Thursday, June 17, 2010

USTAZ HASSAN SHUKRI DALAM KENANGAN - 2

Siapakah pelayan utama di Pejabat Pas  Pusat  di Taman Melewar jika  sang musafir  datang memohon pertolongan. Pelbagai insan yang datang ke Pejabat Pas samada benar-benar susah atau secara sengaja nak wang dengan mudah. Pelbagai karekter yang datang. Kalau tak sabar dan berperi kemanusiaan, bukan mudah menjadi pelayannya. Namun Allahyarham Ustaz  Hassan Shukri dengan senyum dan sabar terus melayani berpuluh tahun sang tamu dan sang musafir di Pejabat Pas  Taman Melewar.  Jarang benar Ustaz Hassan Shukri menghampakannya. Antara pemohon  derma itu  ada yang  datang khas dengan teksi,. Itu pun dilayan  dan dibantu  oleh Ustaz Hassan. Poket Ustaz Hassan tersedia wang untuk disedekahkan.
Bagi Ustaz Hassan, pemohon derma itu benar-benar susah atau mengambil kesempatan bukan isunya. Jika benar mereka susah, wajar dibantu. Jika mereka mengambil kesempatan, sedikit wang yang hilang itu tak seberapa nilainya jika dibanding  demi menjaga imej Pas sebagai tempat "mengadu" rakyat.
Walaupun ada orang mengatakan Ustaz Hassan sebagai tuan tanah kedawung Taman Melewar tetapi sebenarnya beliau merupakan baitul mal Pas yang membantu sang fakir dan sang miskin. Malah calun Pas yang bertanding pilihan raya pun, Ustaz   Hassan yang memberi sumbangan sedikit sebanyak. 

No comments: