Kekalahan calun Pas di DUN Bagan Pinang sebanyak 2333 undi pada PRU ke 12 yang lalu dalam keadaan undi Pos sebanyak 5,000 undi memberi tafsiran sebaliknya.
Jika tak silap sepanjang ingatan saya, hanya kawasan Pengkalan Chepa sahaja pada 1999, calun Pas mendapat majorit undi Pos. Yang lain mutlak untuk BN.
Bukan kita tak tau pelbagai cerita undi Pos ini:
Jika tak silap sepanjang ingatan saya, hanya kawasan Pengkalan Chepa sahaja pada 1999, calun Pas mendapat majorit undi Pos. Yang lain mutlak untuk BN.
Bukan kita tak tau pelbagai cerita undi Pos ini:
- Dikatakan pengundi tak pernah mengundi - kertas undi dipangkah oleh Ketua Markas.
- Ada yang dipaksa hanya undi BN sahaja
- Keselamatan peti undi tak boleh dipantau oleh parti yang bertanding
Inilah cabaran utama Pakatan Rakyat di Bagan Pinang.
Tanpa undi pos, Pas telah menang pada PRU ke 12 lalu di Bagan Pinang.
Tanpa undi pos, Pas telah menang pada PRU ke 12 lalu di Bagan Pinang.
3 comments:
Salam,
Undi Pos ni kira hebat ya.
Undi Pos kat PARLIMEN Kuala Terengganu rasa nya 1,035. Yang jadi polis 1,001, yang jadi askar 27, yang lebih nya pelajar seberang laut kata nya.
Undi Pos kat DUN Bagan Pinang dengar nya 5,000. Berapa yang jadi polis ya, berapa yang jadi askar ya, mesti ramai yang belajar kat seberang laut ya.
Memang ramai yang merantau orang Bagan Pinang ya.
salam...
kalau surat pos boleh juga kita tahu.. berapa banyak yang alamatnya ke satu destinasi.. tapi bila undi POS ni satu alamat ke satu destinasi... wow...hebat... kalau masuk 4D dengan 5K set nombor.. . mesti banyak juga yang kena.. kalau buat simpanan SSP BSN boleh kena hadiah utama... haaa....itulah duit rezabku untuk belanja raya atau waktu terdesak bila dah last bulan....yahooo..
Undi pos adalah talian hayat utama bagi UMNO-BN di kawasan kem tentera. Saya mempunyi ramai rakan dari kalangan tentera. Ada sesetengah mereka pernah menyatakan pada saya, selama 21 tahun berkhidmat tidak pernah mengundi pos dan tidak pernah juga melihat kertas undi pos. Kalau anda tak percaya anda boleh semak sendiri dengan menggunakan nombor tentera mereka yang bermula dari 1068xxx dan 1069xxx. Mereka mula berkhidmat pada Nov 1986 dan berpencen setelah berkhidmat 21 atau 22 tahun. Tarikh berpencen pada Nov 2008. Tetapi setelah setahun lebih bersara, nama mereka masih ujud sebagai pengundi pos walau telah memiliki MyKad. Anda boleh semak di web SPR http://www.daftarj.spr.gov.my/daftarj
Post a Comment