Tuesday, March 9, 2010

SEMUA KENA BERTANDING KE

Beberapa orang pimpinan Pas mencabar Harunsani masuk bertanding pilihan raya atas isu cadangannya Pas bergabung dengan Umno di Perak.

Apapun pendapat Harunsani, jika tak bersetuju, lawanlah dengan hujjah - bukannya cabar masuk politik.

Dulu, Bakar Chik cabar Dr Hasbullah Mohamad masuk politik kerana mengatakan Hadi atau Pas tak popular lagi.

Kalau macam ini perangai pimpinan Pas, orang awam atau orang bukan poliik tak boleh memberi pendapat hal-hal berkaitan politik. Apa, politik hak eksklusif orang politik sahaja ke?

Nampak gaya orang ekonomi sahaja boleh komen hal ekonomi, orang sukan sahaja boleh komen hal sukan dan orang artis sahaja boleh komen hal seni.

Kekadang cara hujah pimpinan Pas macam orang tak matang dan tak demokratik.

2 comments:

orangkampung said...

Salam,

Bila nak buat ceramah agama, kena ada tauliyah ...

Tu yang terbawa-bawa kat orang lain rasa nya ....

Saja nak bagi tau orang yang rasa pandai kot ...

Jadi sama-sama tak pandai la nie

pak andak alwi said...

pasal apa bila ahli cabar pemimpin,pemimpin tak cakap"kalau berani bertandinglah" ......mesti best.