Monday, March 22, 2010

PERKASA OH PERKASA

Kalau kita menyingkap sejarah pra kemerdekaan, Paslah parti yang banyak sekali memberi cadangan balas kepada cadangan perlembagaan oleh Suruhanjaya Reid. Umnolah yang paling banyak mengalah dalam hal-hal menjaga kepentingan Melayu. Pas dilihat parti yang menjaga kepentingan Melayu dan Islam. Memang wajar sekali pada era awal kemerdekaan, Pas menjaga kepentingan penduduk asal negara ini. Pas tak mahu kaum Melayu tertipu dengan pembentukan sebuah negara yang tak menjaga maslahah rakyat asal. Umno boleh dikatakan banyak bertolak ansur dalam menjaga kepentingan kaum Melayu. Bacalah sejarah perjuangan Dr Burhanudin Al Hemi secara lengkap, maka dapatlah kita melihar pandangannya yang begitu jauh menjaga kepentingan Melayu dan Islam.

Apabila selepas merdeka, khususnya selepas DEB dilancarkan, segelintir golongan oportunis Umnolah yang banyak mendapat manafaat atas nama "hak istimewa Orang Melayu", walaupun hakikat sebenar mereka menjadi "Ali Baba" sahaja dalam setiap kontrak, permit atau lesen yang diberi oleh kerajaan.

Pihak kerajaan terpaksa mark-up berganda harga tender sesuatu projek hanya kerana nak memberi keuntungan mudah yang berganda kepada puak-puak Umno dalam sesuatu projek. Kos pembangunan yang sepatutnya boleh memajukan negara dalam tempoh 5 tahun terpaksa dipanjangkan ke 15 tahun kerana kos projek yang terlalu mahal. Ini tak termasuk kos rasuah lagi.

Berapa banyak wang atas nama "geran" yang diberi kepada golongan haprak ini, yang langsung tak membuat projek dan kerajaan rugi begitu sahaja.

Kumpulan bernama PERKASA dan sejenis dengannya, yang bising-bising mutakhir ini, adalah kerana risau tak mendapat projek dengan mudah dengan harga yang mahal. Itu sahaja sebenarnya. Bukan kerana Melayu tetapi kerana poket segelintir dari geng mereka sahaja. Jika berjuang untuk Melayu - perjuangkan martabat Bahasa Melayu di IPT, adakan semula biasiswa dan tambahkan baget biasiswa untuk pelajar Melayu, mudahkan kuota AP, lesen dan permit kepada semua peniaga Melayu yang genuine, kecilkan nilai tender sesuatu projek dan agihkan kepada semua pengusaha Melayu dan hadkan penguasaan golongan Istana yang menjadi alat kepada peniaga bukan Melayu.


2 comments:

orangkampung said...

Salam,

1. Orang masuk poliitk kerana nak berjuang.

2. Orang masuk politik kerana nak nama.

3. Orang masuk politik kerana nak pangkat.

4. Orang masuk politik kerana nak kuasa.

5. Orang masuk politik kerana nak projek.

6. Tu yang melompat sana melompat sini, terhegeh sana terhegeh sini.

azmie said...

mesyuarat agong kumpulan pejuang melayu akan dirasmikan oleh pembunuh bahasa melayu. memang perkasa