Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Thursday, October 9, 2008

MARI BERSAJAK

Bukan senang nak dapat Mufti yang berani menegur semua pihak. Satu-satunya Mufti dalam Malaysia yang berani hentam ISA ialah Dr Asri, Mufti Perlis . Beliau akan kembali ke jawatan asal di USM tidak lama lagi. Bacalah sajaknya yang merintih betapa sukarnya menjadi Mufti Perlis.




Tuesday, October 7, 2008

BERHALA MANA YANG BESAR

Heboh pula replika besar Anwar di Batu Caves. Kononya patung atau berhala yang akan jadi bahan sembahan. Aku tak yakin orang Islam masa kini akan menyembah replika itu. Jika ada orang menyembah berhala itu mungkin dari kalangan Orang Asli atau penganut Hindu agaknya. Ha ha.

Inilah otak orang Malaysia. Patung, berhala atau Ilah yang yang selalu dibisingkan ialah patung atau berhala yang terpacak di atas tanah. Ilah yang Islam tentang sebanarnya ialah sistem hidup yang tidak berpandukan kepada ajaran Allah swt sebenarnya. Sistem atau nilai hidup yang menolak peraturan Allah itulah patung atau berhala yang selama ini umat Islam gagal melawannya. Malah mereka mendokong sistem dan nilai bukan Islam atau sedapnya disebut sebagai jahilyyah.

Yang Pas bergaduh dengan Umno selama lebih 50 tahun fasal konsep Ilah inilah. Umno menerima sistem warisan penjajahan British dan Pas mahu menegak sistem Islam yang Rasullullah saw perkenalkan. Itulah fasal Umno tak boleh membuang patung tugu negara kerana dia sendiri penyembah berhala sistem kufur British. Mufti Perlis menegur pemimpin Umno yang menyembah (bertafakur) di hadapan tugu negara setahun sekali tetapi yang patut ditegur ialah setiap hari mereka menyembah sistem kufur British. Kalau setakat menyembah patung berhala, golongan kuffar tidak akan berperang dengan Rasullullah saw. Penentangan total kumpulan kuffar ke atas Rasulullah saw ialah kerana Baginda membawa Islam sebagai satu cara hidup yang merangkumi semua aspek kehidupan. Mufti Perlis keliru; mana dia berhala yang sebenarnya yang perlu kita tentang.


Sunday, October 5, 2008

BERAYA BERSAMA AH MENG


Jiran ibu mertuaku di Felda Bukit Rokan, Gemencheh seorang peneroka berbangsa Cina, namanya Tan Fok Hong. Tetamu istimewa kami setiap Hari Raya ialah Ah Meng, 24 tahun, tergolong "kanak istimewa"sejak lahir lagi. Ah Meng merupakan cucu Tan Fok Hong. Dia tinggal dengan datuknya berdua. Neneknya sudah meninggal. Dia kesunyian. Ketika hari raya dia sentiasa bersama kami

Ketika hari terakhir Ramadan, Ah Meng 'berbuka puasa' bersama kami sekali. Dia pandai memberi salam, mengangkat tangan berdoa dan menyebut alhamdulillah selepas makan. Sepanjang 3 hari aku di rumah mertuaku, dia bersama kami sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Dia seronok bersama kami. Kami berbual dan bergurau senda dengan dia. Ishak, adik iparku, berkata kepada Ah Meng "kau pasti masuk syurga. Jika tuhan bagi syafaat kepada kau, bawalah kami ke syurga sekali". Berderai kami ketawa. Jika betul alangkah baiknya.

Ketika kami bersiap hendak balik ke KL semula, nampak sangat sedihnya. Dia kehilangan teman dan kehilangan suasana kegembiraan hari raya. Aku pun terfikir BN sibuk dengan isu perpaduan yang tak selesai-selesai. Tapi kami di Felda hidup rukun damai. Anak jiran walaupun berlainan agama seperti anak kami juga.

Bacaan tambahan. Raya di China, klik di sini.

Friday, October 3, 2008

RAYA JANGAN TAK RAYA

Semuanya ketika hari raya. Kerana hari raya atau sempena CUTI HARI RAYA? Macam wajib kena balik kampong nak raya bersama dengan ibu bapa. Walaupun setiap bulan atau ada orang yang setiap minggu balik kampong menziarah ibu bapa, tetapi ketika raya wajib balik kampong juga kan? Hebat pukulan raya ni. Ada yang sentimental perasaannya jika tak balik kampong ketika raya walaupun dah balik kampong setiap bulan atau setiap minggu. Apa boleh buat dah jadi budaya Melayu berdekad. Radio tv pun merakamkam betapa BESARNYA pengorbanan warga kerja yang terpaksa bertugas ketika raya dan tidak dapat balik kampong. Ha ha.

Ketika zaman sebelum 80an khususnya zaman 60an dan 7oan, rata-rata pendapatan rakyat masih tidak berkemampuan untuk balik kampong setiap bulan. Aku masih ingat memang hampir semua anak perantauan balik kampong setahun sekali sahaja dan tentunya balik ketika hari raya. Ketika ini baru ummph suasana balik kampong kerana ibu bapa dan anak melepaskan kerinduan masing-masing. Fasal tu lah agaknya takbir raya orang Melayu lain macam mendayunya. Jika dibanding dengan bangsa Arab tentu berbeza iramanya. Ha ha. Masa ini jika tak dapat balik kampong juga, "baru meleleh air mato dek eh" kata Alwi kawanku di Seremban. Melayu oh Melayu.

Alamak nak balik KL semula la ni.


Monday, September 29, 2008

SELAMAT AIDIL FITRI

Moga Allah terima ibadah kita sepanjang Ramadan tahun ini.

Moga perjuangan kebenaran berjaya di mana sahaja termasuk Malaysia.

Aku masih menunggu seorang sahabat mudik dari Indonesia. Dah 10 tahun beliau di sana dan sesekali sahaja kembali ke Malaysia.

Aku mendoakan keampunan dosa khusus kepada beberapa orang sahabatku yang telah menemui Allah swt lebih dahulu dariku. Mereka meninggalkan aku ketika perjuangan belum selesai dan putera-puterinya masih memerlukan seorang ayah. Moga putera puteri ini akan meneruskan perjuangan kebenaran di bumi tercinta.

Marilah kita terus berkomunikasi kepada orang tersayang yang telah meninggalkan kita dengan berdoa keampunan dan mendapat rahmat dari Allah swt untuk mereka. Jika berkesempatan ziarahlah pusaranya dan berbisiklah akan kerinduan kita kepadanya. Mereka senang hati dengan kunjungan kita!

Kepada geng forex selamat menjadi jutawan. Moga banyak zakat dan sedekah akan dihulurkan kepada ummah yang memerlukan.

Kepada geng Pas selamat mentadbir negara. Moga Nabi suci dan ahlul bait serta kezuhudan Umar Ibn Al Khattab dan Umar Abd Aziz menjadi teladan anda. Habiskan harta anda untuk ummah.

Kepada geng Reiki teruslah memberi penawar kepada ummah.

Kepada anak muda kebangkitan anda diharapkan. Perjuangan memerlukan nafas yang panjang.

Kepada sahabatku Dr Yaakob Tampin yang kehilangan isteri beberapa purnama lalu, bersabarlah dan teruskan kehidupan memimpin putera puterimu yang tercinta. Kaulah ayah kaulah ibu kini.

Kepada sahabat Munshiku yang baru kehilangan ibu, bukan ketupat rendang ibu yang kita rindui ketika raya ini tetapi kasih, redha dan doa ibu yang kita hilang. Takkan ada penggantinya didunia ini. Tangisilah sepuas-puasnya. Moga doamu setiap masa akan Allah berikan kenikmatan hidup kepadanya di sepanjang alam penantian ke syurga itu.


KEPADA SEMUA SELAMAT AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR BATIN

Sunday, September 28, 2008

IBADAT DAN ADAT AIDIL FITRI

Ramadan bulan penuh ibadat. Yang ini orang Melayu tak keliru. Boleh dipuji amalannya. Tetapi bila masuk bulan syaawal, mulalah haru biru. Yang tentu ibadatnya ialah solat aidil fitri dan puasa enam. Yang lain orang Melayu mulalah merapu. Kebanyakan amalan pada bulan syawal ialah adat dan budaya Melayu sahaja. Tetapi macam nak rak sambutannya. Ada budaya Melayu yang baik misalnya ziarah menziarahi sambil bermaafan antara satu sama lain. Yang paling tak syok ialah majlis open house yang dibuat sehingga hilang konsep dan maksudnya.

Jika maksud open house untuk bersedekah makan kepada golongan tidak bernasib baik, alangkah baiknya jika dibuat pada bulan Ramadan. Pahalanya lagi lebih. Kalau pada bulan syaawal, kira rate pahala biasa aja le. Ha ha.

Jika maksud open house nak mengajak sahabat makan-makan sambil bersilaturahim, buatlah di bulan selain dari bulan syaawal. Di bulan syaawal ini dah penuh dengan program makan. Perut dah kenyang makan di banyak tempat dan jalan raya pun jem nak datang. Masa pun sempit. Tetamu datang kerana nak ambil hati aja. Buatlah open house di bulan lain. Pahala tetap sama juga. Malah tetamu lebih selesa lagi.

Yang paling sedih ialah sambutan aidil fitri di tv. Betul-betul memusnahkan konsep aidil fitiri. Hiburan atas nama aidil fitri satu yang tidak boleh diterima. Jika nak buat program hiburan, samada bertentangan dengan akhlak islam ke tidak; janganlah gunakan nama aidilfitri. Had ni mufti Perlis kena beri beri teguran ke RTM. Harap Tuan Mufti Perlis aja beri teguran kerana dia aja yang berani lanyak kerajaan. Mufti negeri lain sori le. Ha ha. Ada juga bagus mufti Perlis ni oi.

Saturday, September 13, 2008

MATEMATIK MODEN: 10-1=19

Ujian UPSR baru berlalu. Kali ini tak ada cerita soalan bocor. Sila baca di sini untuk tahu 10-1= 19. Elok sangat dihayati pada bulan ramadan yang mulia ini.

Thursday, September 4, 2008

TAZKIRAH RAMADHAN

Jika masjid dan surau yang dikuasai oleh anggota Pas, maka adalah program tazkirah selepas 4 rakaat solat sunat tarawih.

Di masjid sekeliling Sentul, yang rancaknya ialah program kutipan derma untuk majlis tahlil arwah si mati. Geng Wahabi tentu tak berkenan hal ini. Hujah mereka, baik kita buat syarikat enterprise untuk baca tahlil. Mereka hanya setuju cara berdoa sahaja untuk si mati. Geng Syiah pun boleh sedekah pahala juga. Ikut masing-masing le asalkan ada hujah. Pokoknya lawan Amerika dan jangan bersekongkol dengan Umno. Ha ha.

Bagi siapa yang nak baca hal tazkirah, sila klik di sini.