Thursday, September 3, 2009

PERKHIDMATAN AWAM BONEKA BN

Ketika BN sedang memerintah Malaysia, Jabatan, Agensi Kerajaan dan anggota perkhidmatan awam dilihat pro BN, walau pun tindak tanduknya bertentangan dengan perlembagaan.

Kes DUN Perak dan tingkah laku SPR akhir-akhir ini tidak selaras dengan peraturan bertulis sedia ada.

Apakah mereka ini sanggup mematuhi dasar PR jika PR memerintah Malaysia pada 2012 nanti.

Jika sekarang mereka tak sanggup mengikut peraturan, apakah integriti mereka pada masa hadapan?

1 comment:

amirrash said...

salam tuan,

saya tak rasa bahawa anda ialah seorang kakitangan kerajaan. sebab kalau anda kakitangan kerajaan anda akan tahu bahawa orang politik ni cakap nyer lebih, kerjanya tak ada pun.

orang politik, mereka ini boleh dikatakan memang mereka tak tahu langsung akan hal pentadbiran dan hal undang-undang yang berkaitan negara.

contoh si Ketua Menteri PP. Dulu di luar kerajaan berkokok2 kata boleh selamatkan kg pala kalau menang jadi kerajaan negeri. sekarang ini apa sudah jadi? beliau sedar juga cakap dan buat adalah dua perkara yang lain. ada undang-undang yang menghalang beliu dari membuat macam apa yang beliau cadangan dalam PRU12 hari tu.

ada banyak perkiraan lain kena ambil kira sebelum sesuatu itu boleh terjadi. dalam hal kakitangan kerajaan, mereka mengikut lunas undang-undang. kalau undang-undang kata tak boleh, tetap tak boleh kecuali ada pindaan kepada undang-undang itu.

orang politik ni, mereka come and go. hari ni menteri, esok bukan lagi. yang kekal tinggal ialah kakitangan kerajaan. yang kena tembak lepas tu ialah kakitangan kerajaan.

jadi, salah sangat kalau kata perkhidmatan awam boneka BN. satu, kakitangan kerajaan pun ada yang sokong PR. dua, prosedur dan undang-undang tidak membenarkan tindakan yang bersalahan diambil. dan tindakan itu selalunya dilihat pro BN walaupun tidak sebenarnya. dan ketiga, adakah tuan hendak cakap bahawa perkhidmatan awam di negeri2 yang dikuasai PR adalah boneka PR?

salam.