Saya di Tingkatan Lima pada tahun 1976. Tak tahu pun hal-hal "Wahabi" yang kini menjadi "musuh keras" sebahagian penganut setia ahlul sunnah dan syiah. Ha ha. Tetapi pada masa itu saya terbaca satu artikel panjang lebar oleh Abul Hassan Ali Nadwi, seorang tokoh ulama besar dari India/Pakistan yang mengkritik pedas akan cara pentadbiran Kerajaan Arab Saudi khususnya terhadap "pemodenan" Arab yang menghakis keaslian Islam di sana. Saya tidak pula meyimpan artikel itu. Nak gogle pun kini, rasanya tak dapat kerana pada ketika itu, mana ada internet. Ketika itu, pentadbiran Arab Saudi belum dikritik lantaran kerana dasar luarnya. Abim kerana terlibat dengan WAMY dan IFFSO adalah antara pihak yang tidaklah kritikal dengan dasar-dasar dan pentadbiran Arab Saudi ketika zaman 70an. Malah tokoh WAMY dan IIFSO merupakan rakan baik kepada pimpinan Abim pada masa itu. Mungkin sekarang pun mereka masih rapat lagi.
Pada awal 1979, Revolusi Islam Iran berlaku. Pak Yusof Rawa bekas Presiden Pas dan Mursyidul Am adalah bekas duta Malaysia di sana telah menulis buku berkaitan dengan Revolusi Iran, bersama Hj Subky Latif rasanya. Mungkin anda boleh sahkan dengan Mujahid Yusof Rawa, kini AJK Pas Pusat, seorang pemikir dan pemcetus idea yang kekadang agak kontraversi dengan beberapa orang Ustaz jumud dalam Pas. Woooo.
Dalam masa yang sama satu kumpulan pemikir Islam yang berasal dari Pakistan berhijrah ke London menubuhkan dan menerbitkan akhbar Crescent Interational. Kumpulan ini ini bukan sahaja memperjuangakan idea dan aspirasi Islam tetapi dalam masa yang sama agak kritikial dengan cara kerja Ikhwan, Jamaah Islam dan Revolusi Islam Iran.
Apa yang saya nak tegaskan di sini ialah, sokongan atau kritikan oleh Abul Hassan Ali Nadwi terhadap Arab Saudi bukan kerana mazhab wahabinya. Begitu juga sokongan Pak Yusof Rawa kepada Revolusi Iran bukan kerana syiahnya. Dan sokongan dan serta kritikan Crescent International yang dipimpin oleh Kallim Siddique terhadap Iran bukan kerana syiahnya, malah beliau adalah penganut totok sunni.
Amatlah malang jika aktvis Pas sering membangkitkan isu mazhab dalam memrberi sokongan atau tentangan kepada sesautu negara Islam di luar sana hanya kerana dek sentimen mazhab.
Jamaludin Al Afghani yang berasal dari Iran, reformis di awal abad 20, ketika ditanya apakah mazhabnya, beliau menjawab - daku bermazhab Islam!!!!!
Hassan al Banna pernah berjumpa dengan Ayatullah Kasyani, tok guru kepada Imam Khomeini. Imam Khomeini pernah berjumpa dengan Syed Qutb. Langsung tak ada cerita kafir mengkafir sunni-syiah.
Sesungguhnya daku menyampah sunni mengkafir syiah dan wahabi. Sesungguhnya daku menyampah syiah mengkafir sunni dan wahabi. Sesungguhnya daku menyampah wahabi mengkafir sunni dan syiah.
Yang saya mahu kita lawan zionis Israel dan sekutu yang menyokongnya.
Yang saya mahu kita tumbangkan BN dalam negara ini!!!!!
Yang saya mahu kita tumbangkan BN dalam negara ini!!!!!
2 comments:
Salam tuan blog,
1. Kita ikut Qur^an dan Sunnah. Gerenti tak sesat.
2. Usah buang masa pasal mazhab.
3. Usah buat bid'ah terhadap mana-mana mazhab.
4. Mahathir dan Najib adalah ketua ahlissunnah di Malaysia.
5. KO BN ....
DaWar-
setuju.
Cuma awk kena lbh mengerti makna mazhab yg tlh diguna pakai ke ats umat islam. Umum sebaik mazhab Muhammad bin Idris Assyafie.
KO BN...
Post a Comment