Malaysia perlu berubah ke politik baru. Ianya bukan sekadar impian menjadi negara membangun tetapi memenuhi kualiti pembangunan dalam erti kata yang sebenar.
Pembangunan yang bebas dari pembaziran, penyelewengan, salah guna kuasa, kronism, dan sekaligus mesra alam. Malah lebih jauh dari itu, nilai-nilai akhlak lebih terpelihara.
Pembangunan bukan alat mengkayakan seseorang atau sekelompok orang atau menjadi funder kepada sesuatu parti politik.
Untuk itu satu sistem nilai dan urus tadbir yang baik perlu diperkenalkan secara serius samada BN atau PR. Hanya parti yang serius melaksanakan konsep urus tadbir yang baik sahaja akan dberi sokongan oleh rakyat. Urus tadbir yang baik melangkau sentimen bangsa dan agama.
Apakah kerajaan pusat di bawah BN dan kerajaan negeri yang dikuasai oleh BN dan PR memberi perhatian serius perkara ini.
Apakah rakyat sanggup menentang kerajaan yang korup walaupun parti mereka sendiri yang memerintah???
No comments:
Post a Comment