Thursday, March 25, 2010

PEMBANGUNAN YANG HAMPEH

Program pembangunan tidak boleh dipisahkan dari membangun moral atau akhlak secara sepadu. Jika sebuah negara hanya menekankan aspek pembangunan wilayah, luar bandar, pembasmian kemiskinan, pembangunan usahawan dan melahirkan golongan profesional tetapi mengabaikan pembangunan insan, maka negara akan hancur, institusi keluarga akan musnah dan sistem kemasyarakatan juga akan musnah.

Indikiator kehancuran insan dapat dilihat dengan melihat kadar jenayah semakin meningkat, peminum arak tegar yang bersepah di premis eksklusif, penghisap dadah yang setia, kes buang bayi yang meningkat - lanjutan kes zina, dan kes perceraian di awal perkahwinan.

Kes buang bayi yang lebih 17,000 orang pada tahun lalu menggerunkan kita.

Kes judi yang semakin hebat menakutkan kita.

Pusat Serenti yang sentiasa penuh memeningkan kita.

Kes cerai menyedihkan kita.

Tidak ada erti pembangunan dan meningkatkannya bilangan jutawan Malaysia, jika kes diatas terus menghambat kita. Kita tak mahu pembangunan hampeh, bak kata orang Gemencheh.

No comments: