Ada orang berbakat, berkualiti dan layak dipilih menjadi pimpinan parti. Sekaligus layak menjadi calun pilihan raya. Tetapi ada juga pimpinan parti yang tak cukup syarat sebagai calun pilihanraya. Perspektif sebagai pimpinan parti tak sama dengan perspektif sebagai calun Parlimen atau Dun.
Yang paling parah ialah apabila seseorang itu merasakan 'dia' yang teramat layak tanpa meminta pandangan ikhlas dari orang sekeliling. Dalam politik, kita mahu meletakkan calun yang dikira ada pemberat untuk menambah sokongan undi. Faktor utama sudah tentulah kerana kekuatan parti tetapi faktor untuk mendapat sokongan golongan atas pagar juga kena diambil kira.
Di Kedah dan Kelantan, ramai YDP parti tidak menjadi calun pilihan raya. Parti sentiasa mencari dan memberi laluan anak muda yang berbakat, berilmu, dilihat berpotensi memimpin perubahan dan ada latar belakang akademik yang sepatutnya.
Kawan kawan separti tak berani atau malu-malu nak kata kepada si 'dia' yang perasan nak bertanding buat entah kali ke berapa, walaupun pada pandangan umum meminta parti carilah calun lain. Ha ha.
Mungkin agaknya kini adalah era "ana yang paling layak".
Era mendahulukan orang lain sudah berlalu.
Bilakah parti nak melatih ahlinya bersikap terbuka kepada pimpinannya. Ada kes orang yang berjawatan di Pas Pusat, tetapi ahli di kawasannya sendiri tak mahu orang itu menjadi calun di kawasannya. Apa boleh buat!!!!
Bilakah parti nak melatih ahlinya bersikap terbuka kepada pimpinannya. Ada kes orang yang berjawatan di Pas Pusat, tetapi ahli di kawasannya sendiri tak mahu orang itu menjadi calun di kawasannya. Apa boleh buat!!!!
Woooo.
No comments:
Post a Comment