pelajaran dari MARA. Maka ramailah yang memerlukan pijaman terbantut untuk mengembangkan perniagaan dan melanjutkan pelajaran.

Setakat sumber dari pungutan bulanan pinjaman, ianya tidak mencukupi untuk membiayai pinjaman baru. Apabila institusi bumiputera sudah tak mampu menolong golongan bumiputera, apa yang Umno/BN nak banggakan lagi.

Aduhai 1 Malaysia.

Tuesday, September 15, 2009

ERA TARIK DIRI SUDAH BERLALU

Rasanya setiap anggota parti tahu nama mereka dicalunkan sebagai bakal calun dalam Pilihan Raya.

Jika dalam Umno, seseorang itu akan melobi sakan dan mengugut jika tidak terpilih.

Dalam Pas taklah macam tu. Tetapi era tarik diri dah tak ada kerana maklumlah peluang menang 50-50 masa kini. Beberapa PRK yang melibatkan Pas, tak terdengar ada bakal calun menarik diri kecuali di Permatang Pasir, Mohamad Sabu yang bersungguh-sungguh tak berminat nak bertanding. Dalam kes PRK Kuala Terengganu, calun tua dan muda langsung tak menampakkan karekter manarik diri. Itu negeri yang mendukung tarbiah. Inikan pula negeri yang tak ada Tuk Guru. Wooo.

Takkanlah kita tak tau menilai diri kita, siapa diantara kita yang lebih layak mewakili patinya. Bak kata orang "semua orang perasan layak menjadi calun. Ha ha.


Monday, September 14, 2009

BILA KAWAN DAH BALUN

Kalau orang PR balun Dr M, taklah kita hairan.

Geng Umno pernah balun Dr M ketika Dr M vs Pak Lah.

Kini geng MIC pula balun Dr M.

Kita tunggu bila pula MCA nak balun Dr M.

Ha ha ha, nasib kaulah Dr M bila dah tak berkuasa..

CALUN BAGAN PINANG BAKAL DI BALUN

Bukan mudah nak jadi calun PRK kerana semua pihak akan memberi perhatian. Tak kira calun BN atau PR. Semua sejarah lama akan dikorek dan didedahkan. Tahan ajalah.

Isa Samad yang belum tentu dicalunkan pun dah dilabun oleh ramai blogger. Ha ha.

Calun Pas masih belum diumumkan. Orang belum berkuasa, taklah nampak kesalahannya.

Siapa yang bakal jadi calun - kenalah tahan telinga dan hatinya untuk didedah dengan pelbagai cerita. Ha ha.

Sunday, September 13, 2009

SEMUA PARTI PRESIDEN SEUMUR HIDUP...

Heboh sangat Samy Velu masih kekal dengan jawatan Presiden MIC lagi. Sebenarnya jarang benar Presiden sesuatu parti kalah dalam pertandingan di negara ini. Kebanyakannya mengundur diri.

Perwakilan tak kira apa parti di negara ini tak sanggup "memalukan" pimpinannya kalah di dalam pertandingan jawatan.

Dr M mengundur diri. Jika beliau nak bertanding, belum tentu tewas. Pak Lah pun mengundur diri. Kalau dia nak bertanding lagi, dia patut guna SPRM untuk ugut Najib. Ha ha. Tetapi dia tak reti berpolitik ganas.

Datuk Asri dalam Pas pun bukan kalah dalam pertandingan. Hanya merajuk tak tahan kena serangan Pemuda Pas yang buat undi tak percaya atas ucapan dasarnya.

Walaupun TG Hadi yang cadang UG tetapi yang kena balun Nasha. Nasiblah kau Nasha oi. Anggota Pas payah nak menyalahkan Presidennya, tambahan pula nak melawannya dalam pertandingan di muktamar.

Kebanyakan Presiden MCA mengundur diri. Hanya Tan Kon Swan yang menang bertanding jawatan Presiden, tak silap ingatan saya.

Nampaknya di Malaysia ini, jika tak ada peraturan menghad tempoh memegang jawatan, ramai yang akan jadi Presiden seumur hidup termasuklah Pas, DAP dan PKR.

Beruntunglah kau Samy oi - memegang rekod paling lama sebagai Presiden parti.

Saturday, September 12, 2009

TABUNG PRK BAGAN PINANG

Sumbangan Tabung Pilihanraya Kecil Bagan Pinang PAS N.Sembilan boleh dibuat ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad :

No Akaun : 05030010000462

Nama Akaun : BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN

Selepas bank in maklumkan ke Tuan Hj Md Nor Rahman 019-2556206, Bendahari PAS N.Sembilan.

Dermalah walaupun serial kan...

Friday, September 11, 2009

TEKTIK UNDI POS YANG JAHAT

PRK Bagan Pinang dikatakan akan dijalankan pada awal November.

PR akan menggunakan PRK ini sebagai medan membongar penipuan BN melalui undi pos. Undi Pos adalah talian hayat terakhir BN.

Tunggu pendedahan yang akan dibuat.

Tentera pencen akan mendedahkannya...

SPR boleh siapkan barisan peguamnya untuk saman tentera pencen. Ha ha ha.

Thursday, September 10, 2009

DEMI ASOBIYAH MELAYU

Hairan juga jika ada petugas di akhbar milik Pas yang gila kat UG. Alasannya demi Melayu dan kini DAP/Cina yang kontrol kerajaan PR.

Isunya apa?

Jika nak negara islam atau negara yang pro nilai-nilai Islam - bukankah Umno sudah diberi peluang 50 tahun tetapi tak menunjukkan kesungguhannya - malah Umnolah yang menakut-nakutkan bukan Islam bahwa Pas membawa Islam yang akan menindas bukan Islam sehingga bukan islam takut dengan Pas?

Jika kerana penyatuan dan kekuasaan atas nama bangsa Melayu - itulah asobiyyah. Bagi kita bersatu adalah atas matlamat melaksanakan nilai-nilai yang baik. Umno/BN sendiri bergelumang dengan 1001 kebatilan dan tidak pernah serius untuk membina sebuah negara yang bersih dan adil. Umno sendiri mengaku dirinya mempunyai penyakit barah rasuah. Logikkah kita nak berkahwin dengan pesakit barah?

Karat jahiliah asobiyah Melayu masih ada dalam petugas Pas. Malang sekali.

Wednesday, September 9, 2009

ELAUN EXCO DAN NASIB SANG FAKIR

Ramadan juga bulan mengingat nasib golongan fakir dan miskin.

Ada exco dalam kerajaan Pakatan Rakyat yang jadi Pengarah Perbadanan Negeri mendapat elaun khas Ramadan antara RM 20 ke 30 ribu. Moga-moga wang itu disalurkan semuanya kepada golongan fakir dan miskin. Untuk anda gaji dan pelbagai elaun exco sudah berlebih pun.

Jika exco Pakatan Rakyat meraih pelbagai elaun semacam dengan exco BN dahulu, tanpa usaha-usaha penjimatan, nampaknya tak ada beza gaya hidup antara dua golongan ini. Gaya hiduplah yang membezakan kualiti pemerintahan antara Pas/PR dengan BN.

Kok ada pula yang mengatakan derma kepada Pas belum tentu dapat pahala - Islam dahlah tak buat, gaya hidup pun macam BN juga. Ha ha ha.

KALAH DALAM TANGAN MENANG BELUM TENTU

Dengan 5,000 undi Pos dan dalam PRK pula, entah siapa agaknya yang berminat dan sanggup menjadi calun Pas di Bagan Pinang. BN memulakan kerja pilihan raya dengan 5000 undi dalam tangan. BN hanya perlu 2000 undi lagi untuk menang mutlak. Kalau seorang pengundi dibeli RM 1,000.00 pun baru habis RM 2 juta. Sikit tu...Kacang aja bagi BN.

Bertandinglah tetapi bukan niat untuk menang supaya tak kecewa perasaan. Sekadar nak tau berapa persen perubahan sikap pengundi Melayu, Cina dan India selepas PRU lalu bolehlah - tanpa mengambil kira undi pos kerana undi pos kali ini akan dipantau oleh BN sepenuhnya.

Dalam PRK ini jika Pas dapat 10% undi pos- dah kira terlalu banyak. Ha ha ha. Tak taulah kalau tentera nak tunjuk belang kat Zahid Hamidi.

Tak terdengar pula pimpinan Pas mengatakan Pas tak berhajat bertanding selagi sistem undi pos tidak dipinda. Kondisi di Bagan Pinang ibarat menghulurkan tengkuk untuk ditetak sahaja.

Bak kata orang Minang - KALAH DALAM TANGAN, MONANG BOLUM TONTU. Woooo.

Dan bersiap sedialah untuk mendengar ulasan pagi petang siang malam dari media pembodek BN bahawa rakyat telah kembali yakin dengan BN. Woooo

Tuesday, September 8, 2009

BERSIH : TERUSKAN PERJUANGAN

Antara perjuangan BERSIH ialah menghapuskan undi pos. Undi Pos merupakan satu lagi tektik BN menyelamatkan kapalnya.

BERSIH hendaklah terus mengaum memperjuangkan isu ini. Adakah Mohamad Sabu masih mengetuai BERSIH?

Teruskan perjuangan ya sheikh walau pun AJK biasa saja. Ha ha ha.

ADUHAI TIMBALAN PRESIDEN

Jika Presiden tidak kehadapan dalam isu-isu politik semasa, harapnya Timbalan Presidenlah yang ambil tugas ini. Isu, samada dalam atau luar parlimen mesti digarapi oleh Presiden atau Timbalan Presiden.

Tetapi dalam Pas, Timbalannya entah hilang ke mana selepas memegang jawatan ini buat penggal kali ketiga selepas muktamar yang lalu.

Nasib baik Mahfuz dan Salaudin reti dan minat dengan kerja-kerja press statement ini. Ha ha.

Itu pun perwakilan Pas bukan nak peka pun.

Monday, September 7, 2009

CALUN PR DI BAGAN PINANG

Biasanya calun ketika Pilihanraya kecil ialah insan yang ada "nama".

Antara calun yang berbisa ialah Cikgu Badrul dari PKR. Adakah Pas bersedia memberi laluan.

Jika calun dari Pas ialah Dr Rosli Yaakob tetapi bersediakah beliau balik dari Bangladesh.

Walaupun Pas ada ramai bekas tentera yang agak berpangkat juga - tetapi agak berusia - tak manis menjadi calun. Ha ha.

Tetapi kalau Presiden sudah suka - ikut aja le. Wooo.

Sunday, September 6, 2009

5000 UNDI POS DI BAGAN PINANG

Kekalahan calun Pas di DUN Bagan Pinang sebanyak 2333 undi pada PRU ke 12 yang lalu dalam keadaan undi Pos sebanyak 5,000 undi memberi tafsiran sebaliknya.

Jika tak silap sepanjang ingatan saya, hanya kawasan Pengkalan Chepa sahaja pada 1999, calun Pas mendapat majorit undi Pos. Yang lain mutlak untuk BN.

Bukan kita tak tau pelbagai cerita undi Pos ini:

  • Dikatakan pengundi tak pernah mengundi - kertas undi dipangkah oleh Ketua Markas.
  • Ada yang dipaksa hanya undi BN sahaja
  • Keselamatan peti undi tak boleh dipantau oleh parti yang bertanding
Inilah cabaran utama Pakatan Rakyat di Bagan Pinang.

Tanpa undi pos, Pas telah menang pada PRU ke 12 lalu di Bagan Pinang.

Saturday, September 5, 2009

PRK BAGAN PINANG KEMANA MELAYU NS

PRU 1999 - Melayu Negeri Sembilan membuat sedikit anjakan dalam politik. Melayu bandar, Melayu pinggir bandar dan Melayu kampong mengundi calun BA. Banyak kerusi DUN yang ditandingi oleh BA mendapat undi melebihi 40%. Pengaruh anak-anak yang tinggal di bandar mempengaruhi ibu bapa mereka di kampong. Jika undi Cina dan India macam undi Melayu - maka banyak kerusi DUN dimenangi oleh BA. Hanya Melayu Felda sahaja masih kukuh bersama BN lantaran terasa "termakan budi" dengan tanah Felda - walaupun kena bayar hutang pokok dan bunganya sekali.

PRU 2004 - semua tahu dengan percikan tipu daya Islam Hadhari Pak Lah, ancaman aku janji, sekatan ceramah dan kelamkabut SPR - BN menang besar.

PRU 2008 - Cina, India dan Melayu bandar dan pinggir bandar bersama PR. Melayu Felda dan Melayu kampong terus dengan cinta abadinya dengan BN.

Pasca Mac 2008 - apakah Melayu Felda dan Melayu kampong masih mahu bersama dengan kapal BN yang bakal karam dek kes rasuah, mazhab kaumiyah, nepotism, kronism, bolotsm, tamaksm dan tikam kawan sendiri.

PRK Bagan Pinang isyarat awalnya.

Jangan lupa - undi pos tetap kubu terakhir BN.