Thursday, September 10, 2009

DEMI ASOBIYAH MELAYU

Hairan juga jika ada petugas di akhbar milik Pas yang gila kat UG. Alasannya demi Melayu dan kini DAP/Cina yang kontrol kerajaan PR.

Isunya apa?

Jika nak negara islam atau negara yang pro nilai-nilai Islam - bukankah Umno sudah diberi peluang 50 tahun tetapi tak menunjukkan kesungguhannya - malah Umnolah yang menakut-nakutkan bukan Islam bahwa Pas membawa Islam yang akan menindas bukan Islam sehingga bukan islam takut dengan Pas?

Jika kerana penyatuan dan kekuasaan atas nama bangsa Melayu - itulah asobiyyah. Bagi kita bersatu adalah atas matlamat melaksanakan nilai-nilai yang baik. Umno/BN sendiri bergelumang dengan 1001 kebatilan dan tidak pernah serius untuk membina sebuah negara yang bersih dan adil. Umno sendiri mengaku dirinya mempunyai penyakit barah rasuah. Logikkah kita nak berkahwin dengan pesakit barah?

Karat jahiliah asobiyah Melayu masih ada dalam petugas Pas. Malang sekali.

3 comments:

keraspedal said...

tak heran sangat...ni lah dia musuh dalam selimut perjuangan pas..yg gilakan ug ni jenis yg masih belum dalami dan fahami islam..

sebab tu skrang,akhbar milik pr pun gua dah jarang beli,kecuali rocket,yg lain pun dah tak baca,kualiti berita atau artikel dah kurang.baca baca blog..percuma pun percuma..

TBO said...

salam keras pedal

Harakah edisi cetak dah malas nak baca, harakahdaily pun sesekali aje bace, suara keadilan baca gak tapi yang online nye versi dah mula malap. macam tuan kata baik baca blog lagi best ha ha

orangkampung said...

Salam,

Tak ade angin pokok tak ber goyang.

Apakah gula-gula yang BN nak beri kan untuk UG ni yea.

Apakah gelaran, pangkat, projek dsb yang jadi umpan nya yea.

Demi Assobiyah Melayu .... rasa nya tidak.