Mengapa Umno melalui Utusan memutar belit ceramah Mohamad Sabu?
Umno semakin ditolak. Isu rasuah, urus tadbir yang lemah, dasar yang tidak pro rakyat, campur tangan Rosmah dan lain lain semakin melemaskan Umno. Pengundi masih setia dengan Umno kerana dikatakan Umnolah pejuang kemerdekaan.
Apabila Mohamad Sabu menbongkar siapakah pejuang kemerdekaan sebenar, maka dikhuatiri kesetiaan pengundi kepada Umno akan hilang. Maka satu usaha putar belit kononnya Pas menyokong komunis dibuat. Malangnya semakin banyak bukti yang menunjukkan pihak lain pun memperjuangkan kemerdekaan. Umno hanya menyambung usaha menuntut kemerdekaan selepas tokoh agama dan golongan nasionalis kiri dipenjarakan oleh pihak British. Ada yang 7 tahun seperti Ahmad Boetamam. Kalau bukan zaman face book, tentunya pembohongan Utusan akan ditelan bulat-bulat oleh rakyat Malaysia!!!!
No comments:
Post a Comment