Tuesday, May 11, 2010

AMAL SECARA DIAM-DIAM

Janganlah berjuang Islam jika niatnya untuk dapat pencen dari jawatan politik. Misi utama memerintah ialah amar makruf dan nahi mungkar. Mungkin orang suka atau tidak tetapi perubahan perlu dicetuskan.

Kalau di Kelantan kita melihat adanya kempen menutup aurat, pembatalan lesen premis jualan judi dan kempen solat. Tetapi di Kedah tak dengar pula. Atau memang buat diam-diam. Agaknya buat amal secara diam lebih ikhlas kot....

Bukan hebat namanya jika berjaya mengekalkan pemerintahan pada pilihan raya akan datang tetapi yang kita mahu ialah perubahan lebih kepada islam. Jika suasana islam sama macam Umno/BN dulu, macam tarak apa-apalah.

Jangan dok perasan lebih hebat dari Ustaz Fadzil Nor, Nizar, dan TG Nik Aziz ya...


3 comments:

merbok said...

ustaz azizan tu kena la aggresif sikit.. nak bercakap pun biar la bernas dan mantap.. jgn laa dok la'eih sangat..c'mon ustaz aggresif sikit.. yg dok kiri kanan ustaz tu pun sama la jugak.. bagi nampak aggressive dan progressive sikit.. jgn dok asyik tibai orang org kat blog saja.. kena rajin turun padang sama.

orangkampung said...

salam,

1. orang kata "diam-diam ubi ..berisi.."

2. orang kata "makan dalam ..."

3. dalam perjuangan kalau cam nie ...tak tau la ...

4. dalam politik, lagi kalau cam nie ... tak tau la apa nak cakap ...

tintadesa said...

pepatah abad ini...

lawan judi dengan tambah lesen
lawan arak dengan tambah kilang
lawan dadah dengan beri jarum
Lawan Pelacuran dengan kondom

Lawan, lawan.. bukan menegah
Lawan, lawan.. dgn nafsu dan akal

kesian...hancurlah moral dan akhlak kerananya..