Setiap aktivis Harakah Islamiah sudah barang pasti telah menghadamkan buku Petunjuk Sepanjang Jalan tulisan Syed Qutb dan buku Proses Revulusi Islam tulisan Sayyid Abul A'la Maududi. Kedua-dua buku ini menghuraikan secara jelas dan jitu mengapa Rasulullah (s.a.w) menolak pelbagai kaedah yang secara logiknya patut digunakan oleh Rasulullah saw dalam memulakan usaha dakwah di Mekah.
Isu-isu seperti pertelingkahan suku kaum Arab, ekonomi, wanita, dan isu keselamatan dan ancaman Rom dan Parsi di sempadan negara Arab sepatutnya diambil kira oleh Rasulullah s.a.w dalam berdakwah ketika itu tetapi Rasulullah s.a.w mengajak manusia kepada konsep ketauhidan Allah swt yang merupakan syarat asas dalam membina watak manusia yang bakal mengurus dunia ini.
Kalaulah pemimpin Umno berada di kota Mekah ketika itu, sudah pasti Nabi Muhammad s.a.w dikatakan pemecah belah perpaduan kaum Arab dengan membawa satu ajaran baru. Malah pemuka Umno akan marah kepada Nabi Muhammad saw kerana mahu merobah struktur kepimpinan Arab kepada satu nilai yang lain pula. Rasulullah s.a.w juga dilihat cuba merobek akar umbi sistem ekonomi yang dikuasai oleh pedagang kaum Arab.
Nabi Muhammad s.a.w. mengajak manusia kepada satu konsep yang lebih global atau alami dan mengatasi kepentingan bangsanyanya sendiri. Malah selepas beliau membina Madinah, beliau bergerak berperang dan menawan kota Mekah. Ditegaskan Nabi Muhammad memerangi kaumnya sendiri! Ish ish kalau ada Umno ketika itu, sudah pasti Nabi Muhammad dituduhnya bukan sekadar pemecah belah bangsa tetapi pengkhianat bangsa dan negara.
Mengapa Nabi Muhammad s.a.w. tidak langsung menyebut kepentingan dan hak istimewa bangsanya sendiri apabila wilayah Islam telah tersebar luas keseluruh dunia yang mempunyai pelbagai bangsa. Hanya Melayu Malaysia sahaja yang memperjuangkan kepentingan bangsa tetapi kepentingan akidah umatnya dibiarkan sahaja. Malah sistem Islam ditolak. Maka tidak hairanlah Melayu tidak terjumpa jalan atau sistem yang memberi kesejahteraan kepadanya kerana bangsa lebih penting dari Islam itu sendiri.
Elok sangatlah jika anggota Pas membaca semula buku-buku tersebut. Janganlah dalam keghairahan hendak memerintah Malaysia, otak kita tak diisi dengan bahan bacaan yang mencerahkan otak.

2 comments:
Sekarang kita baca buku management oleh anthony robin,kiyosaki,dave ramsey,stevenin, atau covey.Syed qutb,maududi,hassan al bana,mustafa masyur,fathi yakan atau ramadhan al buti dah berabuk bang,tak berusik lagi
Atau syok dengan falsafah macam sosialis kanan tu.
Post a Comment