Wednesday, December 31, 2008

MENGAPA PAS YANG KAU CARI

Politik bukan matematik logik tetapi satu seni yang sukar diterangkan.

Pada 1979, saya menemankan Dr Mohd Nor Manuty, bekas Presiden Abim dari Bangi ke Johol untuk beliau berceramah di suatu masjid. Saya bertanya tak boleh ke Pas berpakat dengan DAP untuk lawan BN dalam pilihan raya. Jawapannya tak boleh le. Takkan saya nak berhujah pula dengan Pensyarah Pengajian Islam UKM tu. Terima ajalah.

Apabila Anwar masuk Umno pada 1982, Dr Mohd Nor Manuty pun masuk Umno yang berpakat dengan MCA dan MIC tu. Apabila Anwar ditendang dari Umno pada 1998, Dr Mohd Nor menubuh Parti Keadilan yang terdiri dari pelbagai bangsa dan bertanding pilihan raya pada 1999 serta berpakat dengan DAP lawan BN. Pelik tak?

Bagi golongan intelek, profesional dan NGO Islam, Pas adalah parti kampong yang kurang tarbiah, tak profesional, tak mementingkan ukhwah, tak ada badan ekonomi, tak mementingkan ilmu dan macam-macam kekurangan lagilah hingga tak larat nak tulis. Tetapi akhirnya yang masuk Pas ialah:

  • Allahyarham Ustaz Fadhil Noor - bekas Timbalan Presiden Abim
  • Dr Hasan Ali - bekas PTD dan tokoh motivasi
  • Datuk Kamarudin Jaafar - bekas Setiausha Agung ABIM dan bekas Setpol Ghafar Baba
  • Anuar Tahir - bekas Setia Usaha Agung ABIM dan Setia Usaha Agung PKR
  • Shaari Sungip - bekas Presiden JIM dan pimpinan PKR
  • Shahnon Ahamad - Sasterawan Negara
  • Taib Azimuudin - bekas Imam Masjid Negara
  • Ahmad Awang - bekas Yang Di Pertua Persatuan Ulama Malaysia
  • Abd Ghani Shamsuddin - bekas Timbalan Presiden Abim dan bekas Yang Di Pertua Persatuan Ulama Malaysia.
  • Dr Harun Din - aktif semula dalam Pas selepas pencen.
  • Allahyarham Datuk Ishak Baharom - Mufti Selangor
Apabila mereka ini masuk Pas, geng Pas asal pun tak merasa pegang jawatan lagi. Ha ha. Begitu terbukanya Pas!!

Saya tak fikir mereka ini masuk Pas kerana gila kuasa.

Yang saya tak dapat jawapan ialah; walaupun mereka tau Pas penuh dengan pelbagai kelemahan dan kekurangan, mengapa Pas yang kau cari.


2 comments:

Anonymous said...

PAS sememangnya wadah perjuangan yang sentiasa mempunyai pelapis dan barisan penggerak yang berwibawa, sehinggakan bila p36 PRK semua orang nak bertanding, punyalah hebat mempunyai ramai yang berkaliberlah katakan, niat itu terpulanglah pada apa yang diniatkan, namum begitulah personalisme dalam setiap penggerak baik dibumi malaysia yang makmur atau pun di tana Palestin yang berperang dengan tentera Salib, bezanya di Palestin kita melihat secara jelas siapa mereka disini hanya Allah Shj yang tahu, Namun begitu pasti ada kelebihan dalam setiap era, dahulu Ulama' diangkat menjadi pemimpin dan kini masih lagi ulama' cuma ulama perlu tegas akan sikap harakinya dan bukannya berlandaskan sempadan negeri semata-mata barulah Ulama' akan dilihat GLOBAL.

Anonymous said...

Salam perjuangan..

AllahuAkbar..
AllahuAkbar..
AllahuAkbar..