Orang Melayu dikatakan tidak mahu berubah, takut berubah, tak peka untuk berubah, selesa dengan yang ada, tak mahu susah-susah, bersyukur apa yang ada dan 1000 macam dalih untuk tidak berubah.
Betul ke?
Mungkin benar kepada sebahagian orang Meayu. Mungkin tidak. Yang jelas orang Melayu tidak menunjukkan "reaksi segera".
Wang BMF hilang - tiada reaksi segera. Yusof Jalil, pegawai BMF dibunuh, tiada reaksi.
Penswastaan pembinaan lebuh raya dalam negara ini, walau pun membebankan pengguna tidak menyebabkan reaksi segera dari orang Melayu. Hanya sekadar mengeluh bila kadar tol naik dari tahun ke tahun.
Penswastaan pendidikan dengan wujudnya IPTS menyebabkan tanggungan yuran yang tinggi melalui pinjaman - tidak ada reaksi segera. Bagi orang Melayu, asalkan boleh belajar sudahlah. Soal kena bayar hutang selepas tamat belajar, tiada hal bagi orang Melayu. Berlagak macam orang kaya nampaknya. Ha ha.
Hutang negara meningkat mendadak di bawah regim Najib, tiada hal. Kononnya, bukan dia kena bayar!!!
Wang LTAT disalah guna tiada hal, bukan wang dia yang bakal hilang.
Suami Sharizat salah guna pinjaman projek lembu RM 250 juta, lantak pi lah. Orang Melayu tarak hal.
Pokoknya orang Melayu tidak hairan dengan apa "hak" yang dia patut dapat. Orang Melayu tidak mampu menuntut suatu yang "lebih baik". Adakah orang Melayu 'malu' atau 'malas' menuntut haknya sebagai rakyat. Atau orang Melayu berjiwa "hamba" - taat setia dengan apa sahaja dibuat oleh orang atasannya. Jiwa feudal orang Melayu amat tebal sekali!!!!
No comments:
Post a Comment