Tuesday, September 15, 2009

ERA TARIK DIRI SUDAH BERLALU

Rasanya setiap anggota parti tahu nama mereka dicalunkan sebagai bakal calun dalam Pilihan Raya.

Jika dalam Umno, seseorang itu akan melobi sakan dan mengugut jika tidak terpilih.

Dalam Pas taklah macam tu. Tetapi era tarik diri dah tak ada kerana maklumlah peluang menang 50-50 masa kini. Beberapa PRK yang melibatkan Pas, tak terdengar ada bakal calun menarik diri kecuali di Permatang Pasir, Mohamad Sabu yang bersungguh-sungguh tak berminat nak bertanding. Dalam kes PRK Kuala Terengganu, calun tua dan muda langsung tak menampakkan karekter manarik diri. Itu negeri yang mendukung tarbiah. Inikan pula negeri yang tak ada Tuk Guru. Wooo.

Takkanlah kita tak tau menilai diri kita, siapa diantara kita yang lebih layak mewakili patinya. Bak kata orang "semua orang perasan layak menjadi calun. Ha ha.


3 comments:

Kedah said...

Salam.....amboi sakan la ni hang Ali...baguih sungguh la komen hang..aku sokong 500%...La ni calon2 PAS mana ada yg mau tarik diri dan tak mau bertanding...Semua pakat2 solat hajat agar depa terpilih

Aku bimbang lama2 kot2 jadi mcm UMNO jer.....hehehe...lama2 tumbang....pasai, perangai sama w/pun pakai baju lain2....

Hampeh belaka..........hahahaaa

orangkampung said...

Salam ,

Dulu memang nak tarik diri, boleh hilang wang deposit.

La ni kalau boleh semua nak calun kan diri, tak dapat pilihan parti, boleh jadi calun bebas.

Mana tau calun lain silap isi borang ka.

Mana tau parti lawan bagi gula-gula minta tarik diri ka.

Mana tau menang ka, jadi YB la

Kalau dulu bila menang gerenti jadi YB pembangkang.

La ni insya jadi YB kerajaan pemerintah ....

jaam said...

bro, sekarang ni memang ramai yang berebut nak jadi yb.
tetapi bila dah pegang jawatan yb baru tau keadaan yang macamana..

jantung pun mulalah meragam dan pelbagai penyakit mendatang..haha..

maka berulang lagilah pru kecil.
poneklah tak do kojo lain..haha..