Friday, March 30, 2012

USTAZ FADZIL NOR DAN MAT ZAIN JANGGUT

Salah satu kehebatan al marhum Ustaz Fadzil Nor ialah beliau mampu mengingat nama seseorang walau pun berjumpa sekali dan menegurnya apabila berjumpa di lain kali. Jika beliau  nak ke restoran, maka beliau akan mengajak sesiapa yang dikenalinya untuk minum bersama. Tak  kiralah sama  ada Mat Zain Janggut, tok penghulu Markas Tarbiah, Taman Melewar atau Bakak Hak Si Penarik Beca. Woooo.

Sebagai pemimpin beliau sentiasa melayan dua kumpulan yang bertentangan dalam satu-satu kawasan. Ha ha. Beliau tak akan menunjuk sikap berpihak. Semuanya dilayan dengan mesra dan baik. Beliau tahu siapa kawan baik kita. Jika jumpa Mat Zain Janggut, beliau akan tanya di mana Bakak Hak. Jika jumpa Bakak Hak, dia akan bertanya di mana Mat Zain Janggut. Maka kelam  kabutlah Bakak Hak mencari Mat Zain Janggut dan meminta  Mat Zain Janggut mengadap almarhum Ustaz Fadzil. Apabila Mat Zain mengadap almarhum Ustaz Fadzil, maka berlakulah dailog yang tidak boleh dilupakan sehingga sekarang. Tanyalah Mat Zain Janggut di talian 013-3634041. Woooo.

Dan jangan hairan jika Ustaz Fadzil pun tahu apa gelaran sesorang yang dipanggil oleh kawan-kawannya. Jika beliau bertanya kepada kawan kawan Mohamad Sabu, maka beliau akan bertanya di mana "IMAM". Ha ha. 

Sebagai pemimpin nasional al marhum Ustaz Fadzil mampu "kenal" dan "mesra" kepada semua orang tanpa mengira status. Semasa saya bertugas di Jitra pada 1983, beliau boleh mengajak saja-saja makan tomyam di sempadan Bukit Kayu Hitam. Yang bersama dengannya hanyalah anggota biasa Pas sahaja.  Pernah saya berkereta berdua dengan Ustaz Fadzil dari KL ke Tampin, saya tidak khuatir apa mahu dibualkan. Jika saya tak ada soalan , maka beliau sendiri akan bercerita hal-hal yang serius dan lucu, termasuklah cerita pegawai TNB yang patuh dengan Ketua JKKK, tak mahu pasang tiang letrik di hadapan rumah orang Pas di Kedah.

Agak-agaknya bolehkah pemimpin kawasan bersikap macam Ustaz Fadzil?  Kalau tak boleh, walaupun sekadar minum teh bersama, jangan dok gila menjadi calon bertanding pilihan raya. Woooooooooo


Thursday, March 29, 2012

MAKAN MALAM BERSAMA MOHAMAD SABU 31 MAC DI SEREMBAN

MOHAMAD SABU DI KUALA PILAH 1 APRIL

 


                            JELAJAH DEMI RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Tarikh/Masa : 1 April 2012 (Ahad), Jam 8.45 malam

Tempat : Bilik Gerakan DUN Pilah, Taman Sema, Jalan Melang (JPJ lama), Kuala Pilah

Bersama :

- Tn Hj Md Sabu
- Datuk Chua Jui Meng
- CheguBard
- YB Taufek Abd. Ghani,
- YB Ravi
- YB Aminuddin
- Dr. Rafaie
- YM Tunku Haji Harmy Tunku Hanan

Monday, March 26, 2012

MAZLAN ALIMAN DI GEMENCHEH, SELASA, 3 APRIL,


Ceramah dan Dialog DUN Gemencheh 3 Apr 2012



CERAMAH DAN DIALOG ISU SAHAM FELDA

Tempat Dialog : Bilik Gerakan PAS, Felda Bukit Rokan Utara, Gemencheh, N.Sembilan
Tarikh/Masa : 3 Apr 2012, Selasa , 5 ptg
Bersama : Mazlan Aliman dan  Zakaria Khalim

Tempat Ceramah : Felda Bukit Jalor, Gemencheh, N.Sembilan
Tarikh/Masa : 3 Apr 2012, Selasa , 8 mlm
Bersama : Mazlan Aliman dan Zakaria Khalim

SHAM KAMIKAZE DI GEMENCHEH 5 APRIL, KHAMIS



PROGRAM SANTAI  Bersama Sham KAMIKAZE

Tarikh : 5 April 2012, Khamis
Masa : 9 mlm
Tempat : Bidin Kraf, No 105, Peringkat 4, Felda Bukit Rokan, Gemencheh, N.Sembilan
Hubungi ; Nor Iskandar 019-2223231 , Isa 019-2169249

Friday, March 23, 2012

KITA MAHU SATU PENGALAMAN BARU

Rakyat Sabah, Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor  sudah ada pengalaman bertukar kerajaan negeri.  Rakyat Kelantan dan Sabah yang paling kerap sekali. Tanyalah rakyat Sabah dan Kelantan, seronok tak menukar kerajaan selalu. Ha ha.

Hanya sebagai rakyat Malaysia, kita belum ada pengalaman bertukar kerajaan di peringkat pusat. Han ha.

Rugi jika rakyat Malaysia tak merasa pengalaman itu. Moga pada PRU 13, ianya akan terjadi.  Kita tak mahulah sampai  kena keluar ke jalan raya untuk menukar kerajaan pusat.  Tetapi jika proses pengundian dan cara perjalanan pilihan raya tidak bersih dan tidak meyakinkan  rakyat, maka jangan hairan jika rakayat Malaysia pun keluar ke jalan raya. 

Kita nak tengok sangat kerajaan baru buat sesuatu yang lebih baik dari kerajaan sebelumnya!!!

Jika tak ada apa-apa, kita pilih yang lain pula, tetapi sesekali bukan BN. Woooo.

Cerita baik, klik di sini.


Thursday, March 22, 2012

UMNO TAK PANDAI JADI PEMBANGKANG

Oleh kerana Umno sudah lama menjadi pemerintah, maka parti ini  tidak bijak menjadi pembangkang. Tugas pembangkang diserahkan kepada TV1. TV3 dan Utusan Melayu.  Setiap hari ada sahaja isu yang akan dimainkan oleh media tersebut. Naik muntah kita mendengarnya. Ha ha. Namun  sekarang,  urusan mendedahkan kelemahan Pas telah diambil  alih Hasan Ali Al Akidah.

Saya tak fikir kerajaan negeri Pakatan Rakyat samada Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang adalah suci atau  maksum dari kesalahan. Kronisme, salah etika, percanggahan kepentingan  adalah mudah dikesan, jika pun rasuah sukar dibuktikan. Tetapi pemimpin politik Umno gagal mengesannya. Takkan nak minta orang PR nak dedahkan. Kena pecat nanti. Atau jika dalam Pas, dikatakan tak walak pula nanti. Woooo.

Ada beberapa sebab mengapa pemimpin politik Umno gagal mendedahkan   penyelewengan PR. Pertama, sememangnya Kerajaan PR adalah bersih. Kedua, mungkin pemimpin Umno beranggapan penyelewengan  yang dibuat oleh PR  itu  terlalu kecil. Ketiga, mungkin Umno tidak berhajat mewujudkan sebuah urus tadbir yang baik. Malah pemimpin  Umno bersedia  melakukan rasuah yang lebih besar lagi  jika berpeluang memerintah semula. Wooo.

Katanya kelab hiburan di Kedah  lebih lama beroperasi dan penjualan arak lebih bebas  di era PR  berbanding dengan era BN.  Ketika era BN, depa takut jika Pas mengkritiknya. Tetapi di era PR, BN senyap sahaja. Mungkin BN pun nak buat macam tu dulu tetapi takut dengan Pas agaknya. Rupa-rupanya Pas lagi liberal dalam isu hiburan dan arak. Ha ha.

Wednesday, March 21, 2012

AMERIKA DI MALAYSIA PUN YAHUDI JUGA

Amerika, Yahudi dan Zionis sukar dipisahkan.  Jika sebuah negara berhubung dengan Amerika, secara langsung  atau tidak langsung tetap  boleh dikaitkan dengan kepentingan Yahudi atau Zionis. Semua syarikat yang  berniaga di negara ini juga, sedikit sebanyak memberi dan menyumbangkan kepada kepentingan Yahudi dan Zionis. 

Jika Utusan dan Umno nak tunjuk handal sangat nak lawan Yahudi dan Zionis, elok rasanya dihalau semua syarikat yang berasal dari Amerika yang berniaga di sini. Antaranya  Citi Bank, Mc Donald, dan AIA Insurance. Baru jantan. 

Mengapa mufti Perak tak keluarkan fatwa tentang syarikat Amerika yang melambak berniaga di Malaysia. Semuanya Yahudi belaka.

PENGUMUNAN:


Timbalan Presiden Pas, Tuan Hj Mohamad Sabu akan menyampaikan ceramah dan dailog pada Ahad, 25 hb Mac 2012 di Batu 1 1/4, Jalan Repah, Tampin, NS, jam 9 malam.

Semua dijemput hadir.



PRODUK BAIK. UNTUNG MUDAH. KLIK DI SINI

Friday, March 16, 2012

SELEPAS DI KEMUNCAK, KE BAWAHLAH AKHIRNYA

Bagi orang politik, selepas berada di kemuncak, tangga selepasnya ialah turun ke bawah. Bezanya ialah cara turun. Ada yang turun sendiri. Ada yang kena diturunkan. 

Maka fikir-fikrkanlah  BILA NAK TURUN DAN BAGAIMANA NAK TURUN. Tak syok jika direntap turun!!!!. 

Woooo.

Monday, March 12, 2012

SHAHRIZAT: letak jawatan atau tamat tempoh senator

Shahrizat akan letak jawatan  Menteri  pada April depan. Ha ha.

Beliau letak jawatan kerana kes NFC atau sudah tamat tempoh senatornya?

Kalau kerana kes NFC, sebaiknya letak jawatan serta merta. 

Isunya  bukan "masa"  meletak jawatan    tetapi prinsip mengapa meletakkan jawatan.

Friday, March 9, 2012

TAK SANGGUP AMBIL WANG BR1M....

Semua rakyat Malaysia layak memohon skim BR1M.  Anggota biasa Pas, PKR atau DAP  pun layak memohon skim BR1M  sebanyak RM 500  itu.  

Tetapi jika pimpinan utama Pas/PKR/DAP di peringkat kawasan  juga memohon, maka ianya  akan diheboh-hebohkan dan dipolitikkan.

Yang menyampai bantuan BR1M ialah Ketua Umno atau Adun Umno atau MP Umno.  Depa dah siapkan TV atau radio untuk menemuramah sang penerima bantuan. Temu ramah itu akan diputar belitkan sebagai menyokong BN.  Kes benar yang berlaku ialah di Kapar, apabila bekas YDP  Pas Kawasan Kapar, Cikgu Kusrin  telah ditemu ramah oleh TV1. Apa lagi sebahagian ayatnya yang memuji  skim BR1M telah dipaparkan oleh TV1. Wooo.

Ada seorang bekas YDP  Pas Kawasan di Negeri Selangor  dapat bantuan BR1M. Tapi  bekas YDP   itu  belum  mengambilnya kerana yang bakal menyampaikan  bantuan BR1M itu  ialah    YB UMNO  yang pernah dilawan oleh beliau satu ketika dahulu dalam pilihan raya. 

Ada sesiapa pimpinan Pas yang tak sanggup mengadap pemimpin Umno untuk ambil wang skim BR1M????



Wednesday, March 7, 2012

MAHATHIR SAYANG ISRAEL

Musoh utama Mahathir ialah Anwar Ibrahim. Dengan Israel pun Mahathir berkawan dan bersimpati. Bukti jelas ialah membenarkan pasukan kriket Israel masuk ke Malaysia. Apabila Mahfuz dan Salahudin membantahnya, depa berdua dihukum penjara 1 bulan. 

Mahathir pun tunduk kepada  Amerika.  Bukankah Malaysia bersetuju Amerika  memerangi Iraq pada 2003. 

Bab hubungan dengan barat,   hanya Iran dan Cuba sahaja tidak tunduk kepada Amerika.  Peringkat awal Revolusi Iran, Mahathir memperlekeh jubah dan serban ulamak  Iran. Apabila  Mahathir melawat kilang besi Iran yang lebih besar dari Perwajaa, baru dia tahu Iran lebih hebat dari Malaysia.

Bab hubungan dengan Amerika, Mahathir dan Anwar tidak seberani Iran melawannya. Ha ha.

Kalau pemimpin Pas jadi PM Malaysia pun, belum ada jaminan  tidak  tunduk kepada Amerika. Woooo.

Tuesday, March 6, 2012

AZIZAN RAZAK: TIADA LAGI AYAT "LOCUS STANDI"

Sebenarnya saya menanti Azizan Razak   mengatakan Pas Pusat tiada  "locus standi"  untuk campur tangan dalam perlantikan anggota exco Kedah.  Ha ha.

Ayat "tiada locus standi" itulah yang dikeluarkan oleh Azizan Razak kepada mahasiswa  yang  meminta  Hj Hadi Awang campur tangan dalam isu Akta Universiti  di KUIN dahulu.   

Kini Azizan Razak "sedar"  bahwa dalam politik, anggota parti kena mengikut hasrat dan dasar parti.  Kuasa pentadbiran dalam kerajaan negeri perlu selaras dengan semangat parti. Jika nak eksyen sangat dengan ayat "locus  standi",    parti  pun   boleh mengambil tindakan  politik  menggugurkan  beliau sebagai MB. Soalnya cepat atau lambat sahaja.  Wooo.

Adapun tentang JK Pemandu, rasanya idea ini telah lama dilahirkan sejak Pas memerintah Kelantan pada 1990 supaya apa pun yang dibuat oleh kerajaan negeri adalah selaras dengan semangat parti.  Tahniah kepada Phahrolrazi dan Dr Ismail kerana dengan tindakan depa berdua, barulah Pas Pusat sedar perlunya JK Pemandu. Lambat pun lambatlah asalkan buat. Jangan sampai  rakyat  meluat sudahlah.  Wooooo

Friday, March 2, 2012

SELAMATKAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT KEDAH

Doa saya:

SELAMATKAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT KEDAH

HANCURKAN PIHAK YANG  BERRJUANG BUKAN KERANA ALLAH

HANCURKAN  ORANG YANG KERAS DENGAN JAMAAH DAN BERLEMAH LEMBUT DENGAN MUSOH JAMAAH.


AMIN

SEKALI LAGI: CUKUP 2 PENGGAL KEPADA PM DAN MB

Memang sukar kita nak menghalang kegiatan rasuah di dalam negara.  Namun pihak berkuasa hendaklah menunjuk sikap tegas kepada rasuah. Jika ada aduan, segeralah  siaasat. Janganlah rasuah  yang kecil sahaja disiasat tetapi yang besar tidak disiasat.

BN memang tak serius menentang rasuah. Banyak kes besar terlepas begitu sahaja. 

Jika PR memerintah nanti  masih buat macam BN juga, maka kita juga kena  menghumban PR.  Jangan fanatik dengan PR. 

Sebagai langkah mula, PR kena semak MBnya atau Exconya yang rasuah dan salah etika dalam pengurusan negeri. Jika pimpinan PR tak responsif dengan  pentadbiran kerajaan negeri, maka rakyat akan bertindak apabila membuang undi.  Bau busuk mana boleh tutup.

Saya cadangkan TG Nik Aziz berundur dalam PRU 13 sebagai menyahut semangat manifesto PR, PM dan MB setakat dua penggal sahaja. Kita kena tunjuk contoh dulu, baru rakyat percaya kepada kita. Saya tak fikir pimpinan Pas Pusat atau anggota Badan Perhubungan Pas Negeri Kelantan berani meminta TG Nik Aziz berundur pada PRU 13 nanti.....

Alangkah harum nama   TG NIk Aziz jika berhenti di zaman kemuncaknya. Soal pengganti, biar Pas Pusat yang tentukan. 


Thursday, March 1, 2012

FIQH AL-AWLAWIYAT

Awlawiyat, prioriti atau keutamaan - sama maknanya. Hanya lain bahasa.

Yang selalu mengajar dan menyebutnya ialah para pemimpin atau uztaz atau tuk guru. Kita yang dibawah ini, beria-ia mematuhinya. Tetapi yang tukang ajar - tak konsisten  menurutnya. Ha ha.

Bagai nak rak program Himpunan Lynas dirancang. Kononnya 10,000 anggota Pas Pahang  dikerah hadir. Top-top   PJnya tak ada. Mungkin PJ Pahang ada awaliyat yang lain agaknya. Wooooo

(Terima kasih kepada anon yang memberitahu istilah  yang tepat)

Wednesday, February 29, 2012

Dr Zulkefly terbabas

YB Dr Zulkefly Ahmad adalah antara pimpinan Pas Pusat yang rajin, bijak strategi  dan kreatif. 

Tetapi macam Sanusi Junid, kreatif  berlebih-lebih pun akan menjadi macam orang "gila". Ha ha. Ya le, tanam padi atas bumbung.

Apabila Dr Zul  menyatakan Pas bersedia melantik bukan Islam sebagai Timbalan Presiden Pas, maka beliau sudah terbabas.

Dalam Pas sekarang ini, nak bagi orang bukan berkelulusan pengajian Islam (Ustazlah tu) sebagai Timbalan presiden pun  sukar sekali. Inikan pula nak bagi kepada bukan Islam.

Woooo.

PAS TAK SOKONG LYNAS?

Himpunan Lynas pada Ahad lalu amat berjaya. Tanpa sekatan polis, himpunan memakmurkan ekonomi Kuantan. Apabila semua orang bergerak, kegiatan ekonomi  secara otomatik rancak. 

Hanya kita tertanya-tanya,  Pas macam tak serius dengan Himpunan Lynas. Presiden dan Timbalan Presiden tidak ada, walaupun program ini telah dirancang agak awal lagi. Malah PJ Pahang yang menetapkan tarikh pun tak nampak batang hidung. Ketua Pemuda Pas, yang anak Pahang,  yang rela mengorbankan  darah pun tidak ada!!!!!

Maka tak hairanlah ada pihak yang mengatakan ada pimpinan Pas bersekongkol dengan projek Lynas. Woooo.

Nasiblah Salehudin dan Zul Omar menyelamat nama PAS  di Himpunan Lynas.....
 

Tuesday, February 28, 2012

PAS MEMANG PEMURAH

Bila Umno perintah sewajibnya orang Umno dapat projek. Pelik benar jika orang Pas dapat.

Bila Pas perintah Kelantan, Brahim Ali dapat projek. Katanya upah lawan Umno ketika itu. Wooo. Tak caya, tanyalah  orang Kelantan.

Bila Pas perintah Kedah, orang Umno juga yang dapat projek yang besar-besar. Kononnya doktrin Pas  suka mengagih-agih projek kepada ramai orang, tetapi katanya kini hanya seorang kuat Umno Kedah yang bakal  dapat projek.

Fasal itulah Fahrolrazi Nawawi merajuk diri tak mahu disambung sebagai Exco.  Ya lah, lazimnya kebenaran akan lambat diketahui ramai orang.....


Kononnya juga MB Kedah lebih suka melayan orang Umno dari orang Pas. Betul ke.  Jika sembang politik di Kedah, jangan sambil makan laksa. Kok tersembor  dek marah. Woooo

Kesian Salahudin kena settle masaalah Kedah. Mana orang "besau"  yang lain? 

Apapun Pas memang pemurah. Nak tambun tanah di markas Pas Kedah pun bagi kat Umno projeknya. Woooo.

MENGAPA 2 EXCO TAK MAHU BERSAMA KABINET AZIZAN?

Pas Pusat   boleh selesaikan masalah perlantikan Exco negeri Kedah.

Tetapi mesti ada sebab penting   mengapa dua orang Exco tak mahu dilantik lagi bersama kabinet Azizan Razak.

Pahrolrazi dan  Dr Ismail tak mau menyatakan sebab-sebabnya di  khalayak umum.  Yang ini Pas Pusat kena kaji dan selesaikan segera dengan Azizan.  Sementara ahli bawah masih beradab dan menjaga kepentingan parti, eloklah diselesaikan segera.  Jika ada "penyakit" tak diubat segera, maka lambat laun ianya akan menjadi barah membunuh parti...

Monday, February 27, 2012

DAILOG TERBUKA SETIAP MAJLIS CERAMAH

Sudah sampai msanya program ceramah Pas atau Pakatan Rakyat mengadakan sessi dailog atau soal jawab antara penceramah dengan  khalayak yang hadir.

Khalayak perlu bertanya subjek yang tidak disentuh oleh penceramah  atau khalayak belum puas hati dengan keterangan sang penceramah.

Biar khalayak puas hati dan hati  puas.

Kita pun  akan lebih  yakin dengan  keterampilan para penceramah - bukan sekadar syok sendiri!!!!

Ustaz Azhar Idrus  bukanlah ulama besar tetapi sessi  dailognya dengan khalayak telah menyebabkan lahir satu fenomena baru!!!!!

Ketika di ambang PRU 13, inilh peluang terbaik, penceramah PR mendengar suara hati rakyat bawahan melalui dailog terbuka.


Sunday, February 26, 2012

BUAT DOSA UNTUK DAPAT PAHALA?

Syok jadi pemimpin. Ha ha.  Jika tidak, mengapa ramai sangat menawarkan diri menjadi pemimpim. Walaupun kena buang masa, wang dan tenaga - syok jadi pemimpin, Malah walaupun tiada masa, kurang tenaga dan kurang wang - tetap mahu jadi pemimpin. Woooo

Pemimpin mesti menjadi sumber inspirasi orang bawahan atau pengikutnya.  Tetapi jika sudah ada tanda atau reaksi negatif dari orang bawahan, eloklah mengundur diri. Kalau tidak, anda akan menjadi sebab utama orang bawah berbalah.  Mula-mula nampak kecil. Tetapi lama kelamaan akan menjadi barah.  Mula-mula dapat dipendam dan disorok. Akhirnya akan meletup jua. Bila meletup - semua kojol. 

Kes Datok Asri dan Muhammad Nasir pada 1977/78 adalah bukti yang nyata. Pergeseran antara dua tokoh yang menyebabkan ada dua kumpulan. Akhirnya rakyat tolak Pas!!!!. Nak pulihkan Pas, kena tunggu 22 tahun!!!!!

Dalam Pas amat pelik. Kononnya nak buat pahala bekerja dalam parti. Tetapi kekadang kena buat dosa dahulu dengan bergocoh sesama sendiri kerana alasannya - nak buat "yang lebih baik". Woooo. Itulah dikatakan - buat dosa  dahulu  untuk dapat pahala. Ajaran baru ke ini????



Saturday, February 25, 2012

POLITIK: MEMBUNUH ATAU TERBUNUH

Semua jawatan politik ada kontrak masanya. Setiap jawatan ada pihak yang berkuasa  atau diber kuasa untuk  memilih atau melantik sesesorang.

Rakyat berkuasa menukar kerajaan jika tidak berpuas hati, tetapi kena tunggu habis penggal pilihan raya - 4 atau 5 tahun sekali.

Sultan pun boleh gugurkan MB tetapi kena tunggu habis penggal pilihan raya juga, macam kes Idris Jusoh di Terengganu

Umno atau Pas boleh buang Presidennya  atau Timbalan Presidennya tetapi kena tunggu tahun pemilihan di Perhimpunan Agung Umno  atau Muktamar Tahunan Pas. Itulah yang terjadi kepada Pak Lah dan Nasarudin Mat Isa.

Nak buang MB kena tunggu pilihan raya juga - samada kalahkan dia di peringkat DUN atau Presiden parti tak lantik lagi atau Sultan tak mau lagi. Atau ajak semua anggota DUN buat undi tak percaya kepada MB  sekarang juga. Woooo.  

 Kekadang politik seperti perang - membunuh atau terbunuh. Tarak win-win punya. Ha ha.

Friday, February 24, 2012

EXCO BARU KEDAH?

Pagi ini akan ada majlis angkat sumpah anggota Exco Kerajaan  Negeri Kedah.

Benarkah  akan ada Exco baru?

Wednesday, February 22, 2012

MOHAMAD SABU DI MAHKAMAH PAGI INI

Hari ini keputusan kes Mohamad Sabu di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, samada dakwaan kesnya berkaitan Mat Indera boleh diteruskan atau tidak.  Ini adalah kes bersejarah yang pertama sekali di Malaysia iaitu satu pandangan berkaitan dengan sejarah lampau dibicarakan. 

Jika hakim berpendapat kes ini boleh dibicarakan, maka anugerah MALAYSIA BOLEH adalah paling tepat sekali. Woooo.

Kita tunggu sebentar lagi keputusannya.

Tuesday, February 21, 2012

ABU - MOTIVASI ANAK MUDA KINI

Semalam saya hadir ceramah Anwar di Dewan Beringin Taman Sri Gombak, Kuala Lumpur. Melayu, Cina dan India hadir sama.

Sempatlah jumpa kekawan lain  dan pekena teh selepas tamat program. Antara cerita menarik ialah sikap orang muda kini. Walau apa pun fitnah dibuat ke atas Anwar dan Pakatan Rakyat, anak muda kali ini tetap bertekad mahu menjatuhkan Umno/BN dahulu.  Nampaknya slogan  ABU - Asal Bukan Umno sudah menjadi motivasi utama anak muda kini.

Syabas!!!!!!

Monday, February 20, 2012

IKUT METODE AZHAR IDRUS!!!!

Program Ustaz Azhar Idrus meletup di mana-,mana. Orang Pas datang. Orang Umno datang. Anak muda rock pun datang. Maaf cakap, program Pas dan Anwar pun boleh kalah dibuatnya.

Mengapa program Azhar Idrus meletup?

Antara sebab utamanya ialah ada sessi soal jawab. Ada interakasi dua pihak- yang menyampai dan yang mendengar.  Pendengar nak tanya apa yang tidak faham atau nak tanya subjek yang tidak disentuh oleh penyampai.  Ini adalah konsep dan amalan komunikasi yang baik dalam berdakwah.

Alangkah  baik  program politik pun buat begitu. Jangan buat satu hala. Seorang cakap setengah jam sudahlah. Kekadang tokoh kecil pun nak bercakap walaupun tokoh besar ada. Buang masa aja. Isinya akan berulang-ulang. Maka tak hairanlah para pendengar pekena sup gear box di ujung padang ceramah. Ha ha.

Ya, kita cadangkan supaya diadakan sessi dailog atau soal jawab selama satu jam selepas  ceramah politik disampaikan. Kita nak tengok sejauh mana kemampuan tokoh politik mengulas akan soalan yang ditanyakan oleh para pendengar.  Setakat berair ayat al quran dan hadis belum cukup untuk mengupas persoalan politik negara.

Sunday, February 19, 2012

BERLEBIH BENAR TU

Kita menghormati  rakan-rakan kita yang berlainan ugama, bangsa dan  budaya.   Bagi saya memadailah kita tidak menghalang mereka meraikan kepercayaan dan budaya  mereka masing-masing  sudahlah. Namun mereka  jangan pula "berlebihan" sehingga menimbulkan ketidakselesaan kepada kita pula.

Mutakhir ini, baik BN atau PR sama sahaja perangainya. Masing-masing  nak tunjuk mereka turut meraikan perayaan bangsa/ugama lain. Kekadang nampak berlebihan pula. Dalam facebook pun ditunjukkan merekalah jaguh dalam  meraikan kawan mereka yang berlainan agama atau bangsa itu.  Yang peliknya, mereka tak pula beria-ia menyambut perayaan yang berkaitan dengan ugama dan bangsa mereka sendiri.

Itulah gara gara gila politik. Nak raih undi, sehingga tak adil keoada ugama dan bangsa sendiri!!!!!


Saturday, February 18, 2012

jatuhkan bn dulu wei

Salah satu perbezaan utama antara parti politik Islam dengan parti politik biasa ialah sikapnya terhadao Israel.

Bab Israel - sikap Pas tidak akan sama dengan partik politik  lain. 

Dalam bab Israel, Umno dan Anwar mungkin sama sikapnya. Bukankah Anwar dalam Umno ketika pasukan bola keriket Israel datang melawat ke Malaysia satu ketika dahulu.  Israel sudah  pun  berdagang dengan Malaysia sejak Anwar dalam Umno juga.

Maka pada masa ini sehingga menjelang PRU 13, tumpuan tenaga  kita  ialah menentang dan menjatuhkan BN dan Umno. Selepas itu, baru kita cerita bab lawan israel semula. Woooo.

Friday, February 17, 2012

MANA YANG PALING TELUS DAN BERSIH

Sila buat undian di bahagian kanan blog ini.

Mencari yang terbaik antara yang baik.

 Woooo

Thursday, February 9, 2012

BERUNDURLAH SECARA SUKARELA BILA TAK POPULAR

Kalau anda popular dan layak menjadi calon, maka berebut-rebutlah orang mengalu-alukan anda  sebagai calon. 

Teringat bagaimana Mohamad Sabu yang menjadi calon di Kuala Terengganu  pada 2008. Walaupun atas arahan Pas Pusat  bagi Mohamad Sabu bertanding di Kuala Terngganu  tetapi  ianya  "kurang selesa" kepada sebahagian pimpinan Pas Kawasan yang mengidam sama kerusi tersebut.  Undi yang diterima oleh Mohamad Sabu  melambangkan perpecahan antara undi DUN dan undi Parlimen.  Undi  Pas di peringkat Dun lebih banyak dari Parlimen kerana ada suara yang berkata " Undi Pas untuk Dun wajib, undi untuk parlimen, terpulang kepadamu"

Cakap banyak pun tak guna. Nak faham, fahamlah. Itu  Mohamad Sabu, orang politik bertaraf nasional. Inikan pula calon bertaraf bilis di peringkat DUN. Wooooo.

Tuesday, February 7, 2012

ANAK JANTAN POLITIK: KEMBALI KE NEGERI ASAL

Besar harapan PR Johor mahu memartabatkan Salahudin Ayub sebagai MB Johor. 

Kalau ikut mazhab Hasan Ali, PR Johor kena dapatkan restu Sultan Johor terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa pengistiharan, Ha ha

Hebat sekali matlamat PR  Johor.  Bukan sekadar mahu menafikan majoriiti dua pertiga, tetapi terus mahu memerintah Johor. Tanpa Hasan Ali pun, matlamat PR Johor tetap BESAR. woooo.

Jika Salahudin tak dapat jadi MB, dapat jadi Ketua Pembangkang  di Dun Johor pun sudah Ok juga. Ha ha.

Apabila Salahudin kembali  ke negeri asal, rasanya pimpinan Pas yang lain pun kena buat begitu  juga. Baru anak jantan!!!!   Mohamad Sabu dan Mujahid Yusof Rawa kembalilah ke Pulau Pinang untuk meningkatkan martabat Melayu PP.   Anwar  Ibrahim, Mohamad Sabu dan Mujahid sewajarnya    membuat gagasan besar politik Melayu Pulau Pinang. Kalau tidak,   mamak-mamak Pulau Pinaang akan mengaku Melayu JATI di Pulau Pinang. Wooooo

Sunday, February 5, 2012

ISYARAT SEBENAR HJ HADI

Apabila Hj Hadi memberi isyarat mahu berundur dari politik, sebenarnya ia memberi isyarat kepada pemimpin veteran Terengganu lain agar berbuat demikian juga.  Hj Hadi  telah melantik Wahid Endut sebagai Pesuruh Jaya Pas Terngganu. Ini menggambarkan penyerahan mandat Hj Hadi kepada pimpinan pelapis  baru Pas Terngganu untuk mengetuai pemerintahan selepas PRU 13 ini.

Hj Hadi akan lebih bersedia untuk fokus politik Malaysia. Rakan-rakan sebayanya atau yang lebih tua dari beliau, wajar juga fokus kepada poltik Malaysia atau berundur diri memberi laluan kepada generasi pelapis. Rakyat mahu melihat barisan pemimpin Pas yang muda, segar dan agresif.

Moga Pas Terngganu akan  mengambil alih pemerintahan dari BN pada PRU 13 ini. Dan Wahid Endut sebagai MBnya. Pemimpin veteran tetap memberi sumbangan besar kepada Pas dan tetap berpeluang menjadi penasihat kepada generasi pelapis. Jangan pula generasi pelapis buat tak tau sahaja kepada  pemimpin veteran selepas menang!!!!


Saturday, February 4, 2012

BAKAL CALON: TANYALAH ORANG SEKELILING

Rakyat cenderung memilih Pakatan Rakyat

Tetapi pada  beberapa  kes,  rakyat tak berminat dengan  seseorang  menjadi  calon pilihan raya mewakili PR.

Ada yang menjadi MP masa kini, tetapi rakyat tak berminat

Ada yang menjadi Adun masa kini, tetapi rakyat tak berminat

Ada yang menjadi YDP masa kini, tetapi rakyat tak berminat

Ada yang menjadi AJK Pusat, tetapi  rakyat tak berminat pun

Malah ada yang jadi MB, tetapi rakyat tak berminat.

Eloklah sang calon bertanya orang sekeliling, betapa popularnya aku?  Jangan syok sendiri nak jadi calon, walhal orang bawah pun tak yakin dengan anda.  Tak menjadi calon, bukan bermakna anda tidak berjihad. Woooo.

Janganlah kerana anda, PR tak menang!!!!

Friday, February 3, 2012

ALAHAI - BILA NAK ISTIHAR HARTA

Antara manifesto PR Negeri yang belum memerintah ialah mahu mengistihar harta MB dan Exconya, selepas  menang  menumbangkan BN. Kita teramatlah mengalu-alukannya.

Hanya yang kita pelik, setakat ini negeri-negeri yang  sudah diperintah  oleh  PR, masih belum pun berbuat demikian, kecuali Pulau Pinang!!!!

Agaknya MB Kedah, Kelantan dan Selangor   ada nas supaya tidak perlu mengistiharkan harta. Jangan risau,  rakyat tak akan meminta harta peribadi tuan-tuan!!!!. Wooooo



Thursday, February 2, 2012

PELANCARAN DANA PILIHAN RAYA PAS TAMPIN

PELANCARAN TABUNG PILIHANRAYA  
PARLIMEN TAMPIN

MAKAN MALAM BERSAMA TUAN HJ MOHAMAD SABU - TIMBALAN PRESIDEN PAS

TARIKH:
26  HB FEBRUARI 2012

 TEMPAT:
MARKAS PAS CAWANGAN TAMPIN
BATU 2 3/4, JALAN REPAH
TAMPIN 
N.SEMBILAN

JAM:
8.30 MALAM

DAPATKAN TIKET VVIP RM 50 DAN TIKET BIASA RM 25  DARI:

HJ ROSLI IDRIS:  013-6315181
HJ ABU SUFIAN: 013-6303848
ISKANDAR:017-8050938

Monday, January 30, 2012

RAKYAT MAHU KEBENARAN

Apabila rakyat sesebuah negara menegur pemimpin negara misalnya PM, bukan bermakna rakyat itu mahu menjadi PM. 

Apabila anggota parti menegur pemimpin parti, misalnya Presiden, bukan bermakna anggota parti itu mahu menjadi Presiden parti.
Apabila rakyat sesuatu negeri menegur MBnya, bukan bermakna rakyat itu mahu menjadi MB.

Rakyat hanya mahu pembaharuan. Rakyat mahu kebenaran. Rakyat mahu jawaban. 

Saturday, January 28, 2012

HIDUP AZIZAN

Pas, bab lawan Umno nombor satu.  PM ke , TPM ke, menteri cabuk ke - penceramah Pas balun semacam sahaja. Ha ha.

Tetapi apabila MB atau exco Pas yang sedang memerintah negeri buat "kelaku" -  tak ada siapa yang balun. Woooo.

Mungkin agaknya kerana adab jamaah, maka tak boleh membalun kerajaan Pas. Yang boleh  dibalun ialah kerajaan BN sahaja.  Jika kerajaan Pas, kena selesai cara "dalaman" sahaja, kononnya.

Dalam kes KUIN - tak dengar pun komen pimpinan atasan Pas. Dari Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib  Presiden dan AJK Pas Pusat - kecut perut dengan Azizazn. Woooo

Hidup Azizan!!!!!

Saturday, January 21, 2012

MANA SATU PILIHAN HATI

Alangkah baiknya jika yang memerintah tu sama agama dan sama bangsa dengan kita. Tetapi jika yang sama agama dan sama bangsa itu, kaki rasuah, apa macam?

Jika sesama bangsa itu, semuanya baik, maka kita akan memilih orang yang terbaik

Jika sesama bangsa itu semuanya terburuk, maka kita akan memilih orang yang paling kurang "buruknya":. Ha ha.

Tetapi jika  ada orang yang seugama dan sebangsa denagn kita adalah kaki rasuah  dan sebaliknya ada seorang lagi pula lain ugama dan  bangsanya tetapi amat bersih pemerintahannya - mana satu pilihan hati.

Politik Malaysia kini semacam mahu  memilih antara  Melayu yang rasuah atau Cina yang bersih. Ya, nak pilih Melayu  Umno yang rasuah atau Cina DAP yang bersih?

Yang pasti dan mudah ialah memilih Islam dan Melayu PAS dan PKR. Jika semua kerusi Umno bertukar kepada Melayu PAS dan Melayu PKR - maka tak timbul Melayu hilang kuasa di negara ini.  Woooo
Jika orang Cina sudah bersedia menyokong Pas dan PKR, maka tak ada sebab orang Melayu takut untuk menyokong Pas dan PKR.

Yang kita mahu kerajaan bersih dan komited dengan kerajaan yang bersih. Umno nak selesaikan kes lembu yang melibatkan RM 250 juta pun terkial-kial. Nampak sangat tak peka langsung dengan kehilangan dan salah guna wang rakyat!!!

Sebahagian rakyat Malaysia pada PRU 13 ini sebenarnya mahu  menentukan pilihan mereka - samada mahu Melayu Umno yang rasuah atau Cina yang bersih (DAP). Woooo.




Friday, January 20, 2012

BANDUAN PUN ADA HAK BELAJAR

Dalam menghadapi cabaran politik moden, pemimpin politik atasan Pas  kekadang dilihat sebagai  jumud.

Dalam era orang nak buang Akta Universiti, MB Kedah selaku orang kuat KUIN telah menggantung pelajarnya dari mengikuti pengajian.  Bagi seorang pelajar,  hukuman   yang paling keras ialah pergantungan pengajian. Hidup dan tujuan seorang pelajar ialah belajar. Jika pergantungan belajar dikenakan ke atas serang pelajar - itulah hak dan keistimewaan yang paling utama bagi seorang pelajar yang dihilangkan  dan dirampas.

Seorang banduan pun diberi hak untuk belajar dalam sel penjaranya!!!! Inikan pula seorang yang hanya didakwa sebagai melanggar peraturan  Universiti sahaja. Tak padan  hukuman  dengan dosanya itu.    Belajar merupakan hak asasi manusia. Ia mesti di beri, walau dengan apa cara sekalipun.

Pas Pusat wajar menasihati MB Kedah.  Kedah gagal melaksanakan aspirasi manifestonya.

Cara Pas menghadapi kes KUIN, akan menyebabkan Pas  kehilangan sokongan undi orang muda!!!

Wednesday, January 18, 2012

LANTAK KAULAH HASAN ALI

Sekarang, jika Hasan Ali nak kata apa pun kepada Pas, saya tak marah. Ha ha. Dia bukan anggota Pas, sudah tidak tertaklok kepada adab dan peraturan sebagai anggota Pas. Lantak hanglah, nak kata apu pun. Siang malam, pagi petang -   buatlah  kerja  itu.  Round dunia pun saya alu-alukan.Setiap amal akan dibalas Allah jua. Terpulanglah kepada dia. Dia ada Phd oi, tentu amat bijak berfikir dan membuat keputusan. Woooo

Jika sesiapa rasa Hasan Ali betul, pun kita galakkan bersama Hasan Ali. Jika  Pas tak pecat tuan-tuan,  bolehlah tuan-tuan  menghantar surat berhenti menjadi anggota Pas.  Ha ha. Apa ada hal.

Bagi saya, pimpinan Pas lambat bertindak ke atas anggotanya yang  menentang dasar dan strategi parti.  Macamlah Pas tak ada peraturan. Pas bukan parti dakwah sahaja tetapi sekaligus parti politik. Mesti ada peraturannya. Kalau lambat, kita akan dilihat pondan dalam membuat keputusan. Namun  baiklah "lambat sikit" dari tak buat apa langsung. Woooo.





Friday, January 13, 2012

SELAMAT BERKONVENSYEN

Esok akan berlangsung Konvensyen Pakatan Rakyat ke 3 di Alor Star.

Selain merumuskan keazaman untuk menumbangkan BN pada PRU akan datang serta pelancaran manifesto PR, saya berharap sangat jika konvesnysen ini melahirkan satu piawaian konsep ketelusan yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat.  Penubuhan Hisbah atau Selcat, pengistiharan harta  di kalangan exco, enakmen kebebasan maklumat,  kesederhanaan  mengguna  kemudahan awam, pemotongan elaun yang berlebihan dan kawalan ke atas belanjawan GLC Negeri perlu dilaksanakan oleh semua negeri Pakatan Rakyat.

Pimpinan negeri-negeri Pakatan Rakyat hendaklah mencontohi mana-mana amalan baik yang diamalkan oleh negeri lain. Tidak kira samada contoh amalan itu  dari   negeri yang diketuai oleh Pas, PKR atau DAP.

Walaupun setakat ini Ketua Audit Negara memuji prestasi pengurusan negeri Pakatan Rakyat,  peningkatan perubahan hendaklah ditingkatakn dan diteruskan.

SELAMAT BERKONVENSYEN


MUSIBAH UNTUK PERPADUAN

Pagi kelmarin saya singgah di Balai Polis Tampin untuk bersama menyambut bebasnya tahanan petugas Pas Tampin.   Sesekali rakan kita diterima ujian, ianya memberi makna kepada rakan seperjuangan yang lain pula. Apabila hampir semua pimpinan Pas dan PKR hadir pada pagi kelmarin   menunjuk simpati, ianya menggambarkan perpaduan menentang BN

Kekadang kita perlu ada suatu "musibah", untuk menzahirkan perpaduan di  kalangan anggota  jemaah   kita sendiri.  Oleh kerana  itulah,   Islam meminta kita menziarahi orang sakit, yang kemalangan,  yang meninggal dunia  dan lain-lain musibah.  Janganlah kita "berjemaah" dalam majlis kenduri kahwin sahaja.   

 Anggota Pas perlu dilatih untuk peka   dengan perit derita rakyat.  Sebelum itu latihlah anggotanya supaya peka dengan perit derita  di kalangan   anggota  jemaahnya  dahulu.   Bukankah Rasullulah  saw  sering bertanya  hal ehwal akan  anggota jemaahnya yang dilihat tidak hadir   pada solat jemaah.

Sekadar ingatan untuk diriku.....

Thursday, January 12, 2012

5 TAHANAN REMAN AKTIVIS PAS TAMPIN BEBAS

5 oang aktivis Pas Tampin   yang ditahan reman  sejak malam  Isnin  lalu   telah bebas pada tengahari ini. Kelima-lima aktivis Pas ini telah menghalang seorang  yang tak dikenali yang telah meruntuhkan poster dan kain rentang berkaitan dengan pelancaran   manifesto   Pakatan Rakyat Negeri Sembilan pada 15 Januari ini di Dataran Gemas. Orang yang tak dikenali itu akhirnya diketahui adalah kakitangan  PBT Tampin.  Kakitangan PBT ini tidak memakai pakaian seragam semasa meruntuhkan poster Pakatan Rakyat.  Pihak PR Tampin amat yakin pegawai PBT ini menjadi alat Umno untuk mensabotaj program PR pada 15 Januari yang akan dihadiri oleh Anwar Ibrahim.

Turut hadir di Balai Polis Tampin  pada tengahari tadi ialah YB Pesuruh Jaya Pas Negeri Sembilan,  pimpinan Pas Kawasan, pimpinan Cabang PKR serta  pimpinan Pas cawangan-cawangan di dalam kawasan Tampin.
Kesemua bekas tahan bergambar dengan PJ dan YDP Tampin

Yang ditahan  ialah Zanil Suboh, Shamsudin Hashim. Musa Ali. Mohd Nor Isa dan Mohamad bin Yusof.

TYDP (kanan) dan NYDP Pas Tampin menunggu sejak awal pagi


  


Sebahagian muslimat Pas juga  menyambut  tahanan reman yang bebas hari ini.
Musa Ali bersama isreri dan anaknya.






Shamsudin dan isteri.

Wednesday, January 11, 2012

SELAMAT BERJUANG HASAN ALI

Menurut Hasan Ali, sejak 1997 dia sudah  perhati Anwar dan akhirnya tak percaya kat Anwar pada minggu lepas. Aduh lambatnya sedar sehinggakan sempat bersama dengan  PKR dan  DAP untuk memerintah Selangor mulai 2008.

Alah, habak sahaja hang tu dah mula tak laku dalam Pas. Orang bawahan Pas dah tak berkenan  dengan hang.  Macam-macam orang dah mengata kat hang. Kat Tg Karang tak laku. Kat Gombak tak laku. Jadi PJ, Pas kawasan menyampah. Mana ada kawasan yang beria-ia mencadangkan hang lagi untuk jadi PJ pada 2011.

Oleh kerana hang selalu sebut hang ada PHD, gunakanlah PHD tu untuk buat apa  yang patut selepas ini  demi kebaikan Islam,  Melayu   dan Raja.  Maklomlah Pas tak sehebat idealisma hang!!!!

Saya ucapkan selamat berjuang kepada Hasan Ali. Janganlah kau kembali kepada Pas lagi. Pas tak layak untuk kau wahai Hasan.

Tuesday, January 10, 2012

USAHLAH DIKAU MERAYU

Nasarudin Mat Isa dan Tuan Ibrahim menasihat Hasan Ali supaya  merayu akan pemecatannya dari Pas.  Sebenarnya kedua-dua mereka ini amat mencintai Hasan Ali. Ha ha. Hanya mereka tak gamak nak ikut perangai Hasan Ali sahaja. Wooo.

Wahai Hasan Ali, usahlah dikau merayu kepada PAS lagi. Pas sudah sesat, tak ikut akidah Islam. Lebih baik kau kuatkan HIMPUN bersama Azmi tu. Ha ha. Kau pakar motivasi, tentu ramai yang akan mengikut dikau.  Berjuanglah untuk Islam, Melayu dan Raja. Oh ya, Raja-Raja Melayu tu masih kurang elaunnya, baik kau tambah lagi supaya tak sapu balak  hasil negeri!!!!

Kepada pimpinan Pas yang masih simpati dengan Hasan Ali, saya mohon agar berjumpalah Hasan Ali setiap hari dan nasihatkan supaya letak jawatan Exco Selangor segera. Ajar Hasan Ali jadi jantan dalam politik.   Dan jika ada hutang dengan kekawan dalam Pas, eloklah dibayar segera.  Jangan buat "dek" sahaja.


Monday, January 9, 2012

APA LAGI LETAKLAH JAWATAN EXCO TU

Jika Hasan Ali anak jantan dalam politik, beliau sewajarnya meletak jawatan sebagai anggota Exco kerajaan Negeri Selangor selapas dipecat dari Pas.

Jawatan itu dipegang kerana mewakili Pas.

Jika  tak hendak letak jawatan, nampak sangat mata duitan.

 Kita yakin, tokoh motivasi ini gentle man

Woooo


Friday, January 6, 2012

ASAL BUKAN UMNO

Membuang Umno/BN dari persada pemerintahan negara merupakan langkah pertama ke arah mewujudkan sebuah negara yang adil, telus, bebas rasuah, dan memiliki urus tadbir yang baik. 

Penggantinya, mungkin baik pada peringkat awal tetapi belum ada jaminan akan terus  kekal baik. Maka tugas rakyat hendaklah terus memantau dan menegur pemerintah semasa. Jika degil tak mau berubah, maka tugas rakyat hendaklah menggantikannya. Kita tidak perlu kesetiaan kepada sang pemerintah. Kita hanya setia kepada sang pemerintah yang baik. 

Apa yang penting, bukan siapa yang memerintah tetapi  rakyat bersedia "menukar" sang pemerintah bila-bila masa apabila  sang pemerintah  tidak mahu melaksanakan pemerintahan yang baik.

Jepun dan Amerika terus maju walau sang pemerintah sentiasa bertukar acap kali.

Jangan termakan dakyah "biar Melayu walau rasuah". Itulah asobiyah yang membawa anda ke neraka. Woooo

Slogan "Asal Bukan Umno" merupakan tugas pertama rakyat Malaysia.  Tetapi di  Selangor - Asal Bukan Hasan Ali. Pas akan menerima padah  jika Hasan Ali bertanding lagi. Ingatlah wahai pimpinan PAS!!!!!  Bukan anggota Pas sahaja menyampah Hasan Ali tetapi pengundi pun naik muallll!


Thursday, January 5, 2012

SAYA YANG BERHORMAT



Kesahnya klik di sini

RAMAINYA YANG LAYAK

Pada tahap ini sepatutnya Pas Kawasan telah menyenaraikan pendek nama calon yang bakal bertanding pada PRU  ke 13.  Lazimnya Pas Negeri hanya meminta 3 nama sahaja untuk dipertimbangkan dan seterusnya  memilih satu calon pilihan sahaja untuk bertanding. Namun ada desas desus di satu kawasan atas angin telah mencadangkan  7 nama pilihan untuk dipertimbangkan oleh  Pas  Negeri. 

Hebat sekali kawasan atas angin ini kerana tidak mahu "menyenarai pendekkan" bakal  calon tetapi sebaliknya "menyenarai panjangkan"  nama bakal  calon untuk  Pas Negeri membuat  pilihan nanti. Ha ha.

Nampaknya gaya pengurusan baru sedang dianuti oleh Pas kawasan atas angin ini.  Tugas mesyuarat adalah membuat  ringkasan cadangan yang akan memudahkan  pihak atasan membuat keputusan. Oh, mungkin agaknya Pas Kawasan atas angin ini merasakan semua nama yang dicadangkan layak sekali mengganti calon lama.  Jika begitu, signal telah diberi. Alangkah baiknya jika  calon lama menarik diri. Kalau kawan sendiri, malah anggota jentera pilihan raya sudah tidak berkenan kepada kita, eloklah angkat kaki!!!

Ikut rasmi pelepah kelapa- gugur sendiri, jangan ikut pelepah pisang - kena disentap  - bak kata orang tua-tua. Woooo.

Teingat kata kawan-kawan di kedai kopi - kini era "ana yang paling layak". Ha ha. 

Wednesday, January 4, 2012

MALAYSIA TETAP MAJU TANPA UMNO/BN!!!!

Pas akan terus maju tanpa Nik Aziz Abd Aziz atau Hj Abd Hadi Awang.

DAP akan terus maju tanpa Lim Kit Siang atau Karpal Singh

PKR akan terus maju tanpa Anwar

PR akan terus maju tanpa Anwar!!!

Yang penting rakyat sedar kebobrokan UMNO/BN.

Yang penting rakyat sedar tanpa BN, Malaysia tetap bertambah maju!!!!!

Tuesday, January 3, 2012

MISI 2012

Misi pertama 2012 ialah menjatuhkan BN dari tahta negara!!!!


Misi kedua 2012 ialah menjatuhkan BN dari tahta negara!!!!



Misi ketiga  2012 ialah menjatuhkan BN dari tahta negara!!!!

Wednesday, December 28, 2011

PARTI MELAYU ORI

Semua orang ada hak dan visi politik. Tetapi kita mahu mereka konsisten dengan visinya. Barulah kita boleh tabik hormat kepada  mereka.

Jika anda seorang pejuang Melayu tulin - tubohlah sebuah parti Melayu, 100%  anggotanya  orang Melayu, jangan bergabung dengan parti-parti bukan Melayu dalam pilihan raya  - bertandinglah seorang diri, jangan layan kehendak bangsa lain, dan pastikan semua sektor ekonomi diambil semula untuk monopoli atau majoriti  orang Melayu.

Jika macam tu - baru berjuang untuk Melayu.

Tuesday, December 27, 2011

CALON - MELIHAT KELEBIHAN ORANG LAIN

Menjadi aktivis parti tak siapa bertanya latarbelakang akadamik atau kerjaya kita. Kerja aktivis parti adalah secara sukarela, tak siapa membayar gaji atau elaun kita. Kita hanya mencari ganjaran Allah swt sahaja. Berapa ramai anggota parti yang berkorban dari sekupang dua sehinggalah ratusan ribu ringgit. Ada yang sanggup wakaf tanah berekar kepada parti. Ada yang menyumbang wang setiap bulan. Mereka tak pernah mengharapkan balasan projek  jika partinya memerintah. Malah jauh sekali berangan menjadi calun pilihan raya.

Tetapi apabila parti mencadangkan nama calon  pilihanraya, ianya tidak terikat kepada nama dikalangan aktivis parti atau di kalangan AJK parti. Kita mencari nama yang mampu diterima ramai oleh pengundi. Barang pasti latarbelakang kerjaya,  kelulusan akadamik, hubungan dalam masyarakat dan kemampuan diri diambil kira.  Shahnon Ahmad dan Cikgu Huda yang bertanding di Sik bukan pun aktivis parti tetapi dipilih oleh parti mewakili parlimen Sik dan menang. Hasan Shukri yang pernah menjadi Naib Presiden Pas sekian lama pun tak tergila-gila nak cadi calun. YDP Pas Parit Buntar pun tak menjadi calun, sebaliknya memberi laluan kepada Dr Mujahid Yusf yang diimpot dari luar. YDP Titiwangsa juga tidak bertanding memberi laluan kepada Dr Loklo

Pimpinan yang bijak dan berstrategis sanggup memberi laluan dan  mencari calon di Luar AJK, jika berhasrat menambah "faktor" kemenangan.   Tambahan pula jika sudah beberapa kali bertanding dan kalah. Elok sahaja beri peluang kepada orang lain. Terlebih "perasan" pun tak elok juga. Orang ramai akan lebih hormat kepada kepimpinan kita jika sanggup bertolak ansur dalam mencari kemenangan parti. 

Antara "kelemahan" dan "kekurangan" ada perbezaan. Kelemahan mudah dan segera boleh diatasi. Tetapi kekurangan mengambil masa untuk diatasi. 

Pemimpin kena "peka" dengan signal orang bawah. Kalau tidak - akan menambah kebencian orang kepada kita!!!!!


Saturday, December 24, 2011

MELAYU OH MELAYU - 1

Di era awal kemerdekaan, Umno meraih undi dengan isu keselamatan negara. Kononnya mengundi Umno selamatlah negara. Parti selain Umno adalah pro kominis dan mengancam keselamatan negara. Ramailah pemimpin pembangkang yang diISAkan sehingga melumpuhkan parti mereka. Zaman itu hanya  ada RTM dan Utusan Melayu sahaja sebagai media propaganda. 

Fasa selanjutnya Umno  menggunakan isu pembangunan pula. Hanya BN sahaja  yang mampu membangunkan negara.  Macamlah Amerika , Jepun dan Singapura  maju kerana ada Umno.

Namun, apabila Umno berjumpa dengan orang Melayu, isu "Melayu"lah yang menjadi nyanyian mereka.  Jika Umno kalah, orang Melayu  seolah-olah  tidak akan memimpin negara  ini lagi.  Walaupun semua calun Umno dilawan oleh calun Melayu dari pembangkang,  tetapi pengundi dibayangkan jika Umno kalah,  calun Cina yang menang. Ha ha. Macamlah Hj Hadi  itu Cina yang berjaya mengalahkan Umno di Marang.  Macamlah Anwar itu Cina yang berjaya kalahkan Umno di Permataang Pauh.


Umno berjaya memerintah kerana ia terpaksa bekerjasama dengan MCA, MIC dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak. Umno tidak mampu berkuasa tanpa sokongan parti-parti tersebut. Lantaran itulah Umno selalu mempengaruhi pengundi Melayu supaya  jangan undi DAP kerana jika DAP menang, maka MCA yang kalah.  Kekalahan  MCA itu akan menyebabkan Umno  pun tak dapat memerintah lagi.  Lantaran itulah DAP sentiasa diwarwarkan anti Melayu, anti Raja Melayu, anti Islam!!!!  Malangnya, bukan rakyat bawahan termakan nyanyian Umno ini, tetapi ianya sudah termasuk dalam hati sebahagian pimpinan Pas.  Walaupun pada zahirnya bersama Pakatan Rakyat  tetapi jauh nun di hati, masih teringat-ingat hendak berpeluk dengan Umno!!!!!  Mereka sanggup mahu bersekongkol dengan Umno yang haprak dengan rasuah!!!!

Nasib baiklah orang bawahan  Pas  amat "keras" dengan Umno!!!!

Wednesday, December 21, 2011

JIKA HASAN ALI ANAK JANTAN

Hasan Ali tak setuju konsep negara berkebajikan Pas.

Jika anak jantan, berhentilah menjadi exco negeri Selangor.

Pas Pusat kena mohon agar MB Selangor melantik exco lain menggantikan  Hasan Ali.

Kalau ada apa-apa hutang dengan Harakah eloklah dibayar habis segera kerana Pas bukan badan "kebajikan" menolong orang membayar hutang.
Woooo.

Tuesday, December 20, 2011

ANASIR UG BERKOKOK DALAM PAS

Orang lama dalam Pas boleh membaca gerak geri pimpinan Pemuda Pas. Orang lama dalam Pas tak kagum dengan serban Ketua Pemuda. Orang lama  dalam Pas tak hairan status anak Tok Guru Nik Aziz.

Apabila idea UG sedang cuba dimasukkan dalam Pas, kedua-dua anak muda ini adalah antara pendukungnya

Salah seorang anak muda ini meraih projek dari hubungan dengan orang Umno..

Apabila mereka meyokong Hasan Ali dan  Nasarudin Mat Isa, maka semakin jelaslah kepada kita - warna kulit mereka yang sebenarnya.

Tetapi anak muda dalam Pas sentiasa 'bersangka baik" dengan pimpinan mereka. Tidak ada jaminan bahawa jika mereka mengambil alih pimpinan Pas Pusat  pada masa akan datang - mereka syok dengan idea perpaduan dengan Umno!!!!

Wooooo. Jika saya hidup lagi, maka saya akan menentang habis-habisan.

ASALKAN BUKAN UMNO

Monday, December 19, 2011

TINGGALKAN PAS - PAS TERUS MAJU!!!!

Berparti atau dalam Pas disebut berjemaah. Jika anda masuk parti, anda membantu menguatkan parti. Tetapi jika anda keluar parti, jangan fikir anda akan melemahkan parti.  Silap sekali jika fikir begitu.

Meriah sungguh bila Pas ada Akl Hayy. Tetapi apabila  Akil Hay tidak  aktif dalam Pas, Pas tetap bergerak maju.

Pas pernah ada Asri, Nakhaei, Suhaimi  Said , dan beberapa nama yang tak larat nak tulis. Ada mereka, Pas  diperkuatkan. Tetapi bila mereka keluar Pas, Pas tidaklah lemah. Malah terus maju.


Alhamdulillah jika niat anda masuk Pas untuk menyumbang dan menguatkan Pas. Tetapi jangan sesekali anda keluar atau berhenti dari Pas dengan niat hendak melemahkan Pas. Ianya tidak akan berlaku.

Jika masuk Umno berniat nak kaya,  mungkin ada harapan kaya. Nasib tak baik bertambah papa lagi!!!!

Wooo.

Saturday, December 17, 2011

JANGAN TAKSUB - BEBAS RASUAH

Sesiapa nak kaya - berniagalah.

Jika nak kaya dengan jalan politik - mesti ada rasuah atau unsur rasuah.

Tak kira orang BN atau PR - sama sahaja kelakunya. Orang PR  belum ada kesempatan lagi agaknya. Ha ha.

Maka yang penting ialah para pengundi kena peka dengan kelaku  wakil rakyatnya.   Jika menyeleweng kena dibuang dari persada jawatan.   Barulah kita akan lahirkan sebuah negara bebas rasuah. Rakyat kena cerdik dan bebas dari ketaksuban parti!!!!!

Friday, December 16, 2011

HERO KESIANGAN HARI

Hasan Ali akan berusaha menyatukan Pas dan Umno.   Siapa pula melantik dia mewakili Pas untuk bersatu dengan Umno?   Umno pun tak melantik dia sebagai wakil Umno. 

Kok ya nak bayar hutang, janganlah menjadi hero kesiangan hari.

Hari ini Hasan Ali minta pemimpin Pas berjiwa besar,  bersedia mendengar pendapat orang lain. Tetapi ketika belaiu sebagai PJ Selangor berbeza pendapat dengan Khalid Samad dan Saari Sungip - dipecatnya Khalid sebagai TPJ dan Saari Sungi sebagai Ketua Penerangan. Termuntah mendengar cakap Hasan Ali ini. 

Wooooo.

Thursday, December 15, 2011

SEMUA SEMANGAT BERTANDING

Semua bersemangat menjadi calun pilihan raya.

Yang uzur pun bersemangat.

Yang tak ada wang deposit pilihan raya pun bersemangat.

 Yang malas berkhidmat dengan parti pun bersemangat.

Yang tak reti bercakap pun bersemangat.

Yang tak ada kawasan pun bersemangat

Yang kedekut pun bersemangat

Yang tak popular dengan orang bawahan pun bersemangat

Itulah penangan "zaman boleh menang". Woooo

Wednesday, December 14, 2011

SEMANGAT MENANG SEMAKIN MEMBARA

Pilihan raya semakin hampir.  Semangat  menang semakin membara. 

Hanya dikhuatiri persiapan sahaja belum dibuat.  Ramai yang bangga dengan  kerja "last minute"  -  semacam  jihad yang hebat. Semuanya akan beres apabila sampai masanya. 

Betul ke macam itu?


Saturday, December 10, 2011

SHAHRIZAT JANGAN LETAK JAWATAN

Janganlah mendesak Shahrizat berhenti sebagai Menteri sekarang.  Kita mahu kalahlah dia lagi dalam PRU 13.

Kita akan bentang poster lembu sebanyak-banyaknya nanti di Lembah Pantai.

Atau kita akan berjamu dengan lembu-lembu  milik keluarga Shahrizat.


WOoooo

Friday, December 9, 2011

BOLOT JANGAN TAK BOLOT

Kononnya Umno pejuang nasib Melayu. Sebenarnya mereka menggunakan alasan tersebut untuk memperkayakan segelintir  orang tertentu sahaja.

BN adakan permit teksi tetapi bukan induvidu terbanyak yang dapat.  Yang dapat hanya syarikat kroni sahaja. Bayangkan satu syarikat dapat 100 ke 500 permit teksi.  Depa sewakan  kereta  sehari   antara RM 30 ke RM 50 ke induvidu pula. Betapa untung segera yang depa buat. Dalam masa yang sama induvidu yang menyewa teksi tersebut menjadi hamba membayar sewa teksi selama 5 ke 7 tahun, baru dapat memiliki teksi dengan harga berganda.

BN adakan AP untuk impot kereta mewah. Hanya tak sampai 100 orang sahaja yang layak mendapat AP.  Depa sahaja yang membolot sejak AP diperkenalkan. Hanya 15% sahaja yang benar-benar berniaga kereta mewah. Yang lain mengAliBabakan AP itu. Kaya mudah atas angin dengan menjual kertas AP sahaja. Satu AP berharga lebih kurang RM 40,000.00. Jika 100 AP, depa untung atas angin  RM 4 juta!!!  Apabila ada usahawan baru nak mulakan perniagaan kereta mewah, AP tidak dikeluarkan lagi!!!!!  Itulah cara Umno membantu Melayu. Bukan semua Melayu tetapi seorang dua Melayu sahaja.  Mestilah rapat dengan Pak Menteri. 


Banyak lagi kesah lain. Cukuplah dua cerita itu!!!!!  Itu pun penyokong setia  Umno tak faham-faham. Woooo

Thursday, December 8, 2011

PEMBAZIRAN TENAGA KERJA DI PERKHIDMATAN AWAM

Penjawat awam adalah berkhidmat untuk kepentingan rakyat bukan untuk kepentingan parti pemerintah.  Namun Umno mewujudkan pelbagai jawatan atas nama perkhidmatan awam untuk menjalankan kerja-kerja untuk kepentingan partinya.

Antara jawatan awam yang diwujudkan itu ialah di KEMAS, JABATAN PENERANGAN DAN  RISDA.
Kalaulah Fuad Hassan pun memegang jawatan Ketua Pengarah JASA di Jabatan Penerangan, apa punya tuuur daa!!!!

Tanda jawatan itu tidak penting ialah jawatan itu bertaraf KONTRAK SAHAJA.

Inilah antara pembaziran yang dibuat oleh Umno/BN!!!!!

Tuesday, December 6, 2011

NIK AZIZ BERTANDING LAGI

TG Nik Aziz istihar akan bertanding lagi.

Siapa orang dalam parti berani menasihatkannya untuk berhenti dari bertanding. Tak bertanding dalam pilihan raya bukan  bermakna  berhenti dari berpolitik dan berjihad.

Cukuplah 5 penggal menjadi MB walaupun beliau tak amalkan rasuah. Beri laluan calun lain pula. 

Kalau orang Umno menjadi MB lebih 5 penggal, entah apa orang Pas mengata. Ha ha.

Tinggalkan jawatan eksekutif ketika di kemuncak adalah satu kehebatan!!!!

Takkan orang Pas Kelantaan akan  bergaduh sakan nak jawatan MB jika bukan TG Nik Aziz. Wooooo

Sunday, December 4, 2011

UMNO DAN LEMBU

Bagi sesiapa yang mengikuti persidangan Umno saban tahun sejak zaman Mahathir,  Pas  dan pembangkang lain sentiasa dibalunnya.  Samada balunan  itu  kuat atau tidak  bukan isunya, Balun tetap balun.


Zaman Pas kalah banyak, maka Umno akan membalun dengan mengatakan bahwa Pas sudah ditolak oleh  rakyat.


Zaman Pas menang banyak, maka Umno akan membalun dengan mengatakan Pas pengkhianat dan pemecah belah  Melayu.


Tetapi yang jelas Umno  gagal menjaga wang negara - pembaziran, bocor, kronism, ketidakcekapan - sehingga ratusan biliion  wang rakyat  hangus!!!!!  Semuanya dibuat atas nama Melayu. Muntah mendengarnya!!!!  Yang terbaru   keluarga Shahrizat seorang dapat geran dan pinjaman RM 250 juta untuk projek lembu   walaupun  keluarganya  tidak pernah terlibat dengan perniagaan lembu. Macamlah penternak sedia ada tak reti buat projek lembu.  Umno lembu!!!!!

Friday, December 2, 2011

UNTUNG JADI ORANG BESAR

Kalau anda orang atasan parti, mudah nak cari kawasan selamat untuk bertanding dalam PRU  akan datang. Banyak hujah boleh dikemukakan untuk parti menerimanya.   Yang mudah ialah "saya  berkesan di parlimen".
Bila "orang luar" sudah dua kali berada dalam kawasan selamat, eloklah berhijrah ke kawasan lain pula. Kesian kat pimpinan tempatan tak berpeluang menjadi Ahli Parlimen pula. Orang atasan parti bolehlah meneroka ke kawasan lain pula. Mungkin kawasan selamat atau kawasan 50-50. Barulah pendekar politik.

Bagi pimpinan atasan PAS, bolehlah memilih tempat di mana MP bisu ketika ini. Antaranya Sik dan Pasir Puteh. Woooo







Thursday, December 1, 2011

NASIBNYA BADAN

Induvidu dalam parti ibarat saham di BSKL juga.

Ada masa menjadi pilihan utama sebagai calon pilihan raya.

Ada masa   langsung tidak dicadangkan lagi   sebagai calon oleh semua cawangan  dalam kawasan.

Malah, ada yang sedang memegang jawatan Ahli Parlimen dan Adun pun  tidak dicadangkan juga.

Maka pandai-pandailah sang empunya tubuh membawa diri.

Masa berubah. Kehendak pasaran pun berubah, termasuk calon pilihan raya. 

Woooo.

Wednesday, November 30, 2011

UMNO DAN TAUKE CINA BERPISAH TIADA

Jika Umno nak tolong Melayu, tak siapa nak marah. Tetapi yang ditolong ialah  seorang dua  Melayu sahaja.  Dulu Tajuddin MAS,  Sekarang Syed Bukhari, Nazir adik Najib dan beberapa kerat orang Melayu sahaja. Asik-asyik depa sahaja yang dapat projek. Macamlah tak ada orang Melayu  lain yang layak  dan mampu melaksanakan projek.

Bank Bumiputera mampus. Sime Bank kojol. Wang royalti Terengganu dibelanja tanpa perancangan berkesan.  Wang Peronas lesap.  Felda menindas dan menipu penerokanya. Tapi yang salah DAP!!!!!

Hari-hari Umno marah Cina. Tetapi depalah  paling kuat  bersekongkol dengan kapitalis Cina. Lesen judi bagi kat Cina. Semua pulau   digadai ke Berjaya Group.

Woooo. 


Sunday, November 27, 2011

JIKA DAH UZUR USAH BERTANDING LAGI

Pengundi mahu MP dan Adunnya yang sihat. Jika parti  tetap   memilih calun yang telah uzur, seolah-olah parti tidak ada penggantinya. Jawatan politik bukan jawatan Sultan atau Raja, yang boleh dipegang sehingga mati. Ha ha.

Dan bila nak cari pengganti, janganlah anak pula yang jadi   penggantinya. Nampak sangat kronismnya!!!!

Dalam bab ini kekadang Pas dan Umno sama saja, seboleh mungkin anak akan mengganti ayahnya sebagai calun pilihan raya. Woooo

Saturday, November 26, 2011

CARILAH TUAH ORANG LAIN PULAK

Masa berubah. Dulu calun boleh sesiapa sahaja. Sekarang berbagai faktor diambil  kira. Antaranya ialah latar belakang pendidikan. Tambahan pula kalau baru menjadi calun. Jika parti gagal mengemukakan calun yang agak baik dari segi akademik, maka  imej parti tak kemana pun. 

Jika anda tokoh rakyat, misalnya jaguh setinggan, jaguh pekerja, jaguh peneroka, tokoh politik nasional - mungkin latar  belakang akademik tidak diambil kira sangat.

Pimpinan parti peringkat negeri dan kawasan hendaklah berusha  mencari calun yang diterima oleh semua golongan pengundi. Paling kurang pun orang tak komen sangat hal calun. Biarlah kita bertarung atas isu dan dasar antara parti  ketika pilihan raya nanti!!!!

Kalau kita ada kekurangan dan sudah berkali-kali bertanding dan kalah, baiklah jangan bertanding lagi!!!!!!

Carilah tuah orang lain pulak!!!!

Woooooo

Friday, November 25, 2011

BAKAL YB MESRA RAKYAT

Menjelang PRU 13,   ramai sudah yang pasang angan-angan menjadi YB. Baguslah tu. Kalau tidak, sukar pula parti hendak mencari calun. Ha ha. Katanya boleh buka tender untuk memilih calun kali ini. Semua merasa merekalah paling layak. Wooo.

Selain syarat-syarat biasa ditetapkan parti, seorang calun mestilah mesra masyarakat. Orang Melayu suka YBnya datang kenduri kahwin, kenduri bersunat,  potong jambul dan  mengurus jenazah. Depa tak peduli  YBnya menjadi YB bisu di Parlimen atau DUN. Wooo. Walaupun peranan utama YB ialah menjaga integriti pengurusan negara atau negeri  sepertimana yang dibuat Yb Lim Kit Siang atau Anwar Ibrahim  tetapi orang Melayu  tidak kesah hal itu. Bagi  mereka, mereka mahu   melihat  YBnya kena selalu berada di dalam kawasan, walaupun sekadar minum kopi. Wooo.

Maka, jika bakal calun tak mesra rakyat, dah lebih teruk lagi jika tak mesra pun dengan ahli partinya sendiri, eloklah tarik diri   dari menjadi calun. Jangan pula tiba-tiba dok tersenyum sahaja apabila bermulanya hari penamaan calun pilihan raya. Kok orang ramai terasa pelik tiba-tiba sang calun ini gila senyum. Ha ha.  Orang ramai tahu karektor kita sebenarnya  - jarang benar hendak bergaul dengan rakyat bawahan. Tetapi  jika  anda orang ternama dalam arus politik negara, bertanding di mana-mana pun  akan dialu-alukan!!!!

Lantaran itulah jangan terasa pelik apabila sang YB kini akan membesar-besarkan  berita-berita mereka turun ke bawah bersama rakyat.  Untunglah mereka baik dengan TV dan akhbar.


Thursday, November 24, 2011

YB bisu usahlah bertanding!!!!

PRU 13 akan menjelma bila-bila masa dari sekarang.

YB sekarang tetap mahu bertanding lagi. Luar biasa jika tak mahu   bertanding. . Ha ha   Jika YB membisu di parlimen, baiklah jangan bertanding. Jika  parti tetap  memilih YB bisu ini bertanding  juga, memang Presiden parti lemah tenaga batin. Wooo.

Tuesday, November 22, 2011

JADILAH SUAMI KETUA WANITA UMNO

Apabila  suami Shahrizat mendapat projek lembu NFC dengan adanya  kemudahan  pinjaman dan geran dari kerajaan, maka alangkah mudahnya menjadi ushawan . Malangnya hanya  beliau seorang sahaja yang mendapat kemudahan tersebut. Walaupun kini ramai pengusha ternak Melayu yang berjaya, tetapi  langsung tidak mendapat tawaran tersebut.  Wooo.

Beruntung sekali menjadi suami Ketua Wanita Umno. Dahulu beruntung menjadi suami dan anak Rafidah yang mendapat pelbagai tawaran saham.

Maka sesiapa yang masih bujang, pilihlah isteri yang bakal menjadi Ketua Wanita Umno.  Kaya bib. Woooo

Monday, November 21, 2011

DBP - ada lagikah?

Dewan Bahasa dan Pustaka ada peruntukan kerajaan setiap tahun. Ada pegawai dan kakitangan bergaji tetap serta berpengalaman dalam dunia penerbitan buku.

Tetapi berapakah jumlah buku yang diterbitkan oleh DBP?  Berapa penulis baru yang dilahirkan?

Ada orang kata DBP gagal menyemarakkan dunia buku Melayu!!!  

Penerbit buku swasta Melayu kini lebih berjaya dari DBP. Antaranya PTS. Info lanjut PTS di sini.

Prestasi PTS jauh kehadapan berbanding dengan DBP dalam dunia penerbitan!!!!!

Tuesday, November 15, 2011

AUDIT JANGAN TAK AUDIT

Semua organisasi kena diaudit.  Itu sudah diterima sebagai satu  peraturan yang lazim, hatta syarikat milik sendiri  pun kena diaudit.  Inikan pula organisasi milik atau berkepentingan awam.

Lapuran Audit akan dibentang kepada pihak yang diberi tanggung jawab. Jika organisasi milik awam- maka patut dibentang kepada Parlimen atau DUN.

Rasanya akaun Petronas tidak dibentang ke parlimen. Sengaja akta berkaitan dengan Petronas dibuat begitu.  Maka akhirnya wang Petonas disalah guna untuk menyelamatkan syarikat-syarikat yang rugi . Petronaspun terlibat  menganjur sukan mewah yang bukan untuk kepentingan rakyat terbanyak. Bilion telah lesap. Rakyat tak mersa limpahan rezki minyak negara!!!

Kini  ada institusi berkaitan ugama Islam dan wang orang ramai  tak mahu diaudit.  Apa punya kuno dah. Islam akan dikatakan ugama  suci   milik seorang. Malu sungguh jika saban masa ada cerita orang dhaif di akhbar dan tv, tetapi wang zakat ratusan juta berada dalam kantung baitulmal.


Wednesday, November 9, 2011

KU LI CAKAP APA NI?

Berkatalah Ku Li:

“Saya masih ada keyakinan tinggi terhadap UMNO tetapi saya bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) kerana tiada ruang bersuara dalam UMNO,”

Saya pun tak faham apa yang Ku Li katakan. Kalau nak bersuara dalam Umno pun tiada  ruang, apa yang hendak dipercayakan   lagi!!!!

 Tinggi sangar falsafah Ku Li sehingga rakyat Malaysia tak faham!!!!

Wooooo.

Tuesday, November 8, 2011

PANGGILAN BAITULLAH

Pemergian Najib ke Mekah menunaikan ibadah haji disensasikan oleh ramai blogger. Hai, kesian juga jika orang politik nak beribadah pun akan dilihat dari dimensi politik. Bagi saya - moga ibadah haji membawa kebaikan kepadanya  jua. Sesekali, marilah kita berdoa yang baik untuknya. 

Hanya yang terlintas  jauh di hati saya ialah - bersyukurlah kita dapat menunaikan ibadah haji  tanpa menunggu sehingga menjadi PM. Walaupan kita ada kemampuan wang dan kesihatan tetapi  belum tentu hati kita terdetik mahu ke baitullah....


Thursday, November 3, 2011

JAUHNYA BERKORBAN

Jauh benar rakyat Malaysia berkorban. Ada yang di Kemboja, Acheh dan di Sudan.

Rasanya 1 juta pekerja Muslim di kalangan PATI pun layak menerima daging korban di sini.

Agaknya lagi jauh kita berkorban, lagi tinggi darjat takwa  agaknya ya.

Kekadang pelik juga jika fakir miskin di sii hanya menerima sekadar 1 kilogram daging korban. Apa salahnya diberi 20 kg untuk  boleh makan setahun. Jika tak ada peti ais, dikeringkan. Jika susah sangat hendak menyimpannya, biarlah mereka menjual daging korban itu. Tentu ramai yang mahu membelinya!!!!

Tuesday, November 1, 2011

KORPORAT KORBAN?

Ibadah korban difardhukan kepada induvidu muslim yang berkemampuan.

Tetapi kini banyak syarikat korporat menyumbangkan lembu korban. Jika induvidu atau tauke syarikat korporat yang berkorban, kira oklah tetapi kekadang   dibuat atas nama syarikat

Jika lembu korban disumbang kepada induvidu politik untuk berkorban, nak kata apa ya?