Tuesday, January 15, 2013

PENDIDIKAN PERCUMA DULU, LEPAS TU HAPUS PTPTN

Menghapuskan PTPTN  adalah seiring dengan langkah memberi pendidikan percuma. Itu janji PR.

Tetapi yang digembar gemburkan ialah PR akan  menghapuskan PTPTN dan membiarkan rakyat Malaysia tidak mendapat sebarang  bantuan pendidikan secara percuma.  Maka ramailah rakyat Malaysia dikelirukan dengan janji PR tersebut. 

Yang paling takut penghapusan pinjaman PTPTN ialah pemilik universiti swasta.  Depa hidup kerana pelajar dibiayai dengan pinjaman PTPTN.  Janganlah risau. Kerajaan PR akan mengambil langkah bijak supaya Universiti swasta terus hidup, tetapi bukanlah dengan mengkayakan seorang dua tauke Universiti swasta.

Tanpa menggunakan hujjah angka, logiknya kerajaan mampu memberi pendidikan percuma kepada anak Malaysia. Selama ini pun kutipan pinjaman  PTPTN  pun tidak mampu menampung pemberian pinjaman baru kepada pelajar. Setiap tahun PTPTN kena mencari sumber baru samada dari KWSP atau bank komersil.  Kerajaan pula kena memberi geran tahunan  kepada PTPTN untuk menampung kos "faedah" yang dikenakan kepadanya.  Sebarang ketidakmampuan kewangan, negara kena bantu  PTPTN.  Kalau begitu, lebih baik pelajar dibantu atau diberi pendidikan percuma oleh negara.  

Jika negara sosialis seperti Cuba dan Chile mampu memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya, mengapa Malaysia  yang kononnya kaya raya, tidak mampu pula?  Ya, mahu seribu daya.  Kini, kita diajar, tiada yang percuma dalam negara. Satu ajaran Umno untuk "mengenakan" rakyat Malaysia!!!!!




No comments: