Thursday, July 11, 2013

ARAB SAUDI, SYRIA DAN ISRAEL

 
Sebelum arwah ibu dan abah saya  bertolak ke Mekah , mereka telah diberi kefahaman tentang perangai Arab Saudi yang akan mereka temui di Mekah dan Madinah. Penerangan ini diberikan oleh kaum keluarga yang telah menunaikan fardu haji lebih awal.  Kesah dan tingkah laku perangai Arab Saudi ini hanya tersebar dari mulut ke mulut. Malah, semua bakal haji dari Malaysia telah sedia maklum serba sadikit tentang hal perangai Arab Saudi ini.

Tetapi ‘kesah’ ini tidak pernah dihebohkan oleh media. Ianya hanya menjadi ‘cerita-cerita rakyat’. Hujah penghalalan yang selalu kita dengar hanyalah: ...kerana itulah Muhamad dihantar ke Mekah....untuk mentamadunkan Arab. Rasa saya 1,500 tahun adalah satu masa yang agak lama untuk proses melahirkan satu tamadun. Jika lembu atau kerbau dididik selama 1,500 tahun pasti lembu atau kerbau ini telah bijak bistari.

Tingkah laku lucah yang dilakukan terhadap warga asing  yang menunaikan haji sering kita dengar. Kalau dibuku dan jilidkan telah melangit tingginya. Kesah-kesah keganasan yang dilakukan terhadap buruh impot dari Pakistan, India danBangladesh yang memburuh di Saudi Arabia akan meremangkan bulu roma. Keganasan seksual – rogol dan dera -  terhadap pekerja wanita yang diimpot dari Indonesia dan Pilipina telah lama menjadi buah mulut.


Tetapi kenapa agaknya Hillary Clinton tidak bersuara tentang keganasan terhadap kaum sajenisnya. Kenapa CNN tidak membuat laporan? Kenapa Parlimen Eropah tidak bersuara? Kenapa agaknya media antarabangsa semuanya senyap sepi tidak bersuara tentang penindasan warga perempuan Saudi yang bukan sahaja tidak boleh mengundi malah tidak boleh befikir. Jauh sekali untuk memandu kereta.  Kenapa tidak ada tuntutan ‘pendemokrasian’ dari Amerika terhadap Saudi Arabia? Kenapa warga Iraq sahaja yang perlu demokrasi tetapi warga Saudi tidak perlu? Semua ini soalan yang wajib di jawab.

Untuk saya negara yang bernama Saudi Arabia ini adalah ‘scam’ yang paling besar yang sedang menimpa penganut agama Islam diseluruh dunia. Saudi Arabia  membuktikan  bagaimana kesucian dan takwa para penganut agama Islam telah diekspoit oleh keluarga Ibnu Saud.

Dari sudut sejarah,  dizaman Nabi Muhamad tidak ada raja  di Saudi Arabia. Dalam kitab awal Ibnu Hisham  - As-Sirah an-Nabawiyyah - yang ditulis 200 tahun salepas Nabi Muhamad wafat tidak ada langsung disebutkan nama raja, derajat sultan atau daulat tuanku. Malah agama Islam secara radikal menentang kaum feudal  kerana sistem feudal ini bercanggah dengan teoloji Islam. Jadi dari mana munculnya  RajaSaudi ini?

Sejarah merakamkan bahawa Saudi Arabia ini dilahirkan dari perancangan kuasa imperial Anglo-Saxon sesudah perang dunia pertama.  Semenanjung Arab ini saperti Negara Telok dipimpin oleh  pelbagai ketua suku dan ketua kabilah. Perbalahan danperperangan antara suku dan kabilah sering  belaku dikalangan bangsa Arab ini.  Maka disinilah munculnya T.E Lawrence seorang ajen dari Britain yang merancang untuk menjatuhkan kuasa imperial Kerajaan Ottaman yang berpusat di Istanbul.

Dengan memberi sokongan kepada kabilah Abdul Aziz al- Saud , kekutan kerajaan Ottoman disebelah selatan – Jordan, Palestin, Syria dan Iraq – menjadi lemah.  Pada 29 Oktober 1923 Turki menjadi republik. Scara resminya kuasa kerajaan Khalifah  Ottoman dihapuskan pada 3 March 1924.

Akhirnya pada tahun 1932 lahirkan apa yang hari ini dikenali sebagai Kingdom ofSaudi Arabia. T.E Lawrence seorang ejen British yang juga seorang   homosexul  telah memainkan peranan yang amat penting untuk mewujudkan Saudi Arabia.

Disini saya ingin membawa para pembaca untuk  untuk memahami konsep yang dipanggil geo-politik.  Geo-politik ini ialah politik kawasan , bumi,  tanah atau wilayah yang dianggap stratejik dan penting. Stratejik kerana kedudukan wilayah ini dari segi ketenteraan. Penting kerana wujudnya sumber asli yang ditemui dalam wilyah ini.

Pada hemat saya, jika  Saudi Arabia mengekspot petai dan jering maka setiap hari kita akan membaca tentang kejahatan kaum kerabat Saud. Kita akan membaca bagaimana kaum kerabat Saudi ini berpoya-poya berjudi  di London atau Paris. Atau kesah keluarga Saud  bercanda-canda di kota-kota besar di Eropah. Tetapi hakikatnya bukan petai dan jering tetapi bahan bakar petrol.

Saudi Arabia adalah negara kedua dalam dunia – sesudah Venezuela -  yang memiliki simpanan minyak terbanyak yang masih belum dicarigali. Hari ini SaudiArabia  adalah negara pengskspot utama – 12 juta tong sehari – minyak mentah dariSaudi memasuki pasaran dunia. Justeru Saudi Arabia adalah kunci keselamatan sistem ekonomi kapitalis yang bergantung  kuat dengan  bahan bakar petrol.

Sayugia dikhabarkan disini bahawa 15 dari 19 orang   pengganas yang menyerang WTC pada 9/11 di New York datang dari Saudi Arabia. Menjadi amat pelik – tindak balas  dari George Bush bukan tehadap Saudi Arabia tetapi kepada Afghanistan danIraq. Ini hanya satu contoh yang jelas dimana kuasa imperial Anglo-Amerika akan memilihara ‘kaldai’  tunggangan mereka dalam percaturan geo-politik dunia hari ini.

Ramai warga Melayu Islam mungkin  tidak menyedari bahawa  keluarga diraja Saudi  ini tidak ada sangkut paut dengan Islam. Mereka tidak memiliki petalian teoloji dengan Islam. Malah, yang saheh,  pada ketika ini keluarga Saudi ini adalah tali barut dan ajen  yang paling setia kepada kuasa imperial Anglo-Amerika.

Keluaraga Saud ini bukan tidak pernah  ditentang. Pada  20 November 1979 dahulu satu pemberontakan telah  berlaku. Kaabah telah diambil alih  selama 2 minggu oleh kumpulan anak-anak muda yang menentang pemborosan, rasuah dan kelakuan kaum  keluarga Saud. Keluarga Saud tergamam. Hanya dengan bantuan Amerika barulah pemberontakan ini dapat dipatahkan.

Untuk meneruskan kuasa feudalnya, untuk meredakan kebencian rakyat maka  RajaSaudi kini mengelarkan diri mereka – Penjaga Dua Masjid. Ini hanyalah tembok untuk mengolah persetujuan penganut Islam  seluruh dunia bahawa keluarga Saud ini berhak keatas tanah suci Mekkah dan Madinah.

Melalui duit minyak petrol keluarga Saud ini telah menabur pengaruh ke seluruh dunia. Mengembangkan  faham kolot lagi jumud. Melalui pelbagai yayasan, melalui pelbagai bentuk  anak-anak syarikat, kaum keluarga Saudi ini telah  mendana masjid, sekolah dan pelabagi bentuk wakaf untuk memastikan penganut agama Islam terus dibodohkan. Warga Islam diseluruh dunia tidak akan mempersoalkan apa yang sedang mereka lakukan atas nama Islam.

Pemusnahan artifek-artifek sejarah yang membina ingatan bersama budayaArab/Islam dari zaman sebelum Nabi hingga ke zaman Nabi telah dilakukan oleh keluarga Saud ini.  Umum telah difahamkan bagaimana kota Mekah telah menjadi ‘vulgar/lucah’ dengan Mek Donald  dan Kentaki  Fried Fak. Bertafakur atau berdoa di hadapan makam kaum keluaraga Nabi dianggap ‘syirik’  tetapi menyambah  Mek Donal dan Kentuki dianggap soleh.

Para pembaca jangan tersilap faham tujuan tulisan ini bukan hendak menghina Islam tetapi untuk menunjukkan bahawa keluarga Saud ini tidak ada sangkut paut dengan Islam dan  rejim Saudi ini adalah sebahgaian dari punca huru hara yang sedang berlaku di Timur Tengah.

Kaum pemodal dan kuasa imperialis Anglo-Amerika telah menggunakan Islam jenisSaudi ini untuk mematahkan perjuangan gerakan pembebasan warga Islam khususnya dan warga dunia amnya.  Gerakan pembebasan Palestin telah dimandulkan. Gerakan demokrasi di Bahrain sedang diganyang dengan bantuan dolar Saudi.

Satelah memahami semua ini saya ingin membawa kembali para pembaca kepda keadaan yang sedang berlaku di bumi Arab. Saddam telah dimusnahkan kerana Saddam  ingin menggantikan dolar sebagai duit pertukaran jaul beli minyak. Gadaffy dimusnahkan kerana Gadaffy menentang pengkalan tentera Amerika didirikan di  Afrika.

Kini Bashar perlu ditewaskan kerana dari segi geo-politik wilayah Syria ini amat penting untuk tentera Amerika masuk menyerang Iran. Semenjak zaman berzaman – dari sejarah Perang Salib – kita mengetahui  bahawa Damshik dalam negeri  Sham   adalah kota stretejik.  Pintu ke Amman, pintu  belakang ke Baghdad, pintu  ke Libanon semua bermula di Damshik. Justeru pada tahun 2008 yang lalu kota Damascus telah dinobatkan sebagai kota budaya Arab.

Semenjak dari ribuan tahun wilayah Levant  inilah yang menjadi titik mula tamadun dunia. Di wilayah ini tulisan dimulai. Di wilayah ini juga konsep Tuhan Yang Maha Esa ditemui. Sumer, Babil, Akkad adalah kota-kota kuno yang  mengasaskan  kemunculan kota  Damascus dan Baghdad yang akhirnya membawa Percerahan.  Berbanding dengan Saudi - tidak ada apa-apa yang dapat dibanggakan.

Kuasa imperialis Anglo-Amerika dalam perancangan geo-politik untuk mengepong China dan Russia kini sedang bekerjasama dengan Saudi Arabia dan Isreal.  Israeldan Saudi Arabia  dilihat sebagai ‘berseteru’ tetapi dua negara  sedang  berkerjasama untuk mematahkan apa sahaja bentuk gerakan demokratik  yang berkemungkian muncul di bumi Arab.

Pada tahun 2007 kuasa imperialis Amerika telah memberikan  60 bilion dolar melalui apa yang dipanggil  ‘military-aid package- bantuan ketenteran’. Sebanyak 13 bilion dolar nilai senjata ini akan dihantarkan kepada Saudi Arabia.  


Amat jelas dari bantuan persenjataan ini Saudi amat penting dalam pecaturan geo-politik Amerika. Kini senjata yang diterima dari Amerika sedang digunakan oleh gerombolan anti-Bashir. Senjata yang dibeli dipasaran gelap dibayar dengan duit petrodalar Saudi.  Duit Saudi juga digunakan untuk merekrut tentera-tentera upahan yang dipanggil Free Syrian Army. Free disini kerana mereka mendapat semua bantuan ‘free’ dari Saudi Arabia.

Dari segi ideoloji pula, fahaman reaksionari feudal Saudi ini sedang dijaja dari Moroko ke  Maldivess. Dari Bahrain kena Bukina Faso.  Dari Jerico ke Jakarta.  Dari  Dubai ke Dungun.  Ajaran kolot Islam jenis Saudi ini akan ditemui di negara yang ada warga beragama Islam.

Sekali lagi saya jelaskan bahawa penentangan  Saudi Arabia terhadap Bashar di Syria dan Ahmadinejad dari Iran bukan kerana Shiah atau kerana Sunni.  Bukan juga  untuk menegakakan shiar Islam. Penentangan ini  lahir dari strateji geo-politik kuasa Anglo-Amerika yang kini sedang merancang untuk mengepong China dan menekan Russia.

Justeru China dan Russia  telah menggunakan kuasa veto  dan akan terus mengunakan kuasa veto jika ketetapan Bangsa Bangsa Bersatu dilihat  sebagai topeng untuk menghalalkan tentera Nato menyerang Syria. China dan Rusia telah ‘tertipu’  apabila ketetapan PBB telah menghalalkan  tentera Nato menyerang Libyadan Gadaffy. (TT)

Tuesday, July 9, 2013

BUKA PUASA DENGAN KURMA IRAN!!!!

Esok kita akan berpuasa  di dalam bulan Ramadhan yang mulia dan penuh dengan keberkatan.

Saya akan berbuka dengan kurma rotab dari Iran. Moga sah puasa saya walaupun berbuka dengan kurma Iran, yang majoriti rakyatnya bermazhab syiah. Woooo.

Saya juga akan  akan ke Mekah untuk menunaikan ibadah umrah, walupun pemerintah Arab Saudi menjadi orang suruhan Amerika untuk menentang kebangkitan Islam di Timur Tengah,

Isu utama politik di negara-negara di Timur Tengah ialah minyak dan kepentingan Israel di Palestin.   Isu sunni-syiah hanya mainan Amerika melalui kadam-kadamnya yang kononnya berlagak sebagai pejuang Islam.


Sunday, June 30, 2013

ALAHAI TAIB MAHMUD

Jika  satu sahaja kes rasuah dan bernilai  kecil, senang dicari bukti oleh SPRM.

Bagi kes Taib Mahmud, dikatakan terlalu banyak kes rasuahnya  dan bernilai  besar, ianya menyukarkan SPRM mencari bukti. Woooo.

Maka, barang siapa hendak terlibat dalam kes rasuah, buatlah rasuah  dengan  banyak sekali dengan nilai yang besar.

Hidup SPRM!!!!!

Monday, June 24, 2013

SEBUT SELALU, PAS BAKAL DIHARAMKAN

Perkataan "jihad" dan "mati shahid" adalah suatu yang sensitif dalam negara demokrasi sekular.

Husham Musa bukanlah orang pertama dalam Pas yang menyebut perkataan itu. Ha ha. Kenapalah   pihak polis baru perasan perkara ini. Woo.

Jika anda hadir ke Muktamar Pas  dan sebarang himpunan anjuran Pas, perkataan itu semacam lumrah sahaja  didengari. Jika pemimpin Pas tak sebut perkataan itu, kira macam pondanlah!!!! Woooo.

Sebenarnya, kalau zaman dulu, sebarang himpunan hanya dihadiri tak sampai 5,000 orang sahaja, tetapi kini sudah melebehi 50,000 orang.   Fasal itulah jika dibakar dengan semangat jihad dan mati shahid, maka kok negara tak selamat......

Pas boleh diharamkan jika suka sangat mewar warkan perkataan jihad dan mati syahid.... Tak percaya, sebutlah selalu!!! Woooo.

Tuesday, June 18, 2013

SIAPA PEMBEKAL DAKWAT KEKAL YANG TAK KEKAL

SPR mengaku secara rasmi  bahwa dakwat kekalnya tidak kekal.

Siapa pembekal dakwat kekal yang tak kekal itu.

Berapa nilai tender bekalan dakwat kekal yang tak kekal itu.

Mengapa tidak ada tindakan kepada pembekal dakwat tersebut yang gagal memenuhi  kualiti yang ditetapkkan.

Siapa yang kaya dalam projek bekalan dakwat kekal yang tak kekal???


Tuesday, May 28, 2013

HANTU CHINA

Orang Melayu tidak boleh dipisahkan dengan jin dan hantu. Ha ha. Lantaran itu,  filem Melayu  berkisar sekitar cerita hantu sahaja.

Dalam politik Melayu pun cerita hantu akan diwar-warkan. Antaranya Hantu China yang akan mengambil alih pemerintahan  Malaysia jika  PR  menang  pada  pilihan raya lalu. Laku sekali cerita hantu ini. Tambahan pula diberi makanan tambahan  wang ringgit sebelum mengundi. Dilaporkan sesiapa yang malas keluar mengundi, akan diberi angpau RM 50 untuk mengundi. 

Alahai, RM 50 pun sudah cukup untuk  mengundi BN. Itulah nilai politik Melayu. Pemimpin BN yang membaham wang negara, dengan kes rasuah dan salahuguna kuasa  berjaya menyejukkan hati pemgundi Melayu dengan harga  RM 50 sahaja. Bukan main gembira sang Melayu yang dapat RM 50 itu.  Begitu murah kos mengambil  hati orang Melayu. Cukup sekadar cerita hantu China dan wang saku RM 50.00.

Woooo.

Monday, May 27, 2013

PEMUDA PAS: RELAXLAH BROTHER

Pemuda Pas marah sangat bila Hj Hadi  dikritik oleh Shamsul, Ketua AMK.

Janganlah marah bib.

Najib lagi teruk dihentam oleh PAS dan PKR setiap malam di setiap ceramah politik.  Tetapi Pemuda Umno tak marah pun....

Agaknya pedih sekali  jika rakan kongsi sendiri  yang  mengkritik 

Jangan marah. Kok berpecah nanti. Umno juga yang paling gembira  nanti

Jom pakat tutup mulut. 

Wednesday, May 22, 2013

ZAHID MENTERI PALING KOMAN

Sebelum PRU 13, beria-ia Zahid nak dedahkan adanya pemimpim PR yang terlibat dengan kes Lahat Datu  

Selepas PRU, tak jadi nak dedah pula.

Jika benar, mengapa nak disorokkan.  Jika ada dalangnya dan Zahid menyorokkannya, maka Zahid adalah Menteri Dalam Negeri paling tak guna!!!!!!!!!!!!!!!!  Koman sungguh, kata orang kampong. Woooo.







Tuesday, May 21, 2013

SELAMAT MAJU JAYA KE PRU 14!!!

Syok mendengar analisa selepas PRU 13.

Semua analisa boleh diambil kira tetapi ianya tidak memberi jaminan ianya suatu yang tepat dan benar.

Faktor menang atau kalah pada hari ini, tidak semestinya menjadi faktor menang atau kalah pada masa hadapan.

Faktor utama kemenangan pada hari ini tidak semestinya akan berulang lagi pada masa hadapan. 

Rakyat atau masyarakat akan sentiasa berubah minda, pandangan, persepsi dan keperluannya  dari masa ke semasa. Terlalu dinamik kehidupan ini.

Orang politik kena bijak mencatur  berdasarkan situasi semasa.

SELAMAT MAJU JAYA MENUJU PRU 14.   Tanpa ada insan yang peka dengan politik, negara akan punah dek sang pemerintah!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, May 17, 2013

KHIR TOYO SENYUM SENDIRI

Walaupun BN terus memerintah Malaysia, tetapi depa tak dapat berpesta kemenangan kerana Selangor gagal dimilikinya. Malah bertambah sedih kerana kerusi yang dimenangi semakin berkurangan, berbaki 12 kerusi sahaja berbanding 20 kerusi pada PRU 2008.

Khir Toyo tentunya bergembira, tersenyum sendiri   kerana BN di bawah Najib dan Noh Omar adalah lebih parah berbanding zamannya. Woooo.

Yang tambah khuatir lagi ialah tauke Syabas - Rozali Ismail. Entah apa bakal terjadi dengan Syabas. Kini rakyat Selangor berdiri teguh di belakang TS Khalid Ibrahi untuk mengambil alih Syabas.

Orang politik kalah, ada pencen. Tetapi orang bisnes bakal kehilangan projek.  Pandai pandailah beralih kem. Woooo.


Thursday, May 16, 2013

KESIAN KAT KU LI

Ku Li kekal MP biasa tanpa diberi peranan oleh PM Najib.

Takkanlah Najib tak boleh bagi jawatan Pengerusi Mara ke, Pengerusi LKIM ke, Pengerusi PNB ke. 

Atau paling kurang pun Pengerusi KADA.

Jangan biarkan bakatnya disia-siakan di Gua Musang sahaja.


Wednesday, May 15, 2013

YG GUGUR jadi tauke le

Yang gugur akan menjadi usahawan baru.

Siapa?

Noh Omar - tauke beras

Shaziman Mansor - kontraktor jalan raya.




MATEMATIK UMNO YANG SONGSANG

Matematik Umno memang songsang.

Jika Cina undi DAP, salah.

Jika Cina undi MCA, ok.

Jika Melayu undi Pas, alat DAP

Jika Melayu undi MCA, tak jadi alat Cina pula.

Wooooo.

MAHU KUAT LAWAN BN?   BACA INI

Saturday, May 11, 2013

POLITIK GENERASI BARU 2018

Hidupkan demokrasi dalam PKR. Azmin boleh bersiap sedia bertanding jawatan Presiden PKR melawan Wan Azizah.  Jika menang, terpulang kepada dia mahu ikut atau tidak akan nasihat  Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim. Woooo.

Cakap banyak tak guna, tunjukkan kejantanan dan pengaruh dikau wahai Azmin.

Politik Anwar pun akan berakhir menjelang 2018 kerana faktor usia. Takkan nak jadi Mandela, jadi PM ketika umur 70 tahun?

2018 - adalah politik generasi baru. Pas wajar melepaskan Hadi, Mohamad Sabu, Mahfuz  dan Mustafa.  PKR tanpa Anwar dan Wan Azizah. DAP tanpa Lim Kit Siang dan Karpal Singh. Umno tanpa Najib, Muhyidin, Zahid, dan  Hishamudin.

Wooooo


Friday, May 10, 2013

AZMIN ANAK JANTAN

Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR tak puas hati dengan Presidennya. Beliau buat sidang  akhbar hari ini. Jantan punya Timbalan Presiden.  Ha ha.

Mahyudin Yassin pun tak puas hati dengan Najib. Bila mahu bikin sidang akhbar?

Mohamad Sabu pun tak puas hati dengan Hj Hadi. Bila mahu bikin sidang akhbar?

Kira-kira Azmin lebih jantan dari Muhyidin dan Mohamad Sabu.

Wooooo.

Thursday, May 9, 2013

MUHYIDIN ADA TELOR TAK

Selepas kabinet dibentuk, Muhyidin dan gengnya akan bekerja keras.

Bukan kerja keras untuk memajukan Malaysia, tetapi mendesak Najib berhenti sebagai PM.

Jika Muhyidin takut berbuat begitu, kira kira Muhyidin tak ada telorlah.

Mari kita nantikan babak seterusnya!!!!!!!!!

Wednesday, May 8, 2013

BN TEWAS DI SEMENANJUNG!!!!!!!!!!!!!!!

Kedudukan kerusi parlimen mengikut wilayah:

                                     BN                    PR

Semenanjung               76                    80
Sabah dan Sarawak   57                       9

Jumlah                        133                    89

Hakikat sebenarnya, BN sudah tewas. Hidup dengan ihsan  pengundi Sabah dan Sarawak!!!!

USAH KAU TANGISI KEDAH YANG HILANG

Jangan ditangisi Kedah hilang dari kekuasaan PR!!!

Jika anggota Pas sendiri merungut berlebihan tanpa diindahkan oleh pucuk pimpinan Pas Kedah dan Pas Pusat, tunggulah masanya  akan dihukum oleh rakyat  pula.

Jika Kerajaan PR Selangor diyakini oleh rakyat Selangor, mengapa rakyat Kedah tak yakin dengan PR Kedah.  Mesti ada sesuatu yang tak kena pada gaya pentadbiran Kedah.

Apa nak hairan jika Kedah jatuh kepada Umno kerana selama ini Azizan Razak lebih mesra alam dengan kontraktor Umno!!!!  Dia pun sayang  sangat dengan Mahathir dan Daim. Macamlah Mahathir dan Daim akan pertahankan kerajaan Azizan. Umno tetap Umno wei. Depa baik dengan Azizan fasal nak merembat projek dari Kedah sahaja.

Moga-moga pimpinan Pas atasan peka dengan suara akar umbi anggota Pas. Jangab buat pekak sudahlah!!!!!

Kalau  perasan pemimpin maksum, baik join syiah je. Woooo

Anggota Pas janganlah jadi pak turut membabi buta dan memaksumkan pemimpinnya sepanjang masa. Wooooo.

Yang jadi orang atasan Pas, janganlah merungut kat orang bawah Pas. Hang ada kuasa, bersuaralah di dalam mesyuarat Pas Pusat. Wooooo

Monday, May 6, 2013

ADUHAI HUSHAM MUSA

Betulkah Husham Musa tak dilantik sebagai Exco Kerajaan Kelantan?

Jika benar, ini berita kelakar dari Kelantan.

Sebagai pimpinan Pas Pusat, selaku Naib Presiden Pas, tidak wajar jika tidak menduduki jawatan pentadbiran Kerajaan Negeri. 

Tambahan pula, beliau dilihat sebagai orang kanan TG Nik Aziz, bekas MB Kelantan.

Jangan KMK - kawan makan kawan!!!!

Wooooo. 

Penyakit hasad adalah barah dalam Pas.

TERIMA KASIH TG NIK AZIZ

TG Nik Aziz berhenti dari MB.

Beliau berhenti ketika namanya harum di persada politik tanah air.

Kekalkan   beliau sebagai Mursyidul Am Pas  kerana beliaulah  benteng terakhir kepada usaha-usaha jahat regim UG dalam Pas!!!!

Terima kasih wahai Tuan Guru

NAJIB LETAK JAWATAN?

Kerusi yang dimenangi oleh BN  pada PRU 13  adalah lagi berkurangan  dari PRU 12.

Dahulu, Pak Lah kena letak jawatan PM.

Adakah kali ini, Najib bersedia meletak jawatan PM.

Adakah beliau anak jantan politik??????????

Saturday, May 4, 2013

6 MEI PR KE PUTRA JAYA

Orang Melayu akui pemerintahan UMNO/BN adalah korup dan penuh dengan kanser kronisme dan nepotisme. Tetapi katanya tak mengapa, asalkan Melayu yang memerintah. Seolah-oleh yang bakal menggantikan pemimpin Umno itu bukan Melayu. Pas bukan Melayu. Melayu PKR bukan Melayu.  Hadi bukan Melayu. Anwar bukan Melayu.  Otak mereka sudah diasak dengan falasi Umno sejak 55 tahun lau sehingga  kini, hanya Umno sahaja yang Melayu.

Dalam satu keluarga Melayu yang ada 8 orang anak, semua anaknya mendokong PR tetapi sang ayah dan sang ibu tetap kekal totok dengan UMNO. Ha ha. Tak mampu  anak-anak mereka memujuk ayah ibu mereka  mengundi PR. Ha ha. Lantaran itulah, perubahan hanya akan berlaku apabila generasi sebelum merdeka terpaksa wafat kesemuanya dahulu. Woooo.

Tanpa penipuan undi Indon dan Bangla, PR akan menuju ke Putrajaya pada 6 Mei ini......





Tuesday, April 30, 2013

JENTERA UMNO SEREMBAN LUMPUH

Borak borak politik di Seremban menunjukkan tanda tanda Umno akan kehilangan beberapa  kerusi Dun dalam parlimen Seremban.

Bilik Gerakan di beberapa UPU BN  gagal dibuka kerana Umno cawangan mahukan RM 3,000.00 tetapi calon tidak bersedia menyumbangkannya.

Ada calon Umno yang masih belum terpampang posternya  untuk tatapan awam.

Anak muda yang cuba mencari makan dengan mahu mengambil upah menampal poster dari Bilik Gerakan Umno tidak dilayan oleh Ketua Cawangan Umno kerana Ketua Umno berkenaan tidak mahu menghabiskan wang mereka kerana tidak yakin calon BN akan menang.

Beberapa mesyuarat diatur oleh Kumpulan Mat Hasan untuk mensabotaj dan mengalahkan calon BN di Lenggeng. 

Namun dalam suasana kelemahan jentera BN, jentera PR tidak pula dilihat agersif menyerang BN.

Wooooo

Monday, April 29, 2013

AISHAH MENGGEGAR JEMPOL, NS

Kehadiran Aishah dalam siri kempen dari rumah ke rumah di kawasan parlimen Jempol dinanti-nantikan.. Kaum wanita begitu teruja dengan kedatangan Aishah, walupun Aishah tidak membawa sebarang angpau. Wooo.

Pengundi Cina memberi respon panas pada setiap kempen PR. Manakala kaum Melayu akan membuat protes senyap kepada calon-calon BN Kebanyakan calon BN bermasalah dengan reputasi diri masing-masing.

Apakah  PR   akan memerintah NS  kali ini. Nnantikan jam 8 maam 5 Mei ini.


Tuesday, April 23, 2013

TAK MAHU RM 30,000 KAH?????

Pada PRU 2008, pengundi Cina tidak memberi reaksi panas kepada PR. Tetapi pada PRU 13, sokongan pengundi Cina lebih ketara lagi.

Bagi pengundi Melayu, semcam sama saja sikapnya pada 2008 dan 2013. Ha ha.

Ada orang mengatakan, kaum Cina memandang masa hadapan. Tetapi orang Melayu terkenang sejarah lama. 

Orang Melayu tak ghairah dengan tawaran PR untuk memberi pendidikan percuma dan menghapuskan tol. Depa relax sahaja. Tetapi wang BRIM yang secoit itu direbut-rebutnya. Entahlah.

Tunggulah apa sikap pengundi Melayu kepada tawaran pendidikan percuma  pada 5 Mei ini.  Adakah menarik perhatian mereka?  Setiap keluarga yang punya  seorang anak yang masuk Umiversiti akan beruntung mendapat ganjaran percuma kos pendidikan sebanyak RM 30,000 ke RM 50,000.  

Jika dua orang anak - lagilah banyak untungnya.

Itupun tak mahukah???


Wednesday, April 17, 2013

GELANG PATAH: ARAH POLITIK BARU?

Fakta:

Jumlah pengundi di kawasan parlimen Gelang Patah ialah 78,676  orang

Pengundi Cina   54.0 %

Pengundi Melayu  33.54 % 

Pengundi India India 12.22 %

Analisa:

Ke arah mana undi Cina dan Melayu.

Apakah  pengundi Cina  akan mengundi Lim Kit Siang kerana  Lim adalah Cina.

Apakah Cina MCA akan  tetap  mengundi  Ghani Otahman kerana setia dengan BN.  Kalau dulu, wakil BN ialah dari MCA  dan menang. Maka kita tak hairan jika pengundi Cina mengundi MCA. Tetapi kali ini wakil BN adalah Melayu. Apakah sikap Cina MCA.

Apakah pengundi Melayu bersedia mengundi Lim Kit Siang. Jika sanggup, satu arah politik baru!!!!

Pengundi India sanggup mengundi Dr Maria (PAS) walaupun wakil BN adalah dari MIC  pada 2008.  Apakah pengundi Melayu Gelang Patah sanggup mengundi DAP?

Jika Lim menang di Gelang Patah, kita tak hairan.

Jika Ghani Othman menang, memang Cina Johor taat dengan BN!!!!

Kita nantikan 5 Mei.....





Tuesday, April 16, 2013

PRU 13 - YANG KULIHAT...

BN sudah umumkan senarai nama calon-calonnya.

Pakatan Rakyat masih belum habis mengeluarkan senarai nama calon-calonnya.

Mahfuz Omar tak jadi bertanding DUN.  Eloklah tu, ramai yang kepingin nak bertanding di Kedah tu. Wooo.

Mazlan Ismail, bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang sedekad lalu, yang ekstrim, kini menjadi calon BN mencabar Anwar di Permatang Pauh. Ha ha. Kawan aku tu ketika zaman sekolah dan Dewan Pemuda Pas. 

Zul Nordin Al totok Melayu  bertanding di Shah Alam. Malulah Umno macam tak ada calon lain dari Umno Shah Alam. Kuuur semangat.

Azizan Razak yang cuci buah pinggan 3 kali seminggu  masih bertanding juga. Berjuang sampai terlantar agaknya. Alahai....

Nik Aziz, 82  tahun memecah rekod politikus tertua yang masih tidak mampu Pas mencari galang gantinya.   Akan berjuang sehingga akhir hayat, katanya. Jika jawatan parti oklah. Jika jawatan eksekutif  kerajaan. tak patut le. Fasal tu Mahathir marah. Ha ha.

Ku Li masih gagah bertanding kerana Gua Musang adalah miliknya. Bukan mudah menjadi raja di gua bib....

Rais Yatim dipencenkan. Jika bertanding di Jelebu, tetap menang lagi. Apakan nasib, Rosmah sudah  tak berkenan

Isa Samad coming back di Jempul. Walau sudah dapat elaun lebih RM 40,000 sebagai Pengerusi FGVH. tetap mencari elaun sebagai MP juga.  Minum air laut sampai bila tak puas!!!!

Aisyah artis pertama bertanding dalam sejarah politik Malaysia.  Atas tiket Pas pulak. Pas sudah terbuka!!!!

Demikianlah adanya PRU 13.....



Tuesday, April 9, 2013

PR: JANGAN JADI ANJING DENGAN BAYANG BAYANG

Nama calon pilihan raya masih belum diumumkan, walau pun pembubaran sudah berlalu hampir seminggu. Sebelum ini beria-ia mendesak PM Najib bubarkan parlimen. Tetapi rupa-rupanya bab calon pun masih belum selesai lagi. Sekarang, rakyat bukan nak tentukan parti mana yang hendak dipilih tetapi hendak tahu siapa calon kau?? Woooo.

Ada sebagahagian  tempat, bukan sahaja berebut kerusi antara parti tetapi berebut calon dalam parti  sendiri. Ada yang merajuk mahu bertanding atas tiket Bebas.  Ada yang mungkin bertanding 3 penjuru antara  parti sekutu sendiri. Nampak sangat  gila kerusi, bukannya nak jatuhkan BN!!!!

Yang tak popular dan uzur, belajar belajarlah menarik diri dari bertanding. Kekadang sikap itu membawa serba salah parti untuk membuat keputusan. Kini, semua perasan, depalah yang paling layak  bertanding. Jiwa besar kononnya. walhal tamak besar adanya!!!!

Orang tamak selalu rugi ibarat anjing dengan bayang-bayang.

Thursday, April 4, 2013

JAHANAM PAK YET UMNO DALAM PR

Woooo

Sebelum penamaan calon, PR bukan lawan BN. Tetapi depa lawan sesama sendiri menentukan pembahagian kerusi. Ha ha. Jangan sampai tidak ada keputusan sudahlah. Jika ada pertandingan 3 penjuru, maka BN juga yang untung!!!!

PRU 13 adalah paling hebat sekali. Kali ini, BN terasa boleh dikalahkan. Tetapi yang paling saya risau ialah apabila PR menang nanti, akan ada yang belot. Jika ada yang belot kali ini, kita akan kerjakan mereka cukup-cukup.  Tedengar desas desus mengatakan  ada yang telah dibeli untuk berperanan memecah belahkankan kepaduan Pakatan Rakyat. Lumayan katanya. Maka kita harap semua pihak kena berhati hari dengan pak yet itu!!!!

Moga jahanam pak yet Umno dalam PR!!!!!





Wednesday, April 3, 2013

BUBAR ATAU BUBUR

Kononnya parlimen akan dibubarkan pada hari ini atau minggu ini.

Jika tak bubar minggu ini, jadi buburlah politik Malaysia. Walaupun sudah dalam waktu kecederaan, masih belum juga dimaklomkan  kepada rakyat. Macam Najib tak bersedia ke tali gantung kematian politiknya. Woooo.

Dengar kabar, ramai orang politik bertanding dua kerusi, parlimen dan Dun.  Jika seorang oklah. Tetapi jika ramai sangat macam itu, nampak sangat "okap", bak kata orang Negeri Sembilan. Ha ha. Kena fokuslah politik ini. Nak jadi orang nasional atau nak jadi orang negeri sahaja. Jika nak jadi hero nasional, janganlah sibuk bertanding DUN lagi. Jika nak sangat jadi MB, janganlah bertanding parlimen pula. Woooo. Jangan sampai rakyat menyampah dengan parti kita, macam tak ada  orang lain yang layak bertanding!!!!

Malam ini Mohamad Sabu dan Hishamudin Jelebu di Taman Melewar

 IKLAN

RUMAH KEDAI  1 1/2 TINGKAT, 4464, TAMAN DATO MOHD TAHA, GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN,  MAHU DIJUAL PADA HARGA RM 230,000.00

HUBUNGI  PAK NGAH ALI:  012-2104244.

Tuesday, April 2, 2013

MAHATHIR VS LIM KIT SIANG

Dr Mahathir cemburu sekali dengan Lim Kit Siang yang masih bertanding dalam PRU kali ini.  Lagilah sakit hatinya apabila Nik Aziz akan kekal sebagai  MB Kelantan lagi. Ha ha. Bertambah tambah sakit hatinya jika Anwar bakal menjadi PM. Apa  ke tidaknya, dia takut rekodnya dikalahkan!!!!

Sekarang, yang kerja kuat berkempen untuk BN ialah Najib dan Mahathir. Najib takut kehilangan kuasa. Mahathir takut bisnes anaknya punah!!!

Pak Lah juga yang relax. Memang wali sungguh Pak Lah. Woooo.  Bukan senang nak dapat orang politik macam ini. Ada yang gila jadi MB walaupun sudah dailisis 3 kali seminggu. MB jawatan eksekutif memerlukan tumpuan kerja sepenuh masa 8 jam sehari. Jika 3 hari tak kerja, apa macam bib. Dok  mengata musoh syoklah. Bila terkena diri dan parti sendiri, buat tak tau sahaja Pas ini... Woooo.

 IKLAN

RUMAH KEDAI  1 1/2 TINGKAT, 4464, TAMAN DATO MOHD TAHA, GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN,  MAHU DIJUAL PADA HARGA RM 230,000.00



HUBUNGI  PAK NGAH ALI:  012-2104244.

Monday, April 1, 2013

RABU 3 APRIL - TAMAN MELEWAR - TIPU PR, TURUN JALAN RAYA

AMARAN!!!!

TIPU PILIHAN RAYA
TURUN JALAN RAYA

AMANAT KHAS:

HJ MOHAMAD SABU
HISHAMUDIN  RAIS
MARINA CHIN

DI MARKAS TARBIAH PAS, TAMAN MELEWAR
3 APRIL, RABU
9 MALAM



IKLAN:

RUMAH KEDAI  1 1/2 TINGKAT, 4464, TAMAN DATO MOHD TAHA, GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN,  MAHU DIJUAL PADA HARGA RM 230,000.00

HUBUNGI  PAK NGAH ALI:  012-2104244.

Friday, March 29, 2013

ROSMAH TAK LAYAK BELI RUMAH KEDAI INI

IKLAN:


RUMAH KEDAI  1 1/2 TINGKAT, 4464, TAMAN DATO MOHD TAHA, GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN,  MAHU DIJUAL PADA HARGA RM 230,000.00

HUBUNGI  PAK NGAH ALI:  012-2104244.

Tuesday, March 26, 2013

MB YANG TIDAK ADA TELUR

Orang Negeri Sembilan menyebut telur sebagai "tolo". Ha ha. Jika seseorang lelaki tidak berwatak jantan, maka dikatakan lelaki itu tidak ada "tolo'.

2013 menjadi sejarah kerana mungkin ramai MB yang tak ada tolo. Semua MB masih menunggu PM Najib membubarkan parlimen terlebih dahulu, baru mahu membubarkan DUN masing-masing.  Apakah mereka tidak ada kejantanan dengan membubarkan DUN dahulu  tanpa menunggu Najib membubarkan Parlimen. Bukan MB BN sahaja bersikap begitu,  tetapi MB PR pun sama  sahaja sikapnya.  Woooo.

Yang syoknya mungkinkah MB Nesgeri Sembilan yang pertama sekali diistiharkan tidak ada "tolo".  Wooo.

Kesian kepada sang blogger yang dok menghentam Najib kerana lambat membubarkan Parlimen. Dalam masa yang sama pimpinan PR di negeri pun sama perangai dengan Najib dalam bab pembubaran DUN. Otak mahu waras pak....

Monday, March 25, 2013

BEBASKAN MEDIA

Jika kita berkesempatan ke Indonesia, bacalah akhbar di dan tontonlah tv di sana.

Nampak sangat betapa kunonya media Malaysia yang terkebelakang dari segi kebebasan liputannya.  Kerajaan bukan dibela tetapi sering dikritik. Akhbar dan tv adalah untuk kepentingan rakyat, bukannya khadam kerajaan.

Apakah selepas PRU 13,  media Malaysia akan bertukar perangai. Hanya boleh terjadi jika BN ditumbangkan.

BN  memperbodohkan media Malaysia.  Maka dengan mudahlah BN:

  • memperalatkan jentera kerajaan

  • memperalatkan badan kehakiman

  • merompak wang negara




Saturday, March 23, 2013

PRU 13: RAMAI DIGAGALKAN MENGUNDI

Beberapa hari lagi akan ada DUN yang terbubar dengan sendiri jika tidak dibubarkan oleh sang MB.

Lantaran tidak tahu tarikh tepat bila hari mengundi, rakyat sukar mengatur agenda melancung ke luar negara khususnya yang berhajat menunaikan ibadah umrah.

Peminat  umrah kini adalah ramai sekali berbanding 5 ke 10 tahun dahulu.  Rombongan umrah semakin kerap  lagi pada musim cuti sekolah. 

Jika hari mengundi terkena dalam musim cuti sekolah, maka adalah dikhuatir ramai yang tak dapat mengundi kerana sedang menunaikan ibadah umrah.

Bagi BN, soal tarikh mengundi bukan subjek utama  nasional.  Mengundi hanya agenda kecil  sahaja....

(Anak cucu  Rosmah   dilarang minum susu ini)

Friday, March 22, 2013

ANWAR KE PARIT BUNTAR?

Cakap-cakap di kedai kopi mengatakan Anwar Ibrahim  akan bertanding di Parlimen Parit Buntar.

Mujahid Yusof di Bayan Lepas

Mohamad Sabu di Pendang

Hanipa Maidin di Sepang


Mustafa Ali di Putrajaya.

dan Mahathir Mohamad di Lahat Datu. Woooo.  Ha ha. Bab Mahathir ini jangan  engkau orang percaya pula!!!!

Thursday, March 21, 2013

MALAM INI ANWAR DI KG BARU KL


KONTRAKTOR UMNO AKAN BUNUH UMNO

Kebanyakan kontraktor yang menjalankan kerja-kerja kontrak di Selangor adalah anggota Umno.  Oleh kerana mereka memiliki lesen kontraktor, merekalah yang mendapat kontrak kerja dari kerajaan PR di Selangor.

Kontraktor Umno ini sudah tidak sabar menunggu PRU 13. Kerana apa?  

Ya, mereka mahu mengundi PR!!!!

Ketika zaman Umno/BN dahulu, mereka terpaksa menaikkan kos kontrak sehingga 4 kali ganda. Misalnya projek berharga RM 50 ribu terpaksa dinaikkan kepada RM 200 ribu. Malangnya lebihan RM 150 ribu itu adalah untuk puak-puak atasan Umno!!!!

Sejak 2008, amalan  markup harga berlebihan untuk disuap kepada puak atasan sudah tidak ada. Kontraktor Umno dapat kontrak atas keprofesionalan mereka. Tidak perlu hulur menghulur. Kos projek adalah seperti harga sebenar.  Mereka  tak ada perasaan bersalah lagi  kerana menaikan harga dan memberi rasuah. Dan kerajaan negeri  pula   dapat menjimatkan wang negeri. Tidak hairanlah MB Selangor dapat membuat rezab negeri  sebanyak RM 2.6 bilion.

Walaupun kontraktor itu anggota Umno, kini mereka sedar  akan  kebaikan dan ketelusan pimpinan PR di Selangor. Mereka sudah tidak sabar mahu  mengundi PR.  Mereka akan mengkebumikan parti mereka sendiri!!!!

Woooo.

Wednesday, March 20, 2013

SATU SEBAB TUMBANGKAN BN

Hutang negara Malaysia 2013 ialah RM 547.79 bilion.

Lima tahun  Najib sebagai PM  telah membuat hutang lebih banyak dari kesemu 5 PM terdahulu. Hebat hebat. 2 tahun terakhir ini sahaja,  Najib telah  buat hutang RM 100 bilion. Woooo. Hidup Rosmah.

Tetapi Najib amat pemurah kerana:

Melepaskan tokoh korporat Tan Sri Tajuddin Ramli daripada membayar hutang sebanyak RM589 juta kepada Danaharta sedangkan Mahkamah Tinggi, KL pada tahun 2009, memerintah beliau membayarnya kepada kerajaan 


Rakyat Malaysia syok dapat RM 500. Tajudin syok dapat RM 589 juta!!!!

Hanya satu sebab untuk tumbangkan BN!!!! 

Jika dibiarkan BN terus memerintah, hutang negara dijangka pada 2020 iaiah 1.21 trilion!!!!

Wooooo. 

Tuesday, March 19, 2013

KEDAH: MB LAMA ATAU MB BARU?

Dikhabarkan Azizan Razak cukup tak popular di kalangan pendokong Pas sendiri di negeri Kedah.

Tetapi Azizan disokong kuat oleh Presiden dan Setiausha Agung Pas.

Walaupun Azizan kini telah menerima rawatan dailisis 3 kali seminggu, ia dikatakan akan terus bertanding lagi dalam PRU 13 ini.  Biasanya jika anggota perkhidmatan awam  telah  menerima rawatan dailisis, maka pesakit tersebut  sudah layak dipencenkan.  Tetapi Azizan mendapat laluan istimewa untuk terus bertugas, walaupun kemampuan kesihatannya dipertikaikan. Umno tak kesah pun akan keupayaan Azizan ini. Jika kes pada Syed Razak dulu, Mahfiuz Omarlah  paling kuat sekali bisingnya mendesak bekas MB itu berhenti menjadi MB.

Jika pimpinan atasan  Pas  tidak berhajat menukar MB Azizan, maka rakyat akan menolak Pas keseluruhannya. Lebih berat implikasinya.

Apa  penting sangat Azizan dipertahankan dalam kesihatannya sebegitu rupa.

Kuasa oh kuasa.   Satu untuk aku, satu untuk engkau. Woooo



ROSMAH DILARANG SHOPING

Rosmah dilarang shoping di sini.

Takut kok SPRM datang menyiasat.

Hanya tinggal beberapa hari lagi Rosmah shoping sakan.

Ustaz Azhar Idrus melarang  mengungkit size pakaian dalamnya yang dibeli di mana-mana pun.

Wooooo.

Monday, March 18, 2013

FUAD ZARKASHI YANG BENGONG

Fuad Zarkashi mencabar Lim Kit Siang  bertanding  di kawasan majoriti Melayu untuk membuktikan Kit Siang disokong oleh  pengundi Melayu..

Adalah adil jika Fuad Zarkashi umumkan dirinya bertanding di kawasan majoriti Cina supaya membuktikan beliau disokong oleh pengundi Cina pula.

Kekadang jadi menteri bodoh dan membodohakn diri dengan kenyataan politik yang juling.

Najib jaguh 1 Malaysia pun tak berani bertanding  di  kawasan seimbang antara Melayu dan bukan Melayu...


Sunday, March 17, 2013

SELAMAT MENUKAR .....

Pembaziran dan agihan yang tidak adil adalah punca utama kemiskinan. Demikian kata Saidina Ali, 15 abad yang lalu.  Dalam bahasa sekarang, pembaziran dan ketidakadilan adalah punca ketidak seimbangan ekonomi sebuah negara. Isu ekonomi bukan kerana kekurangan sumber pendapatan negara sahaja tetapi faktor awalnya ialah isu akhlak atau  moral sang pengurus ekonomi.

Bayangkanlah peruntukan BRIM sebanyak RM 4 bilion diagihkan kepada lebih 8 juta orang tetapi subsdi kepada 3 syarikat IPP (Penjana Tenaga Bebas) yang membekal tenaga kepada TNB  adalah RM 19 bilion!!!. Walhal TNB sendiri  mampu mengeluarkan tenaga tanpa IPP tersebut. IPP tidak  mampu menghasilkan tenaga yang murah untuk dibekalkan kepada TNB sehingga menyebabkan kerajaan memberi subsidi kpd IPP sebanyak RM 19 bilion. Nampak sangat BN memberi wang dengan senang kepada kroninya. Bukan RM 500 oi. Tetapi RM 19  bilion. 

RM 19  bilion itu boleh bagi pendidikan percuma pengajian tinggi  kepada rakyat Malaysia yang hanya diperlukan RM 4 bilion sahaja setahun!!!!

Bukan tak ada wang, tetapi salah urus keutamaan kepada rakyat sebenarnya. Itulah moral atau akhlak sang pemimpin negara...Tepat kata Saidina Ali. Saya hanya mengingatkan kembali kata-kata yang berharga itu.  Woooo.

SELAMAT MENUKAR KERAJAAN!!!! 
Cerita lanjut di sini, sini, dan sini.

Saturday, March 16, 2013

SENI UNTUK PERUBAHAN

Malam ini di Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru bakal diadakan program khas Seni Untuk Perubahan. Menurut Pengarah Program, Saudara Amir Roslan, Ketua Penerangan Pas Kawasan Bukit Bintang, program ini diadakah sebagai respon Pakatan Rakyat kepada kumpulan anak seni Malaysia yang tidak terbela di bawah kerajaan BN selama ini.

Dalam borak-borak dengan Ito Blues Gang, beliau menyatakan kesedihan kepada nasib anak cucu seniman Tanah Air. Antaranya anak dan cucu seniman ulung P.Ramlee yang hidup melarat di ibu kota KL, walhal royalti P.Ramlee yang terus mencurah tidak tahu kemana perginya.

Isu hak cipta dan cetak rompak masih terabai di bawah regim BN. 

Malam ini, kita bukan sahaja akan menyaksikan para seniman dan artis pro PR menampilkan bakatnya tetapi sekaligus akan menyerahkan memorandum tuntutan anak seni untuk perubahan.

Datanglah beramai-ramai memberi sokongan kepada  anak seni Malaysia.

Ya, dibawah regim BN, bukan pemandu teksi sahaja ditindas, tetapi anak seni pun ditindas!!!!




Friday, March 15, 2013

MONOPOLI MUSOH EKONOMI

Monopoli adalah antara isu ekonomi  dalam sebuah negara. Lazimnya monopoli hanya dibenarkan kepada syarikat milik penuh kerajaan sahaja dengan tujuan melindungi kepentingan rakyat khususnya seperti kawalan harga.  Perkhidmatan tenaga (LLN), lebuh raya (Plus), telekomunikasi (Telekom), air (JBA), pos, bekalan beras (Bernas)   dan lain lain telah  dikorporat dan diswastakan oleh Dr M secara monopoli. Akhirnya syarikat ini  bukan lagi milik kerajaan 100%. Mereka  tidak  mementingkan kebajikan rakyat. Ianya sudah dijadikan bahan dagangan di BSKL untuk kepentingan kaum pemodal dan pemain saham.

Hujah utama pengkorporatan dan penswastaan syarikat kerajaan adalah untuk tujuan kecekapan.  Itu hanya alasan  yang paling lemah kerana semua pekerja ayarikat ini adalah dari jabatan kerajaan yang lama juga. Sebenarnya isu biroraksi, latihan, skim gaji dan insentif yang memangkinkan kecekapan pekerja.  Semua isu ini boleh dibuat juga dalam syarikat  milik kerajaan  100% tanpa dijual kepada rakan kongsi baru -  yang akhirnya dianggap sebagai kronisme

Apabila kadar letrik, air, tol lebuh raya, talipon dan pos naik secara mendadak, ianya mengurangkan pendapatan benar rakyat.  Di dalam sebuah negara, rakyat  sepatutnya  mendapat subsidi bagi perkhidmatan ini.  Jika syarikat-syarikat ini memberi dividen beratus juta ringgit  kepada pemegang sahamnya, ianya memberi makna bahwa kos yang dikenakan bagi perkhidmatan adalah berlebihan sehingga mampu memberi pulangan  kepada pemegang saham.   Jika perkhidmatan ini tidak diswastakan, maka rakyat akan mendapat harga perkhidmatan tersebut dengan lebih murah lagi!!!!