Friday, March 5, 2010

JUTAWAN LOMPAT

Katanya broker untuk MP PKR keluar parti dapat berjuta. Dah tukar dan miliki 2 kereta baru. Yang keluar lagi dapat banyak kot.

Wee Chee Keong pun pernah kata " baik fikir diri sendiri la ni". Baru kita faham apa maksudnya apabila beliau mengadap Najib beberapa hari lalu.

Nampaknya perancang DEB dulu tidak tahu bahwa ada satu strategi lagi untuk menjadikan rakyat Malaysia jutawan. YA, jutawan lompat. Wooo.

2 comments:

orangkampung said...

Salam,

1. Tak faham la tuan.

2. Dulu masa YB BN lompat parti kita tepuk tangan.

3. Dulu masa UMNO bawa YB-YB nya pergi luar negeri, kita kejar macam tak cukup tanah.

4. Kita kata "Jalan ke Putrajaya".

5. La nie dah terbalik.

6. YB Pakatan pulak terlompat-lompat macam katak, terhegeh-hegeh macam cicak.

7. Kita pun cakap, ini YB tak de perjuangan, ini YB tak de pegangan, ini YB nak jadi jutawan.

8. Orang lama ada kata, satu jari tuding orang, empat jari tuding diri sendiri.

LENSA PR said...

Lompat tanpa beli, ok. Kalau guna wang. itu bukan kerana dasar...