Tuesday, September 7, 2010

VIRUS UMNO DALAM PKR?

Kempen pemilhan PKR nampaknya mulai panas. Mana boleh tak panas, kini zaman boleh menang pilihan raya dan boleh memerintah. Kalau dalam Pas pun tak ada  lagi calun yang tawadhuk memberi laluan kepada calun lain, inikan pula PKR. Ha ha.

Harap-harap apabila selepas menang, janganlah cantas yang kalah. Dan yang kalah, janganlah merajuk lari dari parti.  Di sini kita akan nampak keikhlasan sang politikus. 

Moga-moga virus Umno tak masuk dalam PKR pada era  pemilihan ini.

2 comments:

JBS said...

Inilah yang dinamakan demokrasi. Biasa lah adat berkempen, cuma jangan terbang kerusi meja dah lah. Atau nak tengok saja istilah tiada pertandingan, tiada kempen seperti UMNO? Atau seperti PAS yang tak boleh langsung dikritik pemimpin mereka? Atau MIC, yang memiliki pemimpin 'abadi', atau MCA, yang hanya menjaga golongan kapitalis Cina. Mungkin DAP yang tak habis-habis nak kan hak kesamarataan kaum di Malaya walaupun minoriti? Majoriti Melayu pun tolong sokong kaum lain (sebab nak kan undi) untuk jatuhkan pemimpin Melayu. Elok sangatlah tu! Dan pemimpin Melayu UMNO pun tegar sangat nak letak jawatan, walaupun parti dah tiada sokongan dan hampir punah. Peganglah jawatan kamu sampai hari kiamat woii...

orangkampung said...

salam,

1. Da biasa cara tu, lama baru boleh ubah kot ....