Kita menghormati rakan-rakan kita yang berlainan ugama, bangsa dan budaya. Bagi saya memadailah kita tidak menghalang mereka meraikan kepercayaan dan budaya mereka masing-masing sudahlah. Namun mereka jangan pula "berlebihan" sehingga menimbulkan ketidakselesaan kepada kita pula.
Mutakhir ini, baik BN atau PR sama sahaja perangainya. Masing-masing nak tunjuk mereka turut meraikan perayaan bangsa/ugama lain. Kekadang nampak berlebihan pula. Dalam facebook pun ditunjukkan merekalah jaguh dalam meraikan kawan mereka yang berlainan agama atau bangsa itu. Yang peliknya, mereka tak pula beria-ia menyambut perayaan yang berkaitan dengan ugama dan bangsa mereka sendiri.
Itulah gara gara gila politik. Nak raih undi, sehingga tak adil keoada ugama dan bangsa sendiri!!!!!
No comments:
Post a Comment