Monday, August 31, 2009

MERDEKA DARI SANG PEMBOLOT

Walau siapa pun yang menentang Inggeris dan lain-lain penjajah yang datang ke Tanah Melayu@Malaya@Malaysia sejak 1511, kita tetap menganggap mereka pejuang kemerdekaan.

Dari pahlawan Melayu yang berkeris, seorang gerila bersenapang patah dan sehinggalah kepada individu yang berpidato dengan bicara berbisa - tetap pejuang kemerdekaan.

Dalam era moden di Tanah Melayu - Kesatuan Melayu Muda memulakan perjuangan. Golongan radikal ini tidak memandang Inggeris sebagai "bangsa" asing tetapi memandang Inggeris sebagai imperialis yang merampas dan membolot hak rakyat sehingga rakyat papa kedana.

Kini selepas 52 tahun merdeka - adakah negara kita bebas dari sang pembolot. Sang pembolot yang berkolusi dengan sang penguasa -mengaut rezki negara. Jika 80% kekayaan negara dikuasai oleh 20% kumpulan manusia - maknanya sistem pengagihan gagal. Ingatlah kata-kata Saidina Ali - kemiskinan hanya wujud kerana PEMBAZIRAN DAN KETIDAKADILAN. Gampang sahaja dasar ekonomi ini - JANGAN MEMBAZIR DAN ADIL DALAM PENGAGIHAN REZKI NEGARA.

JIKA PAKATAN RAKYAT KEDAH, PULAU PINANG, KELANTAN DAN SELANGOR MASIH MEMBAZIR DAN TAK ADIL - SERUPA SAHAJA DENGAN BN. MARI KITA SAKSIKAN SEHINGGA 2012.

MERDEKA - MAHU DUIT KA? HA HA

No comments: