Aspek "perbelanjaan" adalah satu aktiviti yang utama dan amat penting dalam sesebuah ekonomi negara atau negeri
Perbelanjaan negara yang strategik dan bijak akan membangunkan ekonomi rakyat dan negara sekaligus. Jika salah urus, ianya akan menjahanamkan ekonomi negara pula.
Perbelanjaan negara menggunakan sumber dari pendapatan negara, rizab negara atau dengan kaedah berhutang. Semua sumber itu ada implikasi masing-masing dan hendaklah dipilih dengan bijak, berhemat dan teratur.
Berdasarkan prestasi dan keupayaan Datuk Khalid Ibrahim, MB Selangor yang mengurus Selangor selama hampir 5 tahun, sehingga mampu mewujudkan rizab RM 2 bilion dan melaksanakan program rakyat, saya memberi tabik hormat kepadanya. Walaupun beliau seorang tokoh korporat, tetapi dalam mengurus Selangor, beliau juga menggunakan kaedah seorang ahli "ekonomis". Dan yang pastinya beliau seorang yang amanah, tanpa bising-bising beliau mengaku sebagai "ulamak" atau "islamik":
Rasanya tak salah Kelantan dan Kedah yang diperintah oleh Pas belajar dari beliau.
Sudah lama saya mimpikan sebuah pentadbiran negeri atau negara, paling kurang pun macam Datuk Khalid Ibrahim lakukan.
Jika PR perintah Malaysia, calon Menteri Kewangan terbaik ialah Datuk Khalid Ibrahim. Baru kita boleh pisahkan jawatan PM dan Menteri Kewangan pada satu orang yang sama.
Jika anda semua fokus mahukan Anwar jadi PM tetapi saya lebih fokus supaya Datuk Khalid jadi Menteri Kewangan Malaysia!!!!
3 comments:
satu cadangan yang baik dan praktikal...
Aku memang suka kalau dia jadi menteri kewangan malaysia....pasti rizab bertambah rakyat mendapat berkah.....
Tak kira sape. jnji jujur jaga harta rakyat.. Khalid pun xpe..... Jnji jgn mcm puok Ubn.... Perompak harta rakyat... Serik doh wei leni.. Hidup pakatan. Hidup Rakyat.... #KL112.... Ingat. ... Kita turun semua bro...kwn... Kih.kih.kih.
Post a Comment