Mari kita war-warkan. Wajib bersama.
Wednesday, December 31, 2008
HIMPUNAN 100 RIBU PADA TAHUN BARU 2009
Mari kita war-warkan. Wajib bersama.
MENGAPA PAS YANG KAU CARI
Pada 1979, saya menemankan Dr Mohd Nor Manuty, bekas Presiden Abim dari Bangi ke Johol untuk beliau berceramah di suatu masjid. Saya bertanya tak boleh ke Pas berpakat dengan DAP untuk lawan BN dalam pilihan raya. Jawapannya tak boleh le. Takkan saya nak berhujah pula dengan Pensyarah Pengajian Islam UKM tu. Terima ajalah.
Apabila Anwar masuk Umno pada 1982, Dr Mohd Nor Manuty pun masuk Umno yang berpakat dengan MCA dan MIC tu. Apabila Anwar ditendang dari Umno pada 1998, Dr Mohd Nor menubuh Parti Keadilan yang terdiri dari pelbagai bangsa dan bertanding pilihan raya pada 1999 serta berpakat dengan DAP lawan BN. Pelik tak?
Bagi golongan intelek, profesional dan NGO Islam, Pas adalah parti kampong yang kurang tarbiah, tak profesional, tak mementingkan ukhwah, tak ada badan ekonomi, tak mementingkan ilmu dan macam-macam kekurangan lagilah hingga tak larat nak tulis. Tetapi akhirnya yang masuk Pas ialah:
- Allahyarham Ustaz Fadhil Noor - bekas Timbalan Presiden Abim
- Dr Hasan Ali - bekas PTD dan tokoh motivasi
- Datuk Kamarudin Jaafar - bekas Setiausha Agung ABIM dan bekas Setpol Ghafar Baba
- Anuar Tahir - bekas Setia Usaha Agung ABIM dan Setia Usaha Agung PKR
- Shaari Sungip - bekas Presiden JIM dan pimpinan PKR
- Shahnon Ahamad - Sasterawan Negara
- Taib Azimuudin - bekas Imam Masjid Negara
- Ahmad Awang - bekas Yang Di Pertua Persatuan Ulama Malaysia
- Abd Ghani Shamsuddin - bekas Timbalan Presiden Abim dan bekas Yang Di Pertua Persatuan Ulama Malaysia.
- Dr Harun Din - aktif semula dalam Pas selepas pencen.
- Allahyarham Datuk Ishak Baharom - Mufti Selangor
Saya tak fikir mereka ini masuk Pas kerana gila kuasa.
Yang saya tak dapat jawapan ialah; walaupun mereka tau Pas penuh dengan pelbagai kelemahan dan kekurangan, mengapa Pas yang kau cari.
Tuesday, December 30, 2008
JAHANAM ISRAEL
Tahukah siapa guru itu. Beliau kini adalah MP Sik. Alahai.....
Sunday, December 28, 2008
DEMO BANTAH SERANGAN ISRAEL
JAHANAM AMERIKA !!!!!!!!!!!
HANCURKAN BAPAK SYAITAN AMERIKA
MARI KITA BERAMAI-RAMAI KE KEDUTAAN AMERIKA
BERSAMA DEWAN PEMUDA PAS
MEMBANTAH SOKONGAN BIADAB AMERIKA TERHADAP SERANGAN ISRAEL KE ATAS RAKYAT PALESTIN
HARI SELASA 30 HB. DISEMBER 2008 JAM 11.00 PAGI
Bawa kain rentang bagi menyatakan bantahan anda
Thursday, December 25, 2008
ORANG ASLI LAGI BIJAK BERPOLITIK
Wednesday, December 24, 2008
MOHAMAD SABU CALUN PR
Bagi mereka Mohamad Sabu mewakili seluruh rakyat Malaysia yang inginkan perubahan politik.
Mohamad Sabu mewakili aspirasi rakyat berbangsa Melayu, Cina dan India.
Itulah harapan mereka.
Apakah isi hati sebenar pimpinan Pas Terengganu dan pimpinan Pas Pusat. Allah akan membongkar kebenarannya nanti.
MOHAMAD SABU BUKAN SEKADAR CALUN PAS TETAPI CALUN PAKATAN RAKYAT.
Monday, December 22, 2008
TUNGGU 1 JANUARI 2009
Anda juga boleh mengundi calun pilihan anda.
Hj Hadi sedang mencari isyarat dari Allah swt.
Tunggu 1hb Januari 2009 sempena tahun baru.
Sunday, December 21, 2008
SUKARNYA CALUN PAS DI KT
Agaknya terlalu ramai calun yang layak.
Mungkin ramai pelobi kuat menyokong calun proksi mereka.
Cerita orang Pas berebut-berebut menarik diri dari jawatan politik sudah berlalu. Ha ha.
Saturday, December 20, 2008
BERSEDIA ZAMAN KEMELESETAN
Yang pertama bajet untuk pembangunan pastinya ditarik balik. Jangan mimpilah projek prasarana yang ratusan juta akan diteruskan. Tak betul-betul longkang tersumbat pun tak terselenggara. Tak ingat ke lagi zaman meleset dan Daim sebagai menteri kewangan dulu, nak guna pensil baru kena tunjuk bukti pensel lama yang telah kontot. Ha ha . Tuntutan perjalanan dipotong. Elaun ditarik. Perit pegawai kerajaan nak buat kerja. Akhirnya dapat gaji pun jadilah.
Bila projek tak ada, kontraktor gulung tikar. Pekerja dibuang. Ramai penganggur baru. Yang teruknya penganggur ini sudah ada hutang rumah dan kereta. Tak mampu bayar, bank pun lelong. Sekarang ini rumah lelong sedia ada pun tak laku dijual. Bertambah lagilah stok rumah lelong yang tak laku.
Jangan hairan jika tak lama lagi ramai lahir peniaga nasi lemak di tepi jalan. Penjualnya bukan calang-calang orang, bekas kontraktor yang pakai kereta merz. Usahawan MLM pun tiba-tiba muncul dengan ramainya. Depa jual ubat kuat. Jangan tak beli ye...
Friday, December 19, 2008
PERTEMUAN BLOGGERS UNTUK APA
Blog yang ada sekarang adalah medan mengemukakan pandangan kepada pihak awam. Tak ada sesiapa nak menghalangnya jika kita nak luahkan apa sahaja. Peranan bloggers dikatakan memberi kesan kepada keputusan PRU12 yang lalu. Maka golongan bloggers kini diambil perhatian oleh golongan politik pula.
Oleh kerana golongan bloggers bertemu di alam maya, maka golongan ini sedang diaturkan perjumpaannya dialam zahir pula dan syoknya akan dirasmikan oleh tokoh politik. Nampaknya tokoh politik tetap digunakan untuk merasmikan apa-apa perjumpaan pun, termasuk golongan bloggers. Ha ha.
Untuk apa para bloggers nak berjumpa. Nak syok-syok, nak jadi golongan upahan sukarela pihak tertentu, nak belajar perkara teknikal atau sebagai titik mula menentukan isu utama untuk diperjuangkan. Saya hanya bersedia dan berminat berjumpa para bloggers jika kita menetukan apakah agenda perjuangan semasa. Kalau tidak, satu lagi kelab teh baru akan wujud pula. Ha ha.
Thursday, December 18, 2008
GOLONGAN MUDA KECEWA DENGAN PAS
BUKAN HANTU SAHAJA DITAKUTI KINI
Ini lirik lagu yang diharamkan oleh RTM.
Puisi-puisi lain Dr Asri klik di sini.
Wednesday, December 17, 2008
USRAH RASMI DAN USRAH TAK RASMI
Tuesday, December 16, 2008
MOHAMAD SABU ULAS RASUAH
Datang dari ketua negara
Membanteras rasuah dan cara membasminya mesti datang dari ketua negara. Contoh teladan yang terpancar dari ketua negara terutama dalam konteks semangat menentang rasuah akan turun ke bawah.
Akhlak baginda Nabi Muhammad s.a.w. dalam mengamalkan cara hidup sederhana, melawan nepotisma, dan juga membanteras rasuah cuba diikuti oleh sahabat muttaqeen.
Selepas Perang Dunia Kedua, kemunculan negara-negara Eropah Barat dalam kejayaan revolosi industri meletakkan negara-negara berkenaan tergolong sebagai negara maju. Jika usaha pembanterasan rasuah diukur dari sudut fizikal kebendaan semata-mata, maka negara-negara Eropah Barat ini dianggap berjaya.
Ketirisan kewangan dalam menguruskan pembangunan negara dapat diminimakan. Wang negara dapat dibelanjakan mengikut nilai projek yang diumumkan oleh kementerian kewangan. Oleh itu kemajuan negara dapat diselaraskan dengen pendapatan negara.
Tidak cukup setakat azam
Di Malaysia usaha membanteras rasuah masih jauh dari tahap kejayaan. Dr Mahathir Mohamad di awal pemerintahannya dilihat amat berazam untuk membasmi rasuah hingga ke akar umbi. Namun apa yang berlaku, di penghujung era pemerintahan Dr Mahathir indeks rasuah berada pada tahap yabg memalukan mengikut kajian badan antarabangsa.
Saya yakin indeks rasuah di bawah kerajaan pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, atau siapa sahaja yang menerajui Malaysia, tidak akan mengalami perubahan. Walaupun undang-undang dipertingkat untuk mengawal rasuah dan suruhanjaya rasuah dibentuk untuk membanteras jenayah ini, ia tidak akan berjaya selagi perkara asas penyebab kepada rasuah tidak dibasmi.
Amalan oleh kerajaan BN atau mana-mana kerajaan yang berkuasa, selagi asas nepotisma dan pilih kasih tidak dihapuskan, selagi itulah indeks rasuah tidak dapat dikurangkan. Suruhanjaya atau agensi penguatkuasa undang-undang mencegah rasuah hanya menjadi kosmetik semata-mata.
Kenapa ribuan juta ringgit terpaksa disuntik untuk menyelamatkan Bank Bumiputra? Kenapa lebih RM40 juta wang PPRT lesap? Kenapa banyak projek kerajaan tergendala dan peruntukan tambahan terpaksa dikeluarkan untuk menyiapkan projek tergendala itu? Terlalu banyak contoh projek yang boleh dipaparkan di sini.
Selagi kerajaan mengamalkan konsep "you know who, bukan you know how", selagi itulah rasuah tidak dapat dibenteras. Misalnya, untuk mendapatkan projek kecil pun pemohonnya mesti ahli Umno; nak dapat bantuan Tekun pun mesti menjadi ahli Umno. Selepas mendapat projek besar, disyaratkan pula mesti "sedekah" ke dalam tabung Umno.
Nilai profesional seseorang tidak berguna langsung kepada kerajaan BN. Selagi amalan seperti di atas diamalkan oleh kerajaan BN selagi itulah suara riuh-rendah kerajaan Abdullah Ahmad Badawi mahu membasmi amalan rasuah hanya ibarat "burung berkicau di waktu pagi, matahari terang hilanglah suaranya".
Kerajaan baru Pakatan Rakyat akan membuat ulangan kesilapan yang sama apabila berkuasa nanti di peringkat pusat, selagi akar umbi rasuah itu tidak ditangani.
Ketua negara mesti memulakan azam baru membasmi rasuah. Beliau mesti bersih dan dilihat bersih. Saya melihat tidak ada seorang pun pemimpin kerajaan BN yang mampu membuat pembaharuan membanteras rasuah, melainkan muncul seseorang yang belum muncul.
Sumber: Harakah 15 Disember 2008
DEMO SELAMATKAN BAHASA MELAYU
DATANGLAH BERAMAI-RAMAI
Baca di sini.
Monday, December 15, 2008
MENDERMA SAMBIL MENONTON
Skrip: Hishamuddin Rais
Arahan: Hishamuddin Rais/Mislina Mustaffa
Di Dewan Majlis Peguam ( Bar Council )
No 13,15,17, Leboh Pasar Besar 50050 Kuala Lumpur
(di belakang bangunan Pasar Seni / Central Market)
Pada : 20, 21 , 22, 23 Disember 2008 - Jam 8.30 malam
Untuk Tempahan Tempat sila hubungi : 012-465-16-71 atau 012-384-29-72
Derma Rm10 untuk keluarga tahanan ISA.
Sila tempah tempat dan pilih malam yang sesuai.Tempat terhad.
Jom kita. Geng Tampin saya belanja. he he.
Saturday, December 13, 2008
LEDAKAN SABU DIPERLUKAN
Apakah Hj Hadi termakan dengan isu kriteria calun tempatan sehingga memungkinkan Mohamad Sabu tidak terpilih. Hakikatnya isu anak tempatan secagai calun terbaik terlalu meleset kerana Mohamad Sabu sahaja yang kalah dengan majoriti paling kecil di dalam pilihan raya umum lalu di Terengganu. Nampaknya pengeluar idea itu iaitu Ketua Pemuda Pas Terngganu terlalu bersungguh-ungguh hendakkan calun tempatan sehingga hujah dan faktanya tidak benar.
PRK ini merupakan gelanggang terbaik supaya ianya menjadi satu inspirasi dan gelombang kepada PRU ke 13 nanti. Isunya mestilah isu nasional. Calonnya juga merupakan tokoh nasional, lambang kepakatan rakyat Malaysia melalui Pakatan Rakyat. DAP, PKR dan Pas luar Terengganu berharap sangat Mohamad Sabu sebagai calun PRK ini. Ledakan rakyat mahu bersama dengan Ledakan Sabu.
Pada 1990, Tuan Guru Nik Aziz menjemput Mohamad Sabu bertanding di Kelantan supaya ledakan Sabu bersama ledakan rakyat Kelantan. Berjaya.
Pada 1999, Ustaz Fadhil Nor memancing Mohamad Sabu ke Kedah pula. Ledakan Sabu berjaya sehingga BN Kedah hilang majoriti dua pertiga.
Pada 2008, Ledakan Sabu diperlukan di Terengganu pula. Hj Hadi secara peribadi yang mahu Mohamad Sabu bertanding di Terengganu. Tapi rakyat Terengganu tak bersama arus perdana. Itu pun keputusannya lebih baik dari tahun 2004 yang calunnya Syed Azman. Mohamad Sabu hanya kalah 600 undi sahaja.
Takdir jangan disedihkan. Namun ramai juga yang kecewa Mohamad Sabu kalah pada PRU 12 lalu. Mereka kesal kenapa Mohamad Sabu meninggalkan Kuala Kedah. Ha ha. Tetapi entah macam mana Allah memberi peluang sekali kepada pengundi Kuala Terengganu menyahut permintaan rakyat Malaysia supaya Mohamad Sabu diekspot ke Parlimen. Apakah hikmahnya apabila nyawa bekas Timbalan Menteri Pendidikan yang di pilih ke alam barzakh ye. Marilah kita merasai tanda-tanda Allah swt.
Hanya satu yang saya nak ingatkan, ketika peristiwa peluru Batu Buruk lalu, Mohamad Sabu juga pencetus keberanian kepada ummah di sana. Takkan saya nak sambung ayat apa yang sepatutnya ditulis di sini.
Yang kelakarnya Ibrahim Ali pun nak kempen untuk Mohamad Sabu jika Mohamad Sabu yang bertanding. Lim Guan Eng nak berkampong di bandar Kuala Terengganu. Pas Wilayah akan bekerja mati-matian. Pas Tampin dah beli khemah untuk berkhemah di tepi pantai kerana tak mampu nak sewa hotel.
Ya, Ledakan Sabu diperlukan.
ALI RUSTAM BERTAUBAT
Friday, December 12, 2008
APABILA TERESA KOK MENYAMAN
PRIORITI DAN KEMISKINAN TEGAR
Jika negeri yang ada sumber wang yang banyak tak mampu membentangkan bajet seimbang, dan kemiskinan tegar masih wujud dalam negeri berkenaan, maka kenyataan TGNA ada benarnya, begitu sukar kemiskinan dihapuskan. Isunya ialah prioriti negeri berkenaan ialah tidak untuk menggarap kemiskinan rakyat. Tiada program raksasa untuk menghapuskan kemiskinan rakyat. Banyak hal lain yang hendak dibuat. Pedulikan orang tak makan, rumahnya senget dan bocor, dan tiada motivasi mengejar pendidikan terbaik. Mereka terus terpenjara dalam putaran ganas kemiskinan.
Ya, isunya ialah prioriti. Belanja Monsun Cup lebih penting lagi. Masjid Kristal lebih utama lagi. Pertandingan Kuda lebih syok lagi. Biarkan rakyat dengan deritanya. Biarkan rakyat khayal dengan janji-janji pembangunan. Apakah Pas mampu menghapuskan kemiskinan dengan gagasan ekonomi islamnya? Jawablah sendiri.
Setakat ini kenyataan TGNA ada benarnya, kemiskinan terus wujud dan semacam tidak boleh dihapuskan. Orang miskin lama tak selesai lagi, datang pula kumpulan orang yang tiba-tiba miskin. Ha ha. Musim kemelesetan ekonomi sudah tiba. Pulohan ribu kena buang kerja. Bisnes merudum walau pun syarikat milik anak raja. Senarai bankrap akan meningkat. Apa macam Utusan Meloya, negaraku terus makmur!!!!
Thursday, December 11, 2008
BAHASA INGGERIS DI DENMARK
NIK AZIZ DAN KEMISKINAN TEGAR
Dalam kes Malaysia semua orang tahu beratus ribu orang masih dalam kemiskinan. Setakat ini kenyataan TGNA adalah benar. Sayang sekali Pas tak ajak Umno berdebat mengenai isu kemiskinan itu. Jika ada perdebatan, dapatlah didedahkan betapa kerajaan BN tak dapat menggarap isu kemiskinan walau pun sudah memerintah hampir 50 tahun ketika itu. Oleh kerana kemiskinan masih wujud, kenyataan TGNA adalah benar. Jika BN mengatakan kemiskinan akan terhapus dalam 10 tahun lagi, mari kita ajak depa bersumpah bahawa kemiskinan akan terhapus. Jika tak terhapus, depa termakan sumpah. Sanggupkah mereka bersumpah agaknya. Jika mereka sanggup bersumpah, saya rasa mereka akan bekerja kuat dan bersungguh-sungguh untuk menghapuskan kemiskinan. "Kok yo", kata orang Negeri Sembilan.
Mengapa kemiskinan akan terus wujud. Ha ha, inilah isu yang syok dibincangkan oleh para Dr Phd. Keluarlah berapa banyak pun teori ekonomi menganalisa hal ini, tidak akan ada jawapannya yang tepat dan mutlak.
Wednesday, December 10, 2008
ALI RUSTAM - KANAK-KANAK PUN DIDENGKINYA
Sengaja saya rakamkan posting LANH14 ini dalam blog saya untuk mudah rujukan saya berkaitan dengan Ali Rustam ini kemudian hari. Sesungguhnya Ali Rustam, budak kecil pun didengkinya. Inikan pula PAS yang nak ambil alih kuasanya. Orang DAP kata dia sebagai Ali Ketam. Ikut suka kaulah.
HUKUM KORBAN
Ya, kekadang hukum Islam bukan sahaja berkaitan dengan amalan spritual tetapi sekali gus memberi implikasi ekonomi. Meriah rasanya Aidil adha jika setiap tahun setiap surau dan masjid menguruskan korban yang besar bilangan binatang korbannya. Maklumlah korban wajib bukan sekadar sunat muakkad. Apa macam, boleh setuju ke?
Tuesday, December 9, 2008
SYARAT JADI MP (2)
Selain kena berani dan rajin bercakap dalam Parlimen, MP kena rajin buat kerja-kerja bawahan bersama rakyat. Kena respon segera dengan masalah rakyat. Kena goncang pejabat kerajaan setempat untuk beri perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Kena cari dana sendiri untuk beri bantuan segera kepada rakyat setempat. Kerja-kerja macam ini rasanya tak mampu saya buat. Muka nipis, tak reti nak minta derma dan tak sanggup buat hemoi sahaja menyondol pejabat kerajaan, maka payahlah nak jadi MP yang baik dalam aspek ini. Dalam pemerhatian dan pengalaman saya yang mengikuti kerja-kerja MP dan ADUN, Hj Mohamad Sabu dan Dr Shafie Abu Bakar (DUN Bangi) mampu melaksanakan dua tugas ini; bercakap di Parlimen atau DUN dan berkhidmat secara agresif di peringkat bawahan. Malah Mohamad Sabu mampu meronda seluruh negara berceramah politik. Dan Dr Shafie pula sempat menulis panjang dalam akhbar-akhbar.
Nak jadi MP? Kalau Majlis Syura Pas ada syaratnya tersendiri. Tetapi bagi saya, kalau 2 syarat ini tak ada janganlah berangan nak jadi MP atau Adun. Tambahan pula kalau senyum pun payah. ha ha.
Sunday, December 7, 2008
SASTERAWAN DAP
Minatnya kepada sastera tidak menghalang dia aktif dengan parti pembangkang. Kebanyakan tokoh Melayu tak berani menampakkan muka sebagai pembangkang jika aktif dengan kegiatan kemasyarakatan yang lain.
Saturday, December 6, 2008
SYARAT JADI MP
Dengan kos kempen lebih 100 ribu, tak berbaloi kalau MP yang kita pilih, tidur di Parlimen. Kalau setakat mengemukakan soalan lisan sahaja, rasanya tak berbaloi.
Kita mahu MP yang boleh berbahas di peringkat umum dan di peringkat jawatan kuasa. Terlalu banyak isu yang boleh dibahaskan. Jika MP keluar rumah dan ke Parlimen pun dah ada banyak perkara ternampak untuk dibahaskan. Memang kerja MP ialah untuk bercakap di Parlimen.
Jangan hairan jika seorang yang ada jawatan kanan dalam parti tetapi tidak boleh bercakap dalam parlimen. Jangan hairan jika Uztaz kaki kuliah pun, tak mampu bercakap dalam parlimen. Jangan hairan jika bekas pimpinan pelajar pun tak ada idea nak bercakap dalam parlimen. Jangan pelik kalau ada MP hanya datang jengah muka sebentar ke parlimen untuk layak dapat elaun sidang sahaja. Ada yang jadi malaikat bisu dalam parlimen. Bila habis penggal parlimen, kita pun tak tau adakah dia seorang MP.
Pas Pusat kena pantau prestasi MPnya. Saya memang menyampah MP yang tidur dalam Parlimen kerana saya memang gian nak bercakap dalam Parlimen. Ha ha. Banyak benar yang nak dibahaskan. Saya tahu standard jawapan menteri, hanya sekadar memberi jawapan!
Pengundi Kuala Terngganu kena cari MP yang bisa bercakap dalam parlimen, bukan sekadar dok terbeku dalam kedinginan hawa di Parlimen.
Friday, December 5, 2008
FASAL APA MOHD SABU
Sasterawan Negara, Shahnon Ahmad pun syok dengan ucapan Mohamad Sabu. Baca tulisannya dalam Harakah pada 29 Mei 1995:
Salah satu pendekatan yang paling popular yang diambil oleh parti politik dalam pilihanraya umum 1995 yang baru sahaja berlalu, bertujuan memujuk para pengundi ialah melalui ceramah yang disampaikan oleh tokoh dan pemimpin parti.
Mengapakah saya juga amat meminati ceramah-ceramah YB ini?
Demikian ulasan Shahnon
ADUN MESRA IT
Dalam era IT, imej ADUN akan lebih hebat lagi jika blognya sentiasa kemaskini. Sejak era PR memerintah, saya perhatikan contoh ADUN yang aktif di peringkat bawahan sehinggalah up date blognya ialah Drs Idham Lim, Adun Titi Serong, Perak. Klik di sini dan di sini.
Tahniah kepada beliau. ADUN sedia ada dan sesiapa yang berhajat nak jadi ADUN, eloklah mencontohi beliau. Isi blognyanya juga agak global, disamping melapurkan kegiatan beliau dan kerajaan negeri Perak. Waduh-waduh pak.
Thursday, December 4, 2008
KM MISKIN IDEA
Saya pernah beberapa kali bersama beliau di dalam mesyuarat bulanan sebuah koperasi nasional yang beliau menjadi anggota lembaga pengarahnya pada tahun 1986. Ketika itu beliau anggota exco negeri Melaka. Tak nampak langsung ideanya. Beliau lebih banyak senyap dalam mesyuarat, harapkan senyum kambingnya sahaja.
Apabila Pas menang di Kelantan pada 1990, dia mengarahkan pegawai kerajaan Melaka jangan sesekali membuat lawatan ke Kelantan. Yahudi Israel pun tak buat macam tu. Kalau dengar hujah dan ucapan politiknya, sebiji macam orang KEMAS yang bercakap. Rupa-rupanya betul, beliau pernah jadi Pengarah Kemas Melaka.
Pernah satu ketika saya menemankan Hj Mohamad Sabu berceramah di Melaka, dia jadi dalang mengganggu ceramah Hj Mohamad Sabu. Memang macam Abu Jahal. Maka tak salah lintasan hati saya pada kali pertama saya berjumpa dengannya; makhluk ini memang miskin idea. Hairan juga bagaimana dia boleh jadi Presiden Belia 4B dan Ketua Menteri Melaka. Agaknya itulah taraf pengikut Umno. Pengikut pilih pemimpin yang setaraf macam mereka juga.
Alahai Melaka negeriku.
Wednesday, December 3, 2008
RELAX SEKEJAP
Bagi anda yang hendak mendapat koleksi cerita lucu, sila klik di sini dan tak payahlah menyingkap majalah Gila-Gila yang lama lagi. Ha ha.
SEMUA MAHU MOHAMAD SABU
DAP dah isitihar sokong Mohamad Sabu
Anuar dah istihar sokong Mohamad Sabu
Suhaimi Said aktivis marhein nak berhempas pulas berkempen untuk Mohamad Sabu.
Ya, Mohamad Sabu bisa berbicara di Parlimen.
Ya, Mohamad Sabu bisa memimpin rakyat di jalanan.
Ya, Mohamad Sabu bisa berpidato di pentas ceramah.
Ya, Mohamad Sabu bisa melaksanakan kerja kebajikan
Ya, Mohamad Sabu bisa membela nasib setinggan
Ya, Mohamad Sabu bisa berdailog di pentas Sosialis.
Ya, Mohamad Sabu diminati India dan Cina.
Ya, Mohamad Sabu paling banyak kes politik di mahkamah
Ya, Mohamad Sabu bisa bicara bersama Hizbullah Lubnan.
Ya, Mohamad Sabu telah mengabdikan diri dalam politik rakyat.
MENGIKHLASKAN DIRI
Kemenangan 2008 membolehkan kerajaan PR meletakkan ramai aktivisnya dalam pelbagai jawatan yang berelaun, bergaji dan juga jawatan berpencen apabila tamat perkhidmatannya nanti.
Sebelum memerintah, aktivis Pas berkhidmat tanpa bertanya apa pulangan dunia. Namun selepas Pas menang, ahli Pas makin cerdik. Mereka bukan sahaja mahu jawatan yang berelaun dan bergaji, tetapi memilih jawatan yang ada pencen. Jawatan di GLC pun mereka tak berminat kerana hanya dapat pulangan semasa berkhidmat sahaja. Mereka mahukan jawatan berpencen nanti. Ha ha. Cerdiklah tu. Memilih yang terbaik.
Apa pun yang saya masih berasa sedih apabila Azizan Razak tak melantik Abu Kassim Abdullah sebagai Speaker DUN Kedah kerana kononnya nak pilih yang pandai Bahasa Inggeris sahaja. Kali ini dia berfikir macam Mahathir. Di Kelantan dan Terengganu dulu, MB kita tak berfikr macam itu. Atau Azizan terhasut dek orang JIM untuk melantik orang JIM sebagai Sepeaker. Hanya Allah dan Azizan sahaja yang tahu. Abu Kasiim yang begitu lama dalam Pas dan berjawatan serta berkemampuan sebagai Pengerusi Tetap Pas tidak dipertimbangkan. Oleh kerana Abu Kassim juga mempunyai ramai musuh politik dalam Pas Kedah, maka tindakan Azizan itu tidak menimbulkan protes yang hebat. Orang JIM juga yang untung, walau pun menyertai Pas selepas pencen sahaja.
Ya, ikhlaskan diri kau wahai orang Pas walaupun dilihat bodoh!!!! Orang Sunni menerima Muawiyah yang cerdik yang menipu Saidina Ali yang ikhlas.
Tuesday, December 2, 2008
ANTARA DUA NILAI
Sebaliknya anggota Umno melihat Umno sukar kembali berkuasa di Kedah semula. Terperanjat saya apabila mendengar orang Umno sendiri hilang keyakinan itu walaupun mereka mendapat sokongan dari Kerajaan Pusat untuk merampas kembali Kerajaan Kedah. Hujah mereka ialah kerana mereka kalah dengan stail MB Kedah. MB Kedah boleh ditemui di pejabatnya bila-bila masa pun. "Zaman Mahathir Khalid, mampuih tak dapat" kata anggota Umno. Alamak, hal jumpa MB pun Umno sudah rasa tak boleh tawan semula Kedah. Kelakar kan.
"Bukan itu sahaja", kata anggota Umno lagi " bila jawatan kuasa tender dah putuskan sapa dapat projek, depa suroh kita semua balik. Had dulu sapa dapat tender kena duduk sat, kena bincang berapa kamsyen kena peruntukkan. Tetapi kerajaan baru ni langsung tak mahu rasuah. Mampus, geng Umno tak leh buat macam ini" sambung mereka.
Demikianlah perbezaaan antara dua nilai anggota Umno dan Pas dalam menilai prestasi kerajaan baru . Anggota Pas tidak puas hati kerana Islam belum berjalan di Kedah. Tetapi anggota Umno kagum dengan kerajaan baru kerana mudahnya berjumpa MB dan tiada amalan rasuah dalam Jawatan kuasa Tender.
Anggota Pas masih boleh bersabar lagi tetapi jika mereka dengar pimpinan negeri menerima rasuah, "nahas kau", katanya. Maka janganlah rasuah wahai pemimpin Kedah walaupun hadiah sebutir jam dari Sultanah.
Melayu oh Melayu !!!!
NO TO ISA
Tukar Tiub mengupas dengan penuh semangat bagaimana ISA digunakan untuk menangkap beratus orang untuk mewujudkan rasa takut kepada 24 juta rakyat Malaysia supaya jangan bangkit menentang kezalimam kerajaan. Proses penangkapan ini dibuat secara berterusan untuk mengekalkan rasa takut ini. Beliau menyoal apakah kita mahu meneruskan tradisi 24 juta orang takut kepada seorang pemimpin atau 24 juta rakyat kena bangun menentang seorang pemimpin yang jahat.
Raja Petra pula mengupas secara sinis bagaimana ISA menggunakan Islam sebagai alasan menahan sesorang di bawah Akta ISA kerana orang Melayu memang beremosi jika Islam dihina oleh sesiapa. Beliau hairan dengan orang Melayu yang menerima ISA yang bertentangan dengan konsep keadilan Islam tetapi dalam masa yang sama amat marah jika sesorang menolak undang-undang Islam.
Yang kelakarnya dalam syok kita mendengar forum, tiba-tiba 7 orang yang rata-ratanya berbadan gempal dan berkepala botak keluar dari dewan secara serentak. Rupa-rupanya SB. Ha ha ha. Jangan tak kenal pula nanti. Di luar dewan forum, ramainya anggota polis datang berhimpun macam nak tangkap orang berdemo pula. Alahai. Tentu depa risau himpunan besar-besaran menentang ISA pada Mac 2009. Mari kita beramai-ramai ke perhimpuanan ini. Wahai Encik Aziz Bateri kenalah beli dan pakai kasut, senang nak lari, opps nak ligan polis kali ini. Woooo.
Monday, December 1, 2008
MAMPUKAH BERBEZA PENDAPAT
Tetapi adakah BN sahaja yang tak bersedia berbeza pendapat?
Dalam Pas, Dr Hasan Ali merombak semula jawatan dalam Perhubungan Selangor tanpa menanti penggal baru pada 2009. Tak tertahan beiau dengan dengan suara Khalid Samad walaupun Khalid Samad antara orang yang berusaha supaya Dr Hasan Ali menjadi Pesuruhjaya Selangor. Opps, bukan Dr Hasan Ali sahaja tidak bersedia berbeza pendapat, malah banyak kes lagi dalam Pas. Hanya kes Dr Hasan Ali sahaja yang diketahui oleh media. Ha ha ha.
Dalam berorganisasi amat penting sekali berbeza pendapat kerana ia akan melahirkan satu rumusan yang lebih mantap. Hanya, selepas satu keputusan dibuat dalam sesuatu mesyuarat, semua orang hendaklah mendokongnya. Jika tak bersetuju dan mahu bising-bising di luar mesyuarat, anda memang tidak layak menyertai apa-apa pertubuhan walaupun parti tupperware!!!.
Faham-fahamlah.
Saturday, November 29, 2008
FORUM RAKYAT
PEMGUMUMAN
Tarikh: 1 Disember 2008
Hari: Isnin
Masa: 8 Malam
Tempat: Auditorium Bar Council,
Leboh Pasar Besar,
Kuala Lumpur.
1) Sdr. Hishamuddin Rais (Aktivis Reformasi, Kolumnis)
2) Tn Hj. Mohammad Sabu (Naib Presiden PAS)
3) Sdri. Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh)
4) Raja Petra Kamarudin (Editor Malaysia Today)
5) T S Thenintharan (Indian Opressed Group)
6) Syed Ibrahim (Gerakan Mansuhkan ISA)
7) Faridzun Nasaruddin (Jurucakap Mahasiswa Mansuhkan ISA dan AUKU)
Anjuran: Cakap Rakyat Group.
BABI OH BABI (2)
Rasanya projek ladang moden babi di Kedah tak jadi dengan syarat rakyat Kedah menunjukkan protesnya. Itulah pentingnya kuasa rakyat. Bagaimana pun usaha mengatasi ladang babi yang bersepah-sepah perlu dibuat. Jika tidak, terjadilah seperti di Negeri Sembilan. Ketika menjadi ketua Pemuda Negeri Sembilan dulu sedap betul saya menghentam Isa Samad kerana rupa-rupanya negeriku pengekspot babi terbesar. Ingatkan Negeri Sembilan pengeluar sayur maman terbesar. Ha ha.
Pandangan Dr Zaini Ujang, Naib Chanselor UTM dan Faizal Ridzuan pun wajar dipertimbangkan.
Yang sedihnya ialah perangai TV3 yang mensensasikan isu babi ini yang sepatutnya dibincang secara ilmiah dan matang untuk menyelesaikannya.
Masih teringat saya lagi akan pandangan Dr Hamirdin Ithnin, pensyarah alam sekitar Universit Malaya di satu seminar anjuran DPP NS semasa isu JE dan babi tercetus dulu yang mengatakan kesan najis babi terhadap air tetap wujud walaupun telah melalui proses pembersihan. Tak tahu pula saya kalau teknologi baru yang hendak dibuat oleh Selangor boleh mengatasi kesan dan bahaya dari najis babi itu.
Apakah kita memerlukan seorang Lee Kuan Yew di Malaysia untuk menyahkan ladang babi di Malaysia sepertimana Lee Kuan Yew berjaya menghapuskan ladang babi di Singapura?
Friday, November 28, 2008
MELAYU TAK BENCI RASUAH?
Atau adakah kaum Cina lebih peka kepada rasuah berbanding dengan orang Melayu kerana majoriti mereka menjalankan perniagaan dan menjadi pembayar cukai kepada negara. Mereka lebih terasa duit cukainya disapu oleh sang perasuah. Pak Cik dan Mak Felda tidak terasa wangnya hilang, malah kerajaan bagi bonus tambahan lagi kepada mereka sempena hari raya dan bunus di akhir tahun. Omak mertua ese pun boleh tergodo dek eh, wahai Amran oi. Ingatkan Zakaria Khalim sahaja gagal meraih undi peneroka Felda di Dun Gemencheh tetapi wira Felda, Mazlan Aliman pun semacam juga di parlimen Bera. (Dah nasib badan, apo nak buek Zakaria oi. Pehidup le Pas Seremban tu. Jangan dok riuh dengan Umno Seremban. Depa pun belajar dengan Pas Seremban juga tu. Kah kah kah. Kono golak macam Hishamudin Rais tu, baru solosai masalah Seremban agaknya)
Atau mungkinkah orang Melayu mengamalkan Islam versi lain yang mengatakan rasuah tidak tergolong antara dosa besar.
Atau apa ye ......
Thursday, November 27, 2008
MELAYU SAYANG RAJA (2)
Walaupun British bertindak sebagai Penasihat kepada Raja Melayu yang dilihat sebagai pemerintah ketika itu, orang Melayu kira berpuas hati. Hanya golongan kiri dan islamik sahaja yang beria-ia menuntut kemerdekaan. Selepas parti golongan kiri dan islamik diharamkan, barulah Umno mahu menyebut perjuangan kemerdekaan, itu pun British memang sudah bersedia keluar dari negara ini seperti mana penjajah lain juga.
Mengapa orang Melayu mahu mengekalkan Sultan dan Raja walaupun sistem demokrasi sebenarnya memilih dan melantik pemerintah di kalangan rakyat sendiri. Orang Melayu tetap mahu Sultan atau Raja Raja sebagai sebahagian daripada institusi pemerintahan di setiap negeri dalam Tanah Melayu. Mengapa Tanah Melayu tidak meniru model Indonesia?
Itulah betapa sayangnya Melayu kepada Raja atau orang Melayu memang hendak meniru sistem British yang mengekalkan rajanya. Tetapi British ada satu raja sahaja. Kita ada sembilan raja. Apabila Iran dengar kita ada sembilan raja, mereka berkata alangkah sukarnya untuk buat revolusi di Malaysia kerana kita ada sembilan raja. Iran yang yang ada satu raja pun mengambil masa beratus tahun untuk berjaya dalam revolusi, inikan sembilan raja pula.
Sekadar cerita; seorang sahabat saya, Aziz Ahmad di Kuantan alamat IC lamannya dahulu ialah di Istana Kuantan kerana ayahnya staf Istana di Kuantan ketika beliau dilahirkan. Apabila dia bawa kereta melebehi had laju dan polis trafik berjaya menahannya, polis trafik tak jadi menyamannya kerana terpandang alamat IC itu. Bertuahnya beralamat di istana kan. Inikan pula kalau betul-betul berdarah raja. Fasal itulah agaknya orang Melayu memang seronok dapat gelaran Datuk yang dianugerah oleh Sultan atau Raja, termasuklah orang-orang Pas. Hanya Mohamad Sabu sahaja tak teringin Datuk walaupun Guan Eng menawarkan kepadanya.
Wednesday, November 26, 2008
BABI OH BABI
Kisah babi dan cerita 'pendekar babi' Zhū Wùnéng
25 Nov 2008 9:49PMOleh Faizal Riduan
DI DALAM Bahasa Melayu, perkataan babi merupakan kata kesat bagi tujuan maki hamun, caci cerca, herdik hina dan gelaran babi kepada seseorang adalah satu gelaran terburuk (peringatan kepada orang yang mengelarkannya jauh lebih buruk!).
Malah dalam sejarah Perang Larut Ketiga, Lee Ah Khun pemimpin kumpulan Ghee Hin dan pasangan mukahnya isteri orang dari kumpulan Han San dihukum dengan disumbat dalam raga bekas isi babi dan dihumban ke dalam lombong tinggal – begitulah sinonimnya babi bagi menunjukan penghinaan yang teramat sangat.
Sedari kecil ibu saya (kacukan Malayu dan Cina) melarang menyebut gelar ‘babi’ kerana akan dianggap bermulut lancap, celupar dan carut – hukuman mandatori mulut akan dikuti atau diciliapikan.
Paling tidak saya akan memanggil babi sebagai khinzir yang dikira lebih sopan – begitu halusnya budi bahasa menjadi seorang Melayu.
Semasa di universiti saya dan rakan Cina (terutama Chow Wah Hon & Loh Lun San) biasa bergurau-senda dengan menyebut babi sebagai bab1 (bab-satu). Tabo malu itu masih kekal sehingga kini.
Babi yang satu masa dahulu menjadi perkataan yang fobia tiba-tiba menjadi begitu obsesi bagi orang Melayu.
Baik di peti TV, laman sesawang (internet), helaian akhbar sampai ke sembang kedai kopi malah di parlimen, Yang Berhormat lulusan Oxford dan lulusan Haji Baitullah menggunakan bahasa berlabel seperti Projek Khinzir Raksaksa (PKR) dan Babi Negara (BN) – babi, babi, babi!
Tiba-tiba orang Melayu mempunyai kegilaan semacam terhadap babi yang jika dianalogikan menurut Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) edisi keempat sebagai gila babi atau sawan babi atau ayan atau epilepsi dalam bahasa perubatan moden iaitu sejenis penyakit saraf (neurologikal) yang menyebabkan seseorang tidak sedarkan diri dengan anggotanya bergerak menyentak-nyentak.
Tidak semena-mena pula ramai tokoh muncul entah dari mana datangnya sang juara membuat kenyataan tentang babi tanpa hujung pangkal, usul periksa dan letak duduk perkara yang sebenarnya.
Ia lebih parah dan kritikal apabila ditanggapi oleh orang awam yang kurang ilmu dan maklumat menjadikannya lebih sensasi dengan emosi, lebih sandis dengan prejudis. Isu yang sebenar tenggelam lemas dek asakan sempit perkauman yang bertubi-tubi tetapi tidak seperti ‘berisinya ubi’ – kosong.
Kini isu babi berkisar melarat sehingga ke negeri Kedah yang diperintah oleh Dato’ Seri Azizan Abdul Razak dari Parti Islam Semalaysia (PAS) sehingga Tun Mahathir menyifatkan PAS ditungangi oleh DAP yang hanya mempunyai 1 kerusi sahaja dan tidak boleh bersuara sehingga tidak kedengaran tentang buah mulut negara Islam PAS seperti dahulu lagi.
Persoalannya bukankah semasa zaman Tun Mahathir sendiri ‘babi-babi’ ini masih berkeliaran walaupun beliau mengistiharkan Malaysia adalah sebuah negara Islam?
Melihat isu babi dari sudut sempit perkauman sebenarnya sangat tidak adil bahkan jatuh kepada kategori zalim bagi orang Islam.
Kita sewajarnya melihat isu ini mengatasi sempadan agama dan bangsa menjadikan lebih rasional dan profesional.
Mengaitkan babi dengan orang Cina adalah contoh mentaliti kelas bawah sebawah tempurung kelapa, tidak glokal (istilah catchy ciptaan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak) kerana babi juga adalah makanan kegemaran orang Jerman.
Sebenarnya masyarakat Cina bukan melihat babi dari aspek makanan semata-mata tetapi meliputi aspek kepercayaan, budaya dan pandangan hidup mereka.
Contohnya di dalam astrologi Cina, babi (dalam versi Jepun hanya terdapat zodiak babi hutan) adalah salah satu daripada 12 zodiak haiwan iaitu kaedah penilikan nasib pada masa depan berasaskan kalendar Cina dengan sumber astronomi dan falsafah Cina kuno berdasarkan kitaran enam puluh tahun yang bermula semenjak zaman Dinasti Shang.
Dalam kebudayaan mereka pula, babi dikaitkan dengan kesuburan dan kejantanan (sekarang baru saya tahu mengapa orang Cina sungguh berani) malah anak yang lahir pada tahun tersebut dianggap amat bertuah kerana menjadi seorang yang periang dan jujur.
Epik Cina yang terkenal, Journey to the West juga mengandungi watak hero babi yang dikenali sebagai Zhū Wùnéng.
Satu perkara yang ramai orang Islam tidak tahu bahawa mendiang Tan Sri Loh Boon Siew (lebih dikenali sebagai 'Mr Honda') yang merupakan pengasas Boon Siew Honda yang juga jutawan dari Pulau Pinang menghabiskan zaman kanak-kanaknya di Fujian, China dengan mengutip najis babi untuk dijual sebagai bahan bakar.
Ironinya, jika anda tidak boleh memandang kepada seekor babi sebagai makhluk tuhan, berilah orang lain (tentunya orang bukan Islam) memandangnya dari sudut positif walau hanya dengan najisnya!
Pengharaman babi sebagaimana jelas dalam Al-Quran, Surah Al-Maidah ayat 3 dan Surah Al-An'am ayat 145 sebenarnya bukan hanya sensitiviti mutlak kepada umat Islam sahaja.
Bahkan agama Kristian dan Yahudi juga menjauhinya sebagaimana dalam larangan Book of Leviticus, Chapter 11, Verse 7& 8, Book of Deuteronomy, Chapter 14, Verses 7 & 8, Book of Isaiah, Chapter 65, Verses 2 to 4, dan Chapter 66, Verse 17.
Adapun kefobiaan terhadap babi lebih kepada amalan spiritual seperti balasan dosa yang dilakukan di dunia.
Dalam kepercayaan animisme seperti amalan suku Nias di kepulauan barat Sumatera, roh si mati boleh memasuki tubuh babi dan dipercayai akan menuntut bela ke atas orang yang menjadi musuh simati pada masa hidupnya.
Ianya meyerupai kepercayaan kelahiran semula dalam agama Hindu dan Buddha.
Bagi orang Islam pula terdapat kepercayaan tentang balasan Allah yang ditunjukan ketika mati apabila mayatnya berkepalakan babi (awas kepada mereka yang mempolitikan isu babi!).
Ramai di kalangan kita yang beragama Islam berbangsa Melayu yang pastinya melebihi majoriti dua pertiga melihat babi sekadar binatang bermuncung panjang dan berhidung leper – jijik, loya dan mual!
Inilah antara warisan larangan Rasullullah yang paling berjaya diharamkan sedangkan larangan lain yang sekutuk atau lebih teruk hukumnya seperti minum arak, main nombor ekor, zina, sumbang mahram, memfitnah, mengumpat dan mengadu-domba menjadi amalan terang-terangan bagi mereka yang Islam pada nama dan Mykad sahaja.
Lebih malang, ada orang Islam yang makan rasuah, makan riba, makan komisen (dengan cara yang tidak sah), makan judi (termasuk main nombor), makan dadah (penagih), makan skim cepat kaya, makan hak orang lain atau makan sebarang hasil haram yang setaraf dengan memakan babi!
Barangkali kerana babi dari sudut sainstifik mempunyai persamaan genetik (DNA) yang hampir serupa dengan manusia (tidak hairan mengapa ada yang berperangai seperti b*b* – maaf!).
Malah jantung babi pernah digunakan sebagai ganti jantung manusia yang sakit tenat sementara menanti penderma yang sesuai.
Persamaan genetik ini memungkinkan berlaku penularan penyakit antara spesies (cross spesies) yang kesannya kehilangan ketahanan badan bagi melawan penyakit baru.
Dalam kes virus Nipah, penyelesaiannya hanya dua pilihan sama ada menghapuskan manusia berhampiran babi atau menghapuskan babi berhampiran manusia.
Hasilnya, kesemua babi dalam kawasan tersebut dihapuskan sama sekali dari muka bumi bukan kerana azalinya berspesiskan babi sebaliknya demi kemashalatan dan keselamatan manusia sekeliling.
Rasanya semua orang Islam sekalipun tidak mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam subjek Pendidikan Islam, sedia maklum hukum haram babi (bukan sekadar memakannya tetapi juga melibatkan diri dari sebarang hasil daripadanya seperti bekerja, mengambil upah atau berniaga termasuk atas nama membawa masuk teknologi dari Jerman!).
Tetapi jangan lupa sebenarnya ia terpakai hanya pada umat manusia Islam sahaja dengan dua keadaan iaitu haram bagi umat Islam dan haram juga bagi umat Islam mengharamkan sesuatu yang halal bagi kaum lain (pengecualian dalam hal darurat).
Kita lebih tahu babi adalah sejenis najis berat mughallazah yang boleh disucikan. Tetapi yang sebenarnya dituntut dalam Islam ialah samak dan thaharah kerana terkena najis dan bukan kerana dosa.
Bagaimana pula dengan penyakit seketul hati yang penuh prasangka dan prejudis hingga hilang timbang rasa ihsan dan adil, kemudian mengotorkan hubungan perpaduan antara kaum yang menjadi asas terpenting dalam Islam dengan matlamat yang lebih besar demi pembinaan sebuah negara bangsa yang harmoni, rukun dan aman damai?
* Isu babi di Kedah mengulangi sejarah polemik perkauman isu babi di Selangor. Saya lihat isu ini telah dipolitikan. Orang Islam kurang sedar mengenai falsafah di sebalik babi dalam kepercayaan masyarakat cina. Artikel ini adalah sebuah penulsian ilmiah. Sudah lama saya siapkan namun belum pernah diterbitkan. - Penulis