Membaca sekali imbas laporan PSC berkaitan dengan penambaikan pilihan raya, semacam tidak ada satu cadangan yang konkrit kepada SPR atau kerajaan. Dalam bab pilihan raya ini, dengan Indonesia pun kita kalah reputasinya.
Pagawai SPR di Indonesia lebih telus dan tidak terkongkong dengan kerajaan. Medianya bebas. Sesiapa pun boleh bercakap di tv. Parti boleh mengiklan manifestonya di tv dan akhbar. Lapuran akhbar dan tv amat seiimbang sekali. Malah tempoh kempennya lebih lama lagi dari Malaysia. Bab kos kempen, lantaklah parti masing-masing yang menanggungnya, bukannya kerajaan. Kalau tiada wang, kurangkanlah berkempen dan jangan pula menghalang orang lain yang sanggup berkempen pula.
Dan yang paling hebat rakyat Indonesia lebih gentleman - hadir mendengar kempen semua parti yang bertanding. Pilihan raya adalah pesta demokrasi. Kempen dan perarakan di tengah kota Jakarta pun tak jem kerana pihak polisi memantau trafik dengan baik sekali. Itulah yang saya lihat dengan mata sendiri!!!!
Pilihanraya di Malaysia masih lagi ditahap kelas ketiga. Woooo.
No comments:
Post a Comment