Kalau anda popular dan layak menjadi calon, maka berebut-rebutlah orang mengalu-alukan anda sebagai calon.
Teringat bagaimana Mohamad Sabu yang menjadi calon di Kuala Terengganu pada 2008. Walaupun atas arahan Pas Pusat bagi Mohamad Sabu bertanding di Kuala Terngganu tetapi ianya "kurang selesa" kepada sebahagian pimpinan Pas Kawasan yang mengidam sama kerusi tersebut. Undi yang diterima oleh Mohamad Sabu melambangkan perpecahan antara undi DUN dan undi Parlimen. Undi Pas di peringkat Dun lebih banyak dari Parlimen kerana ada suara yang berkata " Undi Pas untuk Dun wajib, undi untuk parlimen, terpulang kepadamu"
Cakap banyak pun tak guna. Nak faham, fahamlah. Itu Mohamad Sabu, orang politik bertaraf nasional. Inikan pula calon bertaraf bilis di peringkat DUN. Wooooo.
No comments:
Post a Comment