Saturday, November 15, 2008

BLOG MB PERAK

MB Perak, Datuk Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaludin ada blognya sendiri. Klik di sini.

Dia sudah berblog sejak awal Febuari 2008 sebelum Pilihanraya ke 12 yang lalu. Alangkah baiknya jika beliau boleh mengupdate blognya selalu agar kita dapat mengetahui visi, misi, cabaran, dan keluh kesahnya setiap hari.

Rakyat akan mendokong pemimpinnya yang ikhlas, yang berkorban, yang tidak mementingkan diri, yang mencintai al fuqara, yang membela orang tertindas dan yang tidak sombong dan angkuh.

Di hati kecil saya, terasa manusia bernama Muhammad Nizar ini mampu melaksanakannya. Harap beliau tidak berubah. Oh Allah perkuatkanlah hamba ini.

3 comments:

Junior Ranau said...

saya tak sabar nak lihat kehancuran pakatan rakyat.hancurnya pakatan rakyat satu kebaikan kepada rakyat dan negara!!!

Anonymous said...

zam88 tak sabar nak lihat kehancuran pakatan rakyat. Kesian kat zam88 yang begitu ingin melihat kehancuran pesaingnya. Na'uzubillah... Semoga Allah mencucuri rahmat dan hidayahNya ketas roh zam88 agar dapat kembali ke jalan Islam yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Amin...

Anonymous said...

ya betoi... kisah dialog antara baginda dengan malaikat yang mahu menterbalikkan gunung ganang kerana sediah baginda dicerca sewaktu berdakwah di Thaif wajar dijadikan pengajaran kepada kita semua. Sabaq banyak2 zam88, kerana pulut santan binasa...