Friday, March 29, 2013

ROSMAH TAK LAYAK BELI RUMAH KEDAI INI

IKLAN:


RUMAH KEDAI  1 1/2 TINGKAT, 4464, TAMAN DATO MOHD TAHA, GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN,  MAHU DIJUAL PADA HARGA RM 230,000.00

HUBUNGI  PAK NGAH ALI:  012-2104244.

Tuesday, March 26, 2013

MB YANG TIDAK ADA TELUR

Orang Negeri Sembilan menyebut telur sebagai "tolo". Ha ha. Jika seseorang lelaki tidak berwatak jantan, maka dikatakan lelaki itu tidak ada "tolo'.

2013 menjadi sejarah kerana mungkin ramai MB yang tak ada tolo. Semua MB masih menunggu PM Najib membubarkan parlimen terlebih dahulu, baru mahu membubarkan DUN masing-masing.  Apakah mereka tidak ada kejantanan dengan membubarkan DUN dahulu  tanpa menunggu Najib membubarkan Parlimen. Bukan MB BN sahaja bersikap begitu,  tetapi MB PR pun sama  sahaja sikapnya.  Woooo.

Yang syoknya mungkinkah MB Nesgeri Sembilan yang pertama sekali diistiharkan tidak ada "tolo".  Wooo.

Kesian kepada sang blogger yang dok menghentam Najib kerana lambat membubarkan Parlimen. Dalam masa yang sama pimpinan PR di negeri pun sama perangai dengan Najib dalam bab pembubaran DUN. Otak mahu waras pak....

Monday, March 25, 2013

BEBASKAN MEDIA

Jika kita berkesempatan ke Indonesia, bacalah akhbar di dan tontonlah tv di sana.

Nampak sangat betapa kunonya media Malaysia yang terkebelakang dari segi kebebasan liputannya.  Kerajaan bukan dibela tetapi sering dikritik. Akhbar dan tv adalah untuk kepentingan rakyat, bukannya khadam kerajaan.

Apakah selepas PRU 13,  media Malaysia akan bertukar perangai. Hanya boleh terjadi jika BN ditumbangkan.

BN  memperbodohkan media Malaysia.  Maka dengan mudahlah BN:

  • memperalatkan jentera kerajaan

  • memperalatkan badan kehakiman

  • merompak wang negara




Saturday, March 23, 2013

PRU 13: RAMAI DIGAGALKAN MENGUNDI

Beberapa hari lagi akan ada DUN yang terbubar dengan sendiri jika tidak dibubarkan oleh sang MB.

Lantaran tidak tahu tarikh tepat bila hari mengundi, rakyat sukar mengatur agenda melancung ke luar negara khususnya yang berhajat menunaikan ibadah umrah.

Peminat  umrah kini adalah ramai sekali berbanding 5 ke 10 tahun dahulu.  Rombongan umrah semakin kerap  lagi pada musim cuti sekolah. 

Jika hari mengundi terkena dalam musim cuti sekolah, maka adalah dikhuatir ramai yang tak dapat mengundi kerana sedang menunaikan ibadah umrah.

Bagi BN, soal tarikh mengundi bukan subjek utama  nasional.  Mengundi hanya agenda kecil  sahaja....

(Anak cucu  Rosmah   dilarang minum susu ini)

Friday, March 22, 2013

ANWAR KE PARIT BUNTAR?

Cakap-cakap di kedai kopi mengatakan Anwar Ibrahim  akan bertanding di Parlimen Parit Buntar.

Mujahid Yusof di Bayan Lepas

Mohamad Sabu di Pendang

Hanipa Maidin di Sepang


Mustafa Ali di Putrajaya.

dan Mahathir Mohamad di Lahat Datu. Woooo.  Ha ha. Bab Mahathir ini jangan  engkau orang percaya pula!!!!

Thursday, March 21, 2013

MALAM INI ANWAR DI KG BARU KL


KONTRAKTOR UMNO AKAN BUNUH UMNO

Kebanyakan kontraktor yang menjalankan kerja-kerja kontrak di Selangor adalah anggota Umno.  Oleh kerana mereka memiliki lesen kontraktor, merekalah yang mendapat kontrak kerja dari kerajaan PR di Selangor.

Kontraktor Umno ini sudah tidak sabar menunggu PRU 13. Kerana apa?  

Ya, mereka mahu mengundi PR!!!!

Ketika zaman Umno/BN dahulu, mereka terpaksa menaikkan kos kontrak sehingga 4 kali ganda. Misalnya projek berharga RM 50 ribu terpaksa dinaikkan kepada RM 200 ribu. Malangnya lebihan RM 150 ribu itu adalah untuk puak-puak atasan Umno!!!!

Sejak 2008, amalan  markup harga berlebihan untuk disuap kepada puak atasan sudah tidak ada. Kontraktor Umno dapat kontrak atas keprofesionalan mereka. Tidak perlu hulur menghulur. Kos projek adalah seperti harga sebenar.  Mereka  tak ada perasaan bersalah lagi  kerana menaikan harga dan memberi rasuah. Dan kerajaan negeri  pula   dapat menjimatkan wang negeri. Tidak hairanlah MB Selangor dapat membuat rezab negeri  sebanyak RM 2.6 bilion.

Walaupun kontraktor itu anggota Umno, kini mereka sedar  akan  kebaikan dan ketelusan pimpinan PR di Selangor. Mereka sudah tidak sabar mahu  mengundi PR.  Mereka akan mengkebumikan parti mereka sendiri!!!!

Woooo.

Wednesday, March 20, 2013

SATU SEBAB TUMBANGKAN BN

Hutang negara Malaysia 2013 ialah RM 547.79 bilion.

Lima tahun  Najib sebagai PM  telah membuat hutang lebih banyak dari kesemu 5 PM terdahulu. Hebat hebat. 2 tahun terakhir ini sahaja,  Najib telah  buat hutang RM 100 bilion. Woooo. Hidup Rosmah.

Tetapi Najib amat pemurah kerana:

Melepaskan tokoh korporat Tan Sri Tajuddin Ramli daripada membayar hutang sebanyak RM589 juta kepada Danaharta sedangkan Mahkamah Tinggi, KL pada tahun 2009, memerintah beliau membayarnya kepada kerajaan 


Rakyat Malaysia syok dapat RM 500. Tajudin syok dapat RM 589 juta!!!!

Hanya satu sebab untuk tumbangkan BN!!!! 

Jika dibiarkan BN terus memerintah, hutang negara dijangka pada 2020 iaiah 1.21 trilion!!!!

Wooooo. 

Tuesday, March 19, 2013

KEDAH: MB LAMA ATAU MB BARU?

Dikhabarkan Azizan Razak cukup tak popular di kalangan pendokong Pas sendiri di negeri Kedah.

Tetapi Azizan disokong kuat oleh Presiden dan Setiausha Agung Pas.

Walaupun Azizan kini telah menerima rawatan dailisis 3 kali seminggu, ia dikatakan akan terus bertanding lagi dalam PRU 13 ini.  Biasanya jika anggota perkhidmatan awam  telah  menerima rawatan dailisis, maka pesakit tersebut  sudah layak dipencenkan.  Tetapi Azizan mendapat laluan istimewa untuk terus bertugas, walaupun kemampuan kesihatannya dipertikaikan. Umno tak kesah pun akan keupayaan Azizan ini. Jika kes pada Syed Razak dulu, Mahfiuz Omarlah  paling kuat sekali bisingnya mendesak bekas MB itu berhenti menjadi MB.

Jika pimpinan atasan  Pas  tidak berhajat menukar MB Azizan, maka rakyat akan menolak Pas keseluruhannya. Lebih berat implikasinya.

Apa  penting sangat Azizan dipertahankan dalam kesihatannya sebegitu rupa.

Kuasa oh kuasa.   Satu untuk aku, satu untuk engkau. Woooo



ROSMAH DILARANG SHOPING

Rosmah dilarang shoping di sini.

Takut kok SPRM datang menyiasat.

Hanya tinggal beberapa hari lagi Rosmah shoping sakan.

Ustaz Azhar Idrus melarang  mengungkit size pakaian dalamnya yang dibeli di mana-mana pun.

Wooooo.

Monday, March 18, 2013

FUAD ZARKASHI YANG BENGONG

Fuad Zarkashi mencabar Lim Kit Siang  bertanding  di kawasan majoriti Melayu untuk membuktikan Kit Siang disokong oleh  pengundi Melayu..

Adalah adil jika Fuad Zarkashi umumkan dirinya bertanding di kawasan majoriti Cina supaya membuktikan beliau disokong oleh pengundi Cina pula.

Kekadang jadi menteri bodoh dan membodohakn diri dengan kenyataan politik yang juling.

Najib jaguh 1 Malaysia pun tak berani bertanding  di  kawasan seimbang antara Melayu dan bukan Melayu...


Sunday, March 17, 2013

SELAMAT MENUKAR .....

Pembaziran dan agihan yang tidak adil adalah punca utama kemiskinan. Demikian kata Saidina Ali, 15 abad yang lalu.  Dalam bahasa sekarang, pembaziran dan ketidakadilan adalah punca ketidak seimbangan ekonomi sebuah negara. Isu ekonomi bukan kerana kekurangan sumber pendapatan negara sahaja tetapi faktor awalnya ialah isu akhlak atau  moral sang pengurus ekonomi.

Bayangkanlah peruntukan BRIM sebanyak RM 4 bilion diagihkan kepada lebih 8 juta orang tetapi subsdi kepada 3 syarikat IPP (Penjana Tenaga Bebas) yang membekal tenaga kepada TNB  adalah RM 19 bilion!!!. Walhal TNB sendiri  mampu mengeluarkan tenaga tanpa IPP tersebut. IPP tidak  mampu menghasilkan tenaga yang murah untuk dibekalkan kepada TNB sehingga menyebabkan kerajaan memberi subsidi kpd IPP sebanyak RM 19 bilion. Nampak sangat BN memberi wang dengan senang kepada kroninya. Bukan RM 500 oi. Tetapi RM 19  bilion. 

RM 19  bilion itu boleh bagi pendidikan percuma pengajian tinggi  kepada rakyat Malaysia yang hanya diperlukan RM 4 bilion sahaja setahun!!!!

Bukan tak ada wang, tetapi salah urus keutamaan kepada rakyat sebenarnya. Itulah moral atau akhlak sang pemimpin negara...Tepat kata Saidina Ali. Saya hanya mengingatkan kembali kata-kata yang berharga itu.  Woooo.

SELAMAT MENUKAR KERAJAAN!!!! 
Cerita lanjut di sini, sini, dan sini.

Saturday, March 16, 2013

SENI UNTUK PERUBAHAN

Malam ini di Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru bakal diadakan program khas Seni Untuk Perubahan. Menurut Pengarah Program, Saudara Amir Roslan, Ketua Penerangan Pas Kawasan Bukit Bintang, program ini diadakah sebagai respon Pakatan Rakyat kepada kumpulan anak seni Malaysia yang tidak terbela di bawah kerajaan BN selama ini.

Dalam borak-borak dengan Ito Blues Gang, beliau menyatakan kesedihan kepada nasib anak cucu seniman Tanah Air. Antaranya anak dan cucu seniman ulung P.Ramlee yang hidup melarat di ibu kota KL, walhal royalti P.Ramlee yang terus mencurah tidak tahu kemana perginya.

Isu hak cipta dan cetak rompak masih terabai di bawah regim BN. 

Malam ini, kita bukan sahaja akan menyaksikan para seniman dan artis pro PR menampilkan bakatnya tetapi sekaligus akan menyerahkan memorandum tuntutan anak seni untuk perubahan.

Datanglah beramai-ramai memberi sokongan kepada  anak seni Malaysia.

Ya, dibawah regim BN, bukan pemandu teksi sahaja ditindas, tetapi anak seni pun ditindas!!!!




Friday, March 15, 2013

MONOPOLI MUSOH EKONOMI

Monopoli adalah antara isu ekonomi  dalam sebuah negara. Lazimnya monopoli hanya dibenarkan kepada syarikat milik penuh kerajaan sahaja dengan tujuan melindungi kepentingan rakyat khususnya seperti kawalan harga.  Perkhidmatan tenaga (LLN), lebuh raya (Plus), telekomunikasi (Telekom), air (JBA), pos, bekalan beras (Bernas)   dan lain lain telah  dikorporat dan diswastakan oleh Dr M secara monopoli. Akhirnya syarikat ini  bukan lagi milik kerajaan 100%. Mereka  tidak  mementingkan kebajikan rakyat. Ianya sudah dijadikan bahan dagangan di BSKL untuk kepentingan kaum pemodal dan pemain saham.

Hujah utama pengkorporatan dan penswastaan syarikat kerajaan adalah untuk tujuan kecekapan.  Itu hanya alasan  yang paling lemah kerana semua pekerja ayarikat ini adalah dari jabatan kerajaan yang lama juga. Sebenarnya isu biroraksi, latihan, skim gaji dan insentif yang memangkinkan kecekapan pekerja.  Semua isu ini boleh dibuat juga dalam syarikat  milik kerajaan  100% tanpa dijual kepada rakan kongsi baru -  yang akhirnya dianggap sebagai kronisme

Apabila kadar letrik, air, tol lebuh raya, talipon dan pos naik secara mendadak, ianya mengurangkan pendapatan benar rakyat.  Di dalam sebuah negara, rakyat  sepatutnya  mendapat subsidi bagi perkhidmatan ini.  Jika syarikat-syarikat ini memberi dividen beratus juta ringgit  kepada pemegang sahamnya, ianya memberi makna bahwa kos yang dikenakan bagi perkhidmatan adalah berlebihan sehingga mampu memberi pulangan  kepada pemegang saham.   Jika perkhidmatan ini tidak diswastakan, maka rakyat akan mendapat harga perkhidmatan tersebut dengan lebih murah lagi!!!!

Thursday, March 14, 2013

LAHAT DATU: APA CERITA

 Nak cakap sikit sahaja:

Dr Burhanudin Helmi dan Ahmad Boestamam pernah ditudoh dan di ISAkan kerana menyokong Indonesia mengganyang Malaysia  pada 1964.  Akibatnya Pas dan Parti Rakyat tewas  banyak kerusi dan Perikatan menang selesa.

Tidak hairan jika ada usaha mengatakan Anwar menjadi dalang kepada pencerobohan Sulu di Lahat Datu. Mazhab Umno ialah machiavellism    Itu pun ada tokoh Majlis Syura Pas yang  syok dengan Umno!!!!





Wednesday, March 13, 2013

TENTANG MONOPOLI

Antara isu dalam ekonomi  negara ialah agihan pendapatan rakyat.  Agihan pendapatan rakyat pula sering dikaitkan dengan jurang pendapatan  dalam kaum,  jurang pendapatan  antara kaum, jurang pendapatan antara wilayah (negeri)  dan jurang pendapatan antara bandar dan luar bandar. Apabila menyebut agihan pendapatan, maka isu monopoli akan diperkatakan.

Subsidi seperti   BRIM  adalah satu mekanisma segera membantu mengurangkan jurang pendapatan  rakyat, Tetapi  ianya bukan strategi  yang baik dan berkesan untuk jangka panjang.  Mesti ada perubahan struktur  ekonomi serta  peningkatan ilmu dan kemahiran rakyat  untuk membolehkan rakyat berpartisipasi dan merebut peluang ekonomi negara secara adil dan sama rata.  Tugas utama negera ialah mewujudkan prasarana peluang yang adil dan menyeluruh kepada rakyat untuk membolehkan mereka meningkatkan pendapatan mereka.

Sebagai contoh,  pemberian permit teksi secara monopoli dan terpileh kepada syarikat kroni telah menafikan hak pemandu teksi perseorangan  mendapat permit teksi. Tak fasal fasal sang pemandu teksi terpaksa menanggung kos tambahan menyewa permit teksi dan sewa teksi   dari syarikat pemilik permit teksi.  Ini sudah tentu bukan sahaja membebankan pemandu teksi peseorangan,  malah mengurangkan pendapatan mereka.  Saya pun hairan bagaimana kerajaan BN tidak boleh melaksanakan idea yang paling mudah untuk membantu rakyat yang memandu teksi dengan memberi mereka permit teksi secara langsung tanpa orang tengah.  Nampak sangat kerajaan mengutamakan geng mereka sahaja.  Monopoli adalah musoh ekonomi tetapi  itulah yang diamalkan oleh BN.

Oh Allah, kau bagilah pemerintah yang sayangkan rakyatnya....

PAS BUKAN LAWAN UMNO SAHAJA

Apabila Anuar Ibrahim menyertai Umno pada 1982 dahulu, Nakhaei Hj Ahmad menulis sebuah buku bertajuk lebih kurang " Anwar : Masuk Umno Tak Syaraei". Banyaklah hujah yang dilontarkan oleh Nakhaei tentang tidak bolehnya Anwar masuk Umno itu ibarat sebuah tesis MA. Ha ha.  Tetapi entah macam mana selepas itu Nakahei pula yang masuk Umno. Woooo.  

Antara hujah Nakahei yang masih saya ingat di dalam buku itu ialah beliau mengatakan Umno itu sebuah "sistem". Umno bukan sekadar satu parti politik biasa sahaja. Umno menganut satu ideologi  pragmatis, satu fikrah materialism dan sentiasa akur dengan kuasa politik dunia yang anti Islam.  Cukup hebat hujah ini. Saya boleh terima hujah tersebut.   Maka tak hairanlah jika uztaz-ustaz biasa boleh masuk Umno kerana agak sukar memahami Umno ini sebagai satu sistem yang tidak selaras dengan islam. Geng sosialis sahaja yang cair dengan istilah neo-kolonialism, kapitalism, pertumbuhan ekonomi, pertentangan kelas, penswastaan, jurang pendapatan, monopoli dan pelbagai lagi  istilah. Semua istilah tersebut  membentuk i satu sistem yang yang membelenggu corak pemerintahan sebuah negara. 

Untuk membolehkan "sistem"   ini terus hidup, maka pelbagai strategi digunakan untuk rakyat mendokong sistem ini tanpa sedar termasuklah dari golongan ugama. Sistem ini akan menonjolkan kepada golongan ugama bahawa mereka adalah mesra agama.  Mereka akan merderma dan menyumbang berjuta ringgit untuk program agama, selagi golongan agama tidak menghalang mereka memonopoli harta negara.  Tulang belakang sistem ini ialah sang politikus dan sang korporat.  Janganlah pelik jika sang kapitalis ini akan membiayai pusat tahfiz, pondok, pendakwah-pendakwah, dan ahli politik dari Pas

Puak korporat/kapitalis ini hanya hidup dalam politik Malaysia yang memberi naungan atas nama Melayu. Atas nama Melayu mereka membolot dan memonopoli projek dan permit  dari sang pemerintah BN.  Dan apabila BN mahu tumbang, maka janganlah hairan mereka akan bekerja siang dan bermalam tanpa kecewa,  memujuk pihak Pas agar bersama dengan Umno, kononnya atas nama Islam dan Melayu.  Kalau pimpinan Pas gagal memahami soal kelangsungan "sistem" ini, maka Pas akan bersekongkol dengan Umno untuk meneruskan hayat "sistem" yang bukan sahaja menjadi alat sang kapitalis Umno tetapi tunduk kepada aliran politik dunia yang tidak senang dengan Islam.  

Terima kasih Nakhaei yang menguatkan keyakina saya untuk menentang sistem ini. Saya tak lihat Umno sebagai parti Melayu tetapi sebagai satu sistem yang bobrok. Berkatalah sifolan: Otak Nakhaei memang bergeliga tetapi bodoh bila masuk  Umno.  Ha ha. Apa pun Nakhaei masuk Umno seorang diri tanpa bawa sekapal dari Pas berpeluk dengan Umno. Wooooo. Apa khabar Idris Ahmad, tokoh walak Pas?


Tuesday, March 12, 2013

DEDALU DALAM KERAJAAN PR

Pimpinan parti sewajarnya secara jujur menganalisa prestasi kerajaan negeri di bawah kuasanya. Prestasi MB dan exco memberi implikasi kepada rakyat. Rakyat adalah pelanggan kepada sebuah pentadbiran kerajaan negeri. Merekalah yang paling layak  menilai keupayaan pentadbiran sebuah kerajaan negeri. Jika mereka puas hati, besarlah harapan kerajaan itu dikekalkan. Jika mereka kecewa dan tidak ada tanda-tanda perubahan dilakukan, maka tunggulah masa,  rakyat akan menolaknya

Memang sukar bagi pimpinan parti menukar nakhoda kerajaan negeri kerana sang nakhoda adalah kawan rapat pimpinan atasan. Jika pimpinan atasan masih menyimpan pimpinan negeri  yang tidak popular di kalangan  rakyat, maka rakyat akan menghukum dan menolak parti anda. Rakyat tidak akan rugi menolak parti yang tak relevan.  Rakyat tak makan gaji dengan parti anda. 

Kerajaan Kedah, adalah satu-satunya negeri yang tak popular di kalangan anggota parti itu sendiri.  Tak taulah samada kerana MBnya atau kerana kegagalan team exconya. Jika cakap satu dua orang, kita boleh bersabar Tetapi jika sudah ramai yang bercakap, sudah kira berat. Jika parti ini tidak disukai, bukan nama   Pas sahaja yang tercemar, tetapi  sekaligus nama Islam yang tercemar.  Untuk membaiki keadaan, pimpinan atasan hendaklah sanggup membuat perubahan. Jika tidak, yang bersalah ialah pimpinan atasanlah, kerana menyimpan kain buruk di halaman rumah.

Kegagalan Umno adalah kerana tidak sanggup membuang dedalu dalam parti....




Monday, March 11, 2013

PR PUN TAK HENDAK BUBAR JUGA

Penyokong Pakatan Rakyat begitu kuat sekali menghentam Najib kerana tidak membubarkan parlimen lagi. 

Tetapi dalam masa yang sama kerajaan negeri yang dikuasai oleh PR pun belum dibubarkan juga.

Jika nak adil, wajar sekali penyokong PR mendesak Azizan , Lum Guan Eng, Nik Aziz dan Khalid Ibrahim membubarkan DUN negeri masing-masing. Takkan nak ikut bontot Najib!!!

Jika DUN negeri PR telah dibubar, barulah syok  kita menghentam Najib.

Mudahnya, bab kuasa - kurang lebih sama sahaja perangainya.

Wooooo

Saturday, March 9, 2013

KU LI TETAP BERDARAH UMNO

Lupakanlah idea mencadangkan Ku Li sebagai PM Malaysia. Bagi Umno, barang pasti Presidennya akan menjadi PM jika menang PRU. Bagi PR, kompenan PR tidak akan melantik orang yang berdarah Umno menjadi PM, seperti KU LI, jika menang PRU 13 nanti.  Jika ada mana-mana kompenan PR mahu mencadangkan idea kelakar ini, kira-kira parti itu semacam tak masuk rel. Woooo.

Apabila Umno diharamkan dulu, Ku Li tetap dengan jiwa asli Umnonya dengan menubohkan Parti Melayu Semangat 46.  Selepas letih dengan Semangat 46, Ku Li balik semula kepada Umno yang ditaja oleh Dr Mahathir yang dibencinya itu. Ketika era reformasi 98, Ku Li tetap kekal dengan Umno walaupun ramai aktivis Umno menyertai parti Keadilan. Sesungguhnya Ku Li tetap berjiwa Melayu Umno. Memang kelakarlah jika ada orang PR yang syok  untok menjadikan Ku Li sebagai PM mewakili PR. Wooo. Sesunggohnya idea itu adalah idea yang paling gila!!!

Akhbar Sinar melaporkan Ku Li tetap mahu kekal dengan Umno. Ku Li juga menegaskan beliau tidak ditawarkan sebagai PM oleh pihak PR. Agaknya bukan PR yang menawarkan jawatan itu, tetapi salah satu parti dari PR yang menawarkan jawatan itu?


 


Friday, March 8, 2013

IMAN 1 BILION

Harga jatuhnya sebuah kerajaan bukanlah setakat kehilangan ganjaran bulanan sebagai PM, Menteri, MP, MB, Exco atau Adun sahaja.  Tetapi yang lebih mahal lagi ialah kehilangan nilai kontrak  berbilion-bilion ringgit   untuk anak beranak, adik beradik, kawan-kawan, anggota  kroni dan penyokong tegar sang parti pemerintah.

Oleh itu jangan hairanlah jika setiap usaha dilakukan untuk mempertahankan kuasa sebuah kerajaan, hatta dengan mengorbankan nyawa seseorang. Setakat menjatuhkan maruah seseorang seperti yang dibuat kepada Anwar, itu sudah menjadi terlalu kecil sahaja.

Ada usaha yang paling mudah dengan hanya membangkitkan sentimen sahaja misalnya:

 "akan hilanglah kuasa Melayu",
 "akan perlahanlah usaha melaksanakan Islam", 
"akan ditudoh mengkhianat bangsa dan agama",  
"alat barat",  
"tiada jaminan akhlak yang baik"

dan 101 sentimen moral, bangsa dan agama, tanpa  menggunakan modal wang pun. Tetapi itulah yang kekadang mempunyai kuasa mengubah pendirian sang pengundi dan sang pemimpin parti politik yang berteraskan "bangsa" dan "agama". Tambahan pula jika parti itu dikuasai oleh bekas pegawai kerajaan pencen yang selalu menerima dakyah BTN samada secara langsung atau tidak.

Jika sentimen bangsa dan agama gagal digunakan, maka kuasa wang akan digunakan. Ya, ada iman RM 100 ribu. Ada iman RM 1 juta. Ada iman RM 1 bilion.  Jika sebelum 2008, ramai pemimpin kecil telah dibeli, tetapi pada PRU 2008, MP dan Adun telah dibeli. Maka jangan hairan jika PRU 2013, sang ketua panglima perang pula  akan dibeli. Kita doakan semuanya ini tidak terjadi. Tetapi kita kena bersedia dengan kejutan ini!!!!!

Thursday, March 7, 2013

SIAPA PENENTU CALON PAS

Siapakah yang paling berkuasa dalam Pas untuk  menetukan calon pilihan raya:

Majlis Syura Ulamakah

Jawatankuasa Pas Pusatkah

Jawatankuasa Hariankah

Presidenkah

Setia Usaha Agungkah

Belalang belalang - jawablah

Jangan sampai sang buta pun jadi MB leeeee


Wooooo

Wednesday, March 6, 2013

BALA DI TAMAN MELEWAR MALAM INI

Bala akan berceramah di Taman Melewar malam ini.

Program anjuran Pas Kawasan Batu  - Pas paling aktif di Wilayah Persekutuan.

Datanglah bermamai-ramai.

Wooo - kita tengok siapa yang kena!!!

AMANAH: JANGAN DIKHIANAT

Nak tulis sikit sahaja:

Amanah - mudah disebut. Berat ditanggung.

Maka sesiapa yang diberi amanah, janganlah mengkhianat.  Allah murka, rakyat benci.

Salam.




Tuesday, March 5, 2013

PAS: MALU TAPI MAHU

Lawak politik yang paling kelakar pada 2013 ialah idea menjadikan Ku Li sebagai PM Malaysis.  Tambah kelakar lagi ideanya datang dari Pas. Jika salah, harap pimpinan Pas nafikan idea ini. Saya terima sahaja sebarang pengakuan pimpinan Pas. Woooo.

Tak  ada logik dan rasionalnya  jika sebuah parti itu mencadangkan orang luar partinya atau gabungannya menjadi  PM  jika menang pilihan raya. Jika  Anwar tak layak, tentunya Hj Abdul Hadi yang dicadangkan sebagai PM. Jika Anwar dan Hadi tak layak  juga, agaknya Azmin Ali atau Mohamad Sabulah yang layak jadi PM. Mengapa tak ada idea itu.  

Lainlah kalau Pas  mahu  menjadikan Ku Li sebagai Presiden  Pas sebelum PRU 13 ini. Eloklah Hj Hadi memberi laluan kepada Ku Li sebagai Presiden Pas. Masih sempat jika Pas mahu mengadakan muktamar khas memilih Presiden Pas sahaja. Ha ha. Jika ini dibuat, baru dunia kagum dengan keikhlasan pimpinan Pas yang sanggup memberi orang lain  memegang jawatan  tertinggi dalam parti mereka. Hebat sekali akhlak pimpinan atasan Pas. Maka memang benarlah kenyataan  Hj Hadi   yang  bersedia menjadi nelayan selepas PRU ini. Woooo.

Cakap-cakap kedai kopi  kekadang sinis sekali. Idea Ku Li tak mungkin diterima oleh PKR dan DAP. Adakah Pas mengharapkan supaya PKR membuat cadangan balas agar Hj Hadi sebagai PM dan bukannya Ku Li sebagai PM.  Sudah tentulah PKR tidak bersedia menerima Ku Li sebagai PM dan "terpaksa" menerima Hj Hadi sebagai PM, selaras dengan semangat Pakatan Rakyat. Apakah sebenarnya Pas mahu jawatan itu tetapi   "malu" nak minta?  Maklomlah macam satu kesalahan jika minta jawatan. Wooo

Kalaulah Pas tidak dikatakan hasad kepada Anwar sebagai PM, saya lebih cenderung mengatakan Pas "malu" tapi mahu jawatan PM itu. Ha ha. Orang politik mana ada malu dengan jawatan politik. Jika malu jangan berjuang dalam parti. Semuanya malu tapi mahu. Ha ha. tanyalah diri sendiri oi. Woooo.

Kekadang geli hati bila baca kenyataan orang atas Pas  yang mengatakan mari kita tumpukan usaha menjatuhkan BN dahulu. Tetapi dalam diam-diam buat usaha dengan musoh untuk menobatkan Ku Li sebagai PM. Kekadang saya mencarut dalam hati. Tak sampai hati nak luahkan. Maklomlah nak jaga akhlak wei!!!!


Monday, March 4, 2013

LAHAT DATU - MANA KERETA KEBAL

Nak tulis sikit sahaja:

Di Memali  ada kereta kebal

Di Sauk ada kereta kebal

Di Lahat Datu - tak dengar cerita pun...

Jangan dikata, hanya berani dengan rakyat Malaysia sahaja.


Saturday, March 2, 2013

ENTAHLAH PAS OI

Antara dakyah berterusan BTN ialah  Melayu bakal hilang  kuasa jika pembangkang menang pilihan raya.  Ianya dipercayai oleh ramai pegawai kerajaan dan mahasiswa kerana golongan ini yang selalu diwajibkan menghadiri kursus khas anjuran BTN. 

Realitinya ialah  Melayu Pas/PKR akan lawan Umno di dalam sesuatu kerusi pilihan raya. Maka ada satu Melayu kalah dan ada satu Melayu yang menang.  Mungkin Melayu Umno menang atau mungkin Melayu Pas /PKR yang menang.  . Jumlah kerusi Melayu dalam parlimen tetap sama.

Sebaliknya DAP akan berlawan MCA/Gerakan/MIC  Maka kerusi bukan Melayu tetap sama banyaknya jika sesiapa pun yang menang.

Maka ditambah dakyahnya, Cina DAP akan bergabung dengan Cina MCA untuk membuang kuasa Melayu dalam parlimen. Macam mana Cina DAP nak bergabung dengan Cina MCA  dalam parlimen kerana MCA tidak ada kerusi  dalam parlimen, yang dtelah dimenangi oleh DAP.    

Hakikatnya Umno yang  menang, tak pernah memberi peluang kepada Pas untuk menjaga Majlis Ugama Islam, sehingga Majlis Ugama Islam diperalatkan untuk kepentingan Umno.  Tetapi DAP yang menang di Pulau Pinang, memberi peluang kepada Pas (yang menang satu kerusi sahaja) untuk menjaga Majlis Ugama Islam Pulau Pinang. Siapa yang baik, Umno atau DAP???  Jika Pas tak pandai mengambil peluang memperkukuhkan Islam melalui Majlis Ugama Islam Pulau Pinang, itu salah Paslah oi!!!!  

Dengar kabarnya Dr Mujahid yang lebih bijak sebagai anggota Lembaga Zakat Pulau  Pinang  disingkir  dan digantikan dengan seorang aktivis Pas yang tak reti apa pun. Betul betul macam kelaku Umno, lantik orang yang tak layak!!! Entahlah Pas oi..

Friday, March 1, 2013

POLITIKUS YANG IKHLAS

Salam

Sedang mencari insan politik yang ikhlas.....

Kat Terenganu, tak jumpa

Kat Kedah,  tak jumpa

Kat Pahang,  tak jumpa

Akan terus mencari....