Nasib baiklah kemerdekaan selalu dirujuk kepada perjuangan anak bangsa melawan sang penjajah. Anak Malaya melawan British. Anak India melawan British. Anak Indonesia melawan Belanda. Anak Veitnam melawan Amerika. Bagaimana jika anak bangsa melawan anak bangsanya sendiri. Mesti payah kita nak huraikan.
Tetapi itulah yang berlaku kepada Rasulullah saw yang membawa rakyat Madinah melawan negara asalnya yang diketuai oleh bapak saudaranya sendiri. Kalau ikut istilah sekarang, Rasulullah saw boleh ditudoh sebagai PENGKHIANAT NEGARA. Ha ha.
Dalam Islam makna kemerdekaan, bukan sekadar melawan imperialis asing tetapi jauh lebih dari itu. Tujuan kedatangan Islam ialah membebaskan pengabdian maanusia terhadap maanusia dan mengajak maanusia mengabdikan kepada Allah swt. Jika bangsa sendiri menganut idelogi asing, menganut fahaman sekularism, membuat kebatilan, berbuat zalim, menindas rakyat - kita perlu menentangnya kerana kita belum "merdeka" sebenarnya.
No comments:
Post a Comment