Monday, November 24, 2008

BAHASA MELAYU DI PAPAN TANDA SAHAJA KAH?

Hebat sekali pejuang Bahasa Melayu bersuara dalam kes papan tanda jalan di Pulau Pinang. Kalau betul langsung tak mahu kompromi dengan tulisan lain selain dari Bahasa Melayu sahaja di papan tanda, kira bagus juga semangat itu. Eloklah diperluaskan semangat itu ke arena yang lain pula.

Di IPT jangan lagi gunakan apa-apa bahasa kecuali Bahasa Melayu sahaja.

Di TV jangan ada lagi filem selain menggunakan Bahasa Melayu, macam Indonesia.

Menteri-menteri jangan mengada-ngada berucap dalam Bahasa Inggeris. Guna Bahasa Melayu sahaja.

Di kapal terbang MAS dan Air Asia kerana ianya milik Malaysia jangan sesekali anak kapalnya membuat pengumuman selain dari Bahasa Melayu sahaja

Laporan tahunan syarikat tersenarai di BSKL jangan guna selain dari Bahasa Melayu sahaja.

Setakat berjuang untuk papan tanda sahaja buat apa.

Anda lihat remaja India dan China di Universiti kini sudah tak reti dan tak fasih Bahasa Melayu. Malah ada yang langsung tak rasa bersalah tak tahu berbahasa Melayu. Ini semua gara-gara kerajaan tak menekankan bersungguh-sungguh Bahasa Melayu dalam semua aspek pembelajaran, pentadbiran, perniagaan dan perundangan sejak sedekad yang lalu. Dalam parlimen, tengoklah betapa teruknya ucapan dalam Bahasa Melayu oleh MP bukan Melayu. Dan jangan hairan jika ada remaja Melayu rasa haprak jika bercakap dalam Bahasa Melayu.


Itulah selepas merdeka 51 tahun.

Berjuang Bahasa Melayu jangan setakat di papan tanda sahaja.

3 comments:

abghalim said...

Salam Bro

Ada banyak lagi ISU yang perlu kita bincangkan.Jangan terlalu mengikut PERASAAN POLITIK.Bahasa Melayu adalah isu yang terlalu kecil dan dibesarkan oleh UMNO,kita jang ikut macam UNMO.Kita yang bijak pandai,mari kita satukan UMAT ISLAM di MALAYSIA....

dari anak murid ustaz azizi

Seladang said...

Cikkk !!! Porahhhhh!!! Menteri Umno/Bn pun cakap Inggeris! Jangan nak temberang pada rakyatlah sebagai pejuang bahasa Melayu! Penipu Melayu betullah!

http://tokperan.blogspot.com
http://rp-semantan.blogspot.com

Anonymous said...

kepada abghalim, saya tidak rasa isu bahasa adalah satu isu kecil. tiada isu kecil atau besar bagi sesuatu isu itu melainkan ianya hanya isu. bagi pihak tertentu seperti golongan ahli bahasa, ini adalah besar. tidak pula pada ahli lain.
sentiasalah kita berbaik sangka.
bersama kita satukan kembali umat islam yang sudah terpisah dek kerana bendera, bahasa, bangsa, sempadan dan politik. sedarlah semuanya bermula dari diri sendiri..