Wednesday, June 16, 2010

HASSAN SHUKRI DALAM KENANGAN - 1

Solat jenazah dan pengebumian  Allahyarham Ustaz Hassan Shukri selamat dilakukan pada jam 9 pagi semalam. Yang hadir, datang dari dekat  dan jauh termasuk dari  Kedah, Perlis, Terengganu  dan Kelantan. Bukan mudah boleh berjumpa sahabat lama kecuali ada peristiwa macam ini.

Jika ahli biasa pun datang dari Kelantan, ianya suatu yang mengharukan kerana sebagai ahli biasa, tak siapa akan bertanya jika tak datang. Kalau pimpinan atasan memang patutlah datang kerana Allahyarham merupakan tokoh Pas sepanjang dekad.

Elok benar Pas mengadakan Anugerah Hassan Shukri setiap tahun sempena muktamar tahunannya. Anugerah ini diberikan kepada Pas Kawasan yang terbaik sepanjang tahun dari segi pengurusan yang mematuhi perlembagaan parti.  Allahyarham sentiasa dikaitkan dengan kebijaksanaannya dalam pengurusan perlembagaan parti. Maka anugerah bernama Hassan Shukri suatu yang wajar.

No comments: